Kini sedang tersebar luas tentang kedudukan sokongan bagi mereka yang cukup berminat untuk menjadi Perdana Menteri. Muhyiddin (PN) dikatakan mempunyai 102 sokongan, Anwar (PH) mempunyai 92 sokongan, Zahid (UMNO) 15 sokongan, Mahathir (Lain-lain) mempunyai 13 sokongan dan Ku li dan Najib masing-masing dengan menyokong diri sendiri. Najib memlilih seperti berada "di luar" UMNO hanyalah sebagai helah bagi membolehkan UMNO untuk bergabung dengan sesiapapaun, atas sebab satu dunia sudah tahu akan kedudukan imej politik Najib. Ku Li sudah lumrah menjadi solo. Dia sering berdiri di atas kekuatan sendiri. Namun, saya kira Ku Li kini tidak mungkin dapat mengemudi Negara dengan lebih baik.
(2) YDPA seperti diberitakan sudah meminta YDP Parlimen untuk mengesahkan kedudukan majoriti Muhyiddin. Mengikut Matematik mudah, Muhyiddin harus memperolehi sekurang-kurang 111 (112 termasuk dirinya) sokongan untuk kekal menjadi PM. Namun kini dia hanya ada 102 sokongan, kekurangan 9 sokongan. Soal Muhyiddin gugur atau tidak sebagai PM, berdasarkan Perlembagaan harus dibuktikan di Parlimen. Maka jika undian dibuat, ternyata Muhyiddin kekurangan 111, dia akan gugur sebagai PM. Namun langkah seterusnya adalah PM baharu perlu dilantik. Parlimen juga harus mengundi bagi menentukan PM baharu.
(3) Secara Matematik mudah, Anwar adalah calun seterusnya dengan 92 sokongan yang ada. Cuma Anwar hanya akan menjadi PM jika dia mendapat 111 sokongan. Dari mana Anwar akan memperolehi 19 undi sokongan? Dari UMNO-Zahid, cuma ada 15. Masih kurang 4. Ku Li dan Najib apakah mereka rela untuk menyokong Anwar? Saya menjangkakan pasti tidak. Jika ya, Anwar belum tentu selamat. dari seg Matematik, dia masih kekurangan 2 sokongan. Tidak mungkin kelompok Bebas Mahathir akan bersama Anwar. Jika Najib bersama UMNO menyokong Anwar, maka PH menempah maut. Mereka mungkin boleh menyokong Anwar jadi PM, namun Kerajaan PH + UMNO + Najib juga akan goyah. Juga saya menduga, DAP dan Amanah akan berkedudukan serba salah bila PH bersama UMNO + Najib (dan atau tanpa beliau).
(4) Terdahulu, saya mengira-ngira, Muhyiddin harus duduk semeja dengan Majlis Raja-Raja Melayu (MRRM) dalam mengatur pentadbiran Negara. Majlis Pemulihan Nasional (MPN) adalah jalan terbaik di mana MPN boleh mengambil kira saranan Mahathir dengan beberapa perubahan yang harus ditentukan oleh MRRM dan Kabinet. MPN kemudian dipertanggungjawabkan kepada MRRM dan Kabinet. Muhyiddin tidak perlu turun, lantaran perjalanan Kerajaan harus menerima pakai segala saranan dan strategi yang dikemukakan oleh MPN. MPN menjadi badan Penasihat Khas Kerajaan bagi memerangi Covid 19 dan memulihkan ekonomi Negara. Saya yakin jika jalan itu dipilih oleh Muhyiddin sokongan 102 beliau akan menjadi 115 (ada kemungkinan 116). Inilah apa yang saya namakan sebagai jalan luhur susila Melayu. Agong ketua Melayu dan Negara. Muhyiddin sedang tersepit. Maka sebagai orang Melayu, cara terbaik untuk mengatasi pertelingkan para anak buah adalah dengan kembali kepada Ketua. Dalam Islam, "ketua" kita adalah Allah. Saat kita bermasalah, maka kepadaNya harus kita mencari jalan pulang.
(6) Amanah dan DAP sering mengutarakan prihal kepentngan Negara. Penubuhan MPN adalah demi kepentingan segera Negara. Juga MPN adalah urusan bersama MRRM dan Kabinet. Lantaran itu, saya menduga, demi prinsip Amanah dan DAP berkemungkinan mengambil jalan bebas berkecuali di mana peranan mereka adalah menyokong apa-apa langkah wajar Kerajaan DYMM YDPA. Bahkan tanpa UMNO-Zahid di dalam Kerajaan, Amanah dan DAP juga boleh dipujuk duduk bersama membentuk Kabinet Perpaduan. Jika ini terjadi saya menduga, inilah jalan muktamad bagi memuktamadkan kerjaya dan bingit politik Anwar.
(7) Walau bagaimanapun, saya menduga-duga lantaran Muhyiddin yakin ada 102 sokongan, dan tidak mungkin Anwar dapat diangkat menjadi Perdana Menteri, maka kelompok Muhyiddin saya jangka ada langkah lain. Apa langkah mereka, saya tidak pasti. Mungkin sebagai ganti Hishamuddin Husein Onn akan step in. Sebagai interim itu boleh. Itu langkah menyelamat PN. Juga Hishamuddin mungkin dengan dokongan Mahathir, dapat mengemudi Negara ke jalan yang lebih mantap. Mungkin dengan jalan itu, MPN dapat dizahirkan dan berjalan baik.
(8) Lain jalan yang dapat saya fikirkan adalah dengan YDP Parlimen mengubah kedudukan susunan kerusi ahli-ahli di awal sidang Sept atau terlebih awal. Saya kira ini dalam bidang kuasa beliau. Yang jelas kini sudah ada tiga kelompok susunan kedudukan di Parlimen: Kerajaan, Pembangkang dan Bebas. Dengan cara ini, akan jelas UMNO-Zahid akan duduk di mana? Bersama PH dan atau Bebas. Jika mereka memilih bersama PH, pastinya ini akan mengugat PH khasnya sokongan DAP dan Amanah. Saya tidak menjangkan kelompok Bebas Mahathir akan mendokong PH atau Anwar menjadi PM. Jika UMNO-Zahid memilih bersama Bebas, maka itu akan memberikan isyarat politik yang lain buat PH. Saya menjangka jika itu terjadi, PN akan terus berkuasa, dan kemungkinan langkah Muhyiddin adalah berundur dan memberikan selain dari dirinya sebagai PM. Juga tidak wajar untuk mengantikan Muhyiddin dengan Azmin Ali dan atau Hamzah Zainuddin.
(9) Yang sebilangan besar tidak mahu adalah Anwar untuk menjadi PM. Juga Muhyiddin sudah dimohorkan sebagai gagal. Maka strategi terbaik buat Negara adalah menafikan PMship untuk Anwar dan Muhyiddin step aside bermaruah. Bagi saya, saya tetap mahu kembali kepada YDPA. Muhyiddin mengadap YDPA untuk menyerahkan PMship kepada Hishamuddin serta menyarankan agar MPN ditubuh dan dilaksanakan segera. Jika Hisamuddin menjadi PM, kekalkan sahaja Ismail Saberi sebagai TPM. Dengan cara ini, Muhyiddin telah melakukan kerja berani buat Melayu iaitu Muhyiddin memulakan langkah hebat bagi membersih dan memulihkan parti keramat Melayu UMNO. Benar, Zahid dan rakan-rakan boleh bertindak memecat MP UMNO pendokong PN, namun seperti kita tahu, hakikatnya Muhyiddin telah selangkah ke depan berbanding Zahid. MKT UMNO sudah tidak ada kuasa dengan pengumuman rasmi ROS "mengharamkan apa-apa hal berkait dengan UMNO kini".
(10) Zahid kelihatan ulet untuk tidak mahu melepaskan jawatan Presiden UMNO adalah punca belutnya UMNO kini. Cuma saya cukup heran, Muhammad Hassan, yang terpilih menjadi Timbalan Presiden UMNO juga sepertinya terus mendokong Presiden. Prinsip kepemimpinan sebegitulah. Namun, kenapa prinsip luhur Melayu tidak dipertahankan. Antara pemimpin dan kesucian, Muhammad Hassan yang juara bercakap pasal Adat Pepatih, harus sedar, "biar mati anak jangan mati adat". Di Negeri tetangga iatu Melaka pernah terpacul kata-kata "Raja adil Raja disembah, Raja jahil Raja disanggah". Saya kira Muhammad Hassan seharusnya dapat memulihkan maruah UMNO, namun langkah kirinya menyebabkan ketempangan mencelarukan.
(11) Bagi saya pengunduran Muhyiddin bukan kerana dia kalah tetapi dia mementingkan Negara dan kembali mendaulatkan MRRM. Paling hebat, Muhyiddin mungkin menjadi pemimpin Melayu yang dapat mengembalikan UMNO agar bersih dan terhormat. Saya yakin, jika langkah ini dapat dirangka dan diperjelaskan dengan baik, Mahathir, Ku Li dan seluruh rakyat Melayu akan mendokong Muhyiddin. Cuma pokoknya, biar itu jadi kerjaya Muhyiddin dan bukan PMship. Kerja membersih dan memulihkan kembali UMNO bagi saya sama pentingnya dengan kerja membasmi Covid 19 dan memulihkan ekonomi Negara. Kita tahu sejak 1998, Anwar telah berjaya menyuntik Covid 98 kepada UMNO sehingga politik Negara terus goyah yang membawa ekonomi Negara semakin parah. Bagi saya UMNO sakit, Negara sakit, Melayu parah. Maka biarlah Muhyiddin melepaskan PMship kepada Hishamuddin dan biarlah dia bergelumang bersama Mahathir membina kembali Negara, sedang Muhyiddin boleh terus melakukan pemulihan UMNO dan mengabung kembali Bersatu + UMNO untuk kekuatan sebenar Melayu.
(12) Saya tetap bersama Mahathir sebagai calun terbaik untuk memulihkan keadaan Negara pada masa ini. Pengaruh dalaman dan dunia Mahathir masih kukuh. Pihak swasta masih berharapa tinggi kepada beliau. Pada usia menjangkau 94, Mahathir tiada apa lagi mahu dihambat melainkan mengembalikan Negara ke jalan kukoh: ekonomi, keselamatan, sosial dan akhlak.
Kuching, Sarawak
13 Ogos, 2021
0 comments:
Post a Comment