Selepas persidangan Majlis Raja-Raja Melayu (MRRM) pada 16 Jun 2021, YDPA telah meminta Kerajaan untuk menyegerakan Persidangan Parlimen bagi membahaskan prihal ordinan-ordinan dharurat yang telah dikuatkuasakan bagi tempoh 11 Januari - 1 Ogos, 2021 dan langkah-langkah pemulihan Negara dari serangan Covid 19 dan permasalahan ekonomi. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah menentukan bahawa Persidangan sebenar Parlimen hanya akan dilakukan pada 6-31 Septembar 2021 dan 25 Okt - 16 Disembar 2021. Sebagai langkah interim, suatu Mesyuarat Khas Parlimen telah dijalankan pada 26-29 Julai dan 2 Ogos (tertangguh). Mesyuarat Khas ini bukanlah persidangan penuh Parlimen melainkan suatu Majlis Penerangan tentang langkah-langkah segera yang Kerajaan akan lakukan dalam memerangi Covid 19. Saya melihat Mesyuarat Khas Parlimen Ogos 2021 hanyalah sebagai urusan pentadbiran biasa di bawah bidang kuasa Perdana Menteri. Ianya bukan suatu tapak untuk mengariskan perkara-perkara dasar.
(2) Persidangan Parlimen pada Sept - Disembar setiap tahun adalah peraturan biasa Parlimen. Di dalam persidangan tersebut, khasnya bagi tahun 2021, selain bagi membentangkan Belanjawan 2022, Persidangan tersebut juga akan membahaskan tentang Rancangan Malaysia ke 12, RMK12 yang telah tertangguh dan sepatutnya dibentangkan pada Novembar 2020. Pergolakkan politik serta serangan Covid 19 telah memaksa Kerajaan untuk tidak membentangkan RMK12 mengikut jadual biasa. Logiknya, semasa serangan hebat Covid 19, segala urusan Pembangunan macet. Yang perlu dijalankan adalah urusan pentadbiran dan penyelengaraan biasa. Untuk itu, Kerajaan mempunyai kuasa bagi berbelanja berasaskan keperluan hakiki pengurusan dan penyelengaraan biasa, Sepertinya, bagi 2020 tiada keperluan mendadak bagi Persidangan Parlimen. Namun, bagi mengelak tanggapan tidak baik di peringkat antarabangsa, maka bagi tahun 2021, MRRM memerlukan Persidangan Parlimen diadakan.
(3) Seperti yang saya katakan terdahulu, Persidangan Parlimen pada Okt- Disembar setiap tahun akan membentang dan membahaskan pelbagai perkara pokok dan penting. Untuk itu, persiapan rapi harus ada. Kita juga tahu. serangan Covid 19 telah merobah banyak perkara bukan hanya di dalam malah di luar Negara. Terlalu banyak ketakpastian perlu dipertimbang dan dihalusi. Paling payah, sejak Mei 2020 perjalanan sistem Kerajaan telah tidak beroperasi secara optimum. Maka dengan itu, biarpun YDPA telah meminta agar Persidangan Parlimen disegerakan, namun saya yakin YDPA tidak sekali-kali mahukan Persidangan Parlimen dibuat secara buru-buru. Maka lantaran ada keperluan bagi Persidangan penuh Parlimen bagi 2021, maka saya dapat melihat rasional Kerajaan untuk membuat Persidangan Penuh Parlimen mengikut jadual biasa. Namun bagi keperluan makluman umum, Mesyuarat Khas telah diadakan pada 26-29 Julai 2021. Cuma mungkin khilafnya, dalam perjalanan Mesyuarat Khas Parlimen tersebut persoalan pentadbiran dan perlembagaan telah ditafsir mengikut perseptif yang berbeza-beza. Keadaan ini pastinya telah menimbulkan kekeliruan khasnya bagi yang kurang arif tentang peraturan-peraturan Parlimen. Pastinya juga kekeliruan adalah sesuatu yang pihak tertentu sangat inginkan. Kekeliruan ini menjadi semakin keruh, bilamana khasnya Anwar Ibrahim yang petah berkata-kata, seperti lumrahnya dia, sering saja bersikap bagai chameleon menyamar dan bermain lidah untuk membangkit rasa meluat rakyat kepada Kerajaan. Anwar selagi dirinya bukan Perdana Menteri Malaysia, selagi dia hidup, usahanya untuk menumbangkan Kerajaan tidak akan pernah padam. Bagi Anwar, dia wajib menjadi Perdana Menteri Malaysia, barulah puas dan mati tertutup sayu matanya.
(4) Selagi Anwar wujud, saya tidak nampak politik Negara ini akan menemukan jalan damai dan tenang. Jika dia tidak menjadi Perdana Menteri, dia akan terus berusaha meregut jawatan tersebut dari sesiapapun. Jikapun dia menjadi Perdana Menteri (semoga dihindari Allah swt), seluruh musuh-musuhnya akan bersatu bagi meregutnya turun. Anwar menjadi atau tidak menjadi Perdana Menteri, Anwar tidak akan membawa keharmonian politik Negara. Maka, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk melihat Anwar sebagai galang keharmonian Negara.
(5) Biar di persidangan Parlimen Sept - Disembar 2021 nanti, Parlimen akan menjadi pentas untuk Anwar mengeruhkan keadaan. Jalan kedaiaman di Negara ini harus hanya pada satu jalan - Anwar harus dibungkamkan. Bagaimana? Pertama-tama, Public Communication Kerajaan perlu jangan menari ikut gendang Anwar. Cuba teliti, bagaimana caranya Muhammad SAW membungkamkan Abdullah Ibnu Ubay, munafik Madinah di zaman beliau. Muhammad SAW tidak menari pada rentak dan perangkap Abdullah Ibnu Ubay. Public Communication Kerajaan harus tidak condong ala TV3 dan RTM dahulunya, dan bahkan Utusan Malaysia di zaman BN. Apa lagi Public Communication Kerajaan juga tidak harus taksub dengan cara Cyber Warrior. Tumpuan Public Communication Kerajaan harus pada jalan tabliqh SAW. Apakah jalan tabliqh SAW? Yakinlah, jalan tabligh SAW adalah jalan benar. SAW hanya berkomunikasi tentang perkara-perkara benar dan betul dan memelui segala tatacara penuh hikmah. Janji Allah, setiap yang benar dan betul pasti Dia akan membantu menjayakannya. Maka, jika Melayu kental akan jiwa Melayunya pasti dia akan mengerti kias "menarik rambut di tepung, rambut tidak putus, tepung tidak terurai". Susila hebat Melayu harus menjadi asas kukuh dalam membungkamkan Anwar. Sokongan Melayu kepada Anwar harus dipencilkan. Siapa Anwar tanpa Melayu?
(6) Semua pihak kini harus sedar, Anwar sedang membakar semangat Melayu lewat konsep derhaka. Muhyiddin sedang dilagukan sebagai penderhaka. Muhyiddin sedang digambarkan sebagai menderhakai MRRM. Benarkah sebegitu? Bagi saya, hujah tersebut hanyalah mainan politik. MRRM sedang turut dipolitikkan. Tujuannya, lantaran Melayu taat kepada MRRM, maka jika sesiapa derhaka kepada MRRM, maka manusia itu harus dinyahkan. Strateginya adalah mohor derhaka adalah jalan mudah bagi menyahkan Muhyiddin. Maka dalam susila Melayu, pada saat Melayu dalam kegalauan, biasanya sang Melayu akan mencari ketua yang mampu meredakan segala. Itulah rukun kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat Melayu. Anwar menggunakan MRRM untuk kemenangan dirinya, maka kepada MRRM jugalah pasak bagi membungkam Anwar.
(7) Kedua dan terpenting. Ekonomi rakyat dan Negara mesti segera dipulihkan. Saya menduga inilah senjata yang Mahathir ingin gunakan. Sesungguhnya, kejayaan SAW dalam menawan Madinah, lantaran beliau mampu membantu puak Kharaj dan Ansar untuk bangkit dari segi ekonomi menandingi kaum Yahudi. Bahkan kejayaan besar Umar Al Khatab, lantaran dia mampu merobah banyak perkara di sektor ekonomi Negara. Sebegitulah juga cucunya Umar Abdul Aziz, yang menjadi khalifah untuk tempoh sekitar dua tahun, dan beliau dapat menghapuskan kemiskinan dan rakyat berasa amat selamat dan terbela.
(8) Cuma Mahathir kelompangan peluang dan masa. Jika Mahathir dapat memimpin Negara sehingga ke 2021, saya yakin Anwar akan terperosok ke pojok kelam. Anwar sejak 1998 telah memerangkap semua Perdana Menteri dan Kerajaan untuk tidak menumpu kepada pengurusan ekonomi yang baik. Abdullah, Najib, bahkan Mahathir untuk kedua kalinya dan kini Muhyiddin telah Anwar decepted untuk tidak dapat menumpu kepada membangunkan Negara. Kita mungkin telah terlupa, kebangkitan Komunisma di Negara ini suatu ketika dahulu lantaran Komunis mampu membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat kepada Kerajaan (British). Di zaman darurat Komunisma, pembangunan Negara amat terabai. Negara terbeban oleh masalah keselamatan. Cara Komunisma sebegitulah. Mereka melarikan tumpuan kita kepada perkara pokok. Anwar memerangkap semua untuk terus berpolitik dan polimik. Tujuannnya mudah, agar semua hanya binggit berpolitik, kebajiakan rakyat terabai sehingga rakyat terkesan dan bangkit membuang Kerajaan semasa dan atau menurunkan Perdana Menteri.
(9) Cuba lihat, mainan Anwar. Kemiskinan, Islam, agihan kekayaan, liberalisma, rasuah, kronisma, dan nepotisma adalah tajuk-tajuk paling dia minati. Hakikatnya minat beliau ke atas segala tersebut hanyalah bagai gelombang di lautan, sekejap bergelora sekejap tenang, namun dia tidak akan lari dari tajuk-tajuk tersebut. Itulah tajuk-tajuk yang telah mengangkat Anwar biar di Baling juga di New York.
(10) Namun academically, tiada kejayaan apapun telah dia tunaikan di sepanjang kerjayanya dalam menjawat pelbagai Kementerian dalam Kabinet Mahathir dari 1982-1998. Cuba renungkan, apa kelebihan hebat bawaan Anwar semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan? Apakah dia mampu membina belia yang cekal dan kental dalam membina Negara? Tidak. Yang dia bina adalah kelompok belia yang taksub kepada dirinya. Juga, apa hebatnya di sektor pertanian semasa dia menjadi Menteri Pertanian? Apakah Negara kecukupan makanan? Apakah kedhaifan para petani terbela? Tidak. Rakyat Baling yang jadi tunggangannya kekal payah dan miskin. Di Kementerian Pelajaran. Apakah sumbangan Anwar melampaui yang lain? Mampukan Anwar menerap dan membina niali-nilai Islam yang sering dia pekikan di kalangan generasi muda Negara? Tidak. Sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdanan Menteri, apakah Anwar berjaya membina pulohan ribu jika tidak jutaan usahawan Melayu berjaya? Tidak. Malah dasar IMF yang dia terima pakai telah memporak perandakan banyak para usahawan Melayu. Empherical academically, di mana kejayaan Anwar. Sekadar mengonggong, anjing gian lagi hebat dan bermakna gonggongannya.
(11) Anwar bukan hendak bekerja, dia hanya gilakan kuasa. Cuba teliti sejarah dunia, yang kegilaan kuasa, apa mereka benar-benar dapat menafaatkan kuasa bagi kepentingan umum. Dalam Islam, Iblis cukup gilakan kuasa. Apakah dengan kuasa yang ada pada Iblis, maka seluruh mahluk Allah Iblis pimpin ke Syurga? Iblis sang gila kuasa hanya memimpin manusia ke Neraka.
(12) Maka Kerajaan yang ada harus menumpu dan kelihatan bersungguh-sungguh dalam meningkat taraf dan nilai-nilai kehidupan, keselamatan, akhlak dan perpaduan rakyat di Negara ini. Malaysia harus diurus sebagai sebuah Negara Bangsa. Kita perlu membangun bersama. Kebersamaan harus dipupuk hebat di Negara ini.
(13) Cuma dalam keadaan kini, idealisma tidak mungkin tercapai. Parlimen bukan wadah untuk memperbetul segala dalam waktu yang singkat. Diperakui atau tidak Muhyiddin sukar menjalankan kerjanya. Anwar telah berjaya meranapkan wibawa Muhyiddin. Anwar telah berjaya menghakis kepercayaan rakyat, penjawat awam, sektor swasta dan antarabangsa terhadap Muhyiddin dan Kerajaan yang ada. Anwar telah berjaya to push Muhyiddin to the corner. Kerajaan PN bagi saya adalah ibarat tongkang pecah. Seisi Kabinet PN adalah seperti berada dalam tongkang pecah di tengah lautan. Taufan sedang mendatang. Badai ganas sedang mara. Masing-masing penumpang hanya kepingin hidup, biar jika perlu mencampak teman ke laut ganas. PN pecah, Anwar dan Zahid akan kenyang. Bagi sesiapa yang mengerti strategi perang "harrasment is the best tactic to demoralise the enemy". Itulah cara kerja siasah Anwar dan Zahid (bahkan Najib kini). Yang lain, Muhammad Sabu, LGE dsb hanyalah penumpang pemedas rasa.
(14) Namun kuasa Allah, Dia punya pelbagai muslihat untuk membantu yang lemah apa lagi yang teraniaya. Bagi saya Muhyiddin harus menerima hakikat dia adalah under dog . Namun biarpun under dog, jika caranya betul maka dia boleh berubah menjadi sang singa hebat. Jalan keluar bagi Muhyiddin dan Negara ini adalah MRRM. Muhyiddin harus berunding dengan MRRM dalam mengurus prihal semasa Covid 19, ekonomi dan politik Negara. MRRM harus diberikan mandat untuk mengatur jalan terbaik dalam menyelamatkan Negara ini dari parah. Muhyiddin harus berjiwa besar. Dia jangan tamakan kuasa. Dia harus berserah kepada Allah untuk MRRM berbuat apa yang mereka perlu perbuat. Di dalam Islam, pada ketika kita terjepit, maka kepada Allahlah tempat kita mengadu. Dalam dunia Melayu, adat susila Melayu telah mewariskan pada ketika sosok Melayu dalam kesulitan, maka kepada ketualah dia mengadap. Dalam prihal kini, MRRM adalah ketua dan payung Melayu.
(15) Negara ini dalam keadaan kini, perlu diurus di luar dari kebiasaan arena politik dan Parlimen. PRU meretakkan segala-gala. Parlimen akan hanya menjadi gelangang tomoi jika tidak pentas bandut. Kita dalam kecemasan. Kita dalam dharurat. Mageran mungkin memudaratkan Negara di mata antarabangsa. Suatu bentuk bandan yang lebih lembut dan terkawal dari Mageran boleh saja diusahakan. Mahathir telah mengusulkan Majlis Permulihan Negara (MPN). Ianya bukan Mageran. Ianya juga bukan Jawatankuasa biasa-biasa. Maka wajar MRRM dan Muhyiddin meneliti akan usul Mahathir tersebut.
(16) Hakikatnya, jika Muhyiddin dan MRRM dapat bekerjasama erat, In Shaa Allah di mata Melayu, Muhyiddin adalah pembela kedaulatan MRRM yang telah ternoda sejak sekian lama. MRRM harus kembali dinobatkan sebagai payung Negara dan bukan hanya untuk Melayu dan atau kerabat DiRaja. MRRM adalah payung Bangsa, Agama dan Negara. Keterbukaan serta jiwa besar Muhyiddin untuk bersama-sama MRRM dalam mengatasi masalah Covid 19, ekonomi dan politik Negara In Shaa Allah akan kembali menjulang kehebatan Malaysia. Muhyiddin boleh menjadi juara tanpa perlu bertarung ganas. Itulah susila Melayu dan Jawa yang saya mengerti - menang hebat tanpa bertarung.
(17) Mahathir begitu ghairah dengan benak MPNnya. Maka berikanlah Mahathir segala ruang untuk membawa Malaysia kembali terhormat dan rakyat Malaysai hidup penuh bergaya. Sesungguhnya, langkah Sheraton katanya adalah akibat PPBM tidak sanggup melihat Mahathir hari-hari diasak untuk berundur sedangkan dia masih kental mahu berbakti dan mampu merobah. Di atas kewibawaan Mahathir, pada saat dia diberikan tanggungjawab untuk memimpin MPN, saya yakin dia tidak perlu menanti masa panjang untuk bertindak. Wibawa Mahathir mampu mengumpul segala kekuatan dalam dan luar Negara bagi segera memulihkan Negara. In Shaa Allah. MRRM dan MPN adalah jalan terbaik buat Muhyiddin kembali terhormat. In Shaa Allah.
Terasi, Sadong Jaya
8 Ogos, 2021
0 comments:
Post a Comment