.

3/8/2021 GERAKAN MENYELAMATKAN NEGARA .... antara memerangi Covid dan memulihkan ekonomi

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 07, 2021

Share

& Comment

Covid 19 adalah gejala yang sedang melanda seluruh dunia. Lantaran Covid 19, bukan hanya Malaysia yang menghadapi masalah ekonomi, namun seluruh dunia juga terkesan. Kedua-dua gejala Covid 19 menjadi sukar untuk dibendung dan ekonomi payah untuk dipulihkan segera, adalah berakibatkan politik dalaman dan juga antarabangsa. Di peringkat antarabangsa, politik Amerika dan China yang masing-masingnya ingin menguasai dunia, telah meletakkan banyak Negara dalam keadaan serba salah. Bahkan ada negara yang menjadi porak peranda. Pertelingkahan Amerika dan China dilahirkan dalam bentuk peperangan perdagangan. Kini harga dan bekalan barangan kian tidak menentu selagi urusan dagang antarabangsa belum kembali mantap. 

(2) Di Malaysia, kemelut politik yang tercetus sejak 1998 telah mengheret kepada pemasalahan ekonomi yang hebat buat Negara ini. Namun Covid 19 hanya menyerang pada akhir 2019. Ianya memuncak baru kini iaitu sekitar 18 bulan dari tarikh kemunculannya. Namun kemelut politik yang tidak kunjung padam sejak 1998, sebahagiannya telah mencelarukan sistem pengurusan Negara. Sektor awam dan GLC yang menjadi tunjang kepada pengurusan baik Negara telah ternoda dengan segala permasahan kronisma dan nepotisma. Keadaan ini akhirnya menimbulkan  perleluasan gejala rasuah dan salah guna kuasa. Semua ini akhirnya telah melemahkan ekonomi Negara maka bila mana Covid 19 menyerang, kita sebetulnya sudah sebagai itek tempang limping duck. Covid 19 menjadikan kita seperti "sudah jatuh ditimpa tanga".

(3) UMNO yang kini sedang bermain politik kotor dan murahan terus menjerumus Negara ke kancah yang lebih parah. Apa lagi Anwar yang tidak pernah insaf betapa kemelut Negara yang berpanjangan adalah akibat permainan kegilaan kuasanya. Bagi Anwar, jika dia tidak dapat menjadi Perdanan Menteri maka Malaysia akan terus jahanam. Dia seperti telah memfatwakan bahawa rakyat Malaysia wajib menaikkan dia menjadi Perdanan Menteri. Kerajaan yang ada kelihatan tidak berupaya untuk mengatasi permasalahan Covid 19 dan ekonomi yang kian memudharatkan Negara. Kerapuhan Kerajaan yang ada seperti kian melemahkan segala-gala. Apa lagi, dengan tiada pihak manapun yang mempunyai kuasa politik dominen, maka segala bentuk percaturan kotor akan terus berlaku. Maka jika ini berterusan, apakah mungkin ekonomi Malaysia dapat bertahan sehingga keadaan kembali pulih? Kapan kita akan pulih? Bahkan apa mungkin kita dapat melepaskan diri dari henyakan Covid 19?

(4) Sekarang hutang Negara sudah melebih satu trillion Ringgit. Sesungguhnya, amaran awal betapa hutang Negara sudah melepasi angka satu trillion telahpun diutarakan pada zaman PH (2018), namun banyak pihak terutama di pihak UMNO-BN sering nafikan, kini angka trillion tiada siapa berani mempersoal. Soal keberhutangan bukanlah persoalan pokok jika ekonomi kita sihat. Kini, bukan sahaja segala bentuk sistem ekonomi kita kian parah, terlebih parah bilamana Kerajaan perlu berbelanja besar bagi menyokong segala langkah dalam mendepani Covid 19. Perbelanjaan perubatan itu satu hal. Bebanan bagi menanggung segala subsidi ke atas kelompok rakyat yang terjejas teruk itu satu hal yang cukup berat. Paling parah, bila ekonomi Negara tidak bergerak pada jalan seharusnya, maka asas percukaian Negara pasti menyusut. Maka bagaimana kita akan beroleh secukup biaya bagi menampong biaya pengurusan, pelangsaian hutang, Covid 19, sokongan subsidi kepada rakyat malah bagi menyokong akibat tetaktentuan nilai Ringgit di pasarann dunia. Kita adalah Negara pengguna, semua ini boleh menyebabkan segala-gala punah jika tidak cepat diperbetulkan dalam 2-3 tahun lagi. Saya menjangka, jika kita tidak kembali mantap dalam tempoh 12-18 bulan lagi, maka banyak kekacauan akan berlaku.

(5) Punca kepada segala kekacauan ini saya menduga tidak lain adalah lantaran kegilaan politik Negara. Banyak pihak menuduh Mahathir sebagai puncanya. Namun tidak ramai memperakui, malah cuba menafikan bahawa Anwar adalah punca segala kemaruk kegilaan kuasa di Negara ini. Anwar samada di luar dan atau di dalam UMNO, dia adalah pencetus keonaran politik di Negara ini. Politik Negara yang tidak stabil adalah perosak kepada segala usaha mensejahtera dan memakmurkan Negara ini. 

(6) Membiarkan kepada Parlimen untuk meredakan keadaan, dalam keadaan sekarang, saya kira amat tidak sesuai. "Persidangan" Parlimen pada Ogos 2021 ini telah membuktikan tanggapan awal saya betapa, Parlimen tidak mampu melerai kekusutan politik Negara. Saya menduga Parlimen akan lebih menambah parahnya politik Negara. "Persidangan" Parlimen pada Ogos 2021 kini telah menimbulkan "krisis perlembangaan Negara". Hakikatnya, tiada krisis perlembagaan. Yang ada adalah serakah nafsu kuasa, Kerajaan dan Istana sedang diadu domba dan diperalatkan untuk menambah keresahan rakyat. Di pihak Kerajaan mereka telah over reacted, Kerajaan yang ada terlalu menari ikut rentak pembangkang terutama terlalu mudah masuk perangkap Anwar. Sejak 1998 Mahathir, Abdullah, Najib, Mahathir kembali dan kini Muhyiddin, mereka terperangkap oleh cara apa yang saya namakan sebagai cara Sang Chameleon. Anwar memerangkap semua Perdana Menteri kita lewat lakunan penyamaran yang cukup licik. Chameleon, mandiri hidupnya lantaran kehebatan penyamarannya dan lidahnya yang cukup istimewa. Mandiri politik Anwar adalah pada lidahnya.

(7) Kini semua dalam dilema. Banyak pihak tidak mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri. Namun saya berkira, langkah sumbang Muhyiddin boleh menaikkan Anwar ke puncak cita-citanya. Ini bukan masalah takut, hanya banyak pihak tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri. Banyak beza antara takut dan tidak mahu. Tidak mahu tidak semestinya akibat takut. Cuma lantaran kebanyakan dalam dilema, maka Anwar terus subur berpolitik huru hara. Bagi saya, Kerajaan dan Istana mempunyai kaedah yang cukup mantap untuk mengekang pergolakan politik Negara dari terus berlanjutan. Allah telah mnunjukkan kita jalan di tahun 1972 dahulu dan beberapa ketika kemudiannya. Kerajaan terdahulu pernah menggunakan Mageran. Namun lantaran dilema, Kerajaan kini kelihatan ketakutan dengan Mageran. Lantaran Mageran akan menidakkan keberadaan Kerajaan. Bagi saya itu dahulu dengan keadaan yang sangat berbeza biar tampak sama.

(8) Dulu Kerajaan solid. Razak Hussein semasa melaksanakan Mageran, Kerajaan berada dalam keadaan kukuh. Cuma keadaan tertentu sahaja dalam sedikit kegagaluan. Maka Mageran terus berada dalam tangan Kerajaan iaitu Razak. Dalam keadaan sekarang, Muhyiddin sangat lemah. Jika dibuat Mageran, dia kemungkinan bukan pengerusi yang baik. Bagi saya pengerusi Mageran yang baik adalah sosok tubuh yang dihormati oleh rakyat dan pasukan Mageran tersebut dan jentera kerajaan. Pada masa ini, Muhydidin kelompangan faktor-faktor ini. Maka apakah jalan keluarnya?

(9) Telah diusulkan agar sebuah Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibentuk. MPN asasnya seakan-akan Mageran. Cuma kita boleh pinda sedikit untuk sesuaikan dengan keadaan samasa. Ianya tidak perlu dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Dengan adanya MPN, kabinet boleh terus kekal. Perdana Menteri juga boleh terus kekal. Cuma peranan mereka akan berubah, MPN ini boleh melapur terus kepada Majlis Raja-Raja dan Kabinet. Biarlah MPN yang bekerja, Majlis Raja-Raja dan Kabinet menjadi Badan Pemantau dan Pemutus Dasar. Dengan cara ini saya menghitung, jentera kerajaan akan punya halatuju dan tumpuan yang baik. Mereka yang ingin terus berpolitik, biarkanlah mereka bersama labu-labu mereka. Kita pisahkan dua entiti yang benar-benar mahu berkhidmat untuk Negara dan mereka yang hanya ingin untuk memenuhi nafsu sendiri.

(10)  Analogi buah fikir saya sebegini- cuba lihat cara Allah menguruskan alam cakerawala ini. Cuba lihat alam Iblis dan manusia. Allah terus benarkan Iblis memenuhi nafsu mereka. Allah juga memberikan manusia kebebasan penuh untuk menjalankan fitrah akal mereka. Kedua-dua Iblis dan manusia wujud bersama di dunia ini, namun mereka terpisah pada kudrat masing-masing. Lantaran itu, Iblis kekal sebagai Iblis, manusia terus menjadi manusia. Benar manusia ada kalanya mahu jadi Iblis, itu Allah biarkan lantaran ketentuan akan Dia putuskan kemudiannya. Allah seperti tidak terkesan oleh ketulinan dan atau bauran sifat-sifat Iblis dan manusia. Bagi Allah biarlah alam cakrawala ini terus kekal pelbagai, lantaran kepelbagaian itulah jalan penentu siapa ke Syurga dan siapa ke Neraka. 

(11) Seperti pernah saya utarakan sedikit waktu dahulu, inilah masa dan keadaannya di mana institusi Raja-Raja Melayu akan dinobat kedaulatan mereka. Raja-Raja Melayu adalah jalan penyelamat Negara pada masa ini. Namun, Raja-Raja Melayu tidak perlu untuk turun padang secara lansung, Mageran dan atau MPN adalah jalan terbaik buat Negara ini kini.


Terasi, Sadong Jaya

7 Ogos, 2021

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.