.

2/8/2021 COVID 19 SUDAH KETEMU MOYANGNYA, mudah-mudahan dia kini mahu segera pulang ke asalnya.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 06, 2021

Share

& Comment

Cuba renungkan. Bagaimana rupanya jasad Covid 19? Di sebelah saya sisipkan bentuk jasad Covid 19. Ianya seakan-akan sebiji bebola dengan bulu-bulu khas. Saya tidak ingin untuk membicara lebih mendalam bagaimana Coronavirus bekerja pada saat ianya menemukan perumahnya ie manusia.

(2) Ditemui, Coronavirus pertama-tamanya melekap pada anggota pernafasan seperti tengorok lalu ke paru-paru. Coronavirus pada saat hinggap di tengorokan, dengan bekalan oksijen yang mencukupi akhirnya membentuk gumpalan-gumpalan melekit microclots. Gumpalan-gumpalan melekit inilah akhirnya menjadi penghadang kepada aliran oksijen ke aliran darah sehingga menyebabkan fungsi darah untuk mengangkut oksijen ke seluruh badan akan terjejas teruk. Akhirnya, akan membentuk radang paru-paru lalu memberikan kesan hebat kepada otak. Otak atas ketumpatan tinggi sel-selnya, memerlukan oksijen jauh lebih tinggi dari organ-organ lain tubuh. Lantaran bekalan oksijen ke otak terjejas bilamana Covid 19 sudah menyerang sehingga ke Tahap IV, maka di situlah mulanya berlaku complication yang mencemaskan.

(3) Jika kita ingat, 2019 dan 2020, cuaca di Negara ini cukup anih. Kita mengalami musim hujan sepanjang tahun tersebut. sehingga banyak buah-buahan tidak menjadi. Paling tidak menjadi adalah durian. Pada tahun 2019 dan 2020, kita sukar mendapat durian runtuh. Pada tahun 2021 ini, Negara sepertinya sedang mengalami durian runtuh. Durian berlambak di mana-mana, sehingga ada ketikanya berlonggok tiada siapa membeli. 

(4) Apa kaitan Covid 19 dan durian? Mungkin ramai tidak sadar, durian dan Covid 19 punya kemiripan. Apanya? Cuba lihat secara dekat buah durian. Berduri. Covid 19 berbulu kasar. Juga berbentuk bulat seperti durian. Saya mengambarkan durian adalah moyang kepada sel Covid 19. Covid 19 datang bertandang ke Malaysia pada 2019. Lantaran Malaysia adalah Negara ramah, maka kini Covid 19 sudah melawat ke seluruh pelusuk Negara. Mungin kaum Penan dan Senoi Perakpun sudah dikunjungi Covid 19. Di Malaysia Covid 19m bertandang untuk menelusuri moyangnya.

(5) Pada 2021, cuaca di Malaysia sudah kembali seperti tahun-tahun biasanya. Pada bulan Mac, hujan sudah mulai mereda. Julai - Sept ditandai dengan cuaca agak kering dan panas. Buah durian banyak berhamburan di mana-mana. Covid 19 sepertinya pada 2021 sudah menemukan moyangnya sang Raja Buah. Rakyat Malaysia sudah kembali meraikan durian. Durian mengandungi Vit C biar hanya sedikit. Namun lantaran kegilaan rakyat Malaysia terhadap durian, maka dengan sering makan durian, mereka mengumpul Vit C yang mencukupi pada tubuh mereka. Covid 19 cukup tidak bersahabat dengan Vit C. Juga durian memiliki kandungan gula tinggi. Lantaran itu, dengan memakan banyak durian, tubuh kita boleh jadi hangat. Covid 19 juga tidak suka tubuh yang hangat. Tubuh yang hangat saya kira mengaktifkan sistem pertahanan kita. Covid 19 akan kacau.

(6) Makan banyak durian menjadikan tekak kering. Namun tekak yang kering lantaran makanan, maka ianya akan mengaruh kelenjar liur untuk lebih mudah aktif. Dengan banyakknya air liur diterbitkan akibat kekeringan tekak kerana makan banyak durian, maka Covid 19 yang bersarang di tekak akan dihadam oleh segala jenis enzim pada air liur. Maka biar tanpa kajian saintifik yang tepat, saya melihat kini Negara sedang mabuk durian, semoga dengannya Covid 19 telah ketemu moyangnya, dan rindunya terlah terobat, maka mudah-mudahan ianya kini ingin segera pulang ke tempat asalnya.

(7) Lumrahnya Julai - Sept, Kalimantan dan Sumatera akan terbakar. Mungkin dengan jerubu Covid 19 juga menjadi lebih cepat ingin pulang. Maka kali ini jika ASEAN diserang jerubu Kalimantan dan Sumatera, rasanya kita harus bersyukur lantaran para Covid 19 semua akan mengalami pedih mata lalu lari pulang lintang pukang. Semoga, cuaca kering dan hangat, pecemaran jerubu dan durian mampu  menghambat Covid 19 dari rantau Nusantara. Kuasa Allah. sering kelihatan anih, namun jika kita mampu berfikir dengan penuh keterbukaan, sesungguhnya Dia berpunya terlalu banyak caraNya menghaburkan maha kasih dan sayangNya Dia.

Terasi, Sadong Jaya
7 Ogos, 2021

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.