Yatrib, sebelum menjadi Madinah, kependudukannya terdiri dari tiga kelopmpok besar. Pertama kalangan Yahudi, berupa kaum yang bertauhidkan Tuhan yang satu. Lantaran Yahudi merupakan satu-satunya kaum yang bertauhidkan Allah pada masa itu, maka mereka jauh terkedepan berbanding lain-lain kaum yang masih bersifat pagan. Kemudian kelompok Arab pagan yang terdiri dari kaum Kazraj dan Aus. Adalah menjadi tradisi Arab jahilliah, kecenderungan mereka adalah bertelingkah di antara satu sama lain. Bunuh membunuh dan peperangan adalah lumrah kehidupan mereka. Walau bagaimanapun selepas peperangan Buats', kedua kaum ini sepakat untuk mengenepikan perbedaan di antara mereka lalu sepakat agar mereka bergabung untuk menghadapi kekuasaan kaum Yahudi di bidang perdagangan. Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mencalunkan Abdullah Ibnu Ubay Ibnu Salul sebagai ketua mereka.
(2) Namun belumpun upacara penobatan Abdullah untuk menjadi Ketua Yatrib, enam orang di antara penduduk Yatrib telah pergi menunaikan "Hajj" di Mekah. Mereka adalah Abu Umamah As’ad bin Zurarah bin ‘Adas, dari bani An Najjr, Auf bin Harits bin Rafa’ah (‘Auf bin ‘Ufara’), dari bani An Najjr Rafi’ bin Malik bin ‘Ajlan, dari bani Zuraiq, Quthbah bin ‘Amir bin Hadidah, dari bani Slamah,Uthbah bin ‘Amir bin Nabii dari bani Ubaid bin Ka’b, Jabir bin Abddulllah bin Ri’ab, dari bani Ubaid bn Ghanm. SAW mendekati mereka ini lalu mengembalikan mereka kepada Islam. Kepulangan mereka ke Yatrib kemudiannya terus menebarkan berita keberadaan Rasul Allah yang membawa Adeen kehidupan yang jauh lebih cemerlang dari kepercayaan kuno Jahilliah puak-puak pagan Yatrib. Kedatangan Islam dan hijrahnya Muhammad SAW ke Yatrib akhirnya merubah segala-gala. Masyarakat di sana mengangkat Muhammad SAW sebagai pemimpin agung mereka melupakan Abdullah Ibnu Ubay. Abdullah biar turut kembali kepada Islam, namun lantaran darjat ketuanya tidak kesampaian, maka beliau menyimpan dendam terhadap Islam dan SAW. Dendam kesumat beliau akhirnya bertukar menjadikan dia seorang munafiq. Abdullah bertekad untuk menyingkirkan SAW. Abdullah sering melakukan khianat dan fitnah terhadap SAW. Beliau melakukan segala tipu daya untuk menyingkirkan SAW. Mungkin yang paling mendukacitakan adalah fitnah Abdullah terhadap Aishah isteri SAW. Abdullah memfitnah Aishah mempunyai hubungan perselingkuhan. Kitapun tahu, lantaran kerana itu SAW telah menyendiri untuk selama sebulan (29 hari).
(3) Di zamam SAW, di Yatrib, di kala puak asli Yatrib sedang tertindas hebat oleh Yahudi, dalam keadaan mereka sedang berada di alam kegelapan, Allah mendatangkan SAW sebagai pimpinan mereka, mengantikan seseorang di antara mereka, iaitu Abdullah Ibnu Ubay. Biarpun Abdullah adalah yang terhebat di antara mereka, namun Allah pada kudratNya mengutus seseorang yang jauh lebih baik dari Abdullah Ibnu Ubay. Namun, sifat tamak dan riaknya Abdullah, beliau tidak dapat menerima SAW sebagai pemimpinnya. Dia seperti tidak rela untuk berada di bawah pentadbiran dan atau kekuasaan SAW. Cuma yang menarik, beliau mencabar kewibawaan SAW tidak secara terang-terangan, melainkan dengan segala lakunan kepura-puraan bermuka-muka. Inilah apa yang pribahasa Melayu katakan "Bagai gunting dalam lipatan, pepat di luar, rencong di dalam". Atau paling tidak "lempar batu, sembunyi tangan". Biarpun SAW tahu akan bahayanya sifat munafiq Abdullah, beliau tidak mengenepikan Abdullah seperti beliau mengenepikan kaum Yahudi Yatrib. Abdullah terus SAW benarkan untuk bersama kaum dan kabilahnya menetap di Madinah sehingga akhir hayatnya.
(4) Pertimbangan SAW, biar Abdullah adalah munafiq, namun dia tetap seorang Muslim. SAW tidak mahu dilihat sebagai seseorang yang memusuhi sesama Muslim. Sepertinya, keImanan Abdullah tidak dapat menundukkan nafsu gila kekuasaan pada dirinya, al maklum, pada keadaan dia siap siaga untuk menjadi pemimpin agung Yatrib, tiba-tiba segalanya punah hanya kerana hadirnya "orang luar".
(5) Kuasa Allah. Di zaman SAW, dia wujudkan Abdullah Ibnu Ubay, seorang yang tamak akan kuasa. Samalah, di zaman permulaan Adam AS, Allah hadirkan Iblis yang juga tamak riak tabiinya, sehingga kini manusia dan Iblis akan terus saling mencela. Kehadiran Abdullah Ibnu Ubay dan Iblis mungkin tersangat asing dan agak sukar untuk kita di zaman ini garapi. Namun Allah, kekuasaan keilmuanNya tiada tolok bandingnya, maka Dia hadirkan apa yang dinamakan chameleon, mengkarung sebagai kias Abdullah Ibnu Ubay dan Iblis untuk kita perhatikan dan ambil iktibar.
(6) Mengkarung, adalah sejenis haiwan yang hidupnya dengan memangsakan serangga. Pergerakkan mengkarung, tidaklah setangkas tikus atau kucing. Ianya bergerak secara merayap merangkak perlahan-lahan dari dahan ke dahan di balik dedaunan. Biar berupa haiwan dengan segala kekurangan, namun Allah menjadikan mengkarung sejenis haiwan yang cukup istimewa. Ianya mampu menukar warna kulitnya seakan-akan menyerupai alam kelilingnya khasnya pada dedaunan atau bunga-bungaan. Mengkarung memiliki keupayaam penyamaran yang cukup hebat. Keupayaan penyamaran inilah menjadi sumber rezeki baginya. Serangga, lantaran terpikat oleh warna warni tubuhnya, serta bau-bauan istimewa sang mengkarung, mereka akhirnya menjadi juadah paling lumayan buatnya. Ditambah pula mengkarung mempunyai lidah yang mampu dijelirkan panjang dalam jela yang sangat pantas serta mempunyai kuasa pelekat yang tinggi, maka apapun serangga yang berada dalam julat kekuasaannya pasti menjadi mangsa yang menyelerakan.
(7) Mengkarung. Bagaimana orang Melayu mendapat ilham menamakan haiwan ini sebagai mengkarung?. Saya menduga-duga, konsep karung dalam, bahasa Me;ayu lama telah dijadikan asas dalam pengenalan bagi haiwan ini. Karung, guni, bungkusan, sack sering diperbuat dalam pelbagai warna. Setiap warna atau gandingan warna-warni, berpunya tujuan tersendiri. Maka atas konsep yang serupa, haiwan ini dinamakan sebagai mengkarung.
(8) Chameleon, mengkarung, dalam suasana atau keadaan apapun, dalam selamat atau merbahaya, dia mampu membuat penyamaran bagi kepentingan dirinya camouflaging to his best interest. Tanpa keupayaan penyamaran, mengkarung mungkin telah pupus bersama para dinasor. Kias Allah, seperti saya katakan terdahulunya, mengkarung adalah imbasan jelas akan Abdullah Ibnu Ubay dan bahkan Iblis. Abdullah adalah seorang terhormat dalam kaumnya. Begitu juga Iblis. Jasadnya adalah cahaya. Cukup indah dan mulia. Namun pada ketinggian darjat mereka, tersembunyi kebebalan nafsu - serakah kekuasaan. Demi kuasa, mereka sanggup menukar diri dari manusia insani kepada insani mengkarung. Dan sesungguhnya, di Negara kita ini sejak lewat 1970an, gejala mengkarung cukup merosakkan bangsa Melayu dan KeIslaman Melayu. Bahkan gejala mengkarung telah merobah Negara dari pantas maju kini kian berkemelut tidak bermkesudahan. Dalam tulisan ini, biar saya namakan watak merosakkan Melayu dan Islam di Negara ini sejak sekian lama yang lepas sebagai Sang Chameleon, biar sedikit hebat bunyinya berbanding mengkarung.
(9) Pada lewat tahun 1970an, isu kemiskinan cukup hebat di kalangan umat Melayu. Di Baling Kedah, diberitakan rakyat di sana cukup dhaif. Hidup mereka hanya kais pagi makan pagi. Namun tanpa usul periksa secara mendalam, Sang Chameleon akhirnya bertempik sehingga ke langit ke tujuh menjadi Juara Kemiskinan di Baling. Tanpa usaha apa-apapun, melalui peraturan perdaganagan bebas, akhirnya dengan pemulihan harga getah, maka isu Kemiskinan Balingpun didingin bekukan. Hanya sesekali gong kemiskinan dicanang khasnya bila ada ulasan negatif dari Bank Dunia. Kemudian di awal 1980an, muncul hebat pertembungan kabilah Islam Melayu. Isu ini cukup dekat di hati sanubari Melayu, sepertinya kemiskinan Melayu Baling, maka sekali lagi Sang Chameleon berubah kulit menjadi cukup Islami. Sedang di kelompok lain bingit tentang akidah, menyedari Sang Chameleon bukan kuliahan Timur Tengah dan atau Pondok, maka Sang Chameleon mencari sudut lain yang boleh dia juarai. Maka segala konsep ekonomi dan kewangan Islampun berhamburan didebat di jalan-jalan di seluruh pelusok Negara. Konsep keadilan Islam berdendang hebat di mana-mana. Namun, saat berpunya segala peluang untuk memperbaiki keadaan, IMF yang nyata adalah seteru bagi sistem ekonomi dan kewangan Islam, dijadikan kiblat hebat. Sistem ekonomi, kewangan dan keadilan Islam lebur bersama air ludah yang berhamburan sebelumnya. Awal 1980an sehingga pertengahan 1990an, segala-galanya berjalan aman damai. Negara menumpu untuk hebat bergerak maju ke depan. Cuma nafsu kian bersultan di hati, maka pada lewat 1990an persoalan rasuah, kronisma dan nepotisma menjadi haburan di merata hati orang Melayu. 1998 akhirnya menjadi detik permulaan kegalauan dalam benak fikiran dan hati Melayu. Melayu dari 1998 disenandungi dengan okestra syahdu korupsi, kronisma dan nepotisma. Rentak okestra itu akhirnya bertukar kepada sumpah seranah diktator, perompak dan pegkhianat. Pada 2017, Malaysia dinobatkan sebagai Negara Kleptokrat Dunia. Kita juara kleptokrat. Maka seluruh Negara gegak gempita dengan masalah 1MDB. Sang Chameleon akhirnya menempikkan konsep Perompak, Penyamun dan Penyangak. Paling dia gemari adalah laungan pengkhianat Bangsa, Negara dan Agama. Konsep pengkhianat tidak pernah luput dari halkum Sang Chameleon. Sang Chameleon. atas petah lidahnya, menusuk ke dalam sanubari Melayu tentang konsep Perompak, Pemyamun dan Penyangak. Lunak dan merdu sekali hamburan kata-kata tuduhan Perompak, Penyamun dan Penyangak yang terhembus dari hidung Sang Chameleon. Atas syahdunya dendangan Perompak, Penyamun dan Penyangak maka runtuhlah kekuasaan Melayu yang terasas sejak terpanculnya Malayan Union. Pada 8 Mei, 2018 kekuasaan Melayu yang ditunjangi UMNO menyepai. Namun, Sang Chameleon, yang hanya taksud akan keindahan warna penyamarannya berbanding dengan alam keliling, dengan nafsu membuak-buak agar dendam kesumat dapat diterjah sepertinya Abdullah Ibnu Ubay dan SAW dan atau Iblis dengan Adam AS, maka akhirnya kemenangan rakyat hanya dapat diraikan bagi tempoh tidak sampaipun 24 purnama. Pakatan Harapan, PH tumbang hasil penyamaran hebat Sang Chameleon untuk meregut tahta Perdana Menteri. tumbang. Sang Chameleon, biar telah kenyang melahap belalalang, namun dia jadi rakus ingin mengunyah labah-labah pula. Sifat tamak serta sabar menanti biar rakyat benar-benar terbela bukanlah cara Sang Chameleon. Dia hanya mahu dirinya terus dinobati segala anugerah dan gelaran biar terus tersohor di segala pelusuk belantara.
(10) Kitapun tahun sejak Mac 2020, sehingga kini, Sang Chameleon tidak pernah berhenti. Dengan keadaan terkini, Sang Chameleon sedang bermaharajalela menghabur suara-suara derhaka. Niatnya tidak lain agar seluruh bangsa Melayu bangkit meranap Kerajaan yang ada. Cuma, Sang Chameleon, lantaran gelora nafsu, dia lupa, yang ditujukan derhaka adalah sesama bangsa iaitu Melayu itu sendiri. Lain jika yang derhaka itu adalah kaum lainnya. sang Chameleon seperti lupa, kini adalah Melayu zaman Wak Google bukan lagi Melayu Jebat atau Tuah. Apa-apapun langkah untuk menghasut Melayu agar bangkit marah. saya yakin akan ada Melayu yang masih mampu beristifar dan bermuhasabah. Ternyata sejak 1998 sehingga kini Sang Chameleon belum dapat membeli sepenuhnya jiwa dan raga Melayu. Rata-rata Melayu sudah mengenali Sang Chameleon dan agak sukar baginya untuk berjaya memengkarungi Melayu.
(11) Chameleon, biar dia adalah dirinya apa lagi jika dia adalah berupa sosok manusia, hidup dan mandirinya bukan lantaran mandirinnya, namun mandirinya adalah lantaran kehebatan penyamarannya selaras dengan alam keliling.
Terasi, Sadong Jaya
1-8 August, 2021
0 comments:
Post a Comment