.

4/4/15 URBANISASI DAN KEHARUSAN MODEL URBANISASI MELAYU SARAWAK.......urbanizing the Sarawak Malays, what choice? (Draft)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 19, 2015

Share

& Comment

Corak Transmigasi Melayu Sarawak

Melayu Sarawak, dari mana asalnya mereka? Jawaban kepada persoalan ini sangat berbeda-beda, mengikut tujuan serta julat waktu ianya di nilai. Dalam tempoh mungkin sekitar ratusan tahun dahulu, Melayu Sarawak mungkin berasal dari Kalimantan dan juga Tanah Jawa. Tidak dinafikan jika disorot dari ribuan tahun dulu, secara amnya Melayu mungkin berasal dari Champa yang menebar mungkin dari Utara China. Pembuktian kepada padangan sebegini, boleh saja dibuat dari sudut saintifik juga bukan saitifik. Dari sudut theologynya, Melayu sama saja asalnya dengan Yahudi, Nasrani, Majusi bahkan manusia nama apapun. Dilihat dari sudut loghatnya, terdapat empat kumpulan suku Melayu di Sarawak ini. Pertama apa yang disebut sebagai Melayu Kuching, di mana loghat tersebut adalah sangat jelas dituturkan di kawasan persisir Kuching seperti Gobelt, Muara Tebas, Bako, Santubong dan sekitar Sg Bedil-Boyan-Tupong. Inilah Melayu Sik Gine-Gine, seperti sering saya istilahkan semasa anak-anaknya saya. Bagi suku Melayu lain, Melayu ini sering dirujuk sebagai Melayu Kuching. Kemudian Melayu Persisir, adalah kelompok Melayu yang menduduki daerah-daerah persisir seperti Samarahan, Asajaya, Sebangan-Sebuyau, Sri Aman, dan Kalaka-Saribas. Di tahun 1960an, kelompok ini sering dirujuk sebagai Orang Laut oleh Melayu Kuching. Kelompok ini saya namakan sebagai Melayu Piyo-Piyo. Kemudian di utara Sarawak, muncul pula Melayu Brunei yang disebut sebagai Kedayan. Inilah kelompok Melayu yang menduduki kawasan persisir Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas. Di sebelah Selatan sekali, saya kira kebanyakan adalah Melayu Sambas, dan mereka menduduki persisiran Lundu, Bau, bahkan sehingga ke Simunjan dan Serian. Kelompok ini, mujngkin lebih senang disebut sebagai Melayu Lundu kerana asalnya mereka memasuki Sarawak adalah dari Sematan di Lundu. Kelompok Melanau yang telah menjerap mesra dengan budaya Melayu, sering juga menamakan diri mereka sebagai Melayu. Ini adalah atas keperluan mereka untuk punya jati diri sebagai kelompok Melanau Muslim berbanding dengan kelompok Melanau bukan Muslim. Di Sibu, mereka lebih senang untuk memperkenalkan diri mereka sebagai Melayu atau Melano Sibu. Sebetulnya, sebelum 1980an, kelompok Melanau Muslim ini, lebih senang untuk memperkenalkan diri mereka sebagai Melayu Melanau. Saya secara pribadi lebih gemar melihat kelompok ini sebagai asalnya serpehan bangsa Champa.  Namun biar Melayu atau Melanau, mereka berkongsi sifat umum iaitu gemar menduduki kawasan pantai juga tebingan sungai. Kedaan ini mengambarkan bahawa mereka suatu ketika dulu adalah bangsa meritim dan atau nelayan. Untuk kepentingan umum, istilah Melayu yang saya gunakan di dalam tulisan ini meliputi kaum Melayu, Kedayan dan Melanau. Pastinya, kaum-kaum lain yang telah memeluk Islam, yang mensebatikan diri mereka dengan adat Melayu juga terangkum sekali.

(2) Berapa ramaikah kaum Melayu di Sarawak? Perangkaan tidak rasmi Jabatan Statistik meletakkan kaum Melayu Sarawak sebagai kelompok kaum kedua terbesar di Sarawak selepas Iban sejak suku ke tiga 2014. Sebelumnya, kelompok Melayu Sarawak hanya menduduki di tempat ketiga selepas kaum Iban dan Cina. Dari segi urbanisasi, kaum Melayu merupakan kumpulan pribumi Sarawak yang paling urbanized. Sekitar 60 peratus iaitu sekitar 300,000 orang dari keseluruhan Melayu Sarawak tinggal di Bandaraya dan Pinggiran Bandaraya Kuching. Bandaraya Kuching Utara adalah dominan penempatan Melayu. Melihat kepada corak dan rentak perkembangan ekonomi Sarawak dari 1960-2010an, saya menjangkakan proses penghijrahan hebat luar bandar ke bandar di kalangan penduduk Melayu berlaku di sekitar tahun pertengahan 1970an sehingga 1980an. Inilah apa yang saya kira sebagai tempoh masa First Migration Boom. Pada tempoh itu telah berlaku perubahan ketara struktur ekonomi Sarawak. Bermula sebagai ekonomi asas pembalakan, Sarawak pada akhir 1970an membawa ke 1980an telah lebih menekankan pengilangan papan dan hasil balak. Sehingga ke 1990an, Sarawak kemudiannya menghentikan eksport balak pukal. Perubahan struktur ini memaksa pembinaan kilang-kilang papan juga industri asas kayu lain mulai berkelompok, clustering di kawasan-kawasn berhampiran bandar. Ini khususnya melibatkan Bintawa-Pending di Kuching, Lanang-Sg Merah dan Rantau Panjang di Sibu, dan Kemena di Bintulu, bahkan di bandar-bandar kecil lain seperti di Sarikei dan Bintangor. Akibatnya, maka wujud keloni-keloni setinggan di pelbagai tempat di Kuching khususnya di Pending, Bintawa, Gita, Tabuan, dsb. Begitu juga di Lanang, Kpg Datu-Dagang, Muhhibah, dan Rantau Panjang di Sibu. Jepak dan Kg Dagang menjadi tumpuan setinggan di Bintulu. Samalah halnya di Kg Dagang dan Wireless di Miri. Hilir Sarikei dan Bintangor juga pada asalnya adalah kawasan-kawasan setinggan. Pada awal 1980an, berlaku ledakan industri petro-kimia di Bintulu dan Miri. Kemunculan industri baru ini, saya yakin menyemarakkan kebanjiran masyarakat Melayu ke kedua-dua bandar ini. Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Kalaka, Saribas, dan Matu-Daro merupakan senders bagi penghijerahan masyarakat Melayu ke bandar-bandar utama di seluruh Sarawak.

(3) Syukur, saat industri pembalakan mulai susut di sekitar 1990an, Sarawak mengasak kuat pembangunan perladangan kelapa sawit, khususnya di tahun-tahun 2000an. Kawasan-kawasan pembalakan serta kawasan tanah gambut, mulai diteroka hebat. Namun pembukaan ladang kelapa sawit secara besar-besaran tidak menyumbang hebat kepada keperkasaan ekonomi Melayu, lantaran kerangka kerja di sub-sektor tersebut adalah sangat keras dan payah lantas amat tidak diminati oleh kaum Melayu khususnya di kalangan generasi baru. Tanggapan tiori di mana perladangan akan membuka peluang kerja kepada penduduk setempat tidak terpakai. Juga andaian bertapa perladangan akan meningkat pendapatan penduduk setempat juga adalah tinggal hanya andaian. Boroh-boroh murah dari Indonesia memenuhi tuntutan kerangka kerja yang sangat keras mencabar di sub-sektor tersebut. Melayu pada asasnya sangat terpinggir di dalam perlombaan pembangunan ladang sawit. Keterbatasan kepemilikan tanah adalah salah satu sebabnya, sedang di sisi lain, masalah perhubungan yang tersekat-sekat oleh jalinan sungai-sungai yang berseliratan meletakkan kaum ini terus terpulau. Untuk tahun-tahun ke depan, saya menghitung, industri kayu dan asas kayu serta industri petroleum dan asas petroleum Sarawak sedang menuju Tahap Tepu Plateau Stage. Ada kemungkinan kedua-dua subsektor tersebut sedang menuju jalan menurun, khusus dari sudut Daya Pengeluaran. Kedua-dua subsektor ini sedang menghadapi kekangan sumber yang sangat ketat. Begitu juga di dalam industri perladangan sawit jika Model Baru tidak ditemukan segera. Polimik sawit samada di peringkat antarabangsa dan juga tempatan adalah penghalang besar bagi pertumbuhan deras sub-sektor perladang di Sarawak untuk tahun-tahun ke depan. Masyarakat Melayu yang baru mula melangkah ke sub-sektor ini sedang terperangkap hebat. Satu Model Pembangunan Ladang Sawit khusus bagi kalangan ini atas ciri-cirinya yang tersendiri harus segera dicari jika lahang ekonomi desa mereka hendak kita manafaatkan sebaiknya buat mereka.

(4) Hakikatnya, industri kayu, petroleum dan juga perladangan tidak banyak membantu pembinaan kekuatan ekonomi kaum Melayu. Pembalakan, petroleum dan perladang sawit hanya memainkan peranan terbesar dalam penentuan corak dan tahap transmigrasi masyarakat Melayu dari persisir luar bandar ke pinggir-pinggir bandar utama di Negeri ini sejak 1960an dulu. Pembangunan industri balak, petroleum dan sawit telah mengujudkan perkembangan sihat di sektor perdagangan, kejuruteraan, hartanah dan perkhidmatan lainnya, namun tetap perkembangan semua sektor ini, saya kira belum mampu mengeluarkan masyarakat Melayu dari stigma perkulian, makan gaji. Perkembangan sektor-sektor baru ini telah sekalai lagi memberikan ransangan baik untuk mengaruh penghijerahan lebih meluas Melayu persisir ke kota-kota. Tahun-tahun 1990an, adalah era Ledakan kedua penghijerahan melayu persisir ke bandar-bandar di seluruh negeri. Hasilnya, selain mungkin kini masyarakat Melayu sudah jauh lebih urbanized iaitu agak terlepas dari pelbabagi kesempitan dan kesulitan kehidupan di desa-desa asal, namun tetap mereka masih terbelenggu dengan kepayahan dan kesempitan yang jauh lebih mencabar. Masih banyak masyarakat Melayu menjadi masyarakat terpinggir di kawasan-kawasan Perumahan Murah dan Rakyat di seluruh kota-kota besar di seluruh Sarawak. Keadaan berasak-asak di Tabuan, Gita, Samariang Batu, bahkan Bako, Muara Tebas, dsb belum juga terungkai wajar. Apa lagi jika kita melihat Jepak dan Kg Masjid di Bintulu. Begitu jugalah di Kampong Dagang di Sibu. Kekangan sumber serta cara pembangunan Perumahan Rakyat masa lampau yang sepertinya berterusan sehingga kini, sangat meletakkan para penghijerah ini dalam kedudukan payah yang sangat menyulitkan. Pelbagai kemuduran cara baru sedang mereka hadapi dengan penuh syukur tanpa redha. Jikapun ada yang sudah berjaya menempati kawasan-kawasan Perumahan Sederhana, namun tetap mereka masih terkial-kial untuk memelepaskan diri dari segala belengu yang meresahkan.

(5) Biar Sarawak telah agak ke depan dalam banyak hal, begitu juga Melayunya, namun saya menghitung kelestarian terkedepan Melayu Sarawak sedang menuju taraf malarnya plateau dan mungkin sedang menuju titik lemah curve breaking point menghampiri penerjunan melainkan suatu yang berani dan cekal dilakukan oleh para pemimpin juga masyarakat itu sendiri. Dari segi politik, Melayu kelihat kuat, namun benteng itu pasti akan runtuh juga jika benteng-benteng tujuan berpolitik tidak kecapaian. Pernahkan pemimpin dan mayarakat Melayu Sarawak duduk sebentar dan bertanya, hakikatnya, apakah yang masyarakat Melayu, secara bermasyarakatnya, telah capai sejak dari 1963 sehingga kini? TYT Melayu. Ketua Menteri Melayu. Pembesar-pembesar Negeri Melayu. Masjid sudah banyak. Jalan-jalan sudah banyak. Api ada. Air ada. Sekolah baik. Hospital ada. Semua ada. Tidakkah itu semua melambangkan kejayaan? Benar itu kejayaan, kejayaan jenis apa? Tidakkah itu semua juga sedang meruntuhkan Melayu? Kekuatan dan siasah Melayu secara masyarakatnya di mana? Jika kita bandingkan Melayu Sarawak, contohnya dengan Melayu Lombok, pasti kita sudah 30-40 tahun ke depan. Namun, cuba cabut segala subsidi pasti Melayu Sarawak akan terpelosok sukar untuk berjalan. Bagi saya, masyarakat Melayu zaman sebelum Brooke pasti jauh lebih mantap dari kedudukan mereka kini. Melayu pada zaman itu, mampu berdiri penuh di atas kaki mereka sendiri. Biar Melayu sudah banyak di bandar, namun mereka adalah tetap kelompok-kelompok manusia kelas ke tiga. Melayu di Kuching dan bandar-bandar lain di seluruh Sarawak saya berkira hanya tersenyum bangga punya rumah, punya kereta, dan gaya kesenangan sedang hakikatnya perkulian adalah masa depan sebenar mereka. Model baru pembandaran Melayu harus digubal dan diasak segera. Hakikatnya, Multiple Sigmoid Growth Curve Model harus difikir kuat bagi menjamin keutuhan Melayu Sarawak

Kelemahan Sistem Pembangunan Insan

Rakyat Malaysia paling sangat beruntung. Setidak-tidak dari Sekolah Dasar sehingga ke Menegah, semua rakyatnya punya kesempatan untuk mendapat pendidikan percuma. Begitu juga di saat melangkah keluar dari Sekolah Menengah, masih terbuka luas peluang latihan teknikal bagi mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Pengajian Tinggi. Rakyat Sarawak tidak terkecuali dalam menikmati peluang seperti ini. Namun sistem pendidikan dan laithan kemahiran kita punya tiga kelemahan yang sangat ketara khusus jika dilihat dari sudut kepentingan jangka panjang Umat Melayu-Islam. Pertama, pembinaan siasah Islam terhenti hanya di peringkat Sekolah Menengah. Itupun, Pendidikan Islam di tahap itu sangat terbatas kepada perkara-perkara asas, tidak mengembang ke ilmu Islam yang menyeluruh. Maka pelajar, pelatih dan siswazah Melayu hanya mendapat ilmu Islam sekadar suku masak. Masyarakat Islam kian buta bagaimana dalam tempoh hanya 50 tahun dari mulai Hijrah Muhammad SAW ke Madinah, Islam dapat menumbangkan kuasa besar pada waktu itu iaitu Farsi dan Byzanthium lalu mengasak merobah ketemadunan dunia selanjutnya. Islam telah berada sekitar 700 tahun di Nusantara, namun tetap Melayu masih terkial-kial. Anih? Kedua, sistem pendidik kita, tidak ada roh budaya. Soal-soal budaya saya kira tidak diperbincang langsung di dalam alam pendidikan Malaysia. Generasi baru Melayu, kian tidak kenal budaya mereka sendiri. Mereka tidak kenal falsafah hidup Melayu yang selama ini menjadikan Melayu itu Rakyat Nusantara besar. Sesungguhnya kepincangan dalam pendidikan Islam dan Budaya, akhirnya yang menjadi asas kepada segala kelemahan sosial dan keIslaman Umat Melayu kini. Ketiga, nilai-nilai keushawanan sangat tidak ditekankan di dalam latihan kemahiran dan pendidikan tinggi Negara. Rakyat lebih dididik dan dilatih untuk menceburi sektor perkulian, mereka tidak diasuh untuk menjadi pengusaha. Keusahawanan sepertinya sesuatu yang terlalu payah buat Melayu, sedang dalam lingkungan budaya silam mereka, keusahawanan adalah sangat subur. Sebabnya, bila Melayu lupa Budaya, dan bila Melayu melihat Budaya Melayu sebagai Budaya Kampong, maka timbul rasa rendah diri Melayu untuk memartabatkan budaya mereka menjadi perkasa. In Shaa Allah saya akan menulis bagaimana Budaya Melayu adalah bentuk Social Enterprise yang menjadi kebengongan baru kini. Saya mengira, wajar bagi institusi pendidikan dan latihan bekerja keras dalam pengeluaran tenaga kerja di perluas, namun telah tiba masanya, Negeri dan Negara perlu memikirkan untuk menubuhkan Institut Pembangunan Keusahawanan khusus untuk melahirkan uasahawan-usahawan pribumi yang hebat-hebat. Saya menekankan Institut Pembangunan Keusahawan bukan Institut Latihan Keusahawanan.

(2) Sesungguhnya Umat Melayu tahu betapa di waktu pemerintahan Umar Al Khataab, beliau sangat mengambil berat tentang apa yang berlaku di bazaar-bazaar. Beliau sangat marah bila mendapati masyarakat Islam tidak berniaga dan hanya membiarkan urusan perniagaan dijalankan oleh tawanan-tawanan perang kafir. Sikap Umar Al Khataab mengenai ini jauh lebih keras dari Muhammad SAW dan Abu Bakar Ass-Siddique. Umar Al Khataab sentiasa memastikan bazaar-bazaar dipenuhi oleh peniaga-peniaga Islam. Beliau mahu segala urusan perdagangan harus pada jalan Islam, dan juga orang Islam mesti menjadi pengusaha perdagangan. Umar Al Khataab mengurus umat Islam dan halehwal Islam secara serampang tiga mata. Pertama akidah mesti utuh, maka setiap sikap beliau sangat keras dalam memerhatikan perkara ini dipatuhi oleh Ummah. Keduanya kemudahan untuk melahirkan pengusaha mesti ada dan terbangun wajar, maka dengan sebab itu beliau sangat menitik beratkan pembangunan dan pengurusan bazaar secara baik. Beliau mudahcarakan kemudahan dan urusan perdagangan bagi Ummah. Sesungguhnya bazaar Madinah kemudian berkembang menjadi bazaar-bazaar hebat besar-besar di seluruh dunia Islam sekitar 400-500 tahun dahulu dan kini ianya terevolusi menjadi Street Malls dan Mega Malls.  Ketiga, sejak awal Muhammad SAW telah membawa para pedaganag Quraish yang hebat-hebat untuk melatih dan membimbing para perdagang Al Ansar dan Khawarij untuk berdagang secara sihat di Madinah. Umar Al Khataab meneruskan amalan ini dengan memastikan Umat Islam harus menjadi pengusaha. Sesungguhnya, Melayu sangat hebat dalam membaca, menghafal dan bercakap tentang Al Quran, Hadiths dan Periwatan namun kita sekadar mengerti secara face value, tidak mendalami pada yang tersirat yang mampu jauh mengasak kita ke depan. Proses berfikir dan bertindak pada ilmu dan kemahiran yang ada tidak dan belum Sistem Pendidikan kita mampu janakan di kalangan masyarakat Melayu kita. Itulah asas kelemahan ekonomi Melayu biar siapapun dan di manapun mereka. Di Sarawak paling sangat ketara. Lantaran pengusaha Melayu sangat kekurangan, maka Melayu akan terus tengelam dalam sektor perkulian, terhamba oleh kapitalis. Melayu dan Islam akhirnya kian terpisah secara sistematik dan strategis.

(3) Sesungguhnya fitrah Muhammad SAW sedari mula adalah fitrah usahawan. Sebagai yatim piatu, miskin, Allah menjadikan baginda seorang yang harus berdikari. Baginda terlatih dan dibimbing dan akhirnya bahkan dimudahcara oleh Allah untuk menjadi pengusaha berjaya. Pada Muhammad SAW Allah tunjukkan jalan agar ekonomi setiap Muslimin harus di jalan berdikari. Surah Adhuha yang banyak kalangan Melayu tafsirkan sebagai doa saya kira sangat terpesong dari natijah asalnya betapa Surah tersebut adalah sebuah peringatan sejarah dan janji Allah untuk mereka yang berani, teguh berusaha dan berIman.

(4) Memang benar pelbagai usaha telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pemerintah untuk masyarakat Melayu. Namun, cuba lihat hakikatnya, semuanya tidak punya kesinambungan. Banyak batas pemisahnya gaps. Setiap agensi punya agenda dan program tersendiri, dan akhirnya para peserta terkoteng-koteng di tengah lautan, ibarat sebuah persetubuhan yang tidak kesampaian. Paling ketara, rata-rata usaha-usaha pembangunan keusahawan lebih bersifat tunjuk ajar dan bagi sijil sahaja tidak sampai ke tahap bimbing, mudahcara dan kawalselia. Biar ada Institusi Pembangunan Keusahawanan Belia, namun corak kerja Institusi itu masih tetap sekadar melatih, dan pengeluaran sijil tidak sebetulnya membangun, membina, mengasak keusahawanan. Sebetulnya, Melayu tidak perlu menjadi uasahawan seluruhnya. Jika 10-15 peratus sahaja dari Melayu punya sikap keusahawanan dalam pelbagai bidang dan meliputi pelbagai tahap sizing, Melayu pasti boleh berdiri sendiri. Asasnya mudah, kekuatan ekonomi di Negara ini terletak di tangan pribumi. Tanpa mereka domestic market pasti runtuh. Juga kita mungkin tidak pernah memerhati, hanya sekitar 30 peratus dari masyarakat Cina di Negara ini adalah pengusaha. Sebahagian besar dari mereka sudah mulai sekadar makan gaji. Maka 30 peratus dari masyarakat pengusaha Cina sebetulnya melibatkan hanya sekitar 10 peratus dari seluruh penduduk Negara. Maka jika 10-15 peratus dari masyarakat Melayu dan pribumi terlibat dalam keusahawanan, ini sebetulnya pasti hanya melibatkan 6-10 peratus penduduk Negara. Jika diganding dengan pengusaha Cina, maka hanya sekitar 16-20 peratus sahaja penduduk Negara ini akan menjadi pengusaha, dan ini pasti jauh dari mencukupi untuk menjaga kepentingan ekonomi masing-masing kaum di Negara ini. Makanya, kita mesti berani membina kelompok uasahawan pelbagai kaum yang seimbang di Negara dan Negeri ini. Ekonomi Negara dan Negeri tidak boleh terkumpul berat di satu pihak sahaja.

(4) Saya melihat, para pemimpin dan masyarakat Melayu Sarawak perlu mengambil sikap lain dari para pemimpin dan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Sikap kita harus lebih berani dan kental dalam membangun usahawan Melayu. Caranya tidaklah payah, jika kekuatan segala institusi berkait dengan Melayu dan Islam digembelengkan. Ini harus melibatkan seluruh institusi swasta juga awam, milik sendiri juga kelompok. Pemimpin dan masyarakat Melayu Sarawak harus punya kemahuan untuk bekerja lebih di luar batas formal demi bangsa ini. Pokoknya, ada kesatuan dan iltizam menyeluruh di dalam masyarakat tersebut. Sesungguhnya prihal ini bukan tidak boleh dan terlorongkan. Allah sejak sekian lama memberikan peluang kepada orang Melayu untuk menerajui kepimpinan Negeri dan Negara dalam banyak lapisan, cuma mungkin kejahilan dan kelalaian mereka menyebabkan peluang itu tidak terguna terbaik. Di Sarawak, saya mengira, tidak sampaipun 500 buah kelompok perkampungan Melayu di Negeri ini. Dari sejumlah anggaran 500 itu, saya yakin hanya sekitar 150 sahaja yang mempunyai penduduk dalam lingkungan 1,500-5,000 orang. Sebetulnya, amat beruntung, corak penempatan Melayu sebegitu yang jauh lebih padat dari kaum-kaum pribumi lain di Sarawak. Perkampongan Melayu punya economic of scale. Contoh jelas adalah Nonok, Semerak, Beladin, Pusa, Kabong, Igan, Daro, Matu dsb. Cuma semua ini tidak pernah dilihat sebegitu dan digembelingkan sebegitu. Kekuatan penempatan padat ini harus masyarakat Melayu pergunakan sepenuhnya untuk membangun para usahawan yang mampu mendokong ekonomi setempat. Agenda Pembangunan Insan dan Usahawan Melayu harus digubal dan setiap Melayu yang bertanggungjawab harus memastikan Agenda ini berjalan baik. Mungkin anih, Melayu cukup hebat membangun Agenda Pembangunan Negara, Negeri dan Koprat, tetapi Melayu gagal membangun Agenda Pembangunan Insan dan Usahawan Melayu itu sendiri. Saya tidak nampak ada kesebatian antara pembangunan bandar sejahtera dan luar bandar. Saya menghitung, konsep pembangunan luar bandar di Negeri ini terlalu prototype ala Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia. Kita bacul untuk melakukan ciri dan cara pembangunan luar bandar tersendiri yang berani. Masih banyak dan keras politicking sifatnya saya berkira.

(5) Sesungguhnya, pembangunan keusahawanan harus Melayu tekankan. Melayu harus tidak terus berkuli menagih simpati kaum lain. Melayu perlu sedar, tidak wajar bagi kaum Cina umpamanya harus menyediakan pekerjaan bagi masyarakat Melayu. Ini ibarat, bini kita tetapi dipelihara tonggangi orang lain. Melayu harus punya harga diri untuk bangkit dan membela diri sendiri. Melayu harus sanggup berdiri dan saling membela. Kita tidak perlu merompak hak kaum lain kita harus sejujur seikhlas kekal di jalan tuntutan Islam agar Allah terus-terus sepenuhnya bersama kita. Kita harus ingat, Allah tidak memerintahkan kita membunuh babi dan segala yang haram saat kita mahu memelihara lembu atau apa saja yang halal. Fitrah Allah mengadakan yang haram bersama yang halal harus kita mengerti wajar dalam bernegara majmuk seperti Allah takdirkan kepada kita ini.  Kesaksamaan dan keadilan harus menjadi pegangan Melayu. Melayu harus bangkit dengan tidak merompak hak pihak-pihak lain. Mereka juga adalah mahluk Allah. Melayu harus bangkit mengejar keusahawanan. Kita harus jangan buta, tanpa para usahawan sepertinya Khadijah, Abu Bakar Ass-Siddique, Umar Al Khataab, Othman Affan, Abdul Rahman Auf dan bahkan Muhammad SAW itu sendiri, Islam tidak akan pernah kembali bangkit. Sesungguhnya, fitrah perkembangan Islam adalah keusahawanan dan perdagangan. Juga tumbuh kembangnya Mekah dan Madinah adalah lantaran adanya usahawan dan perdagangan. Apakah tidak sebegitu mulanya Acheh, Palembang, Surabaya, Makasar, bahkan Melaka dan Sarawak? Tanpa usahawan, saya yakin Islam tidak akan pernah kembang. Kita lupa, buta dan beku tentang itu.

(6) Anak-anak Melayu saya kira kini terlalu berbanga bergaya biar sekadar tetap berkuli dari comot namun merdeka berusaha sendiri. Paling jelek saya lihat, mereka lebih gemar berpakaian ala-F1 namun sikap mereka tidak lebih dari seekor sloth. Masyarakat Melayu kian jelek bermenantu pemuda-pemudi yang sanggup susah keras berusaha. Masyarakat Melayu kian menghargai kehidupan bergaya dari kehidupan yang berperibadi mandiri. Budaya KFC dan McDonald merubah Melayu menjadi masyarakat yang tidak menghargai pemuda-pemudi berjiwa keras mandiri berusaha. Sistem pendidikan dan media kita banyak merosakkan budaya silam keras dan tegarnya Melayu. Barat secara diam-diam tersenyum menanti masa Melayu hilang segala jati diri. Inilah hakikat jalan yang sedang Melayu titikan tanpa banyak yang mahu sedar mengubah.

(7) Mungkinkah selepas ini kita akan senyum gembira melihat betapa Baitul Mal, Yayasan Budaya Melayu, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Badan-badan Khairah Masjid, dsb mengorak langkah digembeling kuat di bawah katakan Menteri Muda Halehwal Islam (dan Melayu) untuk bergerak cergas dalam membangun usahawan-usahawan Melayu dan atau mengembeling kekuatan aset ekonomi Melayu untuk kelestarian Melayu? Beranikah institusi-institusi ini keluar dari kemegahan berinstitusi tetapi berjalan bersama Melayu dalam keperkasaan menyeluruh sebenar? Atau apakah Potforlio Islam dan Pembangunan Keusahawan dalam Kerajaan Negeri Sarawak akan sanggup bergandingan kuat demi Melayu dan Islam sejagat. Beranikah pemimpin dan mayarakat Melayu mengenepikan politik bersuku-suku dan bermain wayang. Era politik ala Taib Mahmud harus sudah menjadi perkara lepas. Perlukah kita terus-terus berjalan menikus dan dicurigakan? Kenapa kita tidak berani menantang arus pada jalan jujur dan benar? Sejarah Bilal bin Rabah, Salman Al Farasi, Umar Al Khataab dsb tidak kita mengerti hebat dalam kita menyusun strategi dan jati diri demi keperkasaan bangsa ini. Saya perhatikan, institusi berkait dengan Melayu dan Islam, hebat mereka hanya dalam mengumpul Melayu berseminar dsb di saat piliharaya hendak mendatang. Selepas dan sebelum itu, semua jadi beku, kaku, dan tunggul.

(8) Di desa dan di bandar, nilai-nilai dan usaha-usaha keusahawanan Melayu harus dibangun segera dan sekuatnya untuk membolehkan Melayu Sarawak terus-terus punya martabat terhormat dan perkasa. Pengembelengan aset Melayu yang sekangkang kera harus berani dan segera dilakukan.

Jalan Pembandaran Melayu

Sesungguhnya, senjata paling ampuh dalam regulate agar pembandaran masyarakat Melayu adalah teratur dan berkualiti adalah lewat pembangunan keusahawanan. Dua tahap kesuahawanan harus dibangun segera di kalangan masyarakat Melayu. Pertama di perkampungan Melayu yang besar-besar, harus ada usaha bersepadu dalam membangun aset ekonomi dan kehidupan perbandaran di sana. Kampung-kampung Melayu harus menjadi Kota-Kota Desa, Rural Cities yang serba lengkap. Insan-insan usahawan harus dibangun di sana. Kemudahan keusahawan harus dimudahcara. Kawal selia pembangunan keusahawanan mesti bersepadu. Melayu hakikatnya suka berkampong. Berkampong itu adalah saikologi suka bersama bagi orang Melayu. Lantaran itu Islam mudah dijerap oleh Melayu lantaran Islam adalah roh kebersamaan. Cuma nilai kebersamaan itu tidak pernah dilihat secara lebih dinamik sehingga ianya dianggap budaya kampung yang tidak sesuai dengan zaman. Para pendidik, ahli agama apa lagi pemimpin Melayu tidak mengasak sifat berkampong Melayu itu umpamanya sebagai asas untuk pengkorporatan. Tidak pernah jati diri kampong Melayu disorot dari sudut koprat maka ianya tinggal sebagai semata-mata kampong.  Sesungguhnya bagi saya, manusia-manusia yang berfikiran sebegitu adalah manusia-manusia pengkhianat bangsa, manusia-manusia yang tidak punya hati dan otak untuk berfikir dan merasa ke depan. Dalam membangun keusahawanan di kampong-kampong, bukanlah perkara susah. Orang Melayu taat kepada pemimpin mereka. Cuma soalnya, Temenggong, Penghulu dan Ketua-ketua Kampong dan para Imam di Kampong apakah mereka pernah digerakkan ke arah itu contohnya oleh Ahli Yang Berhormat berkenaan. Ahli-ahli Yang Berhormat saya kira terlalu asyik mencari kekayaan sendiri sehingga kepentingan masa depan bangsa mereka ketepikan. Di Sarawak khususnya, Ahli Yang Berhormat harus sudah boleh menumpu perhatian untuk memberikan daya kepimpinan yang dinamik dan berwawasan kepada seluruh kampong-Kampong di bawah pimpinan mereka lantaran soal Pendapatan mereka sudah dibaiki wajar. Amat pedih dan bodoh rasanya bila Ahli-Ahli Yang Berhormat hanya gemar melakukan perkara-perkara berbentuk window dressing untuk pleasing seketika rakyat-rakyat yang dhaif demi kepentingan kelangsungan kuasa mereka. Sikap Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak tahu dan tidak mahu mengangkat martabat Melayu dalam bidang yang lebih luas harus sudah tidak ada dan tidak diamalkan lagi. Ketua-ketua masyarakat, agensi-agensi Kerajaan serta pihak-pihak usahawan setempat dan luar yang berkeupayaan dan jujur harus mereka gembelingkan untuk membangunkan masyarakat setempat. Para Ahli Yang Berhortmat ini harus punya keberanian untuk to be a Government within a Government dalam merombak cara berfikir dan kerja di kawasan masing-masing. Bagi saya, jika para Ahli Yang Berhormat punya kecekalan dan kebijaksanaan dalam berbuat Islamic Social Enterprise di kawasan masing-masing, masyarakat Melayu pasti menjadi sangat lain dalam 5-10 tahun mendatang. Dalam masa yang sama, para "ahli agama Islam" apa yang orang Melayu sering agung-agungkan sebagai ustaz dan ulama harus juga dapat melihat dakwah dan pendirian siasah Islam dari sudut pensebatian Fardhu Ain dan Kifayah, tidak hanya bercakap tentang sakitnya mati sedang mati itu tidak tahu bila dan bagaimana caranya. Manusia-manusia Melayu Islam harus terus di asak untuk hidup sebenar bagi kehidupan hakiki, dan bukan hidup untuk mati. Cara dan nada pendidikan Islam harus diubah demi benar-benar membangkitkan Melayu Islam yang benar-benar berjaya. Juga, sudah sangat banyak penjawat awam Melayu. dari zaman penjajah sehingga kini. Orang Melayu diberi penghormatan untuk mentadbir Negeri. Namun berapa banyak, dalam menjalankan tugas harian secara saksama, mereka benar-benar berusaha keras agar apa yang diuruskan benar-benar kesampaian kepada rakyat Melayu dan boleh meletakkan masayarakat itu ke depan? Sikap kebanyakan mereka hanya berkerja lantaran menurut perintah benar-benar sangat bersifat pemuka kolonisma. Sikap sebegitu harus sudah lama lebur hancur. Pegawai-pegawai awam Melayu harus punya keberanian dan kegigihan untuk benar-benar berbakti kepada bangsanya secara hakiki, bukan sekadar elok di atas kertas. Sebegitu juga manusia-manusia Melayu yang sudah bersara. Kenapa harus terpelosok sahaja di Masjid-Masjid atau di kedai-kedai kopi dan padang-padang golf, mengejar keseronokan lepas yang tertangguh sedang masyarakat masih sangat dahaga akan tunjuk ajar dan bimbingan, idola. Kenapa tidak usia yang masih tersisa bersama dengan segala ilmu dan kemahiran yang ada tidak dipusatkan membina kampong halaman yang telah lama ditinggalkan? Ini mungkin suatu jalan social revolution, suatu perubahan sikap secara keras tentang cara Melayu harus diurus oleh semua yang berkenaan, namun jika itu adalah perlu, kenapa harus kita berdiam diri atau takut?

(2)  Saya melihat Rural Enterprises Development adalah alat perubahan paling ketara di Amerika, Jerman, bahkan Jepun dan Korea dalam membawa masyarakat mereka ke pesada dunia yang lebih besar. Anak-anak Melayu di kampung-kampung cukup tegar. Ketegaran ini harus boleh dijadikan jati diri sebagai tongak untuk berani mencuba dan merobah. Apa yang ada pada Melayu harus kita boleh kembang biak demi keutuhan bangsa ini. Benar kita akan PNK, PPK, Koop, dsb, namun semua itu digerak secara ala-Kerajaan. Ianya tidak digerak mengikut lunas-lunas koprat sebenar. Banyak lebih berupa alatan politik dari wadah perubahan ekonomi Bangsa. Sesungguhnya, saya yakin, dengan perubahan mendadak demografi Melayu, masanya telah tiba untuk kita berani berbuat yang perlu dengan cara baru. Inilah Sunnah, saya kira, dan telah terbukti berjaya. Muhammad SAW membangkit Islam dan Umat lewat cara lain yang berbeza dari kebiasaan dengan cara paling teguh dan berani. Baginda sanggup bergadai nyawa dan segala kemewahan menyonsong arus. Baginda tekad pada jalan sebenar dalam merobah masyarakat ke jalan kesejahteraan abadi. Mungkin lantaran politik popular kita jadi penakut. Kita takut bayangan kuasa dari berani demi Islam dan bangsa. Jika proses pembandaran luar bandar, rural urbanization and rural enterprise development dapat dijalankan dengan baik, maka kepincangan sosial Melayu di kota-kota akibat penghijerahan tidak terancang ini pasti dapat ditangani dengan lebih baik. Kampung-kampung Melayu harus menjadi better Malays generators untuk dihantar jadi wira-wira di kota-kota dan seluruh pelusuk dunia bukan sebagai kuli-kuli yang akan tergadai kemudiannya nilai-nilai susila dan keluhuran adat budayanya.

(3) Segala usaha kemajuan tradisional yang telah, sedang dan akan dibangunkan di kawasan luar bandar tidak menjamin kelestarian dan keperkasaan Melayu Sarawak. Biar segala itu adalah keperluan, namun itu tidak mencukupi. Semua itu, jika tanpa brilliant intervention akan menjadikan Melayu hanya sebagai masyarakat pinggiran, penonton. Fitrah Muhammad SAW terlahir sebagai piatu, miskin, harus berusaha sendiri serta keliling baginda yang dipenuhi dengan anak-anak kecil seperti Ali Abi Thalib, Haritha dsb serta para usahawan berjaya seperti Abu Bakar Ass-Siddique, Umar Al Khataab, Uthman Affan, Abdul Rahman Auf dsb harus kita perhatikan secara meluas dan mendalam. Apakah pengajaran yang hendak Allah tunjukkan pada segala itu pada baginda? Sayang Allah berlimpah-limpah kepada Muhammad SAW itu untuk siapa, untuk baginda atau UmatNya? Saya berkeyakinan penjejakan kita terlalu ke Kapitalis Barat telah merosakkan sifat kental jati diri berdikari Melayu. Di desa-desa, kebanjiran subsidi telah membunuh manjakan Melayu sebagai kucing Siam makan di tangan. Melayu sedang membunuh Melayu lewat cara tamakkan kuasa dan kekayaan segelintir. Saya yakin, pembandaran terancang serta pembangunan usahawan Melayu desa pasti akan melahirkan bangsa Melayu yang kuat mandiri, cuma caranya Melayu harus mampu pantas berubah mendahului masa.

(4) Keduanya, mungkin dari sekitar 350,000-450,000 manusia-manusa atau 70,000-90,000 keluarga Melayu di bandar-bandar dan pinggir bandar di seluruh Negeri, saya mengira hanya 30 peratus adalah golongan Menengah dan Atas. Sebetulnya, kalangan 30 peratus ini, saya menjangka adalah sekadar masih banyak pada tahan Menengah Rendah. Ini bermaksud kebanyakan Melayu di bandar dan pinggir bandar, iaitu sekitar 70 peratus masih tergolong ke dalam Golongan Berpendapatan Rendah. Memandangkan sektor ekonomi berpulangan tinggi Negeri tidakpun dikuasai oleh pribumi Negeri ini, dengan Melayu tidak terkecuali, maka jumlah mereka yang sebegitu besar menduduki lingkungan Berpendatan Rendah adalah suatu gejala yang sangat merbahaya bagi bangsa ini. Sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, pengangkutan apa lagi kewangan yang menjadi asas ekonomi bandar, tidak dimiliki oleh Melayu, dan mereka sekadar kuli sahaja, maka pastinya, ransangan di sektor-sektor tersebut tidak memberikan competitive advantage kapada mereka malah semakin melebarkan jurang kekayaan antara kuli dan pengusaha. Jika perkara ini tidak ditangani kuat, pasti bandar-bandar di Sarawak akan sangat bersifat dualisma: the beauty and the beast. Apakah ini sedang tidak terjadi? Lihat saja Kampung Seberang Kuching berbanding Tabuan Jaya atau Taman BDC. Begitu juga perhatikan Kg Datu di Sibu berbanding taman LiHua. Perhatikan Kg Masjid-Baru di Bintulu, berbanding BBC Housing. Di mana-mana, di Miri, Limbang dan bahkan di pekan-pekan kecil seperti Sri Aman, Sarikei, Bintangor, Serian, Lawas, dsb wajah-wajah dualisma kota sangat ketara. Kelompok penempatan Melayu rata-rata masih berwajah the Beast. Kenapa perkara ini terjadi? Biar saya menyorot sebab musabanya dari dua sudut. Pertama dari sudut Dasar dan Strategi Perumahan Rakyat. Kedua, pastinya apa yang Al Quran tegaskan "Allah tidak membantu kamu, melainkan kamu membantu diri kamu sendiri"

(5) Pertama dari sudut Dasar dan Strategi Perumahan Rakyat (PR). Penekanan PR adalah rumah mampu milik. Bagus. Cukup baik dan tepat. Cuma strateginya bagaimana? Sering, rakyat miskin terpaksa berumah jauh di pinggir bandar. Sebabnya mudah, di sana, harga tanah lebih murah. Namun pihak yang berwajib tidak pula cuba melihat harga tanah dari sudut development inducement dan atau intervention. Mereka melihat harga tanah pada batas tersedia. Tanah-tanah yang diduduki setinggan seringnya dibongkar, dan para setinggan di hantar ke pinggir kota. Contoh paling nyata adalah Pending, Bintawa, Demak dan Segenting Kuching (Ithmus). Rakyat setinggan dari sana dilemparkan ke Samariang, Bako dan Buntal. Mereka asalnya menghambat pembangunan dan rezeki, namun akhirnya dasar dan strategi perumahan rakyat memisahkan mereka dari tujuan kedatangan mereka ke kota-kota. Akibatnya, biar rakyat dan juga pengusaha menanggung perbelanjaan tinggi dan initial hiccup. Rakyat pertamannya harus memulakan hidup baru dengan segala perbelanjaan baru. Paling getir, di tempat baru segalanya belum ada. Maka rakyat terpaksa mengalami perit hidup yang tidak terurai cepat. Sedang di pihak pengusaha, kawasan-kawasan setinggan inipun perlu dibangun dengan harga pelaburan tinggi. Segala kekurangan juga ada di sana yang harus diadakan sesuai dengan keperluan industri yang hendak dibangun. Akibatnya, berlaku banyak initial hiccup yang tempoh mengatasinya belum tentu singkat. Apa lagi strategi sebegini akhirnya menimbulkan penyakit perbandaran lainnya. Perhatikan, dulu rakyat diburu keluar dari Bintawa dan Pending. Kini cuba lihat, tindakan tersebut sekitar 30 tahun dahulu, ternyata salah. Kini industri di Bintawa dan Pending sudah bersifat unwelcome, kotor dan tidak sihat. Ianya harus dibangun sebagai kawasan perbandaran iaitu kependudukan. Andai dulu, para setingan yang ada di situ diurus baik secara in situ dan kilang-kilang di bangunkan di kawasan Demak contohnya, apa tidak mungkin keseimbangan ekonomi dan pengurusan alam sekitar tidak telah terurus lebih baik. Juga, kini saya melihat kepincangan sosial sedang berlaku kuat di daerah Kuching Selatan. Sama saya lihat kini keadaannya di Kemena, Bintulu dan bahkan Lanang, Sibu. Inilah apa yang saya kira perhitungkan urbanization and industrialization ala-Taib Mahmud harus sudah berani kita semak kembali. Bukan untuk menyatakan cara itu salah, tetapi inilah cara kini dan tuntutan kini. Kita terdahulunya telah terlalu mementingkan Kapitalis dari rakyat, maka kini kita sedang berdepan dengan kebangkitan rakyat yang jauh lebih mahal dan sulit nilainya untuk memeranginya. Kapitalis saat sudah kenyang, mereka boleh kabur ke mana-mana, sedang rakyat yang pengsan kini kita yang terpaksa menanggung beban memberi nafas kepada mereka. Apakah kapitalis tadi peduli? Masa bodoh lu adalah sikap mereka.

(5) Sesungguhnya, dasar dan strategi PR lepas yang mengelompokkan pipit sama pipit di pulau-pulau di laut kejauhan sebetulnya sangat membunuh Melayu. Pergilah ke mana-mana Rancangan PR di Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri, apakah semua itu bukan sarang segala penyakit sosial Melayu (dan pribumi)? Lantaran politik aneh, saya melihat usaha di masa lampau terlalu condong kepada kehendak Kapitalisma. Tidak ada keberanian untuk membina PR sebagai landasan membina Negara Bangsa Gagah. Sangat anih, di mana tenaga keringat mereka perlu diperah, sedang batin mereka terpaksa dikorbankan. Itu cara lepas, seharusnya tidak harus terus diulang-ulangi. Lowongan pekerjaan harus di bawa kepada rakyat, bukan rakyat harus dipinggirkan hanya kerana lowongan Kapitalis. Sikap kita bagai taking the mountain to Muhammad SAW, not Muhammad SAW going to the mountain pasti sangat bercanggah dengan fitrah asalnya kebangkitan Islam. Lantaran itu, kita kian menjadi bangsa yang pengsan menghambat pembangunan tanpa kita barakah menikmati kemajuan. Islam menunjukkan jalan jelas, jalan Islam kita tidak mengerti malah pinggirkan. Kita ketulahan akhirnya.

(6) Keduanya, kita sering bertanggapan, jika Al Quran sudah menegaskan "Allah tidak membantu kamu, melainkan kamu membantu diri kamu sendiri" maka kita mengambil sikap betapa rakyat harus berbuat segala untuk diri mereka. Jika itu benar, maka tidak mungkin Al Quran juga akan menegaskan "Betapa ada di antara kamu, Aku lebihi dari yang lain, agar kamu menjadi orang-orang yang berIman dan berTaqwa". Ungkapan ini kelihatan mudah, namun itulah penegasan tanggungjawap sebahagian adalah khalifah kepada yang lain. Tuntutan Al Quran tersebut bermaksud, andainya Allah memberikan kita sesuatu yang lebih baik dari yang lain, maka itu adalah sekadar ujian untuk melihat apakah kita sanggup terus mengamalkan sikap kuat berIman dan Bertaqwa. Kuat berIman dan berTaqwa bermaksud kita terus bertanggungjawab kepada Allah dalam berbahagi dengan UmatNya yang lain yang kurang bernasib baik. Maka atas prinsip tersebut, harus sebilangan orang Melayu yang mahu tetapi tidak berupaya, dibimbing untuk menjadi pengusaha. Melayu yang miskin tidak harus terus-terus terbiar menjadi kuli. Segala peluang dan keperluan harus tersedia buat mereka yang berkemahuan untuk memajukan diri, dan semoga dengan itu mereka dapat saling membantu kemudiannya.

(7) Pembangunan keusahawanan harus ditekankan kepada sebahagian Melayu. Ini adalah penting sebagai benteng untuk mempertahan kekuatan politik yang ada. Politik tidak kekal abadi jika Melayu yang sekelumit ini terus-terus menjadi kuli. Melayu harus boleh menjaga kepentingan Melayu. Politik tidak dan bukan segalanya. Banyak lagi di luar politik yang Melayu mesti perkukuhkan. Bodohlah Melayu jika terus bertanggapan betapa politik adalah segalanya. Melayu harus berhenti dari terus-terus menagih belas ikhsan orang lain. Telah tiba masanya, politik Melayu bukan lagi untuk politik tetapi politik Melayu demi keperkasaan Melayu dalam segala bidang.

Rentak Urbanisasi dan Kesannya

Hakikatnya, pertumbuhan ekonomi Negeri yang pesat, belum pasti merupakan suatu rahmat berpanjangan bagi masyarakat Melayu di Sarawak adalah jelas. Anjakan perubahan ekonomi berasaskan balak, petroleum dan perladangan, hanyalah sebagai pull factors untuk masyarakat Melayu berbondong-bondong beralih dari punya desa ke taman-taman setinggan. Benar mereka jadi urbanized namun urbanized terpinggir. Apa lagi bila berlaku ledakan industri perkilangan, semakin mengasak masyarakat Melayu menjadi kuli-kuli. Begitu juga akibat perkembangan industri pembinaan, perkhidmatan, pengangkutan, pembinaan dan kewangan, semuanya seperti terus-terusan meletakan masyarakat Melayu ke pinggir. Peluang pekerjaan sememangnya terbuka, namun jenis pekerjaan yang ditawarkan semua sekadar cukup hidup. Cuma yang nyata, semua ini terus-terusan mengheret masayarakat Melayu untuk terus berdatang ke bandar-bandar tanpa jelas akan kehidupan masa depan mereka.

(2) Paling parah, bilamana keperluan boroh murahan mulai diganti dengan boroh luar. Melayu sekali lagi terpukul oleh ledakan pembangunan di Negeri sendiri. Negeri ke depan, Melayu terus-terus meninggal menggugurkan diri ke belakang. Melayu yang mengundur ini banyak kian dilihat sebagai Melayu mengalah dan mereka terbiarkan. Namun saat pilihraya mendatang, Melayu mengundur ini jika boleh harus diusung dengan gotongan emas untuk mengundi biar yang diundi sebelumnya dan seterusnya akan meminggirkan mereka. Sesungguhnya, saya perhatikan rhetorik politik terus-terus memberikan Melayu kuasa dan harapan, namun kuasa dan harapan itu tanpa sedar kian menghakis dan pastinya sedang menuju jalan sangat perit untuk dikembalikan. Pembangunan seperti kian mengubur Melayu di tanah air sendiri. Saya melihat, ketaksuban Melayu lewat hamburan harapan sangat memerangkap bangsa itu sendiri. Melayu paling percaya dengan harapan. Saat ahli politik mampu memberi harapan maka Melayupun bersyukurlah menanti harapan itu. Kapan ianya datang, tidak kita lihat jalan keras ke arahnya. Sepertinya, Syuga Allah telah janjikan maka asalkan saja boleh bersyahadah, maka Syurga adalah pasti buat mereka, apa jenis Islam yang Melayu amalkan itu tidak penting. Yang maha penting adalah Allah telah menjanjikan Syurga buat yang tahu dan boleh bersyahadah. Sungguh picek dan lungu. Melayu terlalu mudah terpancing dengan harapan.

Melayu Kuching - Khilaf dan Model Urbanisasi Melayu

Di Kuching, hanya terdapat beberapa kelompok besar kependudukan Melayu. Di Kuching Selatan, Melayu rata-rata menguasai kawasan kediaman slum khususnya di Tabuan Melayu dan Lot. Inilah Melayu yang menjadi kuli bagi para kapitalis di Pending-Bintawa dan sekitarnya. Para setinggan yang berhamburan di Pending, Bintawa dan Segenting Kuching sudah dipindahkan merata-rata. Kebanyakan Melayu di Tabuan dan setinggan dulu-dulunya di sini adalah berasal dari daerah persisiran yang mulai berhijrah masuk sekitar akhir 1970an. Kuching Utara sememangnya dominen Melayu lantaran sebahagian dari kawasan Kuching Selatan juga termasuk ke dalam wilayah ini. Satok dan Kudei seharusnya terkelompok ke dalam Kuching Selatan namun demi politik ianya terkandung dalam wilayah Kuching Utara. Gita, Tupong-Sg Bedil, Kg Seberang Kuching, Samariang Batu, Buntal, Santubong, Bako, Muara Tebas, dan Gobelt adalah aslinya perkampongan Melayu di Sarawak. Gita mengalami pembesaran lantaran perpindahan Kampong Jawa bagi memberi laluan kepada Brooke Dock Yard. Sedang penempatan-penempatan baru seperti Jalan Astana, Taman Sukma, Samariang serta pelbagai rancangan Perumahan Rakyat di Matang adalah hasil dari keperluan memindahkan pelbagai setinggan Melayu dan pribumi lainnya di kawasan yang perlu memberi laluan bagi pembukaan kawasan perindustrian di Kuching Selatan. Natijahnya, Melayu terkeluar dari Kuching Selatan yang menawarkan lebih banyak peluang ekonomi dan berasak ke Kuching Utara untuk membina semula kehidupan dari dasarnya. Dari satu sudut ada kebaikannya, sedang di sudut lain, jelas kesan tidak baiknya dari segi jangka panjang. Kuching menjadi Bandaraya Dualisma. Apakah itu tidak memanjangkan dualisma dalam sikap bernegara kita?

(2) Biar Melayu mendominasi Kuching Utara, saya melihat mereka di sana sekadar tumbuh membesar dan mati. Saya tidak nampak Melayu di Kuching Utara menjadi pengerak ke arah self economic forces. Saya tidak nampak di zaman tiga dekad Taib Mahmud mentadbir Negeri, beliau benar-benar berusaha membangun the Malays economic force di Kuching Utara. Biar di sektor awam juga swasta, tetap dominen Melayu di sini adalah sekadar kuli. Kehadiran Baitul Mal, Lembaga Masjid Negeri dan apa lagi Assar sekalipun tidak mampu mengembeling aset sekangkang kera Melayu di sini untuk dibangun sempurna menjadi kuasa ekonomi mereka. Biar cebisan-cebisan tanah milik Kerajaanpun di sini terus-terusan diberikan kepada kapitalis yang membelakangkan Melayu. Anihnya, tiada Melayu mahu dan atau benarni bersuara?

(3) Dari sudut Greater Kuching penduduk Melayu tetap meminggir ke pinggir-pinggir bandaraya. Batu Kawah, Matang, dan Serapi-Sempadi  menjadi tumpuan penempatan persisir Melayu dalam the Greater Kuching. Membawa dari Sentosa ke Serian, tiada penempatan Melayu yang sangat ketara melainkan di Hj Baki dan Batu 14. Begitu juga di antara Bt Kawah membawa ke Bau, tiada penempatan Melayu melainkan di pinggiran Batu Kitang membawa ke Kudei-Gita. Dari Tabuan Jaya-Taman BDC ke Samarahan, tiada perkampongan Melayu. Setinggan-setinggan Melayu dulu-dulu diasak sepenuhnya untuk ke pinggir-pinggir Kuching Utara. Sesungguhnya, ruang geografi Melayu sangat terbatas. Keterbatasan ini adalah bersebabkan pandangan hidup Melayu terhadap tanah daratan juga akibat dasar penempatan Melayu yang kurang strategis. Biar Melayu hampir merupakan separuh dari penduduk bandaraya Kuching, namun pegangan aset tanah mereka sangat terbatas. Apa lagi jika dihitung aset komersial mereka, memang parah terus. Apa usaha hebat yang telah dilakukan oleh institusi Melayu dan Islam, apa lagi pemimpin dan masyarakat Melayu? Yang jelas dimiliki adalah tanah perkuburan Samariang lantaran itu adalah perkampungan abadi mungkinnya?

(4) Apa ada pada Melayu? Darjat kebesaran Melayu berjela-jela. Pangkat Melayu paling besar dan melata. Contohnya dari enam Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang sudah ada, empat dari mereka berasal dari rantau Kuching. Gaya, pasti ada. Rupa, banyak yang ada, banyak juga yang mengada-ngada. Dunia show play Melayu paling terkedepan dalam menonjolkan kemayaan dari hakiki jati diri sebenarnya mereka. Allah menjadikan merak, murai dan segala, biar telah dijadikan landasan falsafah luhur Melayu namun kebanyakan dari mereka tetap tidak mengerti akan maksud sindirannya. Kekayaan, banyak Melayu berkata itu tidak penting lantaran semua itu tidak boleh di bawa ke kubur apa lagi ke Syurga. Bayangkan jika ada Melayu gali kubur sebesar rumahnya untuk ditanam rumah dan segala isinya sekali dengan mayatnya. Firaun dan maharaja Chinapun tidak mampu berbuat sebegitu. Inilah sebetulnya kegilaan dan kebodohan sebuah pelarian. Sesungguhnya, yang paling Melayu miliki adalah topeng segala kekecewaan juga topeng segala pelarian. Lantaran kecewa mereka tidak peduli bangsa mereka sendiri. Lantaran kecewa Allahpun mereka kurang mengerti. Lantaran kecewa, Melayu menjadi tukang rembat selagi ada kesempatan. Lantaran kecewa, maka banyak bersikap lu lu gua gua. Pelajaran dan kemahiran, rhetorik berkata Melayu ada. Ada memang ada, namun adanya tahap mana dan jenis apa? Bertatih sememangnya kera di hutan juga harus bertatih. Namun tidak kera itu terus bertatih, melainkan melompat juga akhirnya. "Pemikir, pemimpin dan pentadbir" Melayu cukup hebat berdalih dari berusaha keras memperbaiki. Tanah sekangkang kera, politik di hujung tanduk, sosial bangsa di bibir jeram Neraka, ilmu sejengkal dan kubur kata mari, rumah kata pergi seperti belum boleh menginsafi bangsa Melayu untuk keras menerjah. Anih. Bodoh, lungu mungkinnya.

(4) Apakah Model pembangunan Melayu di bandar-bandar, khususnya di Kuching ini? Biarlah mungkin untuk memudahkan perbincangan saya membawa pembaca melihat Kg Seberang Hilir Kuching, dari Boyan ke Bintawa sebagai asasnya. Perkampungan di sini benar-benar wakil kepada the beast of Kuching. Inilah salah satu penempatan yang benar-benar berupa the back water of Kuching. Inilah kawasan yang jika terus terbiar, bukan sekadar membunuh Melayu, tetapi lebih dahsyat saya kira meletakkan kempimpinan dan bijak pandai Melayu harus tidak punya harga diri. Bagi saya, Kg Seberang Hilir Kuching adalah lambang keangkuhan tidak peduli pemimpin, bijak pandai dan msyarakat ke atas pribadi dan sejarah bangsa. Pembangunan Kg Seberang Hilir Kuching ini mungkin boleh menjadi Model bagi pembangunan perkampungan-perkampungan asas Melayu di Sibu, Miri, Bintulu, Limbang, Sri Aman dan bandar-bandar kecil lainnya. Kawasan ini melibatkan sekitar 12 perkampongan, 14,660 peduduk meliputi 3,650 keluarga. Sangat majmuk sifatnya. Demografi penduduk dan lingkungan penduduknya sangat recam. Dari Boyan sehingga ke Panglima Seman, semua perkampongan ini ada nilai sejarah yang tidak harus diketepikan. Sarawak iaitu Kuching kini adalah terbangun oleh penduduk di perkampungan-perkampungan ini. Mereka ini mungkin asalnya adalah penduduk Melayu mula-mula menduduki Sarawak pada waktu mereka. Cuma Bintawa Hilir punya sejarah yang sedikit lain. Inilah penduduk persisir yang hijrah terhimpit kepayahan. Mungkin dari sekitar 1970an sehingga kini, mereka masih merupakan simbol masyarakat Melayu yang pengsan dalam hambatan kemajuan. Sedang bagi Boyan-Panglima Seman, mereka lebih merupakan wakil bagi masyarakat Melayu tradisi yang ditinggalkan khusus oleh saudara mara mereka yang sudah berjaya. Mungkin inilah apa yang disebut sebagai kacang lupakan kulit. Sebetulnya, banyak perkampungan di bandar-bandar utama Sarawak punya ciri sejarah sepertinya Kg Seberang Hilir Kuching ini. Kampung Dagang, biar di mana-mana iaitu di Sri Aman, Sibu, Sarikei, Binatngor, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang dsb semua punya ciri-ciri sejarah sepertinya Kg Seberang Hilir Kuching. Saya punya keyakinan, keberadaan mereka telah sangat cocok dengan pendirian pasar-pasar dagang oleh kaum Cina. Mereka dan kaum Cina kemudiannya membentuk Trading Post yang berkembang menjadi pekan dan bandar. Hampir semua bandar dan pekan di seluruh Sarawak terbangun pada asas simbiosis Melayu-Cina pada permulaannya. Mungkin lantarana kelekaan, masyarakat melayu tidak menghambat dekat budaya dagang dan keusahawan Melayu sehingga jurang antara keduanya menjadi terlalu luas. Maka pembangunan Kg Seberang Hilir Kuching dan setaranya harus kembali mensebatikan keharmonian lepas di samping memenuhi tuntutan kini masyarakat Melayu.

(5) Ciri dan kehidupan Melayu mesti dibangun teguh di Kg Seberang Hilir Kuching. Pembangunan ini, harus dilihat bukan sekadar untuk mereka. Pembangunan ini harus menjurus kepada merombak ciri dualisma Kuching.  Kuching harus bangun sebagai Kota yang bersih, beradap, berbudaya temaddun tinggi serta sangat aman makmur. Kg Seberang Hilir Kuching harus menjadi komponen utama dalam membangun Kuching Yang Aman Sejahtera, the Healthy Kuching. Profil terperinci setiap keluarga di sini harus dibangunkan. Dari profil ini, keupayaan dan keperluan setiap keluarga akan tampak jelas. Bersama keperluan masyarakat dengan diganding keupayaan makro bandar Kuching dan Negeri, pasti satu Model Bersepadu akan dapat digarap baik. Kg Seberang Hilir Kuching, secara ringkasnya mengangkat mereka sebagai complementing jika tidak self economic power. Pembagunan kawasan Melayu mesti mampu harus dibangun semula menjadi sebahagian perbandaran yang berciri unik Melayu dan mampu mengangkat Melayu untuk menjadi pemain aktif dalam keseluruhan hambatan ekonomi Negeri, Negara dan serantau. Melayu adalah budaya yang harus dihidup suburkan di sini. Namun, jangan dilupakan, tidak Melayu kekal di dunia tanpa Islamnya. Biarlah Kg Seberang Hilir Kuching terus-terus menjadi lambang keluhuran Melayu-Islam.  Jika Model sebegini tidak difikir dan asakan cepat, Melayu di sini pasti akan sama saja dengan Melayu di Satok, Taman Sukma, Samariang dsb sekadar followers and mere feeders to the macro development, mereka bukan players and interventionist. Jika ini kita teruskan, pasti Melayu Sarawak yang kini dalam kedudukan fizikal minoriti akan susut menjadi terkapar hanyut masak bodoh.

(6) Jangan Melayu terus seronok melihat kura-kura berjalan lambat tanpa sedar akan berlaku air pasang bah yang membawa kura-kura berenang cepat. Saat itu saya sedang perhatikan mendatang, namun tidak banyak yang sedar. Saat bah datang deras, kura-kura berenang laju seronok, sedang Melayu akan lemas dalam kebanjiran.Al Quran dengan tegas mengkehendaki Melayu melihat keliling dan darinya belajar tentang pengajaran jelas Allah. Cuma Melayu melihat, tetapi tidak nampak maksud alam di sekililing mereka.

(7) Jangan dalam keghairahan membangun Kg Seberang Hilir Kuching, dikelabui kapitalisma Melayu di sana terjengkang menanggung kos hidup yang mereka tidak mampu tangani kemudiannya. Sesungguhnya Model yang saya sarankan tersebut bukanlah asing. Tun Abdul Razak sebetulnya telah meletakkan asas pembangunan sebegitu di Felda Pahang Tenggara (DARA) dan Trengganu Tengah (KETENGAH), cuma ianya harus diubahsuai dengan betul. Kita telah terlalu banyak menyiksa Melayu secara jalan peminggiran, cukuplah kita berlajar dari kelemahan lepas. Jika kita gagal memperkasa Melayu, selama-lama Melayu akan menjadi pengemis di bumi sendiri. Kita silap, kita taubatlah. In Shaa Allah, Dia akan memelihara kita.

Kuching-Kota Bharu
19-27 April, 2015

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.