Saya mulai berminat dengan UMNO, sejak saya berada di Tingkatan 4 semasa belajar di SMSAH Jitra Kedah. Berminat lantaran pada tahun 1976 itu, pertentangan UMNO dan PAS sangat sengit. Rakan-rakan saya banyak dari Kelantan lantaran sebelumnya saya belajar di SMR Kuala Krai, Kelantan pada 1973-75. Semasa di Kelantan, saya tidak faham apapun tentang politik. Saya hanya berkawan dan Alhamdullilah punya keluarga angkat yang sangat prihatin tentang tahap keIslamanan saya. Di Kuala Krai, sebetulnya kehidupan saya, adalah sebagai anak-anak asing yang tugas dan tanggungjawab saya adalah belajar dan sekadar berkawan. Namun, mungkin kerana Kelantan waktu itu ditadbir oleh PAS, saya tidak melihat dan merasa bahang politik di sana. Cuma bila beralih ke Kedah, dan Kedah sedang ditadbir oleh UMNO serta PAS berusaha keras untuk menguasai Tanah Melayu selain Kelantan, saya kira di sana saya mulai melihat pertentangan.Apa lagi pelajar Kedah dan Kelantan agak saling bermusuhan. Maka permusuhan antara mereka seperti memaksa saya untuk mulai meneliti, berfikir dan berpihak.
(2) Perkenalan saya lebih rapat kepada UMNO adalah bila saya sudah berada di tahun kedua di Universiti (UKM) pada 1980. Di UKM pertentangan UMNO-PAS menjadi lebih sengit. Ianya menjadi pertentangan Feudal-Kapitalis dan Islam-Feudal. Saya mulai giat dalam politik Kampus dan sudah punya pendirian politik untuk bersama establishment iaitu mendokong UMNO. Kemuncak keterlibatan saya dengan UMNO adalah sekitar 1982 (?) bila saya mulai membantu berkempen di PRK Kuala Trengganu, menyokong Muda Mamat. Bila mengimbas kembali waktu-waktu itu, apa yang saya dapati UMNO adalah parti kekeluargaan. Saya ingat, seorang penceramah bersama saya bernama Ustaz Daud, kata-kata pengenalan beliau tentang Muda Mamat adalah latar belakang keluarga beliau. Sebegitu juga bila saya mendengar ucapan Yusuf Noor (TNC UKM, Tan Sri). Apa lagi ucapan Wan Mokthar Ahmad (YAB MB, Tan Sri). Latarbelakang keluarga amat ditonjolkan. Bermula dari pendidikan, sehingga latar belakang ibu-bapa dan keturunan, sehingga membawa kepada latarbelakang isterinya diperkenalkan. Saya kira, UMNO sangat menitik beratkan salur galur keturunan. Ini saya kira, apa yang Mahathir pernah katakan mengenai Mohd Najib, lebih kurang bermaksud: "Kalau bapak dia, Abdul Razak Husein itu hebat, saya yakin kuah pasti tumpah ke nasi". Sehingga kini saya yakin UMNO tidak lari dari sifat kekeluargaan. Cuma bedanya, kekeluargaan UMNO dulu dan kini sudah lain. Dulu latarbelakang keluarga iaitu pribadi pemimpin, mengatasi apa yang ditekankan kini iaitu keluarga itu sendiri. Mungkin dalam erti kata lain, dulu nilai-nilai kepimpinan dikira hebat, kini kelangsungan kuasa dan kekayaan dalam keluarga adalah mengatasi segala.
(3) Mahathir, sebermula berusaha keras mempertahankan Mohd Najib. Mohd Najib adalah ayam jagoannya. Namun sejak kebelakangan ini, beliau mulai menyerang Mohd Najib. Serangan mula-mula beliau adalah dalam soal hutang. Kini, serangan Mahathir, sudah mencakupi banyak front. Kini serangan beliau sudah menjurus kepada soal-soal pribadi. Banyak pihak sudah membuat pelbagai andaian tentang serangan ini. Salah satunya lantaran Mahathir hendak menjamin kedudukan Mukriz. Juga tidak kurang bertanggapan lantaran hasrat Mahathir dalam banyak hal sudah mula diketepikan oleh Mohd Najib. Tidak kurang yang mengatakan semua ini sebab Mahathir hendak membela kroninya. Namun, biarlah kita cuba lihat serangan itu apakah benar-benar serangan atau apa? Pengalaman saya yang sekelumit di Kedah, sebetulnya memberikan saya sedikit psycho-experienced tentang sifat orang Kedah. Bagi orang Kedah, menyoal, tanya, cakap, kata, dan tegur hampir-hampir punya tujuan dan maksud yang sama. Maka saya melihat serangan Mahathir kepada Mohd Najib adalah atas tujuan menyoal, tanya, cakap, kata dan tegur. Maka kalau semua meneliti, Mahathir secara terus-terusan kini sedang kian menyoal tentang Hutang Negara. Hutang Negara sudah mencapai tahap sangat membebankan Negara. Hutang Negara yang kian meningkat, lantaran Perbelanjaan Negara sudah tidak terurus baik. Banyak keburukan Ekonomi Negara dan kehidupan Rakyat akibat Hutang dan Perbelanjaan Negara yang tidak terurus baik.
(4) Hutang, memang boleh berhutang. Abdul Razak Husein juga berhutang. Namun beliau berhutang untuk Felda, Risda, Felcra, MARA, Kada, Muda, Kemubu, Universiti, Sekolah, Pusat-Pusat Latihan Kemahiran, dsb. Nyata dan sangat mengerakkan Ekonomi Negara dan kemakmuran Rakyat. Mahathir melangsaikan hutang Abdul Razak Husein dari Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia. Maka dengan sebab itu, di zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, Negara cukup berkhemah sebab perlu melangsaikan Hutang Luar Negara. Namun kemudian, pembangunan Negara mulai Mahathir pecutkan. Kita berhutang, tetapi lebih menumpu kepada meminjam dari dalam Negara. Mahathir mengunakan kekuatan dalaman yang telah dibina Abdul Razak untuk melonjakkan pembangunan Negara. Hutang Mahathir terlahir dalam bentuk LebuhRaya, Jambatan, Perlabuhan, Lapangan Terbang, bandar-bandar baru, segala jenis industri dan institusi yang lebih besar dan moden dsb. Pokoknya, Hutang Negara di zaman Abdul Razak dan Mahathir mereka terjemahkan sebagai kekuatan ekonomi Negara dan rakyat. Mereka berhutang untuk membina asas ekonomi Negara. Lantaran itu pegangan harta Felda, Tabung Haji, KWSP, Sime Darby, Petronas, dsb termasuk konglomerat lainnya meningkat sangat mendadak. Namun kini, Hutang Negara sudah berganda dari semasa Mahathir, apakah Negara kita semakin maju dan rakyat semakin makmur?
(5) Sesungguhnya kesan Hutang yang besar, sangat menyulitkan Negara. Kini Hutang Negara sudah mencecah RM740 billion pada Q3 2014. Hutang Kerajaan Pusat sudah mencecah RM582 billion, iaitu bersamaan 54.5 peratus dari KDNK. Dengan Hutang yang sebegitu tinggi, apakah kita sekarang jauh lebih ke depan dari kita di tahun 2002? Saya kira, pertambahan asas-asas Ekonomi Negara tidak setimpal dengan Hutang kita yang ada. Lantaran itu, asas ekonomi kita sudah mulai terjejas dan hanya masa akan menyaksikan kesan parahnya. Saya kira itulah keresahan yang Mahathir sedang rasakan, maka dia mulai bertanya dan menyoal Mohd Najib. Namun pertanyaan dan soalan Mahathir seperti Mohd Najib elak-elakkan. Sebagai seorang Kedah dan Melayu, bila ditanya dan di soal tidak dijawab secara teliti dan professional, Mahathir pasti terus saja menegur. Bila itu juga kurang diberi perhatian mulalah dia cakap dan kata atau dalam loghat Kedah habaq. Serangan Mahathir kepada Mohd Najib sebetulnya adalah pertanyaan, soalan, teguran, cakap dan kata yang dia secara jujur hendak Mohd Najib jelaskan secara jujur dan professional. Lantaran itu semua, Mohd Najib kurang beri perhatian, maka kini Mahathir nak habaq kat UMNO betapa hangpa kena jaga-jaga, UMNO akan tumbang dalam PRU14.
(6) Mahathir bagi saya terlalu sayangkan UMNO. Dia taksub dengan UMNO. Sepaklah ke mana saja dia, pasti UMNO tetap dia akan bela. Sebabnya kenapa? Mohd Najib sudah mulai melaung-laung, tanpa Kerajaan, tanpa Barisan Nasional, tanpa UMNO, di manakah Melayu. Itu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Maka lantaran, Kerajaan, BN dan UMNO tidak dapat dipisahkan dari Melayulah, maka Mahathir tetap sayang dan ingin mati dalam UMNO. Dia cintakan UMNO sebab cintakan Melayu dan pasti Islam. Pasti soalannya, apakah Mohd Najib tidak? Mohd Najib juga sayangkan UMNO. Bapanya turut mengasaskan UMNO. Mohd Najib pasti tidak rela UMNO kalah. Namun, tanpa sedar mungkinnya, cara Mohd Najib mengurus Negara akan menyebabkan UMNO kalah. Falsafah Melayu: Sayang anak, tangan-tangankan, sayang bini tinggal-tinggalkan Mohd Najib seperti sudah kian lupai. Mohd Najib mahu dilihat sebagai menantang Melayu bagai menatang minyak yang penuh. Cara Mohd Najib sayangkan UMNO akan membunuh UMNO. Sepertinya RAHMAN adalah sebuah rumusan keramat yang akan tertunai, selepas Mohd Najib. Itulah kekuathiran sebenar Mahathir. Kenapa? Saya yakin, Mahathir tidak mahu pembangkang mengasak Mohd Najib di saat-saat akhir dan dia tidak punya waktu untuk menjelaskannya. Apa lagi jika para pemimpin UMNO dan rakyat juga sudah termakan dakyah tidak wajar. Sesungguhnya, Mahathir mahu Mohd Najib membuat jamban sebelum berak, jangan sudah hendak berak baru beli simen nak buat jamban. Mahathir mungkin tidak tergamak untuk menyatakannya sebegitu. Rezaleigh Hamzah juga sudah mulai bersuara, namun tetap masih bermain wayang. Muhhyidin Yasin, Timbalan Mohd Najib, apakah dia senang hati dengan semua ini? Saya yakin Muhhyidin juga sedang risau. Saya sendiri sedang risau. Pertunjuk saya mudah. Bagi saya Mohd Najib is a popular leader, he loves popularity. Kemasyuran Mohd Najib mahal harganya.
(7) Hutang kita dan cara berhutang Amerika, kita jangan samakan. Amerika boleh cap duit bila-bila dan sebanyak mana. Kita tidak boleh. Begitu juga kita tidak perlu membanding dengan Singapura. Hutang Singapura jauh lebih besar dari Malaysia. Namun kita lupa, Dollar Singapura berapa nilainya dan asas ekonomi Singapura di mana letaknya? Bila Hutang negara kian meningkat, katakan sekarang RM582 billion, dengan katakan kadar faedah 4 peratus setahun, maka kita terpaksa membayar kira-kira RM23 billion setahun. Ini baru bunga, bagaimana dengan pokoknya? Pasti 20-30 peratus (anggaran konservatif) dari Belanjawan Tahunan Negara terpaksa digunakan untuk bayar hutang. Belanjawan Negara kita cuma sekitar RM250 billion setahun. Lantaran Hutang kita terus meningkat, maka bebebanan perbelanjaan mengurus Negara menjadi kian tinggi. Kini RM5.00 adalah diperlukan untuk mengurus RM1.00 nilai pembangunan. Lantaran itu, anjakan pembangunan kita sejak 2002 sudah kian susut. Pertumbuhan Ekonomi memang ada namun Pertumbuhan Ekonomi tidak bermaksud Pertumbuhan Kemakmuran Rakyat dan Negara terus berkembang. Cuma lantaran orang Melayu susah hendak faham Mathematik, apa lagi Mathematik GST dan segala Accounting Figures, maka Mohd Najib boleh terus mengelak tentang persoalan Hutang dan kesan Hutang. Namun sampai bila?
(8) Paling saya khuatir dan saya yakin kandang Mohd Najib tidak membaca jelas, bila pihak-pihak tertentu menyokong contohnya GST kerana ianya adalah saksama dan adil, sedang hakikatnya ianya adalah sokong yang akan membawa rebah. Kita sering terlupa, pujian sering melalaikan dan merosakan lantaran pujian boleh bersifat two sided blade. Samalah dengan BRIM dan segala macam subsidi yang Mohd Najib hamburkan. Banyak yang memuji. Rasa syukur rakyat yang perlu itu satu hal, dan ianya sangat jujur. Namun, pihak-pihak tertentu yang memuji itu sebetulnya sedang bersiap untuk menyaksikan kekalahan UMNO dan BN dalam PRU14 nanti. Tidak kurang yang menyokong untuk harvest to the maximum. Inilah mungkin apa yang dikatakan sebagai watching the fire from across the river. Mohd Najib harus mengawal Hutang Negara dan secara keras membenteras segala ketirisan dan pembaziran perbelanjaan Negara. Itu mungkin lebih utama dari yang lain. Saat BN tumbang, pasti UMNO juga tumbang. Jika itu terjadi, pasti kekalutan institusi dan ekonomi akan terjadi. Kita akan berada dalam kancah besar. Tidakkah itu menjadi agenda sebahagian yang di luar dan di dalam Negara untuk menyekat kebangkitan Islam dan Nusantara?
Kuching, Sarawak
7 April, 2015

1 comments:
Assalamualaikum..
Ku siram mawar warnanya merah
buat menyisir gadis jelita
luka di hati kian berdarah
melihat nasib tidak terbela
hidup melarat entah kemana
Mawar merah berbau harum
disanggul rapi bertambah manis
apakah begini kesudahan tertulis
riwayat sejarah tersangat pedih
Mudik ke hulu berkayuh galah
airnya deras hingga seberang
tidaklah kita menyerah kalah
biar mati dalam berjuang
biar berakhir titisan darah
Cinta di hati tanda setia
anak Melayu bersumpah kata
hidup bangsa tetap ternama
penuh bersopan pekerti mulia
disebut dikenang sepanjang masa
tidakkan Melayu hilang di dunia.....
Post a Comment