Kita pasti tahu betapa pedihnya di saat kita menangis namun tangisan tidak
terlahirkan. Seluruh jiwa kita terguncang. Tidak tergambarkan bagaimana rasa
badai menerjah dada sehingga terguncang seluruh tubuh menanggung sebak yang
sukar terlahirkan. Bibir bergetaran. Mata memerah. Nafas sesak. Jari-jari tangan
yang digengam, di ramas, diperlakukan pada segala macam perlakuan yang tidak
seharusnya. Nada kata-kata entah apa yang diperkatakan. Tidak jelas, tiada siapapun yang mengerti. Saya mengira prihal ini sedang melanda Muhyiddin. Paling mengharukan buat Muhyiddin, lantaran kerananya maka Anwar = PM9. Semasa bersama UMNO, Anwar merupakan seteru hebat Muhyiddin. Segala cara diperlakukan bagi menyekat kemaraan Anwar.
(2) Muhyiddin, saya telah menduga-duga, akan menjadi tangga bagi memungkinkan Anwar Ibraham untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 9. Seperti yang pernah saya nyatakan, kelemahan paling ketara Muhyiddin dalam mengurus Negara adalah atas sifatnya yang tidak mempunyai aura dalam mengerakkan Penjawat Awam untuk bersungguh-sungguh berbakti kepada Negara. Biar terdahulu, saya mempunyai keyakinan bahawa dia akan lebih baik dari Najib atas ukuran kejujuran, ternyata dalam soal kepimpinan Negara, kejujuran bukanlah sesuatu yang dapat mengatasi segala keperluan lain kepemimpinan. SAW bukan sekadar Siddique - jujur, malah beliau sangat amanah, tabliqh - bijak menyampaikan yang benar dan fathohah - cerdas.
(3) Saya berpendirian, Muhyiddin khianat terhadap amanah yang terpikul di bahunya. Muhyiddin harus sedar, hasil usaha Muhammad Sabu, Mahathir akhirnya bersetuju untuk menyertai Pakatan Harapan. Mahathir juga bersetuju dengan kalangan serpihan UMNO (termasuk Muhyiddin) dan mereka yang cukup meluat dengan UMNO untuk menubuh Bersatu, sehingga Muhyiddin mendapat pembelaan yang sewajarnya di arena politik songsang Najib dan UMNO. Saya mengatakan bahawa di era Najib, UMNO menjalani politik songsang lantaran prilaku kepimpinan UMNO pada masa itu cukup menyengah adat susila Melayu. Dalam menghambat kuasa, susila Melayu menetapkan bahawa kuasa adalah anugerah bukan bahan belian. Di zaman Najib, kekuasaan di dalam UMNO dan sekitarannya adalah lewat jalan pembelian yang cukup jijik.
(4) Muhyiddin, saya yakin Mahathir tunjukkan untuk menjadi Presiden Bersatu, sebagai suatu pertunjuk betapa Mahathir akan mengamanahkan kepimpinan Negara kepadanya kemudiannya. Namun, biarpun Muhyiddin mengurus KDN yang selama ini UMNO telah pergunakan sebaik mungkin dalam menentukan sepak terajang permainan politik mereka, Muhydiin gagal untuk memanfaatkan rangkaian risikan yang KDN miliki. Suatu petanda, saya kira bukti betapa Muhyiddin tidak mempunyai aura dalam mengurus pertadbiran biarpun yang berada jelas di bawah telapak kakinya. Saya juga berkira Muhyiddin gagal dalam membersihkan KDN dari gejala-gejala setara yang mengakibatkan UMNO tumbang.
(5) Semasa pemerintahan Pakatamn Harapan, biarpun kalangan pendokong Anwar mengasak Mahathir untuk berundur, namun Mahathir telah memulai langkah dalam mengatur agar beliau kekal menjadi PM sehingga keadaan ekonomi Negara yang bobrok dapat dipulihkan. Namun, kemelut kepimpinan Negara terus membara lantaran kepetahan Anwar mengakibatkan banyak pihak taksub kepadanya, tanpa banyak mahu melihat akan niat Mahathir buat Bangsa, Negara dan Agama. Anwar cukup petah menggunakan lidahnya untuk mengabui hati nurani Melayu. Lidah dan warna priolaku Anwar adalah ibarat chameleon.
(6) Jangkaan saya, Mahathir akan hanya berundur pada 2022 bilamana rakyat Malaysia sudah kembali feel good sepertinya di pertengahan 1980-1990an. Saya menduga dengan langkah-langkah kedekut Mahathir, banyak pembaziran dapat dikurangkan. Strategi ekonomi Mahathir tidak lari dari sifat kedekutnya. Mahathir sangat sukar untuk memanjakan rakyat. Dalam masa yang sama, langkah-langkah kedekut Matahir, saya mengira akan mendorong segala sistem di Negara ini - awam, GLC, dan swasta untuk mulai memikirkan cara kerja yang lebih cost-effective. Saya yakin, tahun 2020 adalah tahun di mana Mahathir dapat mengembeling seluruh kekuatan Negara untuk siap bergerak pantas ke hadapan. Tahun 2021, saya mengagak adalah tahun di mana Mahathir akan melakukan langkah-langkah berani dan besar agar Negara mencapai taraf Negara Maju lima tahun lebih awal dari sasaran Najib (2030) ie pada 2025. Saya yakin Mahathir ingin membuktikan bahawa Malaysia Boleh sekali lagi melakukan keajaiban. Pada tahun 2022, seluruh sistem Negara kembali cergas dan mantap. Tanggapan saya lantaran pada 2019, Mahathir telah melakukan segala bailout yang diperlukan. Pada 2019, Mahathir juga telah berjaya meletakkan tokoh-tokoh yang beliau yakini boleh membentuk team work yang hebat di sektor Kerajaan dan GLC.
(7) Saya yakin gerombolan Anwar sedar akan perkara ini. Mereka kemudian mulai takut akan bayang-bayang kebangkitan semula Malaysia di bawah Mahathir. Jika ini terjadi, serta kemungkinan dengan asakan Mahathir, maka UMNO kembali bersih, lantas memungkinkan UMNO dan Berstau kembali berdamai dan mengukuh, Anwar pasti mengigit jari. Lantaran itu, Mahathir harus diasak untuk berundur jika boleh pada 2020, dan itulah yang terjadi cuma bukan kerana Anwar tetapi akibat langkah sumbang Muhyiddin yang terjebak dalam perangkap agenda kendiri Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin. Azmin dan Hamzah saya berkira terlalu khuathirkan Anwar untuk menjadi PM selepas Mahathir. Saya yakin Mahathir tidak semudah dijangkakan untuk membiarkan Anwar menjadi PM selepas beliau.
(8) Sesungguhnya, Mahathir meletakkan Muhyiddin untuk menjaga dan membersihkan KDN, adalah kias untuk membersihkan UMNO. Apapun, Mahathir kental sayangkan UMNO. Tidak dapat dinafikan, kedudukan kewangan malah hidden power UMNO menjadi tersangat kukoh lantaran usaha keras dan licik Mahathir. Saya yakin, Mahathir tidak sekali-kali berniat untuk menguburkan UMNO. Mahathir hanya mahu UMNO kembali bersih dan menumpu sebagai tunjang pembinaan Bangsa, Negara dan Agama. Saya yakin Muhyddin gagal melihat itu sebegitu.
(9) Anwar bagi saya, adalah chameleon. Saya tidak mengenali Anwar secara dekat. Saya entah, secara sejadinya tidak berminat untuk mendekati beliau. Bukan kerana saya lebih terikutkan Mahathir, bagi saya Anwar bukan sekadar chameleon, saya melihat beliau sebagai apa yang pribahasa Melayu katakan "Bagai guruh di langkit, saat bergegak gempita, maka Melayu akan mencurah air di tempayan" atau "sering mengajak Melayu memipis lada, biar burung masih segar gagah terbang di angkasa". Berapa kali Anwar mengatakan bahawa dia memeliki sokongan lebih besar di Parlimen, yang jelas Ku Li tampak lebih berani untuk beralih tempat duduk. Jikapun apa bentuk pengundian di Parlimen sukar dilakukan lantaran pihak "Kerajaan" mempunyai keistimewaan, namun Anwar boleh saja meminta sesiapa yang menyokong beliau untuk memohon kepada YDP parlimen untuk duduk bersama beliau. Namun itu Anwar tidak pernah suarakan lantaran sifatnya Chameleon, yang berubah hanyalah warna kulitnya, namun jika ianya bergerak pasti dia terlepas akan pangganannya.
(10) Julai kian berakhir. Ogos mendatang. Impian Septembar 3.0 Anwar sepertinya Muhyiddin akan zahirkan tanpa Anwar perlu bermimpi. Chameleon sedang mendendangkan lagu derhaka agar Parlimen dan rakyat mengulingkan Muhyiddin. Cara Chameleon, kejayaan hidupnya adalah lewat penyamaran. Sangat mendukacitakan, semua ini menjadikan keluhuran budaya Melayu apa lagi Islam di Negara ini kian kelihatan bagai sang pengemis berebut tulang dengan sang anjing jalanan.
Terasi, Sadong Jaya
30 Julai, 2027
0 comments:
Post a Comment