.

1/5/21 SELAMAT ULANG TAHUN PKP COVID 19 .... kita lalai di mana?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 05, 2021

Share

& Comment

Covid 19 mula membadai Negara pada Disembar 2019. Kesan kesihatan Covid mula terasa pada Mac 2020. Gangguan haloba caca merba politik Negara juga menyerang hebat pada Feb., 2020. yang mengakibatkan Negara berada dalam kelompangan untuk mengurus Covid 19 secara berkesan dari permulaannya. Sesungguhnya dalam bencana wabak penyakit, bila wujud kelompangan tatacara dan masa, maka virus pastinya cepat merebak. Inilah apa yang terjadi bagi tempoh Feb - Mac, 2020. Maka pada Mei 2020, Kerajaan terpaksa melakukan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP. Sejak Mei 2020, pelbagai bentuk PKP telah dijalankan seperti PKPB, PKPP dsb sehingga pada 12 Januari 2021 dharut perlu dilaksanakan.

(2) Kewajaran dharurat sedang hebat dipertikaikan kini. Pelbagai pandangan telah dihambur di seluruh Negara. Ada benar ada silapnya hamburan tentangan tersebut. Bagi Kerajaan yang ada, PRN Sabah pada 26 Septembar 2020 adalah asasnya. Selepas PRN Sabah, wabak Covid 19 kembali menganas bairpun sebelumnya sudah menunjukkan tanda-tanda mereda. Tanpa melihat kepada politik, saya cuba melihat kewajaran dharurat dari sudut pentadbiran sepenuhnya untuk melawan Covid 19. Perkara ini, mudah jika kita berpijak di bumi nyata sosio-budaya rakyat Negara ini. Pertama-tama, cuba perhatikan sejak PRU Mac 2018, silih berganti YB meninggal dunia. Lantaran itu, adalah menjadi keperluan agar Pilihanraya Kecil, PRK perlu diadakan bagi menganti YB yang telah pergi. Dalam suasana politk Negara yang tidak pernah stabil sejak 1998, maka keperluan kawalan Covid 19 akan menjadi suatu masalah besar semasa PRK. Itu satu hal. Yang lebih penting Dharurat membolehkan pihak berkuasa untuk melaksanakan langkah-langkah ketat yang lebih tangkas tanpa perlu merujuk segala langkah kepada pihak Majisterat dahulu. Contoh, jika para belia didapati berhimpun tanpa patuh kepada SOP, mereka boleh ditahan tanpa perlu harus merujuk kepada pihak perundanagn seperti keadaan biasa.

(3) Rakyat Negara ini yang terdiri dari kepelbagaian sosio-budaya serta saling berbauran segala bentuk sosio-budaya, menjadikan rakyat Malaysia adalah masyarakat majmuk yang gemarkan pesta. Saya melihat "Malaysian are democratically easy happy going society". Pelbagai acara kita raikan sebagai pesta. Masyarakat kita gema majlis-majlis besar dan meriah. The more the bigger the merrier.  Ditambah dengan pelbagai cuti umum yang banyak dan ada kalanya panjang, faktor ini menyuburkan pesta majlis keramaian kita. Majlis perkahwinan, majlis keagamaan, makan-makan di pasar malam, berpelesaran di pusat-puat membeli belah adalah di antara contoh di mana rakyat kita cukup gemar berhimpun dan bersosial. Apa lagi dengan perkembangan sektor perbandaran kita yang sangat cepat, maka keramaian kota kian menjadi budaya baru kita. Sesungguhnya, rakyat Malaysia yang telah mengalami perubahan sosio-ekonomi yang ketara sejak 1980an, saya perhatikan kita sudah mula bebas dan pantas menjalani kehiduapn cara baru - free and easy. Saya berkira inilah satu faktor yang pihak berkuasa telah abaikan sehingga bila ada lowongan, rakyat akan secara lalai meraikan kebosanan PKP. Kekhilafan dan atau kelalaian di pihak berkuasa adalah tidak dapat membantu rakyat dalam mengahadapi kebosanan akibat PKP.

(4) Bermula dari Mac 2020 sehingga kini, tumpuan utama Negara dalam menghadapi penularan Covid 19 adalah lewat penguatkuasaan Standard Operation Procedures, SOP dengan penjagaan jarak, pengunaan penutup muka, nyah kuman, penangguhan pelbagai urusan harian Negara dsb. 

(5) Cuba baca prihal yang terjadi kepada saya semasa PKPB di Sarawak dipernakan sekitar tahun 2020. Saya ditahan di Sekatan Jalan Samarahan-Kuching. Saya dalam perjalanan dari Kampung ke Kuching. Kebiasaan pada setiap hujung minggu saya akan ke Kampung untuk mengurus segala kerja kampung dan kebun saya. Bila kembali, saya akan membawa hasil kebun untuk diagih-agihkan kepada sanak saudara saya di Kuching. Pada masa itu, tidak dijelaskan secara mendalam dan luas bahawa semasa PKPB, seseorang harus ada Surat Kebenaran Perjalanan Polis, Permit yang boleh di dapati di Balai yang berdekatan. Saya tidak ada Permit Perjalanan. Saya tidak tahupun akan keperluan ini lantaran sejak 2009 saya sudah jelak untuk menonton Berita TV dan membaca Akhbar. Dari permerhatian saya, bila ditahan dan tanpa Permit, banyak soalan akan terpaksa dijawab dan jika tidak betul, kita pasti akan diminta berpatah balik. Mungkin kerana managment instinct maka saya mengambil sikap "memperbodohan diri" bila menghadapi keadaan sebegini. Saya mengambil sikap menjadi "orang kampung yang dunggu". Pertama saya tidak bercakap banyak. Kedua saya minta dijelaskan apa yang harus saya buat untuk masa depannya. Ketiga, saya buat-buat muka "toyo". Namun apa yang paling menarik buat saya adalah nasihat dari pegawai polis berkenaan: "Pakcik, masa PKP ini, Pakcik jangan ke mana-mana. Duduklah di rumah. Tunggu PKP habis barulah ke kebun". Boleh saja saya menyanggah hujah beliau. Namun, lebih baik saya jadi "bodoh" dan bebas dari cuba jadi pandai tetapi tersekat perjalanan saya. "Bodoh cerdik adalah lebih baik dari bersikap pandai". 

(6) Saya gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya cukup gemar ke Pasar Minggu bahkan Super market untuk melihat jenis-jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Kebiasaannya saya ada stok buah-buahan atau jus buah-buahan di rumah. Jika saya makan, kebiasaannya saya akan memilih dua jenis sayur dan ulam-ulaman. Bermaksud, bila saya makan, saya akan ada 2-3 jenis sayur-sayuran. Selepas makan, saya akan mencari buah-buahan. Saya lebih suka kenyang sebab makan banyak sayur dan buah-buahan dari membedal nasi dan lauk pauk. Inilah amalan saya sejak sekian lama dan Alhamdullilah, amalan ini menghindari diri saya dari sering menghadapi masalah kesihatan. Saya perlu menjaga kecergasan tubuh badan saya lantaran saya tidak suka duduk diam tidak bekerja.

(7) Sesungguhnya, sayur-sayuran dan buah-buahan membekalkan kita dengan keperluan segala galian dan vitamin yang kita perlukan. Segala galian ini adalah penting dalam menjaga kelancaran sistem enzim tubuh badan kita. Jika enzim kita baik, maka pencernaan makanan menjadi baik dan badan dapat menyerap keperluan pemakanan dengan sempurna. Vitamin pula penting untuk perjalanan hormon. Hormon adalah ibarat tenaga elektrik buat badan kita. Keseimbangan dan kelancaran sistem hormon kita menjadikan keseluruhan sistem tubuh kita menjadi kukuh dan cekap. Hormon adalah penting dalam pertahanan tubuh kita dalam menghadapi segala jenis penyakit. Nasi adalah kabohiderat sama peranannya dengan air kopi atau teh bergula. Kabohidrat perlu untuk tenaga. Untuk segar cergas, kita harus hanya mengambil secukup kabohiderat. Setenggah pingan nasi, sudah cukup untuk keperluan biasa tubuh kita. Lebih dari itu, pasti lambat laun akan membentuk sikap  "malas" pada kita, lantaran tubuh perlu istirehat cukup untuk mencerna kabohiderat yang berlebihan. Ayam, daging, ikan, telur dsb adalah sumber protein haiwan. Kita perlu sumber protein haiwan untuk keperluan tumbersaran dan pembaikan regeneration sel-sel tubuh kita. Protein juga boleh didapati dalam kadar yang kecil dari tumbuh-tumbuhan. Pencernaan protein dan kabohiderat memerlukan sistem enzim dan hormon badan yang mantap. Maka tanpa makan sayur dan buah seimbang dengan nasi dan daging, kesihatan kita pasti terjejas. Lebih-lebih lagi dalam menghadapi wabak penyakit baru seperti Covid 19.

(8) Selain tekanan kepada SOP, saya melihat Kerajaan sangat tidak mengambil berat tentang pemakanan dan penjagaan kesihatan rakyat secara lain. Tekanan SOP kita terlau "clinical bias" yang pad pandangan saya sangat merugikan Negara. Paling anih, suntikan perlalian pula ditumpukan kepada rakyat umuran 65 tahun ke atas. Kepada saya, mereka di umuran ini adalah kalangan kurang aktif. Yang aktif adalah para pekerja - swasta dan awam, pelajar, para belia dan anak-anak. Golongan ini tidak akan tahan untuk duduk membantu di rumah lebih dari 24 jam. Maka kenapa golongan aktif tidak segera diberikan perlalian berbanding gologan "pasif". Kedua, program perlalian bukanlah perkara baru di Negara ini. Kita telah menjalankan program tersebut sejak di zaman British. Kini klita sepertinya "taksub ICT" maka tumpuan kita harus melalui tatacara ICT, biarpun kita sedar capaian ICT kita masih ditakuk Dunia Ke Tiga. 

(9) Sersungguhnya nasihat sekatan polis "Duduk diam-diam di rumah" yang saya alami adalah kesilapan besar Negara dalam menghadapi Covid 19. Cuba perhatikan harga sayur-sayuran dan buah-buahan di serata Negara kini. Saya sudah menjadi kecut untuk membeli. Harganya sudah melambung 3-5 kali lebih mahal sebelum Covid 19 menjelma. Harga bagi apapun kini sudah melambung menyerikkan. Bahkan harga segala sumber proteinpun kian meningkat saban harinya. Sebiji telurpun sudah mencapai RM0.40/sebijik. Seharusnya, sektor ekonomi penting Negara yang sangat berkait dengan kebajikan rakyat harus kita urus secara baik semasa PKP ini. Sekltor pertanian harus diberikan perhatian khusus agar rakyat tidak lapar dan yang paling penting keperluan pemakanan rakyat mantap dan terjaga baik. Ingatlah pesan SAW betapa "perut yang berkerocong itu pasti leading to more problems". Sesungguhnya, maka dengan sebab itu di dalam Islam ada konsep "jangan biarkan jiran kamu kelaparan sedang kamu nyeyak enak tidur". Maka para petani kita harus diurus dan terus dibenarkan untuk mengusaha pengeluaran makanan yang mencukupi. Segala subsidi pasif yang Kerajaan sedang hamburkan harus dikaji semula dan dijuruskan kepada meningkatkan produktiviti. Jika di era kempan PRU14 kita bingit dengan isu "dedak", maka kini saya lihat "dedak" meluas berhamburan. Saya perhatikan segala bantuan yang Kerajaan sekarang sedang hamburkan, telah menukar rakyat kita kepada sikap "lewa dan lalai". Saya khuathir sikap "manja" rakyat akan menukar mereka jadi pemalas.

(10) Rakyat Malaysia sudah mulai resah gelisah terhadap harga apa baranganpun yang kian melambung. Banyak sebabnya. Urusan perdaganan antara bangsa agak kucar kacir kini lantaran langkah gila Donald Trump dalam memerangi China dan sebaliknya. Dalam masa yang sama nilai Ringgit kita yang kucar kacir, sangat berkaitan bila kita berurusan dalam perdagangan di peringkat antarabangsa. Contoh, gandum kita tidak tanam sendiri. Bila kita import gandum, maka aliran keluar Ringgit tinggi. Biarpun sebegitu, kerana gandum penting, maka subsidi pula perlu diberikan untuk mengawal harga. Kita terpukul dari segala sudut, bila ekonomi kita pincang. Tanpa ramai sedar, ekonomi Negara ini kian pincang. Kita telah silap urus pelbagai perkara lantaran kita sudah tidak mempunyai masa untuk menganalisa apapun secara mendalam dan meluas. Masa kita banyak terbuang akibat mereka yang gelojoh tamak hendakan jawatan Perdana Menteri. 

(11) Last but not least, cara Kerajaan menanggani gelombang pekerja asing di Negara ini sudah sangat silap. Pertama, Kerajaan terlalu lewat untuk melihat bahawa wabak Covid 19 terutama di Kuala Lumpur dan kota-kota di Negara ini sangat berkait dengan kesesakan tempat diam. Pekerja-pekerja asing di Negara ini menyewa rumah dan duduk berasak-asak telah terlepas pandang. Dalam masa yang sama, bila tenaga kerja asing banyak diburu keluar, semua ini akhirnya menjejaskan sektor pengeluaran, pembinaan dan pengangkutan kita. Padahnya, para pedagang menjadikan masalah kekurang pekerja sebagai alasan untuk menaikkan harga apapun. Saya tidak pasti bila agaknya para pemimpin dan rakyat kita sedar akan permasalahan Covid 19 telah tersalah urus oleh kita sehingga menjerut kelancaran kehidupan harian rakyat. Kita sepertinya sudah kembali menyonsong arah seperti para bomoh di zaman doelu-doelu, bila terkena penyakit maka banyak pantang larang dikenakan, sedang yang dilarang adalah ubat penyakit. 


Kuching, Sarawak

5 Mei, 202i


#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.