(2) Dalam hukum Islam,
takala keadaan darurat muncul, apapun dibolehkan bagi memulihkan keadaan.
Contohnya, seseorang yang jiwanya terancam, maka halal baginya untuk melakukan
apa saja bagi menyelamatkan jiwanya. Sebegitu juga dalam soal wabak. Darurat
dalam maksud mudahnya adalah “terdesak”. Maka dari sudut Islam, adat dan
bahasa, pada saat terdesak, “apapun boleh dilakukan”. Maka benar, peningkatan
mendadak ke 2,433 kes baru jangkitan Covid 19 pada 10 Januari, 2021 berbanding
di bawah paras 1,000 kes sejak ianya bermula pada 23 Januari 2020, kita berada
dalam keadaan darurat. Keadaan darurat ini tidak boleh dilihat dari sudut
perangkaan kes, tetapi lebih kepada tahap kesiapsiagaan dan keupayaan sistem
kesihatan dan perubatan kita dalam menanggani wabak tersebut jika ianya mencecah
ke angka melebihi 5,000 kes setiap harinya. Hospital dan tenaga perubatan kita
tidak mampu menampung jumlah kes yang melimpah-limpah.
(3) Sebegitu juga keadaan terdesak atau darurat, tidak hanya boleh dilihat dari sudut Covid 19. Covid 19 bukanlah faktor yang harus kita risaukan sangat jika kehidupan rakyat tidak terjejas. Sesungguhnya yang lebih menghalalkan darurat adalah keadaan kehidupan rakyat yang kian terdesak. Kita harus ingat tentang kebijaksanaan Melayu doelu-doelu, betapa mereka sangat tahu jika anjing sudah lama tersepit, jika kita lepaskan ‘kewaspadaan kita akan diterkam anjing tersebut harus ada”. Rakyat yang terjepit hidup mereka sangat mudah hilang pertimbangan. Pesan Muhammad SAW, bilamana perut rakyat berkeroncong, “segala macam keonaran pasti mendatang”. Sesungguhnya kejatuhan Kerajaan BN kemudian PH adalah bersebab rakyat sudah bosan tersepit. Bagi membendung semua ini, peristiharan darurat adalah wajar. Darurat harus melolong jalan wajar dengan penuh keberanian namun tulus dalam kita memerdekakan kehidupan rakyat.
(4) Sesungguhnya sejak 10 Mei 2018 bilamana Kerajaan Baru terbentuk, Kerajaan sentiasa berada dalam kegoyahan. Pertelagahan dalaman PH dalam berebut siapa yang lebih layak memimpin Negara akhirnya memutihkan mata semua pihak yang berebutan sehingga terbentuk Kerajaan PN yang turut goyah dari hari pertama ianya terbentuk pada 1 Mac, 2021 sehingga kini. Mahathir dalam tempoh menjadi PM PH dari 10 Mei 2018 sehingga 24 Feb, 2020 sering didesak untuk berundur sehingga tumpuan kerja Kerajaan dan rakyat tidak lain adalah untuk menonton drama Mahathir berundur. Sesungguhnya sejak 9 Sept 1998, kita telah tidak menumpu untuk bekerja melainkan berpolimik merosakkan.
(5) Maka, saya menjangkakan, bila Muhhyidin juga berdepan dengan keadaan yang serupa dengan Mahathir, Abdullah, Najib dan Mahathir kembali (1998-2020), bila kedudukannya sebagai PM sering diperkotak-katik khasnya dari dalaman PN, sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman beliau akhirnya mengunakan Undang-Undang Darurat sebagai benteng kekuasaannya. Peristiharan gunapakai Undang-Undang tersebut pada 11 Januari 2021 saya kira wajar buat Muhhyidin atas lafas niat ikhlas beliau hendak memulihkan keadaan wabak Covid 19 dan ekonomi Negara. Sokongan MMA ke atas peristiharan tersebut dapat saya hargai pada niatnya. Syabas kepada Muhhyidin kerana tahu di mana beliau boleh mendapatkan senjata ampuh bagi menyelamatkan Negara.
(6) Namun, kedangalan Muhhyidin, biar telah mendapat senjata paling ampuh, namun beliau tidak melakukan langkah terang berani untuk maju deras dalam mengatasi masalah Covid 19. Covid 19 telah mempersulitkan kehidupan rakyat malah sedang meranapkan ekonomi Negara. Rakyat dan Negara sedang dilanda kepayahan hebat lantaran serangan Covid 19 sejak 23 Januari 2020 sehingga kini. Dari Januari-Sept 2020, serangan Covid 19 hanya di paras dua digit. Pada Oktober 2021, bilangan kes Covid 19 mulai mencecah angka melebihi 1,000 sehari. Pada 1 januari 2021, angka tersebut mulai melangkaui 2,000 kes sehari walaupun mulai mendatar pada Mac-April. Namun pada Mei 2021 ianya kembali memuncak sehingga mencecah ke 9,020 pada 29 Mei 2020.
(8) Sejarah kesihatan dan perubatan dunia telah membuktikan betapa banyak wabak hanya dapat dibendung melalui jalan perlalian. Negara ini sejak sebelum tertubuhnya Malaysia telah menjalani segala macam bentuk program perlalian. Kita bukanlah Negara yang terlalu mundur dan miskin untuk dapat berbuat sesuatu yang segera. Soalnya, kenapa jalan perlalian Covid 19 Negara berjalan terlalu lambat dan perlahan?
(9) Saya melihat kita terlalu mengikut permainan percaturan semasa. Di peringkat antarabangsa, kita terlalu terpengaruh dengan dakyah Barat. Biar China telah menemukan vaksin Covid 19 sejak Januari 2020, namun lantaran dakyah perdagangan Barat, kita terperangkap dengan “was-was”. Di sudut dalam Negeri pula, kita terperangkap oleh politik merosak serta dakyah kedangkalan ilmu. Adalah suatu hakikat sejak PKP pada Mei 2020 sehingga kini, ekonomi Negara sememangnya sudah menguncup. Lupakan soal ekonomi luar Negara, biar ekonomi dalam negeripun kita kian punah. Cuba lihat harga makanan keluaran tempatan sekalipun, harganya terus menyesakkan banyak rakyat. Rakyat sudah kian dinafikan makanan berkhasiat atas faktor harga dan capaian bekalan. Seperti telah saya bangkitkan sebelum ini, betapa Kerajaan sepertinya menumpu usaha mengekang wabak Covid 19 hanya lewat langkah-langkah perubatan, langkah kesihatan menyeluruh tidak kita fikirkan. Seharusnya, rakyat dididik hebat tentang Covid 19 ini. Apakah langkah-langkah bukan perubatan yang mampu melindungi rakyat dari serangan Covid 19. Saya melihat contohnya sektor pemakanan sangat dipinggirkan.
(10) Tidakkah kita boleh berfikir, serangan Covid 19 meluas di Wuhan pada 2019 adalah bersebab masalah kemiskinan di sana yang berleluasa. Sebegitu juga kini, Covid 19 sedang melanda India dengan hebatnya? Kenapa perkara ini terjadi di Wuhan China dan India? Apakah persamaan keduanya? Saya yakin, kedua-dua tempat ini menghadapi masalah pemakanan dan amalan kebersihan yang tidak terurus.
(13) Saban waktu kita diasak untuk duduk diam di rumah. Bagi yang mampu berfikir, biar hanya di rumah mereka terus aktif. Maksudnya mereka terus mengamalkan gaya hidup sihat bersenam, exercise. Namun berapa ramai yang hanya duduk dan membedal? Masalah kesihatan lain sedang kita wujudkan di kalangan rakyat duduk diam kita. Paling parah sejauh mana kita mampu menduduk diamkan kalangan remaja khasnya dalam lingkungan umuran 15-21 tahun? Mereka sudah tidak betah untuk duduk diam. Apa harus kita perbuat?
(14) Amalan WFH Berkerja Dari Rumah, bahkan Duduk Diam Di Rumah bukanlah amalan produktif. Benar, lantaran darurat, itu semua perlu. Namun kita harus ingat, jika keperluan itu berpanjangan, maka pemberontakan pasti berlaku. Malah kebosanan dan kebencian pula akan menyusul. Saya melihat amalan WFM mengakibatkan, Kerajaan perlu menanggung beban perbelanjaan tinggi dan pulangan terlalu menyusut. Saya yakin, kita sedang kegawatan kewangan yang disembunyikan. Namun Negara ini bernasib baik. Kita tidak miskin. Kita tidak mundur. Kita ada pelbagai bentuk simpanan di antaranya KWSP, KWAP, KWAN, bahkan LUTH, PNB dsb. Saya yakin, jika semua “simpanan” ini di satukan, kita ada ratusan billion Ringgit. Saya menjangkakan 5-10 peratus dari simpanan ini sudah mencukupi untuk mendepani, confront Covid 19. Sesungguhnya simpanan untuk apa? Melayu doelu-doelu berkata “payung adalah untuk hari hujan dan atau panas”.
(15) Sememangnya ramai yang akan bising jika simpanan ini disentuh. Namun kita sentuh simpanan ini untuk apa? Jika demi nyawa rakyat dan kesejahteraan Negara, haruskah kita khuatir atau bacul? Cuba kira, mengikut berita tidak rasmi harga satu dos vaksin Covid 19 adalah sekitar RM78.00. Kita ada 32 juta nyawa rakyat di Negara ini. Jika dimasukkan seluruh pendatang asing (haram dan halal) katalah sekitar 5 juta, kita hanya perlukan 74 juta dos vaksin untuk memberikan perlalian penuh kepada semua manusia di bumi Malaysia. Berapakah ongkos untuk 74 juta dos vaksin yang nilainya RM78.00/dos? Cuma RM5.772 billion. Jikapun kita perlukan sehingga RM10.00 billion, di manakah salahnya jika segala tabungan Negara dapat digerakkan bagi memperkukuh benteng pertahan Covid 19 rakyat? Kita dalam darurat, maka di mana salahnya untuk memperguna segala yang kita ada demi meyelesaikan wabak Covid 19 yang boleh menghacurkan Negara? Kenapa kita harus berpolimik atau bacul tentang ini?
(16) Paling anih, permulaan tumpuan perlalian kita saya kira sudah salah arah. Kalangan frontliners, mereka wajar mendapat keutamaan paling tinggi. Cuma selapas frontliners kenapa gologan umur melebihi 65 tahun dan OKU menjadi keutamaan? Kita mahu bermain “perasaan” atau apa? Apakah kita mahu bermain “been seen good to care for the elders” dari berbuat apa yang seharusnya kita perbuat? Golongan yang paling terdedah kepada Covid 19 adalah mereka yang aktif. Golongan berumur 65 ke atas dan OKU, apakah mereka lebih aktif dari kalangan katalah umur 7-60 tahun. Jikapun kalangan umuran melebihi 65 masih aktif, saya yakin mereka paling prihatin untuk keperluan menjaga diri dari jangkitan Covid 19. Umuran 7-60 tahun, inilah julat demografi para pelajar, para belia, dan para pekerja di Negara ini. Mereka inilah yang menyumbang kepada kerancakan ekonomi Negara. Seharusnya, mereka ini khasnya para pekerja tidak kira di sektor apa samada rakyat atau bukan, mereka harus diberikan perhatian dahulu.
(19) Andai kata, lantaran vaksin Covid 19 adalah a new strategic commodity, dan the best offering value is the winner, jikapun harganya boleh melonjak sehingga RM1,000.00/dos, maka pastinya Negara perlu berbelanja RM74.00 billion untuk membina bentang Covid 19 rakyat seluruhnya. Apakah kita tidak mampu? Ingat, keperluan RM74.00 billion adalah keperluan darurat. Kerajaan kini mempunyai overhead pengurusan yang sangat tinggi. Jika overhead yang tinggi ini lantaran kita sedang aktif bekerja keras, dan menghasilkan pulangan ekonomi yang tinggi, maka itu wajar. Sejak Mei 2020, sehingga kini sudah berapa lama kita melakukan amalan WFH Working From Home? Atas sebab itu, saya yakin Peruntukan Belanjawan Tahunan dapat diagih semula malah segala tenaga kerja yang ada juga dapat diagih sedemikian rupa agar sektor kesihatan rakyat dapat dibina kukuh terutama di masa darurat ini. Soalnya, kenapa kita tidak mengambil langkah retreat to attack? Kita lebih memilih menjadi tikus mondok atau ular sawa kekenyangan atau kata orang Tanjung “kita sedang mati kutu”. Wang Negara saya kira lebih banyak diguna untuk mengail kuasa dari untuk membina kekebalan rakyat dan Negara.
(20) Cuba semak, pasti banyak sektor pengurusan ekonomi yang redundant semasa wabak ini. Kerajaan kini dipimpin oleh 32 Kementerian. Saya yakin sekitar separuh dari semua kementerian itu tidak dapat berfungsi penuh. Apa boleh kita perbuat? Haruskah kita makan gaji buta? Ambil contoh sektor perlancungan dan pendidikan. Kedua-duanya macet, terencat. Apakah tidak boleh segala sumber dari sektor-sektor macet ini diredeploy bagi membantu sektor kesihatan yang sudah hampir pengsan? Saya yakin Undang-Undang Darurat yang digunapakai membolehkan apa saja diperguna penuh dan diredelpoy. Tiada senjata, minta senjata. Ada senjata, samada tidak mengerti mengguna atau disalahguna. Kenapa kita jadi sebegitu?
(21) Tahun 2020, saya kira adalah tahun keramat buat Malaysia. Tahun 2020 tidak menjadi tahun Malaysia maju sebagaimana aspirasi kita semua, namun tahun 2020 saya menjangka Malaysia kembali bersemangat membina semula kemakmuran dan kesejahteraan Negara. Pada tahun 2019 Mahathir mengorak langkah menyusun nakhoda seluruh GLC. Suku ke tiga 2019 juga beliau mulai menyusun nakhoda agensi-agensi penting Negara. Dengan cara itu, beliau menyediakan foundation kukuh untuk Negara bergerak tangkas selepas APEC 2020. Sebegitu juga saya jangka dia sudah bersedia untuk melancarkan Agenda Kemakmuran Bersama 2021-2030 pada Sept., 2020, namun kegelojohan membungkam segala.
(22) Saya yakin, jika tidak berlaku kegelojohan di Malaya, Sabah dan “kelembotan” (lambat) di Sarawak, biar dalam keadaan wabak Covid 19, kita In Shaa Allah sedang berjalan lurus lantaran dasar dan sistem kita semuanya telah selari. Namun dengan kegalauan kegelojohan yang memuncak pada Feb 2020, maka kini saya yakin Muhhyidin sedang berdepan dengan sistem yang inertia, keletihan tidak peduli apa, bahkan kemungkinan sabotaj. Saya yakin kakitangan awam sudah letih dan bosan dengan kegalauan politik Negara yang berpanjangan sejak 1998 sehingga kini. Covid 19 mengekang face-to-face discourses. Kepimpinan dan sistem sokongan sudah kian melalui alam “tak kenal maka tak cinta”. Lu lu gua gua. Banyak pihak sudah mengambil sikap “just wait for the latest instruction” lantaran handon dan atau people touch administration sudah vaporized into the thin air. Saya menjangkakan, Kerajaan Muhhyidin sedang berdepan penyakit inertia pentadbiran awam yang sangat hebat. Inilah penyakit lama Muhhyidin sejak saya ketemu beliau semasa beliau adalah MOA pada 2007 (?).
(24) Seharusnya dengan darurat di tangan, Muhhyidin harus mempunyai segala kuasa bagi mengembeling segala sumber bagi menangani Covid 19 dan masalah kemelut politik Negara. Khasnya, kemelut politik Negara adalah punca segala-gala maka dengan darurat di tangan, Muhhyidin harus berani demi rakyat dan Negara bersama-sama Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agong, melakukan all the impossible demi Rakyat dan Negara. Saya yakin, bersama Majlis Raja-Raja jalan keluar dalam mengatasi kemelut politik yang menjadi punca segala kemelut Negara In Shaa Allah dapat diperbetulkan. Yang perlu adalah kewrasan, keberanian dan kejujuran. Betul cara, rakyat In Shaa Allah bersama langkah beraninya beliau. Rakyat Malaysia telah membuktikan itu bila Mahathir berani menyonsong Hukum Kewangan Barat dalam menyelamatkan kegawatan ekonomi Negara pada 1998.
(25) Keris tampak
tampan di sisipan pinggang. Namun sisipan keris tiada gunanya jika kita tidak
handal menghunusnya. Hunusan keris juga tidak bermakna jika sekadar untuk
dikucup, dan kita tidakpun licik bertikam dengannya. Keris di pinggang,
pengayuh di tangan, kenapa Covid 19 kita tidak mampu tikam dan hambat hebat?
Kuching, Sarawak
10 Jun 2021
0 comments:
Post a Comment