.

7/8/21 SYABAS RAKYAT MALAYSIA .... kita tenang-tenang sahaja

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 18, 2021

Share

& Comment

Pertama-tama, saya memanjatkan syukur kehaderat Allah swt lantaran Muhyiddin mengambil langkah berani untuk mengadap YDPA dan mempersembahkan perletakkan jawatan beliau. Beliau juga melakukan selangkah ke depan, dengan mempengerusikan Mesyuarat Kabinet dan memutuskan itu sebagai Mesyuarat terakhir Kabinet PN sebelum beliau mengadap YDPA. Saya yakin salah satu keputusan Mesyuarat kabinet tersebut adalah agar semua meletakkan jawatan masing-masing. Maksudnya pada saat dia berundur, semua kabinetnya telah berundur. Tiada siapa berhak jadi penganti beliau. Kedua, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Muhyiddin di atas sikap berani dan berlapang dadanya.

(2) Tidak lupa saya juga mengucapkan syukur dan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita terus tenang. Segala-gala berjalan seperti biasa. Kita tidak perlu hilang pedoman. Seluruh rakyat Malaysia adalah kalangan beragama. Tidak kira Muslim, Nasrani, Buddha, Hindu atau Taosim lainnya, kita semua ada Tuhan. Tuhan kita menyuruh kita bertindak dengan akal waras bukan dengan hati berbaur cairan hempedu pecah. Penjawat awam dan swasta kita juga bersikap matang dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dunia In Shaa Allah sedang memerhati, kagum dan menghormati kita.

(3) Langkah Muhyiddin kemarin dulu 16 Ogos, 2021 setara langkah Mahathir pada Feb, 2020. Mahathir melepaskan jawatan beliau bila mana beliau kehilangan majoriti. Cuma bezanya, Mahathir mengundur dengan keputusan dirinya. Sikap Mahathir sebegitulah, dia berdiri atas kakinya sendiri. Muhyiddin berada dalam keterpaksaan. Dan seperti Mahathir, beliau tidak mencalunkan siapa penganti beliau biar Ismail Sabri adalah Timbalannya. Sama seperti Mahathir, di mana Wan Azizah adalah timbalannya yang sepatutnya mengantikan beliau pada saat dia meletakkan jawatan. Kedua-dua Muhyiddin dan Mahathir memilih untuk tidak menamakan timbalan mereka sebagai penganti. Kenapa?

(4) Kuasa Allah. Kasih sayangNya kepada Melayu tersangat tinggi. Dia menunjukkan jalan terbaik buat Melayu pada Melayu itu sendiri. Seperti Al Quran katakan bahawa Allah menurunkan Nabi hanya dari kalangan kaumnya. Ini tidak lain untuk memudahkan mereka memahami dan mengerti akan segala pengajaran dan pertunjuk dari Nabi tersebut, jika mereka mahu berfikir. Di sini pertujuk dari Allah adalah: “Mahathir berkali-kali menafikan beliau membelakangi PH dalam prihal beliau meletakkan jawatan. Keputusan beliau meletak jawatan adalah lantaran beliau tidak mempunyai hisab (angka) untuk terus menjadi Perdana Menteri”. Inilah gejala yang Muhyiddin alami dan Allah perlakukan sebegitu agar Melayu berfikir. Di Parlimen untuk berkuasa, matematik atau hisabnya mesti betul. Samalah jika kita hendak ke Syurga atau Neraka, Hisab kita di Mahsyar juga harus betul. Saya bersangka, lewat Muhyiddin, Allah membenarkan tindakan Mahathir. Kedua, kenapa Mahathir dan atau Muhyiddin tidak menamakan timbalan mereka sebagai penganti?

(5) Pokok kepada persoalan itu kembali kepada hisab Parlimen. Jika Mahathir menamakan Wan Azizah hatta Anwar sekalipun sebagai PM mengantikan beliau, dalam sidang Parlimen Mei 2020, mereka juga akan diundi keluar, voted out. PN akan undi mereka keluar. Juga pengalaman Mahathir, untuk kali ini dia tidak mahu menunujk sesiapa penganti beliau lantaran katanya "dia sering membuat salah pilihan". Sebegitu juga jika Muhyiddin menamakan Ismail Saberi atau sesiapapun dari blok beliau, PH + Lain-Lain akan mengundi mereka keluar. Maka kini Melayu harus sedar, kita harus lebih banyak mengunakan fikirkan hisab pada saat kekusutan sedang melanda kita.

(6) Melayu harus menjadikan ilmu hisab itu budaya berfikir kita. Sesungguhnya, hisab adalah jalan kepada kekuasaan. Ada hikmah besar kenapa Hisab adalah jalan perhitungan terakhir buat segala mahluk Allah pada saat samada kita ke Syurga dan atau Neraka.

(7) Saya perhatikan sejak pukul 12.00 tengahari 16 Ogos, 2021, di media sosial kita cukup tenang sehinggalah ke malam 17 Ogos 2021. Segala bingit Covid 19 dan politik tidak kedengaran. Begitu juga persoalan keresahan rakyat. Rakyat Malaysia seperti sedang berpuasa. Orang Melayu cukup akur dengan SOP berpuasa. Mudah-mudahan itu terus menjadi amalan kita. Kalangan politik, itu periok nasi mereka. Jika mereka tidak binggit itu bukanlah mereka. Biarkan mereka. Yang penting rakyat harus tenang dan memerhati dan mempertimbang dengan akal waras. Cuma, apa kemungkinan pertunjuk Allah seterusnya?

(8) Segala telahan saya tentang pertunjuk dari Allah tidak sesekali bermaksud untuk mendahlui Allah. Saya tidak berniat untuk menyelok hak Allah seperti perumpamaan Melayu Sarawak. Sikap saya, saya ingin menjejaki sikap Umar Al Khataab dalam cuba memahami dan menerapkan Islam pada diri dan di kalangan Umat Melayu. Saya cuba menduga apa pertunjuk Allah. Dalam prihal kini, dugaan saya adalah agar kita tenang dan terus bersikap yang boleh menonjolkan bahawa Melayu adalah manusia-manusia yang Allah sangat rahmati lewat Islam yang Dia hamparkan buat kita. Sikap bertenang itu adalah penting. Lantaran ketenangan akan melahirkan akal yang waras dan bistari. Dalam prihal kini, ketenangan umat Melayu adalah isyarat bahawa Melayu kini benar-benar menyerahkan segala-galanya kepada YDPA dan Majlis raja-Raja Melayu, MRRM untuk menentukan haluan Negara seterusnya. Keadaan bertenang In Shaa Allah akan memberikan runag kepada YDPA untuk menghalusi segala-gala lalu membuat keputusan terbaik buat Negara.

(9) Sesungguhnya, bagi saya keadaan kita kini adalah gejala yang Allah hamparkan agar Melayu berlaku bijaksana (fatonah), amanah (jujur), benar (siddique) dan menyampaikan secara hikmah. Sebagai manusia biasa, memang sukar untuk kita memiliki siaft-sifat idealism SAW, namun kita sebagai umatnya, maka kita harus berusaha mendekati sifat-sifatnya. Kita sudah mengalami, saya kira sejak 1998 bahawa Parlimen dan PRU bukan jalan yang boleh memperkukohkan Melayu. PRU (sejak PRU13) dan Parlimen telah memporak perandakan Melayu. Bukan saya tidak percaya dengan Parlimen dan PRU. Dalam keadaan kini, kedua-duanya tidak mendatang manafaat besar buat Melayu dan Negara.

(10) Masalah kita dan Negara adalah kecelaruan politik. Lantaran politik kita goyah maka kesannya adalah kehancuran ekonomi Melayu. Kedua-dua masalah politik dan ekonomi saling berkitar, dan jika salah satunya tidak dapat dimantapkan maka Melayu pasti punah ranah. Maka kini, dengan sifat-sifat tenang, menyerah kepada YDPA In Shaa Allah ilham kebijaksanaan, rasa kecintaan kepada Bangsa, Negara dan Agama (amanah), melihat kepada kebenaran serta perhubungan yang baik akan Allah hadirkan kepad YDPA dan MRRM untuk mengurus Negara ini dengan baik. 

(11) Bagi saya, YDPA kini berkuasa penuh untuk memantapkan segala. YDPA dengan Perkhidmatan Awam yang ada mampu mengaris dan berbuat sesuatu yang boleh meleraikan kekusustan politik Melayu. YDPA kini berkuasa untuk melantik PM Caretaker. Kini Muhyiddin adalah Caretaker PM, maka jika beliau dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan baik bersama-sama Perkhidmatan Awam yang ada, saya kira Muhyiddin harus kekal untuk sekian waktunya yang Perlembagaan benarkan. Jika Muhyiddin kelihatan gagal, dalam keadaan siapapun tidak beroleh sokongan majoriti untuk menjadi PM, saya kira YDPA boleh melantik sosok lain yang berkemampuan. Sosok ini mungkin boleh diabsahkan di Parlimen bagi membuktikan bahawa demokrasi masih utuh di Negara ini. Inilah sosok pilihan YDPA, yang saya kira dalam adat Melayu kesannya berpunya hikmah tersendiri. Inilah jalan agar politik Negara berjalan mantap untuk tempoh 6-18 bulan ke depan. Saya sangat-sangat berharap dan yakin YDPA adalah pelerai kitaran ganas kemelut politik-ekonomi Melayu kini. Saya yakin vicious circle ini jauh lebih merbahaya dari Covid 19 yang Negara sedang hadapi. Tanpa kemelut politik-ekonomi Melayu, penularan Covid 19 In Shaa Allah akan padam dengan cepat.

(12) Hakikatnya, kemelut politik adalah penyakit sebenar di Negara ini dan di antara Melayu. Ekonomi dan Covid 19 adalah akibat dari masalah politik tersebut. PRU13 dan PRU14 membuktikan bahawa PRU bukan jalan penyelesaian. PRU malah memecah belah Negara. Juga Parlimen sejak Feb 2020 sehingga kini bukan jalan penyelesaiannya, maka Parlimen tidak boleh kita gunakan sabagai jalan pelerai muktamad. Melayu berpunya talihayat YDPA dan MRRM. Gabungan YDPA dan Parlimen sajalah jalan menyelesaikan kemelut politik Melayu. Seperti saya katakan, kemelut politik Melayu kita harus tangani lantaran tanpa Melayu kembali bersatu, maka politik Negara tidak akan pernah permai. Kita akan menuju porak peranda hebat jika kemelut politik Melayu tidak diselesaikan segera. Keupayaan itu kini di tangan YDPA. In Shaa Allah.

Kuching, Sarawak

18 Ogos, 2021

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.