.

24/9/11 KOMUNISMA DAN KEMERDEKAAN

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 14, 2011

Share

& Comment


Dalam akhir 1960an sehingga awal 1970an, itulah ketikanya tekanan ekonomi sedang melanda dunia. Barat akibat WWII, menghadapi pelbagai masalah sosio-ekonomi yang getir demi mencukupi keperluan warganya. Itulah ketikanya berlaku perubahan nyata, melalui kebangkitan semangat Kebangsaan Jerman untuk merdeka dari pengaruh Serbia, bersaing dengan Itali dan Peranchis dalam membina jati diri. Manusia seperti Hitler terlahir atas desakan bagi menebus kemerdekaan buat bangsa Jerman sejati (Aryan) dari pengaruh luaran (Serbia dan Perachis) dan dalaman terutama dari sifat-sifat kapitalis dan chauvinist Yahudi. Hitler membangun fahaman Facist yang meledakkan WWII bersama-sama Itali dan Jepun.


(2) Jerman melahirkan Karl Mark yang terpaksa lari ke London kerena tekanan Hitler. Di London dan Paris, sepertinya sistem ekonomi kapitalis tidak dapat mensejahterakan rakyat melainkan hanya memberikan kuasa menindas golongan bangsawan dan pemerintah sahaja. Maka lahirlah fahaman Sosialis dan Komunis yang mulanya di pelopori oleh Karl Mark. Di Russia, begitu juga terjadinya, sehingga manusia seperti Stalin menjadi pelopor dan pengerak utama komunisma ala-Russia. Fiedal Castro di Cuba turut terlahir. Tito di Yugoslavia. Mao Tze Dung di China. Semuanya sebetulnya terlahir atas dasar mahu beralih dari sistem kapitalis yang didokong kuat oleh British, kemudiannya merebak ke Eropah Barat dan akibat WWII, ianya kemudian menjadi tunjang kepada sistem ekonomi Amerika. Semuanya ada kaitan dengan pergerakkan dan penghijrahan Yahudi. Turki juga mendapat sedikit manafaat dari penghijrahan besar-besaran Yahudi dari Jerman. Maka sebab itu Turki tidak memilih untuk menjadi Negara Islam melainkan sekular Barat. Sebetulnya, kedua-dua Kapitalisma dan Komunisma terlahir dari satu rumpun yang sama: Yahudi.

(3) Di rantau Asia, kita mesti sedar, kebangkitan Komunisma bilamana Amerika dan Barat seperti mendokong Chiang Kai Shek seorang yang lebih condong kepada ideologi demokrasi dan kapitalis Barat. Mao Tze Dung yang terlahir dalam wilayah QuangZau yang miskin dan serik melihat bagaimana penjajah dan sifat-sifat kebangsawanan telah menindas dan menyusahkan rakyat, maka dia menolak fahaman demokrasi-kapitalis sebagai jalan terbaik untuk menyatu dan memperkasakan China. Jalan terbaik yang beliau dapat fikirkan adalah dengan caranya yang tersendiri yang radikal, autoritatif, dan militer. Pada pandangan Amerika, Peranchis, dan British (yang membentuk Pasukan Bersekutu), pastinya cara Mao itu adalah bersifat Komunis-sosialis. Pada masa itu hanya tiga ideologi politik yang wujud iaitu demokrasi-kapitalis (Amerika-Britain-Peranchis), Facist yang di dokong kuat oleh Jerman-Itali-Jepun, dan Komunisma yang didokong oleh Russia-Yugoslavia-China. Fahaman Kapitalis-Islam Turki pastinya adalah ibarat melukut di tepi gantang sahaja pada pandangan semua kerana pada masa itu semua Negara Islam masih terjajah melainkan Turki.

(5) Sebetulnya semua tanah jajahan mahukan kemerdekaan sebaik sahaja WWII tamat. Kita sebetulnya sangat banyak terhutang budi pada Hitler-Musolini-Hirohito. Biarpun mereka menumpahkan darah dan mengorban berjuta nyawa, sebetulnya mereka adalah pencetus gerakan kemerdekaan di seluruh dunia. Dunia Arab tidak terasing. Kerana pengaruh agama Islam, pastinya komunis dan kapitalis tidak dapat diterima secara mutlak. Maka Ghamal Nasir (Mesir), Sadam Husein (Iraq), Assad (Syiria), Ghadafi(Libya), Palavi (Iran), dsb mencuba gabungan baru iaitu Baath yang condong kepada sosialis-Islam. Namun, ini juga mendapat tentangan bukan hanya dari Imperialis Barat, malah masyarakat Islam itu sendiri. Pokoknya, semua pihak pada masa itu sedang mencari rakan dalam gerakan kemerdekaan masing-masing. Negara Islam mencuba ideologi tersendiri. Eropah Timur-Russia-China mencuba Komunisma, dan Eropah Barat-Amerika tetap dengan pengaruh kuat Yahudi: kapitalis-demokrasi.

(6) Mao Tze Dung kerana mahu memusnahkan Chiang Kai Shek sehabisnya, pastinya ingin memastikan bahawa peperangan menentang beliau diteruskan biar sehingga ke luar batas Negara. Keinginan inilah yang menyengutukan Mao dengan gerakan Komunis di seluruh Asia Tenggara. Di Indochina ie Vietnam, Kamboja, dan Laos mereka juga inginkan kemerdekaan. Pastinya, musuh utama mereka pada masa itu adalah Peranchis-Amerika, pendokong kuat demokrasi-Kapitalis. Secara logik, pastinya manusia seperti Ho Chii Minh, Heng Samrin, dan Pol Pot mencari rakan atau kelompok yang dapat mendokong tuntutan mereka dan ini secara otomatisnya adalah China dan Russia. Kerana China adalah lebih dekat, maka Chinalah yang menjadi pilihan utama.

(7) Di Malaysia, tuntutan mahu memerdekan Negara juga semarak. Di snilah timbulnya dua pilihan strategi: bersenjata atau berunding. Kelompok yang yakin dengan gerakkan bersenjata, pastinya sebegitu kerana ada kuasa asing yang sedang mahu mempersenjatai mereka serta mereka juga sudah punya kekuatan pesenjataan yang baik (hasil dari penyusupan British dan Jepun kemudiannya) dan juga sokongan jelas dari Mao Tze Dung. Dari sinilah lahirnya Chin Peng, Rashid Mohhiden, Abdullah CD, dan Samsiah Fakir. Mereka mahu kemerdekaan Negara ini dijalankan dengan cepat. Biar berdarah. Mereka teruja dengan caranya Stalin, Mao Tze Dung, dan Ho Chii Minh. Kemerdekaan harus ada korban. Korban akan menjadikan kemerdekaan itu tiada ternilai harganya.

(8) Namun ada kelompok yang sudah terdidik dengan cara pemikiran British, iaitu dalam apapun perlu dibuat secara aman, rundingan, tidak perlu pertumpahan darah: Biar lambat, asal selamat. Semua itu selaras dengan jiwa dan semangat orang Melayu: sabar, hati-hati, menarik rambut dari beras, rambut tak putus, beras tak berhamburan. Kelompok ini, mulanya di pimpin oleh Onn Jaafar kemudian beralih kepada Abdul Rahman Putra. Kelompok ini juga adalah berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka memilih untuk lewat Meja Rundingan.

(9) British kerana mahunya masih terus punya pengaruh, mahukan kemerdekaan tercapai melalui jalan mereka. Mereka mahu agar kemerdekaan itu biar tercapai secara aman, teratur dan dalam keadaan rakyat paling bersedia. Kelompok Abdul Rahman, melihat ini sebagai sebati dengan jiwa Melayu. Kenapa harus bertumpah darah, jika ada jalan lebih selamat? Logik! Tepat! Namun, saya berkira, itu hanyalah tabir tipu helah British. Alasan sebenarnya, agar imperialism masih tetap ada serta British tidak akan terputus dari menikmati kekayanaan tanah jajahannya sampai kapanpun. British memerlukan masa untuk meletakkan asas-asas bagi keperluan itu. Kemerdekaan harus diperlahankan. Rundingan demi rundingan mesti dibuat. Segala prosedur mesti teratur. Semuanya agar asas-asas British tertanam kuat dalam sistem pentadbiran Negara ini.

(10) Maka di sinilah, apa yang Bung Sukarno sering laungan dalam usaha beliau untuk menganyang Malaysia: Kewujudan Malaysia adalah semata-mata kelanjutan Imperialisma. Sukarno sangat bencikan Belanda. Dia tersiksa hebat kerana Belanda. Rakyat Indonesia parah dan hancur kerana Belanda. British dan Belanda sedang sepakat tentang cara Kemerdekaan tanah jajahan perlu dilakukan. Amerika yang jadi orang Tengah bermain wayang. Indonesia, budaya mereka adalah pakar main wayang kulit, jadi mereka faham tingkah laku Barat. Sukarno mesti melakukan sesuatu agar tidak terperangkap dengan tipu helah Barat. Rashid Muhhidin, Abdullah CD dan Samsiah Fakir juga anak-anak Melayu yang mahir bermain wayang kulit, maka mereka dapat membaca itu semua.

(10) Maka dalam menghadapi perjuangan kemerdekaan ala-kominis di Malaya, di situlah kebijaksaan British, anak tempatan digunakan, diadu dombakan. Slogan demi tanah air dinyanyikan. Itu adalah wayang kulit British, kita termakan dan terperangkap. Golongan yang sabar pimpinan Abdul Rahman Putra tersepit. Negara mesti di selamatkan dari pengaruh lain selain dari British iaitu pengaruh China. Itulah pertimbangan politik saat Negara dalam dharurat. Pendirian harus tegas. Ketetapan harus ada.

(11) Maka saya berkira, kerana kelompok sabar seperti menyebelahi British, maka peperangan gerila komunis di Malaya pada masa itu, sebetulnya adalah Perperangan Saudara hasil dari pertembungan ideologi Komunis-Mao dan Kapitalis-British-Amerika. Semuanya berlaku atas prasangka bodoh di antara kita, dan sifat adu domba British-Amerika yang sangat licik dan berkesan.

(12) Kini, ada suara-suara mendokong dan menantang komunis sebagai pejuang kemerdekaan atau penderhaka Negara. Buat saya kedua-duanya betul dan benar. Komunis, mahu Negara ini merdeka secara cepat biar terpaksa berdarah. Namun kerana prasangka, mereka juga sanggup membunuh dan mengkhianati sesama warga-sebangsa. Itulah perhitungan pada masa itu, pastinya semua yang terlahir dari Havard, Cambridge, MIT, dsb tidak setuju dengan cara Komunis melainkan jika mereka adalah kelahiran Stalingrad University kalau tidak Univerisity of Peking. Kelompok pimpinan Jaafar Onn dan seterusnya Abdul Rahman Putra memeilih untuk berunding dan kelihatan banyak membuat langkah berbuang berambil-give and take yang tidak dipersetujui oleh golongan yang di cap Komunis oleh British.

(13) Debat UMNO-PAS tentang komunisma adalah juga wayang kulit. Mat Sabu dan Nik Aziz, pakar Wayang Kulit, Menora dan Mak Yong. Melayu Kedah, Melayu Kelantan, asasnya Siam, itulah hakikatnya. Najib dan Muhhyiddin, sama juga. Bugis-Jawa. Asasnya Hindu, Wayang Kulit adalah turunan zaman-berzaman. Kita orang Melayu kini, setelah mejelajah dunia, kenapa kita harus buta tentang hakikat fakta. Kita juga sepertri miskin jiwa dalam cuba menghurai fakta dalam cara yang lain dari yang sering diasak kepada kita. Kita seharusnya boleh berfikir lapang dan menjauh demi kepentingan masa depan bangsa dan Negara. Usah terikut-ikut carut marut sifat tukang karut, semua itu adalah hiburan yang perlu penelitian kritis.

Mukah, Sarawak, Malaysia
15 Sept., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

I agree. Everybody has his own way. Only time will tell who is right and who is wrong. To be Independent is a struggle of all whom are being suppressed. Everybody has their own agenda.

(2) UMNO fought the Independence to sustain the Ketuanan Melayu. Surely PAS, want it for the so called Islamic Course. On the other side, PKM is seeking alienation with PRC. Everybody want anf fight for Independence but the next purpose, everybody then differ.

(3) The end result make everybody different. Thus, now, is no more about Independent, but about using Independent to gain those true course that was all this while being hidden.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.