.

26/9/11 KENAPA SEMUA MESTI MATI?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 20, 2011

Share

& Comment

Langkah-langkah. Ada sopan. Ada panjang. Ada pendek. Ada cepat. Ada lambat. Bedanya, sampainya gi mana?

Beberapa bulan yang lepas, seorang sahabat lama saya meninggal dunia. Kami bersahabat sejak di bangku sekolah. Dulu-dulu, dia adalah seorang yang susah. Namum dia seorang yang sangat rajin dan baik hati. Dia sering menjadi sparing partner bila saya menghadapi sedikit kekusutan dalam mata pelajaran Ilmu Hisab. Di Universiti, kami sering bersama atas keperluan hidup. Saya dan dia sering berkongsi makanan akibat tidak kecukupan belanja. Dia tekun belajar. Namun saya ligat mencari jalan dalam mengatasi keperluan kewangan sehingga dapat menampung kawan-kawan senasib. Saya sering bersamanya merenung kehidupan yang payah dan susah yang terpaksa kami lalui, begitu juga masyarakat sekelilingnya. Kami bertekad, berjanji akan membela mereka ini agar mereka tidak perlu melalui jalanan hidup payah sukar kami.

(2) Bukan untuk mengutuk dia. Sekadar buat renung semua. Saya titipkan sedikit cerita kami berdua. Mungkin dengannya ada yang mahu berfikir dan mengerti.

(3) Bila tamat pengajian saya kembali ke Sarawak. Dia mendapat pekerjaan dengan sebuah Bank. Namun tidak lama beliau berhenti lalu menjadi broker khasnya dalam bidang jual-beli saham. Nasib menyebelahi beliau, sehnigga pendapatan bulannya mencecah angka enam dan tujuh. Dalam tempoh singkat beliau dapat bertukar corak hidup dari susah kepada mewah. Segala-galanya kelihatan sempurna: kereta, rumah, isteri, anak-anak dan keperluan libur. Sangat berbeza dari dahulunya. 180 darjah bedanya.

(4) Bila ada tugasan rasmi di Kuala Lumpur, saya sering pergi duluan, khususnya bila melibatkan awal atau hujung minggu. Kami sering bersama. Saya sering di ajak tidur di rumahnya, dan sebuah bilik sepertinya dia khususkan untuk saya. Kami sering ke Melaka, Johor Bharu dan bahkan Singapura untuk jalan-jalan dan makan-makan. Kami seperti membalas masa silam di zaman kami makanpun tidak kecucupan. Cuma pelik, dia sudah tidak mahu bercerita apa lagi berfikir tentang mereka yang agak ketinggalan.

(5) Saya sering mengajak dia pulang ke Kampungnya di Kedah untuk kembali dan meneliliti mereka yang dahulunnya kami kenali dan citi-cita ingin bantu. Saya mengingatkan dia tentang cita-cita zaman ketidak beradaan kami. Dia kadang-kadang ikut nasihat saya, namun akhirnya kami hanya sampai ke Pulau Pinang. Dia seperti tidak enak untuk kembali menjengah kampung. Kampung sudah asing bagi dirinya. Masyarakatnya, sudah lagi bukan kaumnya, tetapi wang, dan wang, dan wang. Kerana itu, saya mulai merenggang diri darinya.

(6) Allah Mahabijaksana. Lewat dia, saya termanggu. Di Chow Kit Road, saat mahu makan kerang rebus, saya terkesima melihat dia. Kusam. Lembik. Gonjengan. Gondrongan. Saya bawa dia menginap di hotel. Cerita dukanya terbongkar.

(7) Mulanya kedua mertuanya sakit teruk dan panjang. Banyak wang terpaksa dibelanjakan. Biar apapun upaya, keduanya jadi korban juga akhirnya. Lantas, kerana hal sebegitu, fikiran dan perhatiannya sedikit terganggu, lantas urusniaganya juga terjejas. Apa lagi masa itu Ekonomi Dunia juga sedang mengelegak lalu pecah (bubling and burst). Dia jatuh bengkrap. Kereta, rumah, segalanya tergadai. Isteri cantik buah hati lari, tiada, biar hanya bekas kaki tertinggal. Dia parah. Kedua anaknya terpaksa dititip ke kedua orang tuannya.

(8) Untungnya dia masih muda. Saya juga kebetulan ada beberapa kenalan. Dia dapat dibantu untuk kerja di sektor awam. Cuma, dia masih seperti leka. Dia tidak bekerja sesungguhnya. Dia lewa. Dia malas-malas. Dia hanya mahu makan gaji tetapi tidak membanting otak dan tenaga setimpalnya. Pokoknya, dia hanya senang dapat gaji, berbakti, bukan urusan dia.

(9) Akhirnya, kedua orang tuanya juga turut terkorban sakit. Dia terpaksa menanggung segalanya. Dia menjadi parah yang menyusahkan banyak orang. Kerjanya orang lain buat. Kerana dia banyak perkara tidak terbuat. Akhirnya, dia terpaksa dihumban keluar. Saat goyah, saya kebetulan lewat lalu. Bersama beberapa kawan kami cuba membantu. Dia sudah hilang pertimbangan. Dia menyesal tanpa mahu pengampunan. Dia mengambil pulang dirinya sendiri. Pil tidur berbotol ditelan sekali jalan. Dia terus jalan.

(10) Saya termanggu. Saya terkesima. Saya terduduk. Pusaranya tiada siapa menyiram kembang. Nisannya, tiada siapa memberi nama. Pastinya, saya juga sudah semakin lupa di mana letak pusaranya.

(11) SubhanaAllah. Kau beri, Kau tuntut kembali. Aku mengambil, Kau perhitungkan, apakah aku memberi pulang? Sepertinya, yang kuterima, harus kutabur kembali pulang, buat penyuluh pusaraku yang mungkin kegelapan. Kau Mahabijaksana. Matiku, mati kami semua, adalah jalan bagiMu melihat berapa banyak yang aku, kami pulangkan!

Matang jaya, Kuching, Sarawak
20 Sept., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Nice illustration brother. I admire your effort to lead the Malays in particular to see Islam from a differen perspective from the norms that we used to hear and see.

(2) True. While alive, we are as if doing a saving for the day after. Once the day come, Allah would just want to see how much saving had we made. Saving means, serving to our True Sense of Purpose. If we had that saving, then our life hereafter would be great, failing which we are just a bankrupt, so our lives will be just in hell.

(3) Nice, great equation. Great illustration. I hope, those who read this article, get what ABC meant. I pray for your health brother.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.