Pada PRN 12 pada 18 Disembar 2021 ini, rakyat Sarawak akan membuang undi bagi menentukan perjalanan politik Negeri bagi tempoh 2021 - 2026. Seharusnya, PRN 12 Sarawak diadakan selewat-lewatnya pada Jun 2021 lepas, bila DUN telah tamat tempoh pada April 2021. Namun lantaran Covid 19, maka peristiharan Undang-Undang Dharurat menyekat PRN di adakan.
(2) Ada dua isu pokok yang ingin saya bincangkan dalam tulisan saya kali ini. Pertama apakah perlu Sarawak mengadakan PRN dalam keadaan Covid 19 masih menganas setidak-tidaknya di peringkat Nasional biar di Sarawak kelihatan mendadak mereda? Kedua, pada masa ini saya dengarkan ada dua retorik yang sangat popular sedang diutarakan oleh kelompok politik yang berkepentingan: (a) Sarawak for Sarawak, S4S dan (b) Sarawak Merdeka.
(3) Apakah perlu Sarawak mengadakan PRN sekarang? Jawaban kepada persoalan ini tergantung bagaimana kita melihatnya. Jika disorot dari gejala Covid 19 Nasional, ada kewajaran ianya perlu ditangguhkan dan Undang-Undang Dharurat boleh diguna pakai bagi mengurus segala. Maka dari segi pengurusan dharurat Covid 19, ianya wajar ditangguhkan. Namun, jika kita melihat dari segi pengurusan ekonomi, maka di situlah letaknya kekurangan Undang-Undang Dharurat. Jika kita hendak melakukan langkah-langkah besar dalam Pembangunan Ekonomi, dalam keadaan DUN sudah tamat tempoh, maka kuasa Ketua Menteri yang berupa Caretaker Chief Minister, sangatlah terbatas. Maka mandat hakiki mesti dia perolehi untuk membolehkan langkah-langkah pemulihan dan pembangunan ekonomi hebat dapat dirumus dan digerakkan.
(4) Dalam keadaan sistem ekonomi Sarawak yang hanya berkembang sekitar 4 - 5 peratus sejak 15 tahun lepas (2005 -2020), yang saya kira amat perlahan dan tergantung di bidang-bidang non-Human Capital Intensive, maka jika kita kembalikan ekonomi kita berjalan penuh, Covid 19 masih boleh dikawal rapi. Oleh itu, Sarawak dalam keadaannya tersendiri, sebagai sebuah Island Economy dan Eco-system, PRN pada Disembar ini sangat wajar dan mesti dilakukan segera dengan syarat-syarat pengurusan Covid 19 yang baik dan tegas.
(5) Slogan Sarawak for Sarawak, S4S telah banyak kali saya bahaskan. Pertama idea S4S berasal dari tentangan SUPP pada awal gagasan penubuhan Malaysia pada 1963. SUPP mahu Sarawak yang merdeka pada 22 Julai 1963 kekal sebagai sebuah Negara Merdeka kendiri. Perkara ini tidak ganjil lantaran SUPP didokong oleh masyarakat Cina yang serik dibantai Brooke, kemudian Jepun lalu Inggeris sejak mereka mulai meneroka antimoni di Bau pada abad ke 18 dan perusahaan sagu dan lada di Sibu. Masyarakat Cina yang hijerah awal ke “Sarawak” sebelum Brooke, Jepun dan Inggeris menikmati kebebasan Kapitalis sangat meluas di zaman biar sebelum Pemerintahan Muda Hashim di “Sarawak”. Maka lagenda atau sentimen kebebasan itulah yang mengakibatkan SUPP sangat-sangat menentang “subjugation of Sarawak” dalam apa bentukpun selepas 22 Julai 1963.
(6) Dalam PRN 10 (2011), DAP bersama dengan PKR dan PAS, mendedangkan S4S dalam nada dan tujuan yang sedikit berbeza. DAP membawa iedologi S4S menolak campurtangan Persekutuan di dalam urusan Sarawak. Bagi saya, biarpun DAP sedang bercengkerama dengan PKR dan PAS, mereka bukanlah hakiki anti-Persekutuan, melainkan ingin menafikan sokongan Barisan Nasional, terutama UMNO terhadap Taib Mahmud. DAP cukup memusuhi Taib Mahmud, tetapi tidak berani untuk berdepan dengan beliau solo gentleman. DAP lebih gemar “baling batu di balik pohon rimbun”. Namun seperti pernah saya katakan pada PRN 11 (2016), Adenan Satem telah menukar S4S DAP kepada S4S for One Sarawak. Benar Adenan tidak pernah menyatakan S4S beliau sebagai gerakkan ke arah One Sarawak, namun itulah bacaan saya di atas gaya politik beliau. Saya akan huraikan maksud One Sarawak di bawah nanti.
(7) Abang Johari (Johari), dalam PRU 14 (2018) lepas meneruskan rampasan terhadap S4S dengan perjuangan pengembalian MA63. Biarpun usaha-usaha ini telah berjalan sejak Adenan, namun semenjak mengambilalih dari Adenan, Johari dari hanya bersifat retorik S4S, beliau telah mengambil langkah tektikal iaitu melalui jalan Perlembagaan dan Perundangan. Bahkan Johari sanggup pergi ke Mahkamah Persekutuan dan London bagi memperkukuh langkah tektikal beliau. Johari sudah menunjukkan kejayaan bilamana Mahathir, bahkan kemudian Muhhyidin dan kini Ismail ada memberikan sedikit perhatian kepada “desakan Sarawak”. Saya yakin, dalam PRN ke 12 ini nanti Johari dan GPSnya akan meneruskan perjuangan MA63 beliau.
(11) Saya nyatakan terdahulu S4S Adenan sedang menjurus kepada One Sarawak, a solid Sarawak. Adenan tidak melihat Sarawak hanya untuk orang Sarawak. Adenan pada hakikatnya mahu melihat Sarawak sebagai Sebuah Sarawak yang kental bersatupadu. Makanya langkah-langkah tektikal Adenan adalah menjurus kepada melayani rakyat Sarawak setaraf. Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Cina, Melayu dan Melanau Adenan layani secara saksama. Bahkan pemimpin DAP Adenan layani setaraf ahli politik Kerajaan. Itulah cara Adenan untuk meranapkan pembangkang di Sarawak pada PRN 11 lepas. Dan Adenan juga, jika tidak silap saya memberikan “amaran jelas” kepada semua parti politik asas Malaya “to leave Sarawak alone”. Adenan bergerak bebas dan cergas berkempen tanpa bergantung harap kepada BN Pusat. Mungkin orang tidak sedar, dalam PRN 11 lepas, poster-poster yang yang kebiasaannya akan memaparkan wajah Naib, PM semasa adalah “diharamkan”. Adenan memberikan gambaran jelas, “Sarawak to fight as One and for One Sarawak". Bagi saya cara Adenan adalah “Tactical Strategist”. Cuma sayang, Adenan tidak punya banyak masa seperti Taib yang akan melantik penulis-penulis khas untuk membuku dan mejelaskan pemikiran beliau secara akademik.
(12) Konsep One Sarawak, tidak jauh dari pendekatan perjuangan para penentang Muda Hashim, Brooke, Jepun malah British terdahulu. Semua pihak tidak kira di Bau, Sadong, Lupar, Bukit Sadok, Beting Maro, Sibu, Mukah, bahkan Jepak, Batu Niah, Miri dan Limbang semua mereka tanpa mengira siapa pada kedudukan apa menentang penjajahan “Sarawak”. Cuma seperti juga kini, perjuangan ini tidak pernah sebagai sebuah ketumbukan padu kental. Kita dari dulu sehingga kini “berjuang untuk Sarawak” pada jalan masing-masing. Bezanya, dulu demi “Tanahair ini”, kini saya kira perjuangan S4S dan Sarawak Merdeka adalah “demi masa depan kelompokku kini”.
(16) Sesungguhnya pada 2002 - 2012 kita disakiti oleh diri kita sendiri, kemudian dari 2013 - 2018, kita memulih dan pada 2019 kita baru kembali mulai melangkah keluar dari deman berpanjangan. Cuma pada saat kita sedang bingkas mahu mara, kita dapati bahawa “Keluarga Besar Malaysia” masih lagi berada dalam keadaan demam Covid 19 dan politik pecah belah.
(17) Saya yakin, Sarawak (malah Sabah) akan memecut maju, biar hanya dengan sumber yang ada, jika kita dapat bergerak sebagai One Sarawak (dan atau One Sabah) sebagai startingnya, kita gembeling segala kekuatan yang ada secara cekap dan terarah baik, kemampuan kita untuk berbelanja RM 6.00 - 10,00 billion, In Shaa Allah mampu melonjak pertumbuhan ekonomi kita ke 8 -10 peratus. Jika pihak awam mampu berbelanja RM6.00 -10.00 billion, saya yakin pihak swata akan menokok jika tidak RM3.00 - 6.00 billion, betul cara mereka akan membawa masuk RM15.00 - 25.00 billion. Strategi dan langkah-langkah tektikal kita mesti betul. Kita perlu bergerak sebagai One Sarawak (dan One Sabah). Kita harus Solid as One bagi membentuk One Malaysian Borneo dalam membina One Malaysian Nation. Jika Malaya pada masa ini = politic of disintegration, Sarawak (dan sabah) must be all out to politic of One Solid Force. Tidak mengapa adanya diversity, for the diversity makes the tropical ever green and complete. Kita tidak perlu mangajar Malaya untuk bersatu, yang penting kita mampu bersatu.
(19) Johari, dengan pernyataan tegas Muhhyidin (PN) dan Ismail (BN) bahawa mereka tidak akan bertanding dlm PRN Sarawak kali ini, maka lambaian itu harus diperguna penuh sebagai permulaan bagi Sarawak untuk merintis jalan kepada We are One Malaysian and must be as One. Bahkan lantaran Covid 19, jentera PN dan BN tidak perlu hadir dalam kempen di PRN Sarawak. Semoga dengan itu, gerombolan PH juga mengerti dan tidak perlu bersaing sebagai permulaan mententeramkan politik Negara. Biar GPS berdepan secara gentleman dengan PSB dan PBK sahaja. Hukum hutan Allah tunjukkan dengan jelas, pada saat kancil bergaduh dengan kancil atau buaya bergaduh dengan buaya, tiada siapa perlu campurtangan. Lantaran itu, ekosistem alam menjadi senentiasa stabil lestari.
Kuching, Sarawak
29 Nov., 2021
0 comments:
Post a Comment