(2) Saya ingat, bila kami didapati sedang bergelut, ayah selalu menengking dalam bahasa Jawa “Cobak ngalah!” Saya dan abang kemudian diam terus berpisah. Sengketa kami tidak lama, abang adik, semasa anak-anak, dalam dua tiga jam kemudian kami sudah kembali ketawa riang bercekikian. Saya masih ingat, bila ayah bertempik “Coba ngalah!”, dia tidak pernah menuju; membentak kepada sesiapa. Kedua-dua saya dan abang akan direnungi tajam, pelototi. Akibatnya, kedua-dua kami sering sama-sama mengalah, mundur dan diam damai.
(4) Bila saya mendewasa, apa lagi saya sering berjalan sendiri dalam mengatur hidup, maka saya sering mendapat dugaan. Dugaan ini kadang kalanya cukup rumit berbelit-belit yang boleh menyesakkan. Ada ketikanya, cabaran-cabaran tersebut benar-benar menghambat saya dari terus berjalan jika saya lanyani, ladeni. Namum, latihan coba ngalah dari kedua ibu-bapa, lalu kemudian di dalam latihan ketenteraan yang pernah saya jalani; apa yang disebut sebagai retreat to advance, maka di dalam perjalanan sendiri saya sejak saya terpisah dari keluarga pada 1973 sehingga kini, dalam banyak perkara saya banyak “mengalah”. Persoalan strategiknya “Adakah dengan mengalah itu kita akan maju?”.
(7) Jika sesiapa pernah melalui lahitan ketenteraan, konsep “retreat to advance” atau lebih tepat disebutkan sebagai “retreat to regroup” pastinya menjawab persoalan tersebut. Namun, contohnya, jika kita adalah Perdana Menteri, diasak dengan pelbagai dugaan, apakah kita harus “mengalah”. Sesungguhnya inilah context yang ingin saya kemukakan kepada Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia kini dalam kita menghadapi kemelut politik, Covid 19 dan Ekonomi Negara pada masa ini. Seperti saya tulis sedelumnya, saya cukup sangsi tentang kemampuan Muhyiddin untuk dapat mendepani kemelut besar yang sedang kita hadapi kini.
(8) Kesihatan beliau, keadaan goyah politik dalaman Perikatan Nasional (PN), serangan ganas politik luaran PN, inertia dan dilema pentadbiran awam dan koprat dan defisit pengikitrafan antarabangsa, maka saya tidak nampak biar sekuat mana dan sejujur mana, Muhyiddin tidak akan berjaya membawa Malaysia keluar dari kemelut-kemelut merosakkan ini. Saya tidak mendahului kudrat Allah, saya menduga berasaskan ‘faktor kemanusiaan biasa”. Maka saya mengusul agar Muhyiddin “retreat to advance” atau berbesar hati, berlapang dada, berjiiwa besar, be gentleman, mengundurlah, step aside. Kini saya melihat langkah tersebut sebagai sesuatu yang Muhyiddin MESTI lalukan. Berundurlah demi Negara, Bangsa dan Agama. Bagi saya, Bangsa, Agama dan Negara yang harus Muhyiddin ke depankan dengan dirinya mesti mengundur. Kita harus ingat kepada teladan Yunus AS. Beliau sanggup dihumban ke laut demi menyelamatkan para anak kapal lain yang telah sudi menumpangkan beliau untuk mengalah kabur lantaran sedar akan kelemahannya untuk meneruskan tanggungjawab yang Allah berikan kepadanya. Yunus AS sanggup mengambil tanggungjawab menyelamatkan anak-anak kapal lain dan menyerahkan untung nasib dirinya ke tangan Allah. Sifat ikhlas mengalah Yunus itulah yang akhirnya yang membawa kejayaan selanjutnya kepadanya.
(9) Asas asal Muhyiddin mendokong Langkah Sheraton Mac 2020 adalah kerana ingin memastikan Mahathir agar kekal menjadi Perdana Menteri dan tidak diperkotak-katik oleh para pendokong Anwar. Pendirian Muhyiddin dan Bersatu pada masa itu, bukanlah soal Mahathir, namun keyakinan mereka bahawa Mahathir mampu membawa Malaysia keluar dari masalah politik dan ekonomi yang kian parah. Niat dan asas asal adalah demi kebaikan Bangsa, Agama dan Negara. Namun lantaran prinsip, Mahathir memilih untuk mengalah. Mahathir rela hilang jawatan dari bersekongkol dengan mereka yang telah merosakkan ekonomi dan maruah Agama, Bangsa dan Negara. Langkah Mahathir hakikatnya cukup gentleman. Dia tidak memihak di jalan tidak bermaruah bairpun “sah”. Langkah Muhyiddin di sisi demokrasi adalah sah, cuma tidak disahihkan di Parlimen.
(10) Namun setelah hampir 16 bulan berkuasa, Covid 19 tidak mereda, keadaan ekonomi semakin parah. Pada tahun 2020, sekitar RM350 billion habis dibelanja. Untuk 2021, dari sekitar RM340 billion yang diperuntukkan, diberitakan, hanya baki sejumlah RM100 billion masih tersisa. Kita ada enam bulan lagi untuk sampai ke penghujung 2021, namun kita sudah membelanjakan 67 peratus dari peruntukkan Negara. Seharusnya kita baru berbelanja sekitar 50 peratus sahaja. Maka jika Covid 19 tidak juga selesai dalam tempoh 3-6 bulan seperti saya duga sebelumnya, kita benar-benar dalam kesusahan yang cukup berat.
(13) Paling mengusarkan adalah telahan saya bahawa Muhyiddin sedang mengadapi fenomena inertia dan dilema pentadbiran awam dan koprat; yang merupakan tonggak kejayaan sesebuah Kerajaan, maka dengan itu saya yakin pengakaran Muhyiddin sebagai PM akan menjurus Malaysia ke jurang parah. Muhyiddin bukanlah faktor hakikinya namun Muhyiddin sedang dijadikan kambing hitam oleh mereka yang sejenis Abu Lahab dan atau Abdullah Ubay untuk ingin berebut tahta. Saya melihat Muhyiddin being at the wrong place at the wrong time. Muhyiddin harus sedar, terkecundangnya Mahathir pada 2003 adalah lantaran peralihan angin penjawatan awam sejak 1998. Sebegitu juga, biar kembali berkuasa, lantaran batas-batas perlembagaan, Mahathir lambat merombak dan memperbaiki pentadbiran awam bobrok peninggalan Barisan Nasional (BN), maka beliau terkecundang untuk kali keduanya pada 2020 (tahun sangat penting bagi dirinya dan Negara). Abdullah Badawi juga tumbang akibat penjawat awam naik muak dengan kerenah Tingkat 4, JPM. Saya yakin, Najib juga tumbang bila penjawat awam naik meluat dengan adanya PEMANDU. Manusia berkarisma seperti Mahathir, pada saat jentera Kerajaan tidak bersamanya, maka dia tumbang apa tah lagi Muhyiddin yang beroleh kuasa tidak secara sahih.
(15) Saya yakin persidangan Parlimen penuh akan cukup menekan pihak PDRM. Maka janganlah kita jadikan PDRM, ATM dan segala badan penguatkuasaan kita, menjadi senjata makan tuan buat rakyat dan Negara. Biarlah mereka berkhidmat tidak pada jalan mempertahankan dalam keadaan berdilema adn tertekan untuk memilih. Marcos, Chuan Lek Pai dan Suharto adalah contoh-contoh terdekat kita yang meyaksikan Polis dan Tentera dalam dilema untuk memilih antara rakyat naik angin dan Negara dan akhirnya kita meyaksikan Filipina, Thailand dan Indonesia yang memerlukan waktu panjang untuk kembali bangkit.
(16) SAW menunjukkan kita jalan “retreat to advance” lewat jalan Khalwat dan Hijerah. Budaya Melayu dan Jawa mematrikan konsep berbesar hati, berlapang dada, berjiwa besar - be gentleman pada ketika kita mundurpun payah, apa lagi mahu maju, maka mengalahlah. Mengalah Muhyiddin yang saya sarankan adalah bukan menyerah kalah dalam permainan politik. Mengalah Muhyiddin adalah untuk kemenangan asas niat asal Langkah Sheraton seperti yang dilahirkan. Sesungguhnya, mengalah Muhyiddin yang saya sarankan adalah agar ‘dia advance cara lain”. Sesungguhnya, sebagai manusia terdidik baik dalam Islam dan keluarga terhormat, pastinya Muhyiddin dapat melihat bahawa “retreat” Muhammad kemudian dia sebagai SAW adalah penyerahan masa depannya penuh kepada Allah swt, yang berkuasa ke atas dirinya. Muhammad SAW tidak menyerah kepada sesiapa, biar Abu Jahal yang sangat berkuasa, dia memilih menyerah kepada Allah tentang untung nasib masa depannya. Teladan Muhammad SAW itu diperkukuh oleh kisah Nabi Yunus dan ikan pausnya.
(17) Mengalah Muhyiddin tidak kepada musuh politiknya. Mengalah Muhyiddin yang saya sarankan adalah untuk beliau kembali menyerahkan kerusi kekusaaannya yang goyah kepada Majlis Raja-Raja. PRU dan Parlimen bukan jalan terbaik buat Muhyiddin dan Negara. Sesungguhnya dengan menyerahkan kerusinya kepada Majlis Raja-Raja, hakikatnya Muhyiddin menjunjung daulat Raja-Raja Melayu. Majlis Raja-Raja yang dianggotai sembilan Raja dan empat TYT yang cukup berpengalaman dalam politik dan pentadbiran, saya yakin mereka berpunya kebijaksaan yang diperlukan oleh rakyat dan Negara dalam menyelesaikan kemelut politik kegilaan kuasa Negara kini.
(18) Hakikatnya, penyakit kronik, tidak terubat oleh jalan pengobatan biasa-biasa. Banyak ketikanya, contoh diabetes kronik memerlukan pemotongan anggota yang terkesan. Pemotongan bukanlah cara pengobatan biasa-biasa. Pemotongan bukanlah satu bentuk pengobatan, ianya adalah “to get rid to recover”. Allah menunjukkan kepada kita fitrah penyelesaian permasalahan rumit, maka kita harus belajar dari jalanNya.
(20) Berkali-kali saya nyatakan bahawa saya tidak bersetuju untuk Anwar memimpin Negara ini. Saya tidak nampak wisdom kenegarawanan pada sosok Anwar. Pada Anwar saya hanya mendengar dentum guruh di langit di saat air di tempayan sedang kotor berkeladak. Saya dalam kemampuan dibenarkan, saya jelas sejak sekian lama, saya sering mengutarakan bahawa Anwar adalah punca segala kegalauan politik Negara. Mahathir pula telah dengan jayanya Anwar dan kuncu-kuncunya jadikan sebagai landasan untuk berkuasa. Namun Mahathir dengan segala kudratnya, mampu mengekang kemaraan Anwar. Namun prilaku, sejarah silam dan prestasi para pemimpin Kerajaan PN kini sedang melolong jalan luas untuk Anwar bertahta. Jika Muhyiddin terus bertahan, Muhyiddin pasti mengangkat Anwar tanpa rela. In the words of Lim Kit Siang “I’m happy for Najib to stay on as PM, for such will make it easier for us to walk to Putera Jaya”. Aspirasi Lim Kit Siang terbukti benar.
(21) Saya menduga-duga pada Muhyiddin, Allah telah berikan kesempatan untuk menjalankan tujuan siasah hidupnya. Bagi saya, Muhyiddin adalah landasan Allah dalam memberikan peluang kepada "juara-juara" Melayu dan Islam untuk membuktikan kehebatan mereka. Mereka di dalam kelompok PN cukup hebat berbicara tentang Melayu dan Islam. Allah menguji dengan memberikan mereka kesempatan untuk berkuasa. Mereka gagal. Sama bagi Mahathir dan PH. Kebangkitan Mahathir untuk kedua kali, juga saya kira adalah platform yang Allah sediakan untuk mereka "berhati dendam" untuk membukitkan kehebatan mereka dalam membina Negara. Mereka Allah uji dengan peluang yang hebat. Dendam membawa kegagalan buat mereka. Watak "juara dan dendam" sering terlahir secara rhetoric. Sesungguhnya, jika kita ikuti hati-hati sifat rhetoric Najib di akhir-akhir pentadbirannya jugalah yang menumbangkan beliau. Rhetoric membuktikan kegagalan untuk deliver. BN, PH dan PN (apa lagi PAS) yang rhetoric sifatnya, semua membawa kegagalan. Razak Husein, mampu membina asas kukuh Negara lantaran dia menumpu bekerja dan mampu mengerakkan seluruh jentera Kerajaan untuk bekerja. Razak banyak bekerja secara "diam-diam". Mahathir untuk 1981-2003 serupa. Kita sudah ada teladan yang seharusnya para pemimipin kita ikuti, namun kita tidak peka sejarah maka kita mudah lupa, lalai dan terkecundang. Al Quran jelas mengarahkan agar "pada saat berbuat baik, tangan kiripun tidak sadar akan perlakuan baik tangan kanan", anihnya budaya Malaysia kini, tanpa berbuat baik, "tangan kiri-kanan apa lagi mulut cukup riuh" ibarat ayam kampung, "bertelur pun tidak tetap riuh sekampung".
(21) Sesungguhnya, mengundur, mengalah Muhyiddin = langkah Laksamana Melayu mendaulatkan Raja-Rajanya; suatu langkah bermaruah demi Bangsa, Agama dan Negara. Hang Tuah mengundur ke hutan dan tidak bersama Jebat memberontak, hanya agar Melayu terus berpunya Raja sehingga Melayu telah hilang di dunia.
Kuching, Sarawak
30 Jun, 2021
0 comments:
Post a Comment