Orang Utan aslinya adalah penghuni asli hutan Borneo dan Sumatera. Secara genetik, 97 peratus dari jujukan, sequence gen Orang Utan menyamai manusia. Paling hampir kepada jujukan gen manusia adalah Chimpanzee dengan perangkaan 99 peratus. Gorilla mempunyai 98 peratus persamaan gen dengan manusia.
(2) Pernyataan di atas merujuk kepada gene sequence, jujukan atau susunan gen pada lingakaran DNA kita. Saya perlu menyelidik lagi apakah dari segi komponen gen, ianya membawa penyerupaan yang setara atau apa mungkin persis 100 serupa? Jika komponen gen Orang Utan dan Chimpanzee adalah 100 serupa dengan komponen gen manusia, maka apa yang membezakan kita dan mereka hanyalah pada cara gen-gen tersebut tersusun pada lingkaran DNA dan kromosom kita. Bagi para pembaca yang kurang mahir dalam soal genetik, dalam bahasa perbandingannya dengan teknologi pengkomputeran kini, gen = kod atau perisian, susunan gen-gen membentuk jujukan bersiri apa yang dinamakan DNA = chip; di mana setiap chip mengandungi gen atau kod-kod yang tersusun secara berbeza-beza tergantung dengan fungsiannya; kromosom, gandingan DNA = bahagian, parts. Dalam dunia pemasakan, gen = rempah ratus, DNA = juadah; dan kromosom = hidangan penuh.
(3) Dalam tulisan ini saya mengambil tanggapan bahawa komponen gen Orang Utan, Chimpanzee dan bahkan gorilla adalah 100 peratus serupa dengan komponen gen manusia, dan perbezaan antara keempat-empat mahluk Allah ini adalah hanya dari segi cara susunan gen-gen mereka. Saya bertanggapan bahawa semua mahluk, apa yang tergolong ke dalam Kingdom Primate, yang merangkumi semua mamalia, termasuklah manusia, gen mereka adalah serupa. Perbezaannya adalah cara mana gen-gen tersebut tersusun. Ibaratnya, Proton Saga, Proton Iswara, Proton Perdana dan biar hanya Kancil atau Ferrari, semua yang dikelaskan sebagai kenderaan kereta, komponen asas engin bahkan badan mereka tetap serupa. Yang membezakan mereka adalah hanya dari segi susunan dan kehalusan susunan dan rekabentuk setiap komponen tersebut.
(4) Berbalik kepada pernyataan ayat "the genetic sequence of ...." hanya merujuk kepada cara susunan ie sequence. Gen atau kandungan kod atau signal adalah serupa bagi semua mahluk haiwan. Cara dunia pengkomputeran dan biologi dalam membina asas-asas susunan kod gen dan digital adalah serupa. Mereka menggunakan sistem Algorithms yang mulanya diasaskan oleh Abdullah Muhammad bin Musa al-Khwarizmi seorang berbangsa Farsi pada abad ke 9 dahulu. Di dalam dunia sains, perbandingan biasanya dibuat dalam keadaan control yang baik. Maksudnya, bila dilihat dari segi gen, jika semua komponen gen hadir pada mahluk-mahluk yang dikaji adalah serupa, maka pengamatan selanjutnya adalah pada susunan gen. Saya yakin cara pendekatan yang sama digunakan dalam kajian perbandingan ciri dan prilaku manusia, chimpanzee dan Orang Utan.
(5) Bentuk fizik Orang Utan, Chimpanzee malah gorilla sekalipun menyerupai manusia. Ini adalah petanda bahawa gen mereka adalah serupa. Yang membezakan kita adalah pada prilaku. Allah menjadikan gen pada setiap mahluk primat umpayanya tersusun secara berbeda-beda, maka perbedaan itulah yang menimbulkan pola fizik, fisiologi, malah watak kita yang berbeda.
(6) Kita harus ingat, otak merupakan asas utama yang digunakan oleh bidang biologi dalam menentukan tahap maju advance atau tidak sesuatu haiwan. Manusia tergolong sebagai mahluk yang mempunyai otak tahap tertinggi, most advanced brain. Maka kerana itu manusia dikelaskan sebagai haiwan kelas tertinggi. Otak cacing umpamanya jauh lebih rendah berbanding lembu, apa lagi Orang Utan. Dalam kingdom (pengkelasan) haiwan yang sama, saya yakin cara susunan genlah yang membezakan kita. Samalah sepertinya jam tangan digital, handphone, ipad, gps, laptop, dan komputer pribadi yang membezakan mereka adalah susunan kod dan chip. Jam tangan digital mempunyai kandungan chip yang lebih rendah, dan susunan kod di dalam chip jam tangan juga pastinya berbeza dari handphone dan seterusnya. Namun yang pasti, kod atau gen yang digunakan tetap serupa.
(7) Pada sesuatu kelahiran, kita akan bertemu beberapa kelainan. Di seluruh dunia, kedapatan gejala down syndrom. Adakalanya bayi dilahirkan secara albino. Anak albino dikaitkan dengan proses pigmentasi yang tidak sempurna. Asasnya, gen pigmentasi tidak ada atau sangat berkurang pada anak tersebut. Bagi anak down syndrom, banyak kekurangannya berbanding anak-anak normal. Paling jelas adalah deria pendengarannya lambat terbentuk. Seperti kita ketahui, deria pendengaran sangat berkait dengan otak. Maka kekurangan pada deria pendengaran pasti mempunyai kaitan kelainan dengan sistem otak. Otak biasa disebut sebagai CNS - Central Nervous System, berfungsi seperti CPU dalam sebuah komputer. Pengalaman saya dengan anak-anak down syndrom, lantaran mereka mempunyai masalah dengan deria pendengaran, maka akhirnya merteka bermasalah dalam pertuturan. Bila seorag kanak-kanak menghadapi masalah pendengaran dan pertuturan, maka dia sedang menghadapi masalah perhubungan, communication yang payah. Pada kala sistem perhubungan kita menjadi sulit, maka banyaklah lain-lain masalah akan timbul. Maka bagi saya, kesulitan terhebat pada anak down syndrom adalah pada perhubungan.
(8) Jikalah Orang Utan mempunyai ketangkasan dan kecerdasan cara perhubungan setaraf manusia, pastinya Orang Utan dan manusia akan dilihat sebagai "sekerabat". Hakikatnya di dalam dunia biologi, manusia dan Orang Utan adalah sekerabat, class mamalia, order primate. Jika tidak mana mungkin timbulnya perumpamaan Melayu berbunyi "Macam kera kena belacan". Dari segi bahasa Orang Utan dan manusia sudah mirip, "orang = manusia; Orang Utan = manusia hutan". Maka dari sisi lain, tiada siapa perlu membantah bahawa Darwin benar dengan tiori Evolusinya. Hakikatnya, tiori Evolusi Darwin benar pada jalan tahap-tahap kemajuan pembangunan gene. Ianya hanya salah dari segi asal-usul manusia. Jujukan gene Orang Utan adalah jalan evolusi kemajuan jujukan gene yang Allah sediakan bagi manafaat bidang perubatan untuk manusia. Cuma selama ini kita tidak menghargai Orang Utan sebegitu, maka kita lupa akan nikmat Allah pada sosok Orang Utan.
(9) Pastinya dalam menilai masalah perhubungan ini, kayukuran asas saya adalah manusia biasa. Juga jika kita melihat kepada Orang Utan, gorilla dan chimpanzee, lantaran mereka mempunyai watak yang lucu, maka kita ingin berberhubungan dengan mereka. Kelompok haiwan primate, sangat mudah meniru. Anak-anak mereka menjalani kehidupan biasa lantaran mereka belajar dengan cara meniru ibu-bapa atau kalangan dewasa di antara mereka. Kera, Orang Utan, gorilla, chimpanzee dan manusia adalah sama jalan pembelajaran mereka. Maka sebegitulah pengamatan Melayu dahulu dengan perumpamaan "bapa borek anak rintik". Cuma seberapa tangkas proses pembelajaran itu, maka para biologis melihatnya dari sudut jujukan gen pada haiwan tersebut. Namun, perhubungan antara manusia dan Orang Utan, gorilla dan chimpanzee sering bermasalah lantaran primate berekor berkenaan tidak mempunyai jalan pemikiran setangkas manusia. Itulah masalahnya antara anak down syndrom dengan anak-anak manusia biasa lainnya. Namun kehadiran anak down syndrome berpunya kelebihan lain iaitu mereka lucu pada jalan tersendiri. Mereka menjadi penghibur tulin dalam sesebuah keluarga.
(10) Berbalik kepada persoalan tajuk tulisan ini, saya menduga, jika kita dapat membuat pemetaan gen, gene mapping yang tepat antara Orang Utan khasnya dan anak-anak down syndrome, saya yakin kita akan dapat menemukan persamaannya. Orang Utan boleh dijadikan bahan klinikal sempurna. Telahan saya tersebut adalah berasaskan bahawa "sifat dan watak" anak-anak down syndrome dan Orang Utan punya titik pertemuan yang hampir-hampir serupa. Anak down syndrome hanya boleh digunakan sebagai bahan klinikal pada batas moral tertentu. Orang Utan saya kira, boleh sehingga jika perlu kita korbankan. Sepertinya pertunjuk dari Al Quran di mana, Ibrahim AS telah Allah minta korbankan Ismail, namun pada saat Ismail telah sedia untuk dikorbankan, maka Allah mengantikan tututanNya hanya dengan mengorbankan kibas.
(11) Jika ini dapat kita lakukan, maka dengan membanding jujukan gen Orang Utan, anak down syndrome dan manusia biasa, maka pastinya kita akan dapat menemukan jalan pemulihan jujukan gene berkenaan dan seterusnya melakukan siri-siri ujian klinikal yang lebih teliti dan lanjut menggunakan Orang Utan sebagai landasan untuk kita memulihkan masalah down syndrome pada manusia. Anak albino dan anak tidak banyak, nan ketara adalah pada warna kulit dan rerambutnya. Anak down syndrome dan anak biasa, tidak banyak bedanya, cuma yang ketara adalah pada kepetahan bicaranya. Pada kedua ini, Allah sediakan kerbau albino serta Orang Utan untuk kita "kenali".
(12) Sesungguhnya, pernahkah kita terfikir, di alam Melayu (dari Champa ke seluruh Nusantara), bangsa Melayu berpunya masalah down syndrome dan albino namun SubhanaAllah Mahabesar dan Mahabijaksanannya Dia, di Nusantara Dia hadirkan Orang Utan dan kerbau albino untuk kita lihat, kaji dan perlakukan sesuatu. Maka, seruan Allah dalam pembukaan banyak Surah dengan ungkapan "Wahai kamu orang-orang yang berIman, tidakkah kamu berfikir ...." sesungguhnya pernyataan itu sungguh dalam dan luas maksudnya. Jika ini dapat kita lakukan saya yakin Melayu akan dilihat sebagai suatu bangsa yang mampu menyumbang kepada pembinaan peradaban Islam dan Manusia yang hebat. Cuma bila kita membaca Al Quran, kita sering lupa merenung pada hamparan alam, sehingga kita hanya berguru kepada "otak sendiri yang tidak jelas". In Shaa Allah.
Kuching, Sarawak
1-7 Julai, 2021
In Shaa Allah bersambung
0 comments:
Post a Comment