.

2/12/20 MEMBINA SARAWAK NEGERI WISATA SYURGAWI - a tourism heaven state

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 04, 2020

Share

& Comment

ROH SYURGA ALLAH:

The question "How should humankind  societal structure would be, so as Allah be pleased upon us?" had been lingering into my mind for longing. Definitely, there will be people saying "as long as one's Iman and Taqwa is very strong, then Allah would be very please upon one". People personal fate is not my real concern. My question is about humankind as a whole. Secondly, there will be also people saying "Indeed Allah is pleased with us, so much so we still existed and populating the earth to this day". If Allah is happy upon us, then why there miseries all over? Thus, the real question that had been saturating my mind is not really about Allah is pleased or giving His blessing upon us or not, but the real issue that I want to figure out is  "How to make every man to live to the best on this earth?". Whether Allah is pleased upon us or not, should never arise for He had said, He made us as His best creation. Onto us He blessed the whole universe.

(2) Telah begitu lama persoalan bagaimanakah kehidupan kini harus kita jalanani agar desa, pekan, kota, Negeri, Negara dan dunia menjadi aman sejahtera berligar di benak kepala saya. Saya mengira, kita yang tercipta sebagai khalifah Allah di muka bumi ini harus berwawasan tentang bagaimanakah kita seharusnya menzahirkan kewajiban kita sebagai khalifah yang Allah mahukan. Bagi saya sesungguhnya tanggungjawab seorang khalifah adalah untuk menyediakan kehidupan makmur sejahtera kepada pimpinannya. Dan sesungguhnya manusia tidak hanya harus menjadi khalifah kepada alam manusia namun meliputi seluruh mahluk ciptaan Allah. Manusia harus mengurus alamnya sedemikan rupa agar semua mahluk Allah mendapat rahmat dari kebijaksanaan kepemimpinannya. 

(3) Tulisan saya siri 2/11/20 bertajuk Tourism- Sarawak Best Choice For Equitable Wealth Distribution adalah berkaitan. Dalam tulisan itu, saya merujuk kepada wujudnya Syurga yang Allah perkatakan sebagai alam kehidupan kekal. Syurga seperti Al Quran gambarkan adalah suatu kehidupan yang penuh dengan segala keindahan dan kesejahteraan. Tiada cacat celanya kehidupan di Syurga. Segala-galanya cukup sempurna. Kehidupan di Syurga sepertinya manusia sedang berwisata, melancung.  Segala-galanya adalah santai. Muhammad SAW telah Allah pertontonkan kepadanya, tentang hebatnya kehidupan di Syurga (juga azab Neraka), maka dengan sebab itu SAW memilih jalan hidup mudah (Zuhud) di dunia dan menumpukan perhatian beliau dalam menjalankan tugasan Allah kepadanya agar di kemudiannya Syurga terhebat adalah tempat diam kekalnya.

(4) Sesungguhnya mahabijaksana Allah, di samping gambaran Syurga di dalam Al Quran, di dunia inipun Dia pertontonkan ciri-ciri kehidupan di Syurga dengan mewujudkan alam wisata, perlancungan yang sangat indah di merata tempat di muka bumi ini. Benua China, Selatan Thailand membawa ke Langkawi, Pantai Maditeranean, Pantai Caribean, segala kepulauan di Pacifik, Pergunungan Rocky, Alps, Kalimanjaro bahkan di Oasis-Oaisis di gurun-gurun gersang semua itu bagi saya adalah miniature Syurga Allah. Teluk Bako, Tasik Loagan Bunut dsb di Sarawak punya keindahan yang cukup hebat, cuma kita belum melihat semua itu sebagai komoditi wisata besar. Untuk tempat-tempat wisata ini kekal indah dan makmur, segala macam keperluan pengurusan harus dipatuhi. Maka sebegitulah natijah untuk mencapai ke kehidupan Syurga, di kehidupan duniawi ini manusia wajib berpegang teguh kepada Iman dan Taqwa. Iman merujuk kepada keakuran terhada keesaan Allah. BerIman menjadikan seseorang itu punya rasa tanggungjawab. Setiap manusia bertanggungjawab kepada Allah. Sifat bertanggungjawab ini merupakan self disciplinary agar manusia sentiasa menjaga jati dirinya Taqwa pula merujuk kepada sifat sentiasa redha melakukan yang terbaik untuk segala mahluk Allah demi Allah. Iman dan Taqwa dalam pengertian pengurusan moden adalah menjurus kepada tuntutan kepemimpinan baik dan atau Urustadbir Mulia Good Governance. Sesungguhnya sebagai seorang Muslim, Tadbirurus Mulia sangat terkait dengan Iman dan Taqwa yang kental. Seorang khalifah dan atau pemimpin yang berpunya keImanan dan KeTaqwaan yang kental, In Shaa Allah akan mengikat dirinya untuk melakukan Tadbirurus Mulia demi membawa kehidupan syurgawi bagi pimpinannya.

(5) Maka mengambil iktibar dari keberadaan Syurga dan kepeluan menjaga Iman dan Taqwa, maka saya melihat kita juga boleh membina kehidupan yang indah dan sejahtera di mana-mana di muka bumi ini dan bahkan di seluruh dunia, jika konsep Syurga, Iman dan Taqwa dapat kita garap dengan sebaik-baiknya.   

(6) Syurga sifatnya kekal. Bagaimana ianya boleh kekal? Kenapa pula kehidupan di dunia tidak boleh kekal? Jawabnya ada di dalam Al Quran. Di dalam Al Quran, paling sedikitpun kita harus sedar, bahawa Allah telah campakkan seluruh mahluk Iblis ke dunia ini sebagai cabaran kepada manusia. Lantaran adanya Iblis bersama manusia, maka nafsu tamak, dengki dan riak manusia akan sentiasa terbelai, massage. Di dunia ini rasa tamak, dengki, khianat dan riak sentiasa subur melata. Inilah sifat-sifat buruk Iblis yang kekal membawa ke Kiamat. Lantaran sifat-sifat buruk Iblis ada bersama manusia, dan sangat ramai manusia terjebak ke alam Iblis, maka sebagai balasan Allah pasti memusnahkan dunia dan menyediakan Syurga bagi mereka yang taat patuh. Syurga bagi mereka yang berIman berTaqwa, Neraka bagi semua pengkhianat kepada tujuan asal penciptaan mereka. 

(7) Sesungguhnya, Syurga itu kekal dan tersangat indah adalah kerana segala kejahatan tiada di sana. Penghuni Syurga adalah mahluk pilihan terbaik Allah. Di Syurga, nafsu manusia sepenuhnya dalam penguasaan dirinya. Dalam kata lain, manusia Syurgawi adalah tulin  dirinya. Manusia Syurgawi adalah manusia bersih suci tulin seperti azalinya dianya mula-mula tercipta. Iblis dan manusia yang terpengaruh oleh para Iblis ternyah menjadilah mereka penghuni kekal Neraka. Syurga bukan tempat carca merba. Di dunia, Allah wujudkan carca merba sebagai ujian keImanan dan keTaqwaan manusia. Maka hipotesis saya bahawa kehidupan di desa, pekan, kota, negeri, negara dan seluruh dunia ini akan hanya kekal makmur dan sejahtera prosper and peaceful living  jikka segala-gala pembangunan sosio-fizikal oleh manusia adalah menjurus kepada pembinaan kehidupan syurgawi wisata untuk semua. 

(8) Kenapa saya menggunakan istilah Kehidupan Syurgawi Wisata? Sebabnya; pertama-tama, saya melihat dan seperti Allah tegaskan, bahawa hanya di Syurga kehidupan itu kekal, sustainable. Di dalam pembangunan negeri dan negara ini, kita sedang tercari-cari modul pembangunan lestari sustainable. Maka saya melihat kepada Al Quran untuk mencari modul pembangunan lestari tersebut. Jawabnya yang Al Quran hamparkan adalah kehidupan di Syurga. Maka jika kita ingin hidup lestari makmur sejahtera, maka modul Syurga harus kita patuhi. Kedua, kenapa konsepnya harus bercirikan tempat wisata? Wisata adalah bahasa Sanskrit yang telah diguna pakai sebagai Bahasa Indonesia yang bermaksud perlancungan. Konsep wisata atau perlancungan saya gunakan untuk mengambarkan bentuk fizik pembangunan setempat yang harus kita capai. Tempat wisata dan atau perlancungan adalah tempat yang bersifat menguja, sejahtera dan makmur yang semua orang ingin lawati atau huni. Jadi istilah syurgawi wisata adalah pilihan nama akan konsep fizik pembangunan yang harus kita halakan bagi memastikan bahawa kehidupan yang kita capai adalah cukup lestasi. .

(9) Secara fizik, alam Syurga mengekalkan segala yang ada. Di alam Syurga, manusia tidak perlu berbuat apa-apa. Manusia tidak perlu membangun, membina dan menyelengara apapun. Di Syurga, manusia hadir hanya untuk menikmati. Dia adalah guest of honor, tetamu terhormat. Tanggapan saya, "di Syurga segala-gala sepertinya terurus secara azali". Asas tanggapan ini adalah bersandarkan ilmu ekologi. Apapun di dunia (kecuali alam manusia) ini secara ekologinya, adalah terurus secara tersendiri azali.  Ekologi adalah terkait dengan keseimbangan, balance. Di dalam Islam, keseimbangan terkait dengan keadilan kesaksamaan, justice. Dengan hukum keadilan ekologi, ecological law of balancing, Allah menjamin hak setiap mahluk ciptaanNya. Cuba lihat ekologi sungai-sungai. Di hulu dan pedalaman pinggir sungai penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Pada tumbuh-tumbuhan haiwan daratan memperolehi makanan. Pada haiwan-haiwan daratan tumbuh-tumbuhan memperolehi baja dan sebaran pembiakan. Alam simbiosis atau saling ketergantungan tumbuhan-haiwan sangat utuh. Tumbuh-tumbuhan ini pula bertindak sebagai sponge dalam menyimpan dan melepaskan air mengalir ke sungai-sungai. Aliran air dari tumbuh-tumbhunan ini adalah sangat tulin, beroksijen tinggi dan bersih. Lantaran itu, menyuburkan kehidupan air - ikan, haiwan lainya dan segala tumbuhan air. Dasar sungai pula penuh dengan segala macam batuan dan pasir bagi menyerap segala kelodak dan kotoran yang seterusnya diperguna oleh segala hidupan mikro di dasar sungai-sungai. Segala ini membentuk sistem sungai yang cukup lestari sehinggalah berlaku campur tangan manusia human intervention. Sg Nil, Amazon, Yang Tze, Mekong dsb  memberikan kelestarian hidup segala mahluk Allah sejak ratusan ribu dan mungkin jutaan tahun lamanya sehingga mahluk manusia mulai mengemmbang dan merobah segala keseimbangannya. 

(10) Perhatikan betapa geloranya Batang (Sungai) Rajang di Sarawak. Di tahun 1940an, air sungainya adalah tinggi. Airnya tidak berkeladak seperti apa ditunjukkan pada sisipan gambar di sebelah. Kini sistem ekologi atau ekosistem Batang Rajang sudah berubah menjadi tidak nyaman. Sungai Rajang yang Allah bina demi kebaikan segala mahluknya, kini bukan sekadar sudah tidak nyaman, malah cukup tidak selamat biar untuk manusia. Semua ini lantaran manusia tidak mengurus Batang Rajang dan ekosistemnya sepertinya Allah telah mengurus Batang Rajang sebelum mampirnya tangan-tangan ganas manusia.

(11) Sesungguhnya hukum keseimbangan ekosistem Allah sangat luas dan mendalam manafaatnya. Manusia telah Allah berikan secukupnya. Segala-galanya tersedia untuk manusia. Cuma, jika manusia tidak lalai oleh hasutan Iblis; Iman dan Taqwa adalah hamparan peraturan yang telah Allah sediakan untuk manusia patuhi agar kecukupan kelestarian itu kekal pada sebilang masa, dan inilah apa yang kemudiannya menjurus manusia kepada konsep Syukur dan Redha. Maka sesungguhnya kehidupan syurgawi wisata itu boleh dicapai jika kita berpegang teguh kepada keperluan berIman dan berTaqwa yang baik. Di dalam dunia moden, kita perlu menjalankan Tadbirurus Mulia Good Governance, lantaran Good Governance itu memperhitung dan menghalusi kesaksamaan untuk semua.  

SEPINTAS PERBANDINGAN:

Bermula dari sini, saya akan menumpu kepada persoalan apa mungkin Sarawak boleh berjaya menikmati kehidupan sejahtera dan makmur berkekalan? Pada 2010, penduduk Sarawak berjumlah 2.4 juta dan naik ke 2.8 juta pada 2019. Pada 2010 GDP Sarawak bernilai RM87 billion. Pada 2018 GDP Sarawak bernilai RM149 billion. Sarawak adalah kuasa ekonomi ke tiga terbesar Negara sejak 2010. Pada 2019, Purata Pendapatan Isi Rumah (IR)/bulan Sarawak adalah sekitar RM5,959.00. Pada 2013, purata Pendapatan IR adalah RM4,293.00. Malangnya Pendapatan IR Sarawak bagi 2010-2019 hanya berlegar sekitar U$D1,000.00-1,500.00 bergantung dengan nilai tukaran Ringgit. Dengan kemelut nilai Ringgit yang cukup menyesakkan, maka nilai hakiki Purata Pendapatan IR kita kian menjadi tidak bermakna. Kita sedang menjadi negeri dan negara import-pengguna import-consuming state. Lantas nilai Ringgit yang tidak mantap cukup mengoyahkan nilai hakiki Purata Pendapatan IR kita dan seterusnya menjadi bebanan hidup yang tampak tidak berkesudahan.

(2) Sweden adalah antara negara dunia yang mana rakyatnya menikmati kehidupan wisata syurgawi yang hebat. Purata pendapatan rakyat Sweden (2019) adalah bernilai U$D150,000.00/tahun atau U$D12,500.00/bulan dan mengikut pertukaran Ringgit semasa ini bernilai RM50,000.00/bulan. Bagi Singapura Purata Pendapatan IR bagi 2018 adalah sekitar S11,777.00 atau sekitar RM35,800.00. Sengaja saya mengambil Sweden dan Singapura sebagai perbandingan lantaran kedua-dua negara ini memperolehi pendapatan dan kehidupan secara wisata yang tinggi. Juga inilah dua contoh negara yang mempunyai Tadbirurus Mulia yang sangat baik. Secara hukum ekonomi konvesyenal, untuk kita dapat menikmati kehidupan wisata syurgawi setaraf Sweden atau Singapura, maka saya menjangkakan Purata Pendapatan IR rakyat Sarawak harus mencecah ke angka U$D4,000.00/bulan iaitu bersamaan RM20,000.00/bulan adalah sangat mencukupi berasaskan cost kehidupan di Sarawak masa kini. Maka pendapatan per kapita RM4,000.00/bulan bagi rakyat Sarawak In Shaa Allah akan sangat mencukupi. IR dengan purata pendapatan RM20,000.00/bulan adalah kalangan Kelas Menengah Malaysia kini. Pada pendapatan sebegitu tinggi, keluarga berkaitan akan dapat menjalani kehidupan berdikari yang cukup selesa. Maka secara matematik mudah, bagi membolehkan Purata Pendapatan IR Sarawak melonjak ke RM20,000.00/bulan maka Sarawak perlu menjana GDP bernilai RM600.00 billion. Mampukah Sarawak? Ini berupa lonjakan sebanyak 400 peratus dari perolehan GDP sekarang. Jika sasaran Kerajaan Sarawak adalah betul, GDP tumbuh pada kadar 7 peratus setahun, maka 30-40 tahun barulah kita mampu mencapai Pendapatan Purata IR RM20,000.00/bulan. Pada tahun 2060an, saya berkira Sweden dan Singapura mungkin sudah  10-40 kali lebih jauh dari kedudukan mereka kini. Kita tidak akan pernah mampu menghambat pendapatan rakyat setaraf mereka. Namun bukan pendapatan IR Sweden atau Singapura, yang perlu kita hambat tetapi, taraf kehidupan  wisata syurgawi yang harus kita kecapi. Maka apakah mungkin Sarawak dapat mencapai ke taraf tersebut dalam tempoh 5-10 tahun mendatang?

(3) Berbalik kepada Sweden dan Singapura. Mari kita lihat struktur ekonomi dua negara ini. Nilai eksport Sweden bagi 2019 hanyalah sekitar 28 peratus dari nilai GDPnya. Asas eksport Sweden adalah hasil dari teknologi tinggi. Ini bermaksud lebih dari 70 peratus GDP Sweden dijana oleh perolehan dalam negeri. Sektor perkhidmatan services merupakan sektor ekonomi terpenting Sweden. Sebaliknya bagi Singapura. Namun biar 70 peratus dari ekonomi Singapura bergantung kepada eksport, hakikatnya Singapura bukanlah negara pengeluaran production economies, tetapi hanyalah Negara Perdagangan Trading State di mana peranan Entre Port menjadikan Singapura seolah-olah sebagai negara pengeksport. Singapura hanyalah sebuah Negara Perantara sepertinya Melaka di tahun 1400an dahulu. GDP Sarawak pula dipelopori oleh pengeluaran khasnya dari sumber asli seperti gas, minyak, sawit, balak dan pertanian lainnya. Teras eksport Sarawak (sekitar 85 peratus) masih bersifat primer. Dalam kata lain, ekonomi Sarawak adalah ekonomi menuai an harvesting economies.  Hakikatnya di seluruh dunia, di mana jika ekonominya adalah berteraskan ekonomi pengeluaran asas biarpun di negara-negara kaya minyak, maka sampai kapanpun rakyatnya tidak akan dapat mengecapi kehidupan syurgawi. 

(4) Jika kita meneliti struktur ekonomi negara-negara seperti Hong Kong, Belanda, Jerman, Denmark, Switzerland, bahkan negara-negara Mediteranean dan Kepulauan Pasifik akan kita dapati GDP mereka sangat ditunjangi oleh Pengeluaran Dalaman ie bukan eksport. Amerika contohnya mempunyai nilai GNP U$D21.50 trillion bagi 2019, sedang nilai eksportnya cuma U$D1.60 trillion. Amerika, Canada, Britain dan negara-negara Eropah adalah gergasi dalam memberikan nilai kehidupan wisata syurgawi kepada rakyat mereka. Sektor perkhidmatan services adalah tunjang ekonomi bagi semua negara maju.

(5) Dari senario pelbagai negara maju tersebut, maka saya berkira, Sarawak perlu beralih asas penekanan ekonomi dari asas pengeluaran eksport kepada asas consumer. Sememangnya penduduk Sarawak yang kecil tidak akan mampu menelan semua penghasilan kita sendiri. Namun jika kita melihat consumerism dari sudut lain, tidak mustahil Sarawak boleh bergerak ke Consumerism Economic System. Saya bertanggapan, penghasilan Sarawak bukan sekadar ditelan oleh orang Sarawak, namun oleh mereka yang berdatangan (pelancung) ke Sarawak. Cuba perhatikan apa yang berlaku di Mekah dan Madinah. Pada saat Hajj dan Umrah, apapun pengeluaran mereka ditelan oleh semua yang berdatangan.  Pada Hajj dan Umrah di Mekah dan Madinah Allah pertontonkan tentang cara mana hard cash boleh diperolehi dalam sistem ekonomi consumerism. Kehidupan di Syurga Allah adalah kehidupan consumerism - "Hanya menikmati dan tidak perlu berbuat apapun". Saya berpandangan apa juga yang kita keluarkan biarlah ianya berkitar secara dalaman. Pengeluaran kita juga tidak perlu secara besar-besaran massive, kita mengeluarkan sekadar cukup berhemah, just enough, sepertinya saranan Muhammad SAW dalam hal makan. Kita tidak perlu bersaing dengan mana negara dalam apa bidang pengeluaran dan perdagangan melainkan dalam soal komoditi wisata syurgawi. Siapapun boleh menyanggah apa yang saya utarakan ini, namun, yang pasti perlawanan pengeluaran dan perdagangan telah banyak kali memporak peranda dunia. Al Quran menunjukkan jalan terbaik, cuma kita belum menemukan apakah formula sebenar yang Allah sedang "sembunyikan". Saya meneka, ayuh kita ke Syurga dan binalah ekonomi syurgawi seperti mana Al Quran ajukan.

(6) Mampukah Sarawak menjadi Negeri Wisata Syurgawi? Untuk menjawab persoalan tersebut, ada dua perkara yang perlu kita lihat. Pertama kekuatan dan cara pengurusan ekonomi kita. Ekonomi negeri ini tidak hanya perlu dilihat dari segi kekuatannya, tetapi kekuatan dan cara pengurusannya mesti dilihat beriringan. Sepertinya, jangan melihat tangan pada sebelah kiri atau kanannya, kesempurnaan tangan adalah pada kedua-duanya. Kedua adalah keadaan ekonomi serantau. Biar ekonomi serantau sedikit goyah, namun setiap negara akan berusaha memulihkan keadaan dalaman mereka dengan pantas dan berkesan. Saya mempunyai keyakinan seluruh ASEAN dan Timur Jauh sedang melakukan economic correction process secara berkesan. Selatan Asia dan Timur Tengah juga akan menemukan jalan damai dan kembali makmur.

(7) Terkait dengan persoalan pertama, isu penting yang sering kita cuba rungkai adalah mampukah kita melonjakkan GDP kita ke RM600 billion atau sekurang-kurang U$D150 billion kata dalam tempoh 5-10 tahun mendatang? Ini bermaksud agar Pendapatan Purata IR kita boleh mencecah RM20,000.00 atau U$D5,000.00 maka GDP kita harus mencapai ke angka RM600.00 billion. Roh kepada pemikiran saya di atas adalah berasaskan penyelesaian secara Al Quran. Jika GDP dan Pendapatan Purata IR yang kita gunakan, maka saya berkira kita lari dari roh Al Quran. Kita mengikat cara Barat sebagai kayukuran kita. Saya rasa, kita akan gagal selamanya. Yang harus kita hambat atau bina adalah ciri-ciri kualitatif kehidupan Wisata Syurgawi - kehidupan barakah yang terjana hasil dari keImanan (disiplin hidup) dan keTqwaan (tadbirurus mulia). Barat mengajar kita menghambat Nilai Kuantitatif Kehidupan. Jika kita teliti, cara sebegitu sedang menjurus Barat ke segala macam musibah kemanusiaan. Mereka kini sedang berdepan dengan segala macam musibah kemanusiaan yang kian menyesakan. Dunia Islam yang terikut-ikut cara mereka juga sedang dalam jurang yang sama.  Walau bagimanapun, GDP dan Pendapatan Purata IR bolehlah kita pinjam hanyalah sebagai yard stick sementara. Kita perlu mencari Maqasid Syariah tersendiri yang pastinya akan Allah redhai.

(8) Biar di Sweden atau Singapura, apa lagi di Amerika, Britain bahkan Jerman, mereka boleh mencapai taraf hidup wisata syurgawi bukan kerana terlalu menyandarkan pembangunan mereka kepada nilai-nilai kuantitatif GDP dan atau Pendapatan Purata Isi Rumah. Dalam era penjajahan sebegitulah sikap penjarahan mereka. Namun kini, itu bukanlah bidang penekanan mereka. Hakikatnya, tanpa masyarakat Islam sadari, mereka membangun dan maju adalah lantaran Iman dan Taqwa. Cuma Iman dan Taqwa tidak mereka namakan sebegitu lantaran mereka ingin bersikap religiously-detached. Iman dan Taqwa dalam dunia Barat bahkan Timur Jauh (Jepun, Korea,  dan Taiwan) mereka namakan sebagai Good Governance. Sarawak mampu (dan belum terlambat) untuk menukar segala kekayaan sumber alam kita untuk memberikan kehidupan Wisata Syurgawi dengan hanya satu langkah iatu mengurus segalanya lewat Iman dan Taqwa yang kental. Yang kita perlukan adalah perubahan kepada sikap kepemimpinan dan pengurusan kita kepada berIman dan berTaqwa.

(9) Sesungguhnya kecelakaan dunia yang telah penjajah Barat lakukan adalah atas sifat godaan Iblis - tamak haloba riak. Seluruh dunia penjajah Barat telah jarahkan. Mereka akhirnya sadar bahawa tamak haloba Iblis ada batasnya dan boleh saja memusnahkan diri sendiri; contohnya muncul WWI dan WWII, akhirnya mereka melangkah mengundur  retreat dan bermuhasabah lalu menemukan Good Governance. Sesungguhnya negara-negara Scandivania dan Utara Eropah dahulu kala penuh dengan kalangan rakus tamak riak. Mereka asalnya bukanlah negara-negara yang terurus baik melainkan penuh dengan peperangan dan kegilaan kuasa. Cuma mereka cepat insaf dan berubah menjadikan mereka kini sangat baik. 

(10) Cuba fikirkan Sarawak dengan nilai GDP RM147 billion, eksport sekitar RM 125 billion, Kerajaan Sarawak mampu memperolehi sekitar RM10.00 billion pada 2019. Dari jumlah itu RM9.89 billion diperuntukkan bagi Perbelanjaan 2021. Dengan andaian In Shaa Allah ekonomi Sarawak terus mantap, bermaksud setiap tahun Perbelanjawaan Awam di Sarawak boleh mencecah RM16.00-20.00 billion (Negeri dan Persekutuan digabung). Dengan andaian bagi setiap Ringgit perbelanjaan awam, pihak swasta akan turut melabur setara, maka pada 2021 In Shaa Allah sekitar RM25-30 billion akan berkitar di pasaran Sarawak. Pada cost kehidupan kini, saya berkeyakinan jika jumlah perbelanjaan sebegini besar dapat kita urus dengan penuh keImanan dan keTaqwaan, Sarawak boleh melonjak jauh ke depan. Pendapatan Purata IR Sarawak 2022 In Shaa Allah boleh mencecah sehingga ke RM10,000. Bagaimana?

(11) Pertama-tama, harus diingat, Muhammad SAW dalam suatu peperangan pernah kehabisan makanan sehingga yang tinggal cuma sepotong roti. Namun lantaran Iman dan Taqwa yang kental, satu bala tentera beliau kenyang hanya dengan berbahagi sepotong roti. Maksudnya, jika niat kita baik dan diikuti dengan cara kerja atau good governance, In Shaa Allah yang sedikit akan menghasilkan keberkatan yang tinggi. Iman dan Taqwa harus kita serapkan dalam Tadbirurus Mulia supaya Allah memberkati segala apa yang kita kerjakan. Jika itu sebegitu, In Shaa Allah, seperti janjiNya, Dia pasti memberikan kita penghasilan terbaik. Kedua, wisata syurgawi harus menjadi falsafah dan matlamat pembangunan kita. Think tourism, Do tourism.  Bagi saya, pembangunan berteras wisata syurgawi memerlukan dua bentuk pembangunan iaitu dibangun dan atau sekadar pemuliharaan kekal alam azalinya; to develop and to conserve. Pembangunan pula boleh secara besar-besaran, menengah dan kecil-kecilan. Di sektor pemuliharaan, juga boleh secara besar-besaran, sederhana dan kecil-kecilan. Cuma beza, usaha-usaha pemuliharaan sangat berkemungkinan tidak memerlukan pelaburan besar-besaran. Wisata syurgawi memerlukan usaha-usaha pembangunan dan pemuliharaan berjalan seiringan.

WISATA SYURGAWI - Konsep:

Berikutnya saya akan cuba menjelaskan secara konsep bagaimana wisata syurgawi boleh dibangunkan dan mengariskan akan kesan melatanya. Dalam mencapai Negeri Wisata Syurgawi, kita mungkin tidak akan menikmati GDP terbaik dunia, namun kita mampu mengecapi taraf kehidupan dunia terbaik - teruja (exciting), makmur (prosperous) dan sejahtera (peaceful and secure). Sesungguhnya kehidupan ringkas Zuhud Muhammad SAW adalah gambaran kehidupan Wisata Syurgawi di mana beliau tidak mengecapi nikmat kehidupan mewah namun menikmati kebahagian yang tiada tara di mana beliau berjaya sepenuhnya dalam menjalankan amanah sebagai Rasul Allah. Dunia sehingga kini mengiktiraf Muhammad sebagai pemimpin yang tersangat hebat. 

(2) Sektor perlancungan di Sarawak lebih dikenali sebagai CAN - Culture, Adventure and Nature ie Budaya, Pengembaraan dan Alam. Saya kira itu kurang tepat. Sarawak dan Borneo umumnya kaya dengan adat budaya, seni (arts) dan keindahan alam semula jadi (nature). Maka Perlancungan Sarawak harus membawa # Culture, Arts and Nature bukannya Culture, Adventure and Nature.  Jika sebegitu cara kita melihat wisata di Sarawak, maka kekuatan kita akan lebih melebar dan meresap jauh ke seluruh Borneo. Sarawak bagi saya harus menjadi Borneo Tourism Central Place atau dalam kata lain Sarawak = Truly Borneo. Ini bermaksud Sarawak harus menjadi Pusat Budaya, Seni dan Pemeliharaan Alam Semulajadi Borneo dan atau Tropika. Kita mesti merencana dan membangun membina Sarawak = Borneo Tourism Central Place.

(3) Konsep Wisata Syurgawi yang ingin saya utarakan adalah suatu bentuk pembangunan kota, pekan, penempatan dan desa yang berteraskan Wisata Syurgawi CAN. Seluruh kota, pekan, penempatan dan desa kita harus dibangun agar mencerminkan Wisata Syurgawi CAN.  Setiap habitat manusia biar dalam bentuk dan skala apa sekalipun, ianya mesti mencerminkan kekayaan CAN kita serta dibangun sedemikian rupa agar semua itu akhirnya menjadi komoditi wisata. Kita harus jadikan keindahan cara hidup great living style kita sebagai komoditi sepertinya sifat jati diri mulia kita menjadi bekalan kehidupan akhirat.

Melonjak Wisata Syurgawi CAN:

Kekayaan semulajadi CAN Sarawak dan Borneo harus menjadi teras kepada Wisata Syurgawi kita. Caranya, mudah. Pertama kita subur dan perkembangkan secara komersil sejagat akan unsur-unsur CAN Sarawak dan Borneo. Tikar Sarawak (biarpun bukan), pasu Sarawak, Terubuk Sarawak, Kek Lapis Sarawak (asalnya bukan), Gambir Sarawak, Midin, Lada Putih dsb telah menjadi komoditi yang begitu terkenal namun belum berkembang sepenuhnya. Kegiatan seperti Festival Musik Hutan Hujan, Pesta Tatoo Antarabangsa dsb adalah sebahagian kesenian yang telah menempatkan Sarawak ke persada wisata dunia. Namun, cara persembahan kita bagi pesta-pesta besar itu masih di peringkat infant. Saya melihat jualan penghasilan wisata Sarawak masih bersifat kedai runcit kampungan. Kita belum membina dan atau memasuki Tourism Malls. Kita harus berani mengorak sehingga penubuhan Gedung-Gedung Musical and Art Hall atau Galleries. Kita juga perlu berani membangun Pusat Kraf dan Innovasi Kraf dan Seni Borneo. Penghadang terbesar kepada perkembangan meledak wisata syurgawi Sarawak adalah hala tuju dasar, program dan institutional issues. Institusi yang dipertanggungjawab dalam mengembang wisata masih bersifat myopic dan kerdil.

(2) Dalam masa yang sama masih banyak bidang kesenian yang belum kita terokai dan olah sehingga menjadi komoditi wisata dunia. Sebegitu juga dalam soal budaya. Kepelbagaian etnik di Sarawak dan Borneo harus kita raikan secara saksama dan menyeluruh. Budaya pelbagai etnik ini harus kita lihat, bangun dan urus sebagai komoditi wisata bertaraf dunia. 

(3) Di bidang sumber alam, Sarawak boleh menempatkan dirinya jauh ke depan di pentas dunia. Sarawak dan Borneo adalah khazanah biodiversity dunia. Kehadiran etnik asli yang masih bergantung hidup kepada alam biodiversity adalah anugerah Allah yang telah kita tidak pedulikan hebat. Kepada saya, kalangan ini yang masih menghuni segala pelusuk pedalaman Borneo merupakan saintis-saintis tanpa nama yang kita tidak ambil peduli. Bagi saya mereka cukup mengenali khasiat segala macam kehidupan di pedalaman Sarawak dan Borneo. Mereka boleh dijadikan perintis hebat dalam penerokaan bidang pharmaceutical, cosmetic malah supplements hutan hujan tropika. Sarawak cukup berpandangan jauh dengan mewujudkan Pusat Biodiversity. Cuma malangnya saya berkira ianya kekal sebagai badan birokrasi biasa-biasa seperti yang lainnya.

(4) Bagi melonjakkan wisata syurgawi untuk menjadi komoditi utama Sarawak, kita harus membangunkan wisata yang melibatkan seluruh Sarawak: kota, pekan, penempatan dan perdesaan. Tidak ada seincipun bumi Sarawak harus kita tinggalkan. Semua harus dibangun dan urus secara wisata syurgawi CAN. Sebagai seorang Muslim, kita harus sentiasa ingat, bahawa tidak seincipun langit Allah tidak Dia bangun dan urus sebagai Syurga. Kita perlu menenladani corak pembangunan dan pengurusan Allah. Sebegitu juga, semua pihak perlu terlibat aktif dalam pembangunan wisata syurgawi Sarawak. Bersama semua together and all harus berfikir wisata dream tourism dan berbuat wisata and do tourism

(5) Maka di peringkat kota seperti Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang dan Kapit, kita boleh membangun wisata CAN yang unik bagi setiap satunya. Kuching umpamanya harus menjadi Sarawak @ Borneo Tourism Central Place yang bukan sahaja memperaga CAN tetapi boleh mengembangkan CAN lewat Educational & Research dan HealthCare Tourism. Umpamanya lewat Educational & Research, unsur-unsur CAN boleh dijelmakan menjadi komoditi seni kreatif dan innovasi. Cuba bayangkan dengan daya kreativiti rakyat Sarawak dan Borneo, Orang Utan dapat dijadikan asas seni animasi yang boleh mengalahkan Mickey Mouse dan Donald Duck Disney. Apa tidak mungkin seluruh dunia akan terpegun jika sang Orang Utan dapat kita bangun sebagai the New King is from Borneo? Maka melihat kepada segala rupa alam seni dan potensi seni kreatif di Sarawak dan Borneo, kita boleh saja membangunkan Pusat Pengajian Tinggi Seni di Kuching bagi mengembangkan seni menjadi komoditi negeri ini. Saya yakin jika semua ini dapat kita olah menjadi komoditi wisata dan hiburan entertaining yang hebat, penghasilan dari dunia seni dan kreativiti anak-anak Sarawak pasti boleh menghhasilkan pendapatan jauh lebih besar dari nilai eksport gas, minyak, balak, arang, malah perladangan. 

(6) Cuba lihat industri entertainment Hollywood saja mendatangkan hasil berjumlah U$D35.30 billion pada 2019, dan ini setara RM145.20 billion iaitu menghampiri nilai GDP Sarawak pada 2019. Ini baru Hollywood, belum termasuk Disney (U$D69.57 billion) dan Las Vegas serta bermacam-macam industri kreatif di USA. Sesungguhnya, kita tidak perlu berhempas pulas memunsnahkan alam sekitar, sebaliknya mencari ilham pada keadaan azalinya dan kita beroleh keberuntungan yang jauh lebih besar. Saya berkira inilah apa yang Allah sering tegaskan di dalam Al Quran di mana “Kita dipinta merenung alam keliling dan belajarlah tentang kebesaranNya di sana”, bukan sekadar harvesting the nature seperti amalan kita selama ini.

(7) Saya juga berpandangan, semua pekan-pekan di Sarawak harus dirombak dan perlu perencanaan susunatur secara menyeluruh. Semua kaum harus dimudahcara untuk sama-sama mencari makan yang setara di pekan-pekan di seluruh Sarawak. Kita harus ada usaha gigih dalam menjadikan Sarawak is Truly Borneo dan atau semua kota dan pekan di Sarawak are Truly Sarawak.  Tulisan saya siri 1/11/20 bertajuk Pembangunan Pekan-Pekan di Sarawak- keserasian naluri dan budaya rakyat tidak kita hiraukan adalah berkaitan. Di mana perlu, semua pekan harus mengambarkan truly Sarawak dan atau Borneo. Pada masa ini, pekan-pekan di Sarawak lebih berupa local service center. Kita tidak membina pekan-pekan agar menjadi benar-benar pusat pertumbuhan ekonomi setempat. Dalam nada kasar, saya melihat pekan-pekan kita lebih berupa “Pusat-pusat perampokan setempat”; hanya segelintir menimba kemewahan sedang kebanyakan rakyat setempat hanyalah disadvatge feeders. Jika ini berterusan tanpa pembetulan yang hebat, maka kita akan berakhir dengan pembinaan kota-kota pincang seperti sediaada. Kuching, Sibu, Bintulu, Miri malah Limbang iaitu kota-kota pincang dichotomy terutama pada rupa Pusat Kotanya. Sesungguhnya seluruh kota dan pekan di Sarawak saya lihat adalah kota-kota dan pekan-pekan pincang. Usaha-usaha balancing tidak wujud apa lagi mahu menjadi juara kepada wisata syurgawi CAN setempat.

(8) Mungkin Kerajaan Sarawak perlu memikirkan untuk menubuhkan SUDA Sarawak Urban Development Authority bagi merancang, menyelia dan mengurus segala pembinaan kota dan pekan agar benar-benar bersifat pluralism dan wisata syurgawi. Membiarkan pembangunan kota dan pekan di Sarawak di tangan Majlis Daerah Tempatan serta mereka yang berkepenting sendiri, kita akan mengekalkan suasana masyarakat dikotomi yang meresahkan. Jika pembangunan kota dan pekan berjalan seperti yang ada, saya yakin hanya ciri-ciri capitalism dan monopolistic akan kekal mengakar.

(8) Pekan-pekan di Sarawak boleh menjadi CAN tourism feeders  bagi kota-kota CAN pada keseluruhannya. Saya mengambil contoh Pekan Betong. Di sana berbaur masyarakat Iban, Melayu dan Cina. Namun pekan Betong tidak mengambarkan keseimbangan ekonomi apa lagi kemsyarakatan Iban-Melayu-Cina. Secara CAN, Betong mempunyai daya tarikan tersendiri. Sejarahnya, kedudukannya serta kerajinan masyarakat setempatnya memberikan Betong keunikan tersendiri. Contoh ikan buntal kering, berapa banyak tempat di dunia yang boleh mengolah ikan buntal menjadi makanan yang cukup tasty. Namun dari Betong dibangun secara wisata syurgawi CAN, Betong sekian lama hanyalah dibangunkan secara pasar konvesyenal. Saya berkira, rakyat Betong jika ke pekan Betong cukup stress lantaran tiada keistimewaan khusus yang ditonjolkan. Apa lagi dalam menarik pelacung datang ke sana. Maka saya berkira paling penting, pekan-pekan ini harus menjadi primary linkages antara kota-kota CAN dan pusat-pusat CAN di perdesaan.

(9) Sesungguhnya Sarawak mampu menjelma menjadi Borneo Cultural-Arts Innovation Center of Excellent. Kita mampu meraih ratusan billion Ringgit jika kita bergerak pantas ke arah itu. 

BIOSPHERE SEBAGAI CARA PEMULIHARAAN CAN:

Kedua, CAN harus disertakan dengan usaha-usaha pemuliharaan hebat. Segala sesuatu yang mendokong CAN mesti kita jaga kekalkan. Contohnya, seni ukir dan seni anyam Sarawak dan Borneo memerlukan bahan-bahan asli sumber hutan. Pembalakan berlebihan telah memusnahkan bahan-bahan keperluan ini. Samalah dengan industri gaharu, telah musnah akibat pembalakan yang rakus. Oleh yang sedemikian maka sumber hutan kita perlu pemuliharaan hebat. Di mana perlu, Sarawak harus mempelopori konsep Biosphere Conservation. Sarawak perlukan multi-sectoral and regional biosphere. Kawasan paya bakau, gambut, tasik-tasik asli, sungai-sungai dan segala macam hutan gunung perlu kita pelihara secara azali yang boleh. Pemuliharaan hutan gunung, paya dan payau adalah penting sebagai sumber pengembangan segala keperluan makanan dan obatan kita. Pembangunan di perdesaan harus mengambil kira faktor bagi mempelopori pemuliharaan dan pengekalan biosphere. Setiap desa harus ada bisoshere masing-masing. Konsep Pulau Galau dan atau Pemakai Menoa dalam Tanah Adat Dayak harus dikembangkan menjadi biosphere.

(2) Perdesaan Sarawak harus dilihat sebagai sumber CAN. Perdesaan yang mengalami perubahan alam sekitar yang mendadak dan meluas pasti akan memusnakan CAN. Oleh yang sedemikian bagi membolehkan desa-desa terbangun sempurna namun kekal alam aslinya, maka konsep bisosphere harus dikaji dan diperelokan selaras dengan tuntutan moden. Pengwujudan biosphere tidak bermaksud rakyat di pedesaan dibiarkan bersama alam sejadi mereka. Tanggungjawab negeri adalah untuk memberikan kehidupan terbaik buat rakyatnya. Oleh yang sedemikian, tiada seorangpun rakyat harus terpinggir biar apapun latarbelakangnya. Pembangunan wisata perdesaan harus membawa pengertian bahawa desa, pekan dan kota seiringan dan saling mendokong dalam menjadikan wisata syurgawi CAN sebagai penjana pendapatan tinggi negeri dan rakyat dan kehidupan teruja, sejahtera dan makmur. Perdesaan harus boleh menikmati segala kemudahan setaraf pekan dan atau kota. Cuma mungkin bentuk dan cara penyampaiannya saja berbeda.

(3) Biosphere adalah suatu konsep pengurusan alam sekitar bagi tujuan mempertahankan nilai-nilai azali dan sosio-budaya setempat. Mengabungkan biosphere dengan CAN dan pembangunan wisata syurgawi, sesungguhnya Sarawak akan menerokai satu bidang wisata yang cukup unik asli. Contoh, ikan empurau sangat bernilai tinggi. Hidangan sekilo empurau boleh mencecah RM1,000.00 biarpun di Kapit, apa lagi jika di Kuching. Maka jika kita ingin menjadikan memancing empurau sebagai suatu sport fishing bernilai tinggi maka, biosphere empurau mesti kita jaga. Menjaga biosphere empurau bukan sekadar memberikan kita empurau malah mendatangkan pelbagai hasil unik lain seperti dabai, engkabang bahkan segala ikan-ikan bernilai tinggi yang lain. Dalam masa yang sama industri white water sport juga akan berkembang. 

(4) Konsep pengurusan biosphere juga mesti meliputi kawasan-kawasan persisiran Sarawak. Hutan bakau dan hutan paya gambut adalah dua sumber ekosistem yang boleh memperkayakan hasil laut. Kita harus sedar, terubok umpamanya banyak di perairan Sadong, Lupar dan Lassa. Kenapa? Sesungguhnya Sadong, Lupar dan Lassa adalah wilayah di mana ekosistem paya bakau dan paya gambut bertembung dan atau berbaur. Terubok mempunyai sifat seperti ikan salmon. Ianya harus mudik untuk membiak. Tempat pembiakannya adalah titik pertemuan antara air masin dan tawar paya.  Terubuk membiak di air payau. Pertembungan dua ekosistem ini pada hakikatnya bukan sekadar menjadi ekosistem sesuai untuk terubuk tetapi juga segala hidupan krustasia lainnya seperti udang, ketam, siput dsb. Maka persisir dari Sematan ke Lawas adalah sangat kaya dengan makanan laut. Kita juga harus sedar, makanan laut tropika jauh lebih tasty berbanding makan laut di Scandinavia. Rakyat setempat pula atas kreativiti mereka menghasilan pelbagai makanan yang cukup sempurna buat sajian kepada para pelancung dalam dan luar negara. Di manakah di dunia akan boleh kita perolehi umai, sesar, dadah, tahai, linut, dsb. Di seluruh negara, hanya Sarawak boleh menyajikan dadah secara terbuka dan tidak haram.

(5) Biosphere Orang Utan dan Orang Belanda pasti sangat bermanafaat bagi Sarawak. Tulisan saya Siri 1/8/2020 bertajuk Orang Utan Aset Terpinggir adalah berkaitan. Orang Utan adalah icon Borneo. Seluruh dunia ingin melihat olah nakal, manja dan kekeluargaan Orang Utan. Orang Utan In Shaa Allah mampu menjana pendapatan melebihi sektor pembalakan dan perladangan jika kita kreatif dan innovatif. Sebegitu juga biosphere bagi burung enggang. Biosphere gambut, paya bakau, pergunungan batu kapur, pergunungan tinggi dsb perlu kita bina kukuh sebagai gene bank yang tiada tara nilainya. Imej Sarawak sudah lama terguris lantaran pembalakan dan perladangan yang tidak terkawal rapi. Telah tiba masanya Kerajaan kini come clean di persada dunia lewat pengwujudan multi-sectoral and multi-functional biosphere. Sarawak mampu menjadi Tropical Ecosystem Center of Excellent bahkan akhirnya menjurus kepada Tropical-based Phamaceutical, Cosmetic and Supplements Bio-center of Excellent.

JARINGAN WISATA

Pada tahun 2001, sejumlah 415,000 pengunjung datang ke Sarawak. Nisbah pengunjung asing dan dalam negera adalah seimbang. Pada 2010, terdapat 3.270 juta pengunjung mengunjungi Sarawak. dari jumlah tersebut 1.8 juta adalah warga asing dan 1.3 juta adalah rakyat Malaysia. Pada 2019, sejumlah 4.66 juta pengunjung datang ke Sarawak. Dari jumlah itu, sejumlah 2.58 juta adalah pelawat dari dalam Negara. Dari segi pendapatan, sektor wisata menghasilan RM5.8 billion pada 2010 dan melonjak ke RM8.4 pada 2016. Pertumbuhan pendapatan wisata Sarawak diunjur tumbuh pada kadar 7.5 peratus setahun. Di bidang kerjaya, sektor wisata menyumbang 7.9 peratus dari keseluruhan sumbangan sektor pekhidmatan berjumlah sekitar 34 peratus pada 2016. 

(2) Amnya berbanding Negara secara keseluruhan, wisata di Sarawak masih sangat kecil sumbangannya. Sebabnya, saya yakin, lantaran falsafah dan keutamaan pembangunan ekonomi kita sejak Brooke telah silap penekanan. Sarawak punya sumber wisata yang sangat kaya, namun kita tidak begitu peduli akan prihal itu. Kedua, penekanan wisata Sarawak samada berbentuk cultural biased and or regional-biased. Dan dalam tulisan selanjutnya ini, apa yang ingin saya tekankan adalah jaringan produk dan wisatawan (pelancung, tourist) yang tidak sempurna.

(3) Wisata Sarawak menghadapi masalah jurang jaringan produk dan consumer yang kukup lebar. Pertama kita menghadapi jurang jaringan antara desa dan pekan yang sangat ketara. Pusat pengeluaran CAN berputus hubungan dengan tempat kepengunaan, tourism market places. Perkara ini sudah saya bangkitkan dalam tulisan awalnya. Kedua, jaringan pekan ke kota-kota juga bermasalah. Paling parah, jaringan kita dengan dunia luar juga sangat bermasalah. Bila saya menyebut tentang jaringan, saya tidak membatas jaringan berbentuk udara sahaja. Kita ada sungai dan laut yang cukup terjaring, namun kita tidak bersungguh-sungguh dalam membangun jaringan pengangkutan air yang selesa dan cekap. Jalan-jalan kita juga masih banyak kurangnya. Perhubungan udara juga cukup membosankan. Sesungguhnya, jika diteliti betul-betul, sistem jaringan yang kita bina adalah sangat bersifat sektoral dan tidak mengambil keperluan kesepaduan fungsi dan keperluan devoid integration of multi-functional and needs. Kini dalam dunia maya, paling parah perhubungan digital kita masih di peringkat dunia ke empat.

(4) Saya amat teruja dengan pengumuman Abang Johari bahawa Kuching perlukan sebuah Lapanganterbang Baru yang jauh lebih besar dan lengkap. Setidak-tidak Sarawak sedang memberikan perhatian berat dalam menangani kemudahan untuk membawa masuk pelancung asing yang berupa big spender. Namun pembinaan Lapangan terbang Baru yang jauh lebih lengkap saya kira memerlukan justifikasi yang sangat tinggi. Wisata syurgawi CAN yang menyeluruh mampu memberikan justifikasi berkenaan. Dalam masa yang sama, dalam dunia maya, future trading sangat terkait dengan speed of delivery. Lapanganterbang sediaada tidak direncana untuk itu dan pasti menghadapi masalah pembesaran yang amat kritikal.

(5) Saya yakin Abang Johari juga pasti sedang meneliti kemungkinan bahawa Lapangan Terbang Baru ini harus disepadukan dengan Terminal Kapal Pelayaran dan atau Boat Ekspress serta Buffo Plane. Pelbagai teluk lautan, tasik asli dan buatan yang ada di seluruh Borneo dan rantau ini serta sungai-sungai yang luas, cukup sempurna bagi kita menerokai industri wisata kelautan serta perkhidmatan udara mengguna buffo plane.

(6) Dalam soal jaringan digital, Abang Johari juga telah membuat beberapa pengumuman. Pihak Putera Jaya juga sering membuat pengumuman yang hampir-hampir serupa. Namun keberhasilannya masih terlalu jauh dari kenyataan. Jika kita inginkan wista syurgawi CAN dapat berkembang cepat, Sarawak perlu melangkah berani untuk menzahirkan pembinaan Masyarakat Digital di kalangan rakyat kita dan akhirnya kita menjadi tunjang kepada pendigitalan Borneo. Apa yang kita perlukan adalah wawasan dan pelan pembangunan digital strategik. Soal enablers dan kewangan, saya yakin jika kita jelas dari segi perincian dan good governance dan berani, dalam era post covid pendamic, banyak tangan In Shaa Allah ingin bergerak cergas bersama kita.

CENTRAL PLACE THEORY:



Central Place Theory sering menjelma pada saat perancangan bandar dan pengangkutan dibicarakan. Ianya merujuk kepada pull-push factors dalam menentukan kejayaan pembangunan sesebuah bandar atau sistem pengangkutan awam. Central Place Theory sebetulnya sangat terkait dengan Gravitional TheoryBagi menjelaskan tentang gabungan dua tiori ini, biar saya mengambil Kuching sebagai Theoretical Borneo Tourism Central Place. Wawasan saya, Kuching perlu dibangun sebagai pusat kecermerlangan dalam beberapa perkara untuk Borneo, antara lainnya adalah Budaya, Seni, R&D, Pendidikan dan Kemahiran Tinggi, Kesihatan, Biosphere dan ICT. Mengambil kira perpindahan Jakarta ke KALTIM, pastinya menjadikan Kuching sebagai MidWay City antara Jakarta-Singapura dan Jakarta-Putera Jaya bahkan boleh juga untuk seluruh ASEAN, maka saya melihat Kuching mempunyai potensi tinggi sebagai Pusat MICE ASEAN. Ini digambarkan seperti dalam Rajah di atas.

(2) Sesungguhnya Kuching bukan sekadar mampu menjadi pusat CAN Borneo, malah ianya In Shaa Allah mampu menjelma menjadi Pusat Innovasi dan Kreatif CAN Borneo. Saya mengira, jika kita cepat, Kuching mampu menarik UNESCO ASEAN untuk menempatkan Ibupejabatnya di sini. Untuk itu, kita perlu membina Kuching Baru yang mempunyai unsur-unsur teguh di bidang Sejarah, Pendidikan, Sains & Teknologi, Budaya dan Pemulihan Alam Sekitar. Wisata syurgawi CAN boleh menempatkan Kuching sebagai calun terbaik bagi tempat Ibupejabat UNESCO ASEAN. 

(3) Itu diperingkat Kota Kuching, bagaimana pula konsep Central Place dan Gravitional Theories dapat diguna pakai dalam melonjakkan industri wisata syurgawi CAN di pekan-pekan dan perdesaan. Dalam gambaran Module Gravitation Theory Newton seperti ditunjukkan di sebelah, jika bebola Biru adalah Kuching, maka pekan boleh digambarkan sebagai bebola Hijau. Unsur-unsur m1, m2 boleh kita lihat sebagai komponen-komponen CAN setempat. Jarak r tidak penting lantaran dalam kedudukan geografi, ianya kekal. Maka faktor tarikan F antara keduanya adalah faktor m. Jika pekan (bebola Hijau) kaya dengan m2 lantaran perdesaannya sangat aktif dalam pengeluaran m, maka m1 akan diperkayakan. Oleh yang demikian Kota (Biru) akan terus berkembang dasi segala segi. 

(4) Biar saya ilustrasikan konsep graviti dan central palce ini sebegini. Umpamanya menjadikan Terminal Pengangkutan Awam kita perlu bersifat multi-functional akan sangat membantu pertumbuhan cepat industri wisata syurgawi kita. Cuba bayangkan, apakah mungkin seorang anak Sarawak sanggup memandu dari Sematan ke Lawas demi untuk menikmati Nasi Lemak Tahii dan Satay Kerbau. Rakan-rakan kita dari Malaya pasti juga kepingin untuk makan dadah secara terbuka dan Nasi Lemak Tahii di Lawas. Dadah dan Tahii adalah "m2" dalam kontek tiori graviti tersebut.  Dengan sistem jalanraya yang ada, biar selepas siapnya Pan Borneo, pastinya, mungkin sekali dalam seumur hidup bolehlah sesorang memnadu ke sana (sekitar 1,000 KM). "r" iaitu jarak dan masa perjalanan menjadi faktor perhitungan samada kita mahu ke Lawas dari Sematan atau tidak. Namun jika kita punya pilihan cara perjalanan, pasti saban tahunpun kita sanggup merempuh perjalanan ke Lawas dari Sematan contohnya. Sebegitu juga, mahukah kita sarapan pagi Nasi Aruk di Bako umpamanya, kemudian makan tengahari di Sibu dengan hidangan Cicah Dabai Cili Padi istimewa Sibu lalu malamnya kita makan malam dengan Chinese Steam Empurau di Kapit sambil-sambil menikmati keindahan aliran deras air Batang Rajang? Saya berkira ramai yang mengatakan itu hanya khayalan. Itu bukan khayalan. Itu seharusnya menjadi tekad rakyat Sarawak untuk boleh mengembara ke mana saja di seluruh negeri ini bagi menikmati keunikan sesuatu tempat. Maka perhitungan saya modes of comfortable transportation adalah key "f"actor bagi perkembangan wisata syurgawi SarawakMaka saya melihat Terminal Bot Express dan Bus harus juga menjadi Tourism Central Place secara setempat. Sarawak harus membangun seluruh sistem pengangkutan yang cekap dan selesa untuk menghubung pelancung dan hasil perlancungan to connect tourists to the tourism products.

(5) Dalam masa yang sama, pengembangan terminal express boleh menjurus kepada penerokaan wisata maritim. Kita tahu, Melayu dahulu merupakan pelayar yang hebat-hebat. Kini industri wisata pelayaran adalah suatu yang sangat digemari oleh masyarakat Barat. Mereka sanggup merempuh apa saja dugaan demi keterujaan pengalamanan pengembaraan kelautan. Kita tidak boleh ketinggalan di bidang ini. Sematan, Bako, Daro, Igan, Bintulu, Miri dan sehinggalah ke Puang Lawas, bidang wisata kelautan harus kita teroskoi hebat. Jaringan pelayaran dari Singapura ke Labuan banyak lompangnya. Untuk itu, hanya Sarawak mampu mengisinya. 

(6) Jika usaha-usaha wisata syurgawi CAN dapat kita jayakan sepenuhnya, saya yakin bukan 2.50 juta rakyat Malaysia mampir dan melata di Sarawak, angka itu boleh mencecah 15.00-20.00 juta. Saya yakin Sarawak akan menjadi destinasi "Educational, Sciences and Cultural Tourism" hebat dunia. Di peringkat antarabangsa, saya berani mengatakan sejumlah yang sama juga akan datang berkunjung dan menghabiskan masa dan dollar mereka di sini. Pada saat jumlah wisata berdatang ke Sarawak berjumlah 30.00 - 40.00 juta, apa tidak mungkin kita akan mampu menjana RM150.00-200.00 billion/tahun. Di tokok dengan penghasilan dari industri-industri terbitan, apa tidak mungkin Sarawak akhirnya menjana RM600.00-800.00 billion dari keseluruhan rantaian wisata syurgawi CAN. 

(7) Sesungguhnya jejak Sweden yang sebegitu bijak membentuk Tabung Mendaulatkan Rakyat (Sovereign Fund) dari lebihan hasil eksportnya bukanlah sukar untuk kita hambati. Dengan wisata syurgawi dan penghasilan eksport konvesyenal Sarawak, suatu ketika dalam tempoh yang pendek, Sarawak juga mampu berbuat sebaik Sweden. Pra-syaratnya, seperti Allah janjikan jika kita teguh berIman dan berTaqwa, Syurga adalah milik kita. Samalah jika kita kental berIman dan Taqwa dan mengurus segala-gala secara good governance, In Shaa Allah Sarawak pasti berubah menjadi Negeri Wisata Syurgawi - menguja, makmur dan sejahtera.


Kuching, Sarawak

4-9 Dec., 2020



#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.