.

1/11/20 PEMBANGUNAN PEKAN-PEKAN SARAWAK: Keserasian naluri dan budaya rakyat tidak kita hiraukan

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 05, 2020

Share

& Comment

Sebelum 1841, Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei. Sebelum kesultanan Brunei, Sarawak pastinya adalah penempatan-penempatan yang berselerakan berasaskan ketua-ketua yang tidak saling berhubungan. Hanya lewat waktu, pada ketika keperluan hidup manusia kian meluas, maka berlaku pertembungan antara penempatan-penempatan ini sehingga akhirnya terbentuk kloni-kloni "Negara" atas keperluan keselamatan bersama. Atas prinsip "keperluan bernegara" demi keselamatan maka Kesultanan Brunei menyatukan "negara-negara kecil" berselerakan ini ke dalam sebuah kesultanan yang masih longgar. Akhirnya, bila mana keperluan keselamatan sudah mendadak dan tidak terkawal, maka kesultanan Brunei meminta Brooke mengawal Sarawak bagi pihak mereka. Namun sebegitu, pada tempoh 1941-1941 Brooke akhirnya menguasai dan memperluaskan Sarawak sehingga ke wilayah terkini. Asalnya, Sarawak hanyalah penempatan-penempatan di sepanjang Sg, Sarawak iaitu Kuching kini. 

(2) Pada zaman sebelum Brunei dan semasa Brunei, saya kira Sarawak membangun secara Laissez-Faire. Hakikatnya, tiada pembangunan sebetulnya. Keperluan hidup tertunai secara kais pagi makan pagi. Keperluan hidup pada masa itu, saya yakin hanyalah agar hidup dan selamat. Tiada keperluan terdesak untuk kehidupan yang mewah dan hebat-hebat. Hakikatnya, saya yakin rakyat pada masa itu cukup bahagia sebegitu. Mereka cukup menerima keberadaan diri mereka serasi dengan alam keliling. Di zaman sebelum Brunei, tiada pergolakan kaum dan atau antara perkampungan sepertinya. Kaum Melayu harmoni dengan alam perkampungan Melayu. Kaum Dayak harmoni dengan alam perkampungan Dayak mereka.

(3) Namun Sejarah banyak mencatat, pada zaman Brunei, rakyat yang 'disatukan' di bawah payung DYMM Sultan Brunei mulai memberontak. Akibatnya, Brooke menonjol diri dan dengan kuasa senjata api berbanding tombak, lembing, parang dan keris, "rakyat Sarawak" akur dengan ketuanan Brooke. Namun di zaman Brooke, Sarawak yang meluas sentiasa mengalami pemberontakkan di mana-mana sehingga kubu-kubu tentera Brooke terbina biar sampai ke pedalaman Kapit.  

(4) Di tangan anak bangsa sendiri iaitu sejak merdeka pada 1963, Sarawak telah mengalami angin dan penerimaan perubahan pembangunan yang sangat berbeza-beza. Bermula dengan ekonomi asas balak, lalu kemudian berubah kepada ekonomi asas minyak dan gas. Pada 1990an, lantaran industri minyak dan gas dikuasai oleh Petronas dan Sarawak tidak memainkan peranan besar dalam industri tersebut, maka Sarawak telah menceburi industri perladangan. Di tahun-tahun 2000an pula Sarawak mulai ingin menerokai bidang industri berat terutama industri-industri intensif tenaga (Energy Intensive Industries). Pusat-pusat janakuasa elektrik mulai dibangunkan di serata Sarawak. Batang Ai, Bakun, dan Murum merobah pendalaman Sarawak menjadi lautan tasik yang cukup luas.

(5) Hakikatnya semenjak kesultanan Brunei membawa ke tangan anak bangsa sendiri, Sarawak membangun berteraskan menuai kekayaan asli natural resources harvesting yang ada. Lantaran itu model pembangunan kita, maka pada saat sumber asli kian berkuragan maka berlakulah pertelingkahan di antara mereka yang berkepentingan. Memang benar, tanpa terlebih dahulu bergantung kepada sumber asli, negeri dan atau negara tidak boleh membangun. Adam AS turun ke bumipun asalnya hanya berburu. Hanya cucu cicit Adam di Nil, Euphrates, Indus dan Yang Tze kemudiannya yang mulai bertani secara kekal. Sebelum itu semua manusia di antara Adam dan pembinaan temadun bersar tersebut, manusia semuanya terus bergantung kepada sumber asli alam. 

(6) Sesungguhnya tiada negara di dunia ini terbangun bukan dari sumber aslinya. Biar Singapura, Belanda, Israel, Jepun, Taiwan, dsb tetap mereka membangun kerana sumber asli mereka. Cuma, bedanya adalah cara mereka mengolah sumber asli sehingga mereka berjaya kekal berdaya saing dan maju. Namun sejarah juga telah membuktikan negeri dan atau negara yang terus-terus menganganyang sumber aslinya, pasti menuju jalan punah. Contoh Al Quran paling jelas adalah Kerajaan Sulaiman AS. Allah memberikan Sulaiman segala apapun yang diperlukan bagi menguatkan negerinya, namun lantaran Sulaiman AS dan para Yahudi leka hanya mengaut kekayaan sumber alam, maka akhirnya Jerusalam punah dan Yahudi merempat untuk sekian lamanya. Sebegitulah juga nasib yang diterima oleh temadun besar Nil, Babylon, Indus dan Yang Tze, punah lantaran pemerentah dan rakyat tidak lain hanyalah suka menganyang sumber asli mereka. 

(7) Dalam tulisan ini, tumpuan saya adalah kepada angin penerimaan rakyat kepada rentak pembangunan di Sarawak dan tidak menjurus kepada rentak pembangunan itu sendiri. Sesungguhnya seperti saya nyatakan awal tadi, di zaman sebelum penjajahan Brunei, rakyat "Sarawak" saya kira hidup mereka cukup rukun damai. Mereka saya pasti cukup saling bersahabat bukan saja di antara mereka, bahkan bersama alam keliling mereka. Lantaran itu wujud animisma dalam budaya mereka, sebagai tanda keserasian hormat terhadap alam keliling. Bila Brunei menguasai Sarawak, kemudian Brooke, Jepun dan British dan bahkan di tangan anak bangsa sendiri, tercatat di dalam sejarah sering berlaku pergolakan antara pemerintah dan rakyat. Tulisan saya ini, cuba melihat akan sebab musabab perkara ini berlaku khusus dari sudut budaya dan naluri rakyat. Serta saya berusaha mengusulkan bagaimana pembangunan di Sarawak haruslah selaras dengan budaya dan naluri rakyat agar bukan hanya ianya akan bersifat mapan malah rakyat akan dapat turut serta secara meluas.

(8) Secara saikologi, manusia siapapun mereka, lantaran asalan mereka adalah dari Adam dan Hawa yang terbiasa hidup di Syurga, secara genetik, kehidupan selesa memang sudah sebati pada diri naluri mereka. Hidup di Syurga paling selesa. Manusia pernah Allah berikan kesempatan untuk menikmati kehidupan selesa dan maklumat hidup selesa Syurga ada tertanam dalam gene mereka. Tidak ada seorang manusiapun yang ingin secara sejadinya mahu hidup payah merlarat. Biar Mahatma Ghandi bahkan Mother Teresa dan puasa dalam ibadah apa agama sekalipun, semuanya bukan atas kehendak azali untuk payah. Kepayahan yang dipaksakan ke atas diri manusia adalah dengan tujuan untuk mendapat ganjaran kebahagian yang lebih besar. Ghandi berpuasa sehingga kurus kering dan kemudian ke tali gantung, lantaran keinginanya untuk melihat India yang bebas merdeka. Sengsara yang beliau paksakan ke atas dirinya adalah perjuangan untuk kebahagian bangsanya. 

(9) Maka saikologi rakyat adalah serupa. Semua rakyat mahu hidup selesa. Keselesaan adalah asas kehendak naluri rakyat manusia. Lebih dari itu, pastinya, mereka akan menilai apakah keselesaan mereka yang sediada perlu dikorbankan dan atau keselesaan yang lebih baik akan diperolehi. Selama 25 tahun berkhidmat dalam pentadbiran awam, saya banyak menyaksikan penolakan rakyat terhadap pembangunan Negeri ini. Kenapa? Dahulu saya kurang memikirkan saikologi dalam pembangunan. Jika adapun saya lebih menjurus untuk memesongkan naluri rakyat supaya bersetuju saja dengan apa yang hendak Kerajaan lalukan. Saya melihat KPI Projek dari sudut kejayaan projek per se dan bukan dari sudut penerimaan dan penyertaan rakyat. Sememangnya ada kajian EIA san SIA sebelum sesuatu projek dilaksanankan, namun EIA san SIA dibuat hanyalah sebagai memenuhi prasyarat kelulusan Projek dan bukan perjalanan Projek. Alhamdullilah, pada saat saya sudah tidak dalam perkhidmatan awam lagi namun masih berminat untuk menyumbang demi kesejahteraan Negeri, saya memperolehi sedikit ilham tentang bagaimana untuk mendapatkan pelibatan rakyat dan suapaya mereka mendapat manafaat berpanjangan dari segala dayasuasaha Kerajaan.

(10) Sesungguhnya rakyat terbanyak Sarawak tidak kira etnik apa, Melayu dan atau Dayak, mereka berpunya naluri dan budaya hidup yang hampir sama. Melayu dan Dayak membina sekitar 72 peratus dari keseluruhan rakyat Sarawak. Sesungguhnya budaya dan naluri hidup rakyat kebanyakan Sarawak adalah serupa dari segi konsep sebetulnya. Contohnya, Kaum Dayak berumah panjang adalah serupa dengan kaum Melayu berkampung. Konsep berpenempatan berkumpulan berempuruk adalah budaya hidup tradisi Melayu dan Dayak. Dayak memilih konsep rumah panjang, teres sebetulnya adalah atas faktor ekonomi, keselamatan dan keperluan kejiranan. Rumah Panjang memberikan keselesan hidup terbaik bagi kaum Dayak. Orang Melayu, rumah mereka tetap berkelompok berdekatan namun teripsah-pisah, bangalow sebetulnya, atas keperluan tambahan iaitu kesendirian privacy. Keperluan privacy tidak sebegitu mendesak di kalangan kaum Dayak, namun lantaran Islam, privacy adalah penting dalam budaya Melayu. Penempatan berbentuk Kampung adalah pola penempatan paling selesa bagi kaum Melayu. Maka contohnya jika kita memahami pola naluri dan budaya sebegini, maka dalam pembangunan Kota dan Pekan Sejahtera Healthy Cities Development, Kerajaan Sarawak seharusnya melihat akan prihal ini secara mendalam. 

(11) Bagi menjelaskan pemikiran saya tentang perlunya Kerajaan melihat naluri dan budaya kaum sebagai teras model pembangunan di Sarawak, saya akan tumpukan penulisan ini di bidang pembangunan bandar dan penempatan. Bidang pembangunan bandar dan penempatan perlu Kerajaan berikan perhatian utama lantaran fenomena penghijerahan desa ke kota kian meluas dengan kemajuan kita di bidang pendidikan. Bila mana saya menyebut bandar, ianya tidak terhad kepada pembangunan bandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri sahaja. Bahkan pembangunan pekan-pekan cities kecil seperti Engkelili, Lubok Antu, Serian, Marudi, Belaga, Kabong, Pusa, Bruit, Tekajong, Matu dsb juga adalah penting.

(12) Dalam program pembangunan kesejahteraan bandar, pekan dan perumahan di Sarawak, masa lalu dan kini, tumpuan kita lebih kepada memperelok kota-kota besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Perhatian kita kepada pekan-pekan kecil tidak sebegitu ketara. Bahkan pekan-pekan kecil terus terbiar dengan pembanguan berbentuk piece meal oleh Majlis-Majlis berkaitan yang sangat kekurangan dana. Cara kerja sebegini saya perhatikan telah berjalan sejak 1960an lagi dan berterusan sehingga kini. Kewujudan Kementerian Pembangunan Bandar dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan di bawah pentadbiran Abang Johari seharusnya boleh merobah pendekatan tradisional kita dalam membina kota, pekan dan penempatan di seluruh Sarawak. Konsep dan ciri utama pekan-pekan di Sarawak yang cuba saya gambarkan dalam lakaran di atas adalah suatu pendekatan yang saya fikirkan perlu kita lakukan dalam mengolah dan membina kota-kota, pekan-pekan malahan penempatan-penepatan di seluruh Sarawak agar serasi dengan alam sekeliling, sumber asli serta adat budaya tempatan. 

(13) Kota, pekan malah pusat-pusat penempatan di Sarawak harus mengambarkan kemajmukan rakyat ethnic diversity  Sarawak. Namun sayang pola pembanguna kota, pekan malah penempatan-penempatan di seluruh Sarawak adalah bersifat <i>biased to the tradition existing  business community<./i> dan tidak mencakupi keperluan <i>economic advancement of the natives catchment</i>. Akhirnya kota-kota dan pekan-pekan di Sarawak terikat dengan <i>political-biased development</i>. Kota-kota dan pekan-pekan di Sarawak tidak mencorakkkan kehidupan Sarawak yang majmuk sebenarnya. Dalam pembangunan kota,dan pekan, pengukuhan bersama kuasa ekonomi antara masyarakat pedagang dan masyarakat keliling tidak kelihatan jelas. Ini akhirnya mengakibatknan kepada pengekalan masyarakat dikotomi sosio-ekonomi. Kaum Cina yang memnduduki kota-kota dan pekan-pekan di Sarawak terlibat dalam productive economy sedang kaum pribumi, yang berupa sub-urban atau luar bandar  hanyalah kuasa pengguna consumer economies. Jika adapun masyarakat pribumi hanyalah berniaga secara tempel-tempelan di pinggir jalan atau kaki lima pasar. Lewat waktu, keadaan ini pasti menimbulkan pergolakan kaum yang tidak sihat. 

(14) Ambil contoh Kapit. Kapit menyediakan perkhidmatan ke seluruh  pedalaman Rajang. Wujudnya pekan Kapit lantaran adanya takungan catchment Rajang. Rajang kaya dengan alam keindahan tropika dan budaya Dayak yang cukup pelbagai dan menarik. Kepelbagaian masyarakat Dayak di hulu Rajang menjana kepelbagaian bentuk kerajinan dan seni rupa yang indah-indah serta menarik. Sumber tropika pedalaman Rajang juga menyediakan segala macam sumber asli yang cukup unik serta mempunyai nilai pasaran yang baik. Semua ini, adat budaya, seni dan kraft, pengeluaran tempatan seperti dabai, kelah, empurau, gaharu dsb jika di garap dengan baik pasti bukan hanya dapat mengekalkan keaslian alam sekeliling di Rajang, malah masyarakat setempat akan dapat turut serta secara meluas di dalam kegiatan yang Kerajaan usahakan. Maka Kapit, seharusnya tidak hanya dibangun berteraskan keperluan tradisi pembinaan pekan iaitu sebagi local service center tetapi pekan yang merupakan jaringan kepada keperluan pemasaran terbuka kekayaan terbitan tempatan. Kapit harus direncana agar membentuk jaringan dagangan yang meluas dengan segala pelusuk Sarawak. Kapit harus dilihat sebabagai pekan yang membuka Sarawak kepada dunia dan bukan sekadar sebuah pekan yang membawa penghasilan dunia bagi menjarah to robe kekayaan tempatan.

(15) Jika kita ke Amerika Syarikat, akan kita lihat bagaimana McDonald boleh menjadi tarikan utama kepada pembentukan penempatan hebat-hebat. Malah McDonald telah menjadi komponen wajib bagi pertumbuhan cities di Amerika. Sekilas pandang Kapit tiada asas bagi pembinaan sebuah pekan atau bandar sejahtera. Itu pandangan orang buta. Kapit sebetulnya boleh menjadi Pekan Perlancungan yang cukup mapan. Saya mengambil Terminal Bot Express Kapit, contohnya boleh dijadikan asas bagi membuka dan mendedahkan kekayaan Kapit kepada dunia luar dan akhirnya mejadikan Kapit sebuah pekan yang cukup unik serta sangat makmur. Terminal Bot Express Kapit sangat berdaya maju untuk dibangunkan sebagai Local Trading & Tourism Terminal. Segala penghasilan tempatan boleh dipackage sebagaimana yang dibuat di Freemantle Fish Market, Perth Australia. Terminal berkenaan harus direkabentuk dan ubaisuai sedemikian rupa agar segala rupa bangsa pelancung dalam dan luar negara boleh selesa mendatangi dan duduk di sana. Masyarakat setempat juga selesa berkarya inovasi serta memperdagangkan segala penghasilan mereka. Pastinya hubungan internet yang baik adalah faktor wajib bagi menjayakan Terminal ini. Bahkan Sebegitulah bagi seluruh terminal bot express di Sarawak. Saya ingin sekali melihat 
Terminal Bot ekspress di Kuching, Sarikei, Bintangor, Daro, Sibu, Song, Kapit dan Belaga benar-benar menjadi Local Trading & Tourism Terminal

(16) Konsep yang sama boleh dikembangkan bagi meliputi Sematan, Lundu, Telaga Air, Santubong, Bako, Sadong Jaya, Sebuyau, Simunjan, Sri Aman, Pusa, Daro, Semop, Igan, Tatau, Bintulu, Miri, Limbang, sehingga ke Punang. Sesungguhnya pelayaran dari Telaga Air ke Santubung tidak kurang hebatnya dengan cruishing di Hualong Bay, Vietnam. Konsep pembangunan terminal akan merobah sistem pengangkutan air di seluruh Sarawak akhirnya. Rakyat dan pelancung ke negeri ini berpunya kepelbagaian connectivity bagi tujuan berambih dan berjalai mereka.

(17) Konsep Local Trading & Tourism Terminal bukanlah perkara asing. KL Sentral dan KLIA2 adalah contoh mega Local Trading & Tourism Terminal. Cuma, Sarawak perlu sedikit lebih kreatif dengan menjadikan terminal bot express sebagai Local Trading & Tourism Terminal. Rupa bentuk serta isi kandungan terminal tersebut haruslah bagi mengalak pertumbuhan ekonomi setempat berasaskan sumber dan budaya setempat. Konsep yang sama saya kirakan boleh dikembangkan untuk meliputi kawasan yang lebih meluas seperti ke Sematan, Lundu, Telaga Air, Santubong, Bako, Buntal dan seterusnya sehingga ke Punang, Lawas. Saya berkira, masyarakat nelayan, pemburu, petani, pengiat seni budaya, para penganyam, pertukangan dsb yang menjadi darah daging kaum Dayak dan Melayu, semua mereka pasti boleh turut serta di dalam menyumbang kepada pembangunan terminal malah pekan-pekan dan penempatan-penempatan unik, sejahtera, dan makmur di seluruh Sarawak. Pokoknya, terminal dan atau pekan dan kota-kota di Sarawak harus menjadi focal pengumpulan dan pemasaran penghasilan dan kerajianan tempatan. Jika ini dapat dibangun dan diurus sedemikan rupa, semua ini In Shaa Allah pastinya memberikan segala macam keselesaan kepada rakyat dan akhirnya mengundang kedatangan pelawat dan pelancung yang melimpah ruah dan menguntungkan rakyat dan Negeri.

(18) Sebegitu seharusnya setiap kota, pekan, terminal dan atau penempatan harus menyajikan presenting keunikan dan kepelbagaian setempat. Sistem monopoli yang ada harus kita pecahkan lantaran monopoli tidak membawa rahmat besar kepada negari dan negara. Agama Yahudi menjadi monopoli Yahudi, dan itu tidak memampankan kemakmuran Yahudi. Nasrani asalnya adalah untuk memperbetulkan Yahudi, namun kemudian menjadi agama the White. Akhirnya Allah menunujukkan Islam adalah agama sejagat, In Shaa Allah ianya terus kembang dan mapan. Natijah theology segeigu harus kita megertikan dari bebesaran ilmu Allah. Segala kepelbagaian di negeri ini harus diraikan sebagai teras kekuatan bersama. Kekayaan alam keliling mesti menjadi tongak pemeliharaan kehidupan yang selesa bagi pembangunan kota, pekan dan penempatan di Sarawak. Hutan, sungai, pantai, segala mesti kita jaga dengan baik lantaran itulah tugas khalifah yang wajib kita pegang. Kita hanya jangan pandai menganyang, tidak mengurus mapan. Dinasor pupus lantaran kerjanya hanya menganyang.

(19) Konnsep yang saya utarakan ini terilham dari cara Allah dalam mewujudkan kepelbagaian agama dan kewujudan pusat-pusat terminal agama di dunia ini. Yahudi menjadikan Baitulmuqadis sebagai terminal mereka. Nasarni pula menjadikan Vatican sebagai terminal mereka. Mekah dan Madinah menjadi terminal bagi Islam. Sebegitulah bagi agama-agama budaya seperti Buddha, Hindu, Majusi, dan segala Toaism. Semua ada terminal masing-masing. Bahkan segala gereja, tokong, Masjid dsb adalah terminal-terminal bagi tujuan penyatuan.  Sesungguhnya setiap terminal ini Allah ciptakan paling selari dengan adat budaya para penganut agama-agama tersebut. Cuma manusia lantaran hasad dan dengki tidak dapat melihat dan memelihara itu semua sebegigu.

(20) Mungkin gambaran terminal, pekan dan kota pengumpulan dan pemasaran terbaik dunia yang perlu Kerajaan Sarawak lihat adalah Las Vegas, San Francsico dan Freemantle, Perth, Australia.  Pasti banyak lagi yang boleh diteliti. Apa ada pada Las Vegas asalnya. Las Vegas di tahun 1950an hanyalah Pekan Perssingghan sepertinya Kapit. Namun kini, di Las Vegas, segala rupa bentuk kekuatan tempatan dan malah antarabangsa terkumpul di sana. Segala bentuk perjudian, segala bentuk hiburan malah kreativiti apa yang tidak ada di Las Vegas. Semua ada di sana, sehingga Las Vegas menerima pulohan juta pengunjung yang datang membawa ribuan juta dollar bagi mendokong ekonomi tempatan. Samalah bagi San Francsico dengan Hollywoodnya. Seni lakun Hollywood membawa masuk pulohan billion dollar kepada Amerika. Di Freemantel, Perth, pekan sekecil itu, menerima jutaan pengunjung dari serata tempat dan akhirnya membawa kemakmuran kepada masyarakat setempat. Cuma natijahnya, semua ini terbangun dengan menumpu kepada pewujudan suasa selesa, selamat dan nyaman bagi penduduk setempat. Kesannya adalah pertumbuhan ekonomi setempat dan Negara.

(21) Maka apa tidak mungkin pembangunan Daro contohnya sebagai terminal yang berjaringan hebat dengan terminal Sarikei, Sibu, Kapit dan malah Sematan-Santubong apa tidak akan mendapat limpah rahmat dari weekend visitors dari segala penjuru Kuching dan Sibu akhirnya. Untuk memandu ke Daro malah Kapit, pasti memenatkan. Tiba masanya rakyat Sarawak dapat berambih dan atau berjalai secara crushing dan menikmati domestic tourism secara cukup selesa. Pada saat domestic tourism menjadi, maka international tourism pasti akan menyusulBayangkan jika semua ini diperluaskan meliputi sega pekan di sepanjang sungai dan persisiran Sarawak, apa tidak mungkin peraiaran Sarawak kembali meriah dengan segala bentuk pelayaran dari dalam dan luar negara? Jika konsep pembangunan kita dapat dirediefined seperti apa yang saya fikirkan ini, In Shaa Allah cara kita melihat kemakmuran terjana dari segala sumber asli dan hasil seni budaya kita pasti jadi cukup unik, bernilai komersil tinggi malah cukup harmonis. Untuk apa Negeri dan atau Negara kita membangun maju sebetulnya?

(22) Saya yakin kita di Sarawak perlu beralih dari harvesting economies kepada smart natural resources and local talents management. Kita harus berbeda dengan lembu yang hanya pandai makan rumput lantaran t=rumput itu ada dan banyak.

Kuching, Sarawak
4-6 Nov., 2020

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.