(2) Sesungguhnya, cara umat Islam menzahirkan kecintaan mereka terhadap Allah saya kira telah agak menyempit, maka akhirnya segala kehebatan mereka telah dirampas oleh Barat yang melihat alam dan Tuhan yang sangat berbeza. Bagi pemikir Barat, Allah yang menciptakan manusia dan Dia memberikan seluruh kebebasan kepada manusia. Lantaran itu, sikap liberalisma mereka menjadikan cara mereka berfikir dan meneroka apapun jauh sangat berbeza dengan para pemikir Islam. Cendikiawan Islam, atas dasar Allah yang menjadikan segalanya termasuk keilmuan yang mereka perolehi, maka mereka tidak mahu mengaku to claim apapun penemuan mereka sebagai hak mereka. Mereka lebih suka mengambil sikap merendah diri. Contoh Al Jabar, beliau pakar terawal dalam bidang Astrologi yang melahirkan Al Jibra. Namun Algorithm yang terbit dari pemikiran beliau, telah diakui claimed by Ada Lovelace. Nama Al Jabar terus tengelam. Muncul mereka seperti Bill Gates, Job Steve etc. Maka sebegitulah nasib akan nama Orang Utan. Ada tulisan yang mengatakan bahawa Baratlah yang menamakan haiwan ini sebagai Orang Utan. Anih bukan? Kita anak pribumi Nusantara tidak menghiraukannnya. Cuba fikir, istilah Orang itu dari Barat atau dari Nusantara? Samalah dengan istilah Utan. Sejak bila adal istilah Orang dan Utan dalam dunia Barat?
(3) Samalah, sesungguhnya, bila Islam kita lihat dari sudut yang sempit, maka apapun tidak pernah mahu membuka mata hati kita. Bayangkan jika Islam anugerah Allah yang maha luas dan maha hebat; biar yang seluas dan sehebat Islampun kita sempitkan, maka apa lagi perkara sempit. Pasti langsung kita abai atau pinggirkan. Berbeda dengan dunia Barat, small item becoming so significant. Asasnya saya kira, semuanya berpunca dari kelemahan dunia Islam dalam cuba memahami apa Allah tegaskan sebagai "Tiada apa kejadian dengan tiada pengetahuanNya dan tiada apa yang Dia cipta tiada manafaatnya". Orang Utan; kita rakyat Malaysia dan Nusantara ammnya tidakpun melihat kehadiran haiwan tersebut sebagai suatu anugerah yang sangat hebat. Kita lebih melihat balak dari Orang Utan. Kita nampak kemewahan hidup dari balak dari melihat Orang Utan = U$D in billions if not trillions
(4) Allah pernah mengutus Bruno Manser, pencinta Alam Switzerland ke Sarawak dan Borneo untuk berjuang atas nama Orang Utan. Beliau pada hakikatnya mahu memperjuangkan gerakan Green Peace dalam usaha untuk mengekalkan Hutan Hujan Borneo. Lantaran gagal dalam perjuangannya mengenai Orang Utan, beliau akhirnya memperguna kaum Penan sebagai landasan barunya. Beliau berjaya menjadi juara Penan. Kaum Penan beliau angkat menjadi International Tribe. Kerajaan Sarawak dan malah Indonesia, melihat dan memperlakukan Bruno Manser sebagai musuh Seperti saran Al Quran, kita gagal untuk melihat apakah hikmah Allah di balik kehadiran Bruno Manser. Sesungguhnya, saya yakin Bruno Manser adalah intervention Allah agar kita membuka fikiran untuk mengarap AlJibra Orang Utan + Penan + Hutan Tropika = U$D Trillions dengan kehijaun tropika terpelihara penuh..... In Shaa Allah bersambung
0 comments:
Post a Comment