As we walk deep into the jungle, a beautiful bird that we never seen, flew passed. What would be our reaction then? How would we expressed our amazement? SubhanaAllah, My Lord, Allah You are the Greatest. Alhamdullilah. I thank You for
(2) Tulisan saya ini terilham, pertamanya untuk mengurai persoalan dasar dari Shanis seorang teman di kejauhan yang kecut bila diajukan dengan hujah cintailah demi Allah dan seorang teman lain Liza yang seperti sedang kemelut hebat kerana jadi rebutan banyak hati. Shanis, seorang yang cantik serta punya latar agama yang kukuh. Kerana 'ayu'nya dia, paling berhasrat agar jodohnya harus ganteng dan dia sedang mencari lelaki itu. Sedang Liza, dia juga adalah cantik dan sedikit bebas lantaran pernah kecundang hebat dalam soal cinta. Dia seperti menggunakan 'kecantikan'nya untuk memuaskan dendam terbuku. Kini dia sedang diburu oleh terlalu banyak lelaki 'ganteng'. Pokoknya, saya berhasrat untuk menguraikan cintailah demi Allah agar keduanya dan sesiapapun mengerti akan fitrah ayu dan ganteng.
(2b) This writing is inspired by a statement from a distance friend Shanis who is scared and not sure by the meaning of to Love for Allah and another friend named Liza whom are now running around like mad dogs from all those handsome guys. Shanis is a good lady. She is beautiful and fairly religious. She is reserved indeed. She dreams to have a handsome and gentleman spouse. Liza, she is beautiful as well and is free like a bird. She had tumble in her love, and thus just want to be free. She seem to capitalize her beauty for revenge. Both and others, I would say, I love to get them to know the meaning of to love for Allah.
(3) Istilah ganteng adalah istilah Jawa yang bermaksud kacak dan segak atau dalam bahasa Inggeris handsome and gentleman. Bayangkan watak segak atau gentleman, pastinya sangat terkait dengan pekerti, pribadi yang menawan. Sedang istilah ayu, sebetulnya juga adalah bahasa Jawa yang bermaksud cantik dan berpekerti. Gadis Jawa bila dikata ayu, bukan hanya wajahnya menarik tetapi seluruh rupa dan wataknya adalah lembut dan
(3b) The Javanese due to their long civilization, they had developed a very orderly norms and cultures that had governed their ways of lives for centuries. There is no doubt that the Malays had their own set of ideal norms and cultures as well. The term ganteng which in English probably close to the meaning of handsome and gentleman is a Javanese word which now gaining popularity among the Malays. The same with the word ayu, a splendid beauty. In the tradition Javanese, when one is being said as ayu or ganteng not only they are good looking, but matter most are their characters. An ayu lady is a soft well behave lady; she is well customized as well as religiously strong. Nonetheless, as cultures being drastically corrupted, the terms ayu and genteng are now being judged as more of good facial appearance. The ethical characteristics are very much being sideline.
(5) Berkait dengan tajuk tulisan ini, saya ingin mengembalikan pembaca kepada asal fitrah kekejadian kita. Adam AS, moyang umat manusia, tercipta sebagai lelaki yang kacak dan segak. Kejadian baginda sangat sempurna sehingga menjadi dengki para shaitan dan menimbulkan kekhuatiran kepada para malaikat. Rupabentuk baginda yang sempurna ditokok dengan ilmu yang Allah hebuskan kepadanya, meletakkan baginda kepada suatu tanggungjawap yang sangat berat iaitu memimipin segala kejadian Ilahi di mukabumi. Saya berkira, Adam AS pastinya tahu sudah terbina syurga dan neraka. Neraka adalah untuk umat manusia yang sesat dan para syaitan. Maka, mana mungkin manusia akan berada di neraka jika hanya ada seoarang manusia iaitu dirinya yang sedang berada disyurga pada masa itu. Maka, saya berkira, Adam AS atas ilmu pengetahuannya yang Allah telah berikan langsung kepadanya, sedar baginda harus membiak, mungkin berdasarkan pengamatannya kepada pasangan-pasangan kehidupan lain di sekitarnya, maka baginda meminta agar pasangannya juga turut dicipta demi tanggungjawapnya itu. Hawa, Allah terbitkan dari tulang rusuknya.
(6) Adam AS sebermulanya adalah tercipta tersendiri. Dalam alam syurga yang luas, pastinya kesendirian Adam AS itu menjadikannya seorang yang terus meneroka dan mencari. Dengan sifat sebegitu, pastinya Adam AS mememui akan erti sebenar kejadiannya. Baginda juga saya kira menemui akan kekurangannnya. Hawa tercipta untuknya. Adam AS dan Hawa adalah dua manusia ayu dan genteng pertama yang Allah jadikan. Kegantengan Adam AS adalah atas sifat kesempurnaan padanya, sempurna dari segi rupabentuk, pribadi serta ilmu yang ada padanya. Sedang Hawa, keayuannya yang terletak pada rupabentuk juga pada sifat patuhnya. Hakikatnya, kedua-dua Adam AS dan Hawa adalah ciptaan Allah yang mempunyai banyak kelebihan dari ciptaan-ciptaanNya yang lain.
(7) Atas kelebihan itulah maka Allah membebankan mereka dengan tanggungjawap yang jauh lebih besar dari segala ciptaan yang lain. Adam AS asalnya dijadikan untuk memimpin, bukan sekadar manusia, tetapi meliputi segala yang lain bila mana Allah memerintahkan bair malaikat, biuar syaitan untuk tunduk di bawah kepimpinan Adam AS. Begitulah asalnya Adam AS. Sedang, azalinya, Hawa tercipta atas keinginan Adam AS
(8) Namun, di antara manusia, pasti ada pelbagai rupa dan pekertinya. Kalau perempuan, pasti ada yang jelek, biasa-biasa, cantik, jelita, rupawan, ayu, dsb,; sedang yang lelaki ada yang jelek, lawa, kacak, tampan, segak, ganteng dsb. Siapapun mereka, tetap sama saja fitrah mereka. Lelaki memimpin, perempuan adalah wadah pengembang ummah.
(9) Dalam soal lelaki ganteng dan wanita ayu, sifat-sifat sebegitu adalah anugerah Allah kepada mereka melebihi lain-lainnya. Kelebihan ini punya maksud yang sangat luas tanggungjawapnya. Sifat kacak dan cantik yang ada pada lelaki ganteng dan wanita ayu sepertinya sang burung yang cantik dan atau sekuntum bunga yan cantik, harus punya kedudukan yang baik agar terus terserlah kecantikan mereka. Sesungguhnya, pada padangan saya, kegantengan dan keayuan meletakkan seseorang itu pada tututan kebaktian yang jauh lebih besar di sisi Allah. Kita tidak boleh mensia-siakan kegantengan dan keayuan kita hanya sekadar untuk kepentingan diri sendiri.
(10) Cuba bayangkan, di antara si kudung dan yang serba lengkap tubuh badannya. Siapakah di antara keduanya yang diharapkan untuk lebih berkemampuan untuk berjasa. Muhammad SAW menyaran, antara lain, jika mencari isteri, carilah yang dapat menyejukkan hati. Apakah pengertian saranan ini? Juga di dalam Al Quran telah termaktub perumpamaan wanita itu adalah seperti ladang yang subur. Kita seharusnya mengerti akan segala pernyataan ini.
(11) Kembali kepada contoh Ungku Aziz-Azah dan Mahathir-Hasmah, inilah saya kira pasangan genteng dan ayu yang seharusnya dapat kita hayati dengan baik. Ungku Aziz cekal dlama perjuangannya memberikan kepimpinan dalam biodang akademik kerana punya isteri Azah Aziz yang begitu luhur dan setianya, pasti bertambah kukuh dokongannya kepada Ungku Aziz kerana kejelitaannya. Begitu juga Mahathir, dia dapat menumpu segala tenaga dan perhatiannya memimpin negara, keran adia punya Siti Hasmah yang bukan saja cantti, tetapi sederhana dalam segala sesuatu, sangat taat kepada suami dan pengurusan keluarga.
(12) Suatu ketika Ibrahim AS, melawat anaknya Ismail di Mekkah. Ismail tiada di rumah. Dia sedang berburu. Hanya isterinya yang ada. Maka bertanya khabarlah Ibrahim AS kepada menantunya: Bagaimana kedaaan kalian? Maka jawap sang menantu, lebih kurang bermaksud: Payah...banyak tidak kecukupan!. Maka pesan Ibrahim AS kepada aanaknya Ismail lewat menantunya agar dia menukar jenang (bendul) pintu rumahnya. Mengerikah kita akan kiasan pada riwayat ini?
(13) Sesungguhnya, saya berkira, pasangan ganteng dan ayu adalah pasangan yang benar-benar berjasa-bakti kepada kecemerlangan ummah. Fitrah mereka yang terjadi ganteng dan ayu adalah agar mereka lebih bertanggungjawap sebagai pemimpin ummah dan keluarga. Juga sesiapun yang berfikir dan yakin mereka adalah cantik dan kacak sesungguhnya, pada bahu mereka terpikul tanggungjawap yang besar dalam melangsaikan fitrah kejadian kita: memimpin ummah dan keluarga. Sesungguhnya, cinta kita sesama manusia, apa lagi antara pasangan masing-masing adalah demi tanggungjawap tersebut, demi Allah. Kita bercinta lalu mendirikan rumahtangga, kerana kita perlu memperkukuhkan kedudukan dan martabat ummah, berbakti kepadaNya. Mudah-mudahkan tanggapan saya ini benar dan betul, saya hanya boleh menduga, Allah lebih mengetahui. SubhanaAllah.
Kuching, Sarawak
6 Sept., 2012
0 comments:
Post a Comment