.

3/9/12 LAMBAT-LAMBAT SEMAKIN BAIK UNTUK SARAWAK....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 06, 2012

Share

& Comment

Ketuanan Melayu adalah lambang keutuhan Islam pada pandangan orang Kelantan. Biar mereka tetap payah, asal jati Melayu kekal, mereka sanggup berjudi nasib jika itulah tuntutannya buat mereka. Itulah jiwa Pattani. Itulah jiwa Champa

Pilihanraya Umum ke 13 Nasional (PRU13) kalau tidak silap harus diadakan pada bulan Mei, 2013. Banyak langkah telah Najib jalankan bagi memastikan kali ini rakyat secara majoriti harus bersama Barisan Nasional (BN). Kalau boleh BN harus menang sekurang-kurangnya 70 peratus dari Kerusi Parlimen dan sangat teringgin untuk merebut kembali Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang. Sejak PRN11 Sarawak pada 2011 lepas, Najib dan Muhhyddin telah ke serata Negara berjalan dan meneliti masalah rakyat. Banyak perkara telah dijanjikan dan diusaha ditunaikan. Sense of Feeling Good sudah ada, cuma masih lembab. Saya berkira, Najib perlu sedikit masa lagi untuk menghangatkan sokongan buat BN. Namun, cubalah jangan terlalu over react. Buat saya, the upper hand should remain cool. Najib sedang berdepan dengan masyarakat Malaysia yang sudah cerdik-cerdik belaka.

(2)Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN tidaklah susah sangat. Perhatikan saja apa yang menyebabkan terkecundangnya BN pada PRU12 dulu. Jika semua itu dikenali secara tepat, dan diperbaiki dengan jujur, InsyaAllah rakyat akan bersama BN:

(a)Pertama, di Kedah, asasnya kerana UMNO pada masa itu sangat biadap kepada Dr. Mahathir Mohammed. UMNO pada masa itu sepertinya menidak jasa Dr. Mahathir kepada Kedah. Namun, tidaklah bermaksud jika UMNO junjung Dr. Mahathir ke Kedah, maka orang Melayu Kedah akan terus sokong BN. Lihat apa dan bagaimana jasanya Dr. Mahathir kepada Kedah, dan buatlah seperti itu. Tidak kisahlah jika Kedah sekarang di bawah PAS. PAS Kedah, bukan PAS betui. Saja depa nak tunjuk pada oghang UMNO supaya jangan dok biadap dengan Dr. Mahathir.

(b) Keduanya, di Selangor, pokoknya adalah silapnya Khir Toyo. Dia berkira pegawai Kerajaan tidak ada gigi. Khalid, Menteri Besar sekarang, bukanlah ahli politik handalan. Tambahan lagi sudah jelas kelemahan PKR lewat telatah takburnya Anwar. Faktor Hassan Ali akan melemahkan terus PKR. Yang diperlukan di Selangor adalah bakal MB ala Muhammad Mohd Taib-Harun Idris. Sanggup ke hulu ke hilir. Buat kerja. Betulkan banyak benda-benda kecil yang telah terbiar. UMNO hanya perlu menetang PKR dan berlembut dengan PAS. Rakyat Selangor lebih majmuk. Lebih terbuka.

(c) Ketiganya di Perak, biarpun sekarang ditadbir oleh BN namun majoritinya adalah tipis. Saya berkira, pembangunan di Perak terlalu perlahan sejak Ramlee Ngah Talib dulu lagi. Rakyat rasanya bosan dengan pemimpin bergerak macam penyu. Kawasan luar bandar di Perak, bukanlah maju sangat. Apakah pilihan BN di Perak? Untungnya di Perak ini, banyak tanah perladangan milik syarikat-syarikat gergasi. Mereka ini bolehlah digembelingkan untuk melihat bagaimana ekonomi Perak dapat digerakkan pantas. Berilah cahaya harapan kepada orang Perak. Janganlah biorkan dema semua dok menunggu dorian lamo bebenor nak berbuah. Bungapun idak nampaknya! MB Perak, saya kira membuang masa nak bergaduh dengan PAS. Biarlah anak-anak buah bertikam dengan dema semua tu, MB dan kakitangan kerajaan buatlah kerja dengan cepat dan baik. Tak payahlah nak pulau memulau. PAS ke UMNO ke, bangunkan sajele. Yang udah itu udah le.

(d) Kempatnya, Pulau Pinang. UMNO usah dok sebok pasal DAP, GERAKAN dan MCA. Kukuhkan UMNO. Biaq pi puak-puak tu bergaduh sesama dia. Kalau UMNO kuat, depa akan bersatu kembali bersama UMNO. Jaga Melayu. Melayu tak usah dok bergaduh dengan PAS. Kalau kita dok kalut bergaduh dengan PAS, apapun kita tak buat. PAS tak kuat manapun di Pulau Pinang. Awat yang nak bergaduh dengan budak kecik? Melayu Tanjung, jangan dok Boria kuat sangatlah. Bekerjalah untuk Melayu.

(e) Kelimanya Kelantan. Negeri ini sangat susah utuk UMNO dan BN tawan. Selagi UMNO dan BN tidak condong kepada menjaga kepentingan Melayu sejujurnya, maka Kelantan akan terus kekal dalam PAS. PAS padea hakikatnya menggunakan Islam untuk melindungi Melayu. Islam PAS adalah Melayu. Sikap orang Kelantan, sama dengan sikap masyarakat Pattani di Selatan Siam. Biar mereka miskin, maruah Melayu tidak akan mereka gadaikan. Gelagat Khairi Jamaluddin dan rakan-rakan PEMUDA dan PUTERI UMNO dalam PRU12 harus tidak diulangi. Biarlah Tok Pa (Mustapaha Muhammed) berunding dengan Nik Aziz Nik Mat dalam cara mereka harus berbahagi kuasa. Tok Pa kena beringat, Rajo, Tok Guru, Ore Tuo, jange sekali-sekali kita kure ajar. Tunjuk agas, tunjuk gedebe, tunjuk bere, paroklah wea. Najib dan Muhhyddin kena ikut cara Tun Abdul Razak bila berurusan dengan Nik Aziz. Kena ada hormat. Orang Kelantan melihat pada budi bahasa orang luar. Biar Najib dan Muhhyddin adalah PM dan DPM, tetapi Nik Aziz adalah tuan rumah. Namun apapun saya tidak yakin UMNO atau BN boleh menawan Kelantan, selagi gertek Kota Bharu tak siap-siap lagi! Najib kena siapkan gertek ini bangat seket. Siapakah tokoh MB UMNO bagi Kelantan? Pilihlah calon yang rakyat Kelantan hormati, bukan Mamat Gedebe, Agas, Bere, Galok. Tidaklah perlunya kura-kura, biarlah arnab berbulu bersih.

(3) Negeri-negeri lain, biarpun tidak boleh lalai, namun tekanannya tidaklah hebat sangat. Cuma, mungkin Najib kena cari tokoh yang lebih cergas dan bersih bagi Johor dan Perlis. Di Trengganu, Mat Said, kena kuatkan kerjasama dengan seluruh jentera Kerajaan dan parti. Tidak usah dok berkira pasal puak-puak sangat. Elok pakat dok nyanyi bersama Ganu Kite!.

(4) Sarawak, lagi lambat PRU13, saya berkira, lagi tersenyum lebar Abdul Taib Mahmud. Semasa PRN11 Sarawak dalam tahun 2011 lepas, kita sebetulnya dalam banyak disadvantage. Banyak pembangunan belum bermula akibat masih di awal Rancangan Malaysia ke 9 (RM9). Begitu juga pelaburan swasta pada masa itu baru hendak berkembang luas ke luar bandar. Sepertinya, pembangunan sedang mengempur penduduik luar bandar yang masih enak berkemban, maka banyak olah melatah tidak tentu hala berlaku. Kini banyak Projek-projek awam dan swasta sudah dan sedang disiapkan. Saya berkira sejak selepas PRN11 lepas, Taib sedikit memberikan laluan meluas kepada pembangunan hartanah swasta. Jika PRU13 dibuat selepas lima bulan lagi, Kuching khususnya pasti sangat berbeza. Ladang-ladang kelapa sawit juga sudah mulai mengeluarkan hasil dan rakyat mulai menerima balasan mereka. Ekonomi Sarawak berkembang baik dan peluang bagi mencari rezeki kian mudah. Saya perhatikan Mercedes Benz biar hanya siri 200, sudah banyak menjalar di jalan-jalan di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Generasi OKB sudah mulai tampak sepertinya di zaman ledakan pasaran saham dalam awal 1990an dulu. Taib, pastinya akan terus menerajui BN Negeri dalam PRU13, dan Najib tidak akan berani berjudi menurutkan keinginan untuk menidakkan Taib sebagaimana nyanyian sebahagian sebaik selepas PRN11 dulu.

(5) Sabah, lain rentaknya. Bagi rakyat Sabah, mereka ingin berpatah balik ke zaman USNO, Berjaya, dan PBS. Mereka ingin mengembalikan kebebasan silam mereka. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan mereka iri dengan kebebasan berterusan Sarawak. Namun, itu tidak seharusnya menjadi batu penghalang. UMNO yang menerajui Sabah harus melihat unity in diversity, dan perlulah kita pemipin Melayu Islam cuba melihat bagaimana di zaman dulu-dulu Muhammad SAW dan Abu Bakar As-Siddique dapat memenangi hati para penduduk seluruh Semenanjung Arab yang Jahilliah bersatu berpayung di bawah Nur Ilahi. Kita harus mengungguli Sabah sebegitu. Inilah bangsa warisan Melayu-Sulu yang punya tatabudaya tersendiri, yang pastinya sangat berbeda dengan tatabudaya Melayu-Rhiau-Sambas-Pattani. Kami orang Sabah suka bernyanyi bah. Kamu orang Semenanjung dan Sarawak suka berpantun bah. Idnak sama bah.

(6) Dalam Rangka Belanjawan 2013 yang akan Najib bentangkan sedikit masa lagi, jika dia nyata dan tegas memperuntukkan sejumlah besar belanjawan untuk Perumahan Mampu Milik Pelbagai Kategori, Sistem Pengangkutan Awam Kos-berkesan, Sistem Keselamatan Awam yang cekap, Unjuran dan Agihan Pendapat Sebenar Rakyat yang seimbang, serta sistem pentadbiran awam yang cekap dan bersih, saya yakin, rakyat akan bersama Barisan Nasional. Bagi orang Melayu, Muhhyddin perlu tampil dengan pendidikan akhlak yang lebih menyeluruh dan berkesan bagi menghadapi gengala sebagaimana dihadapi oleh Othman Affan dan Ali Abi Thaalib bilamana Abu Bakar As-Siddique dan Umar Al-Khattab memeperluaskan wilayah penguasaan Islam merentasi Arab, memasuki Parsi dan Roman. Di Kelantan, Najib bangunkan saja sistem bekalan air yang sempurna buat rakyat di negeri tersebut. Tidak elok, hendak wudhupun mereka kesusahan. Biarlah rakyat Kelantan menikmati kesegaran mandi dan berwudhu dengan puas. Tetapi, tidaklah perlu pili air itu berwarna biru. Buatlah demi kesejahteraan rakyat, umat Allah.

(7) Sesungguhnya, jika Najib sanggup berkorban sebagaimananya Tun Abdul Razak Husein, saya berkira dia akan dapat melembutkan PAS. Cuma apakah gagasan Islam yang harus dia kemukakan yang dapat memancing restu Nik Aziz. Saya berkira, penganugerahan Doktor Falsafah oleh Universiti di Solo Indonesia kepada Dr. Mahathir dan perlantikan beliau sebagai penasihat ekonomi Yaman, harus dijadikan hint yang jelas. Dr. Mahathir, tidaklah perlu hendak bersoal jawap dengan Nik Aziz sangat.


Kuching, Sarawak
6 Sept., 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.