.

5/1/14 IKUTILAH DIA.......namun kita hanya memilih apa yang menguntungkan kita!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 15, 2014

Share

& Comment

Siapakah yang diserbu kanak-kanak seperti dalam gambar ini? Dia sendiri tampak seperti anak-anak. Apakah mungkin dia sang cilik juara silat yang merangkul emas dan baru kembali dari Medan Olympik? Atau dia sekadar budak comel yang sering mencuit hati anak-anak? Perhatikan, biar anak seumuran mungkin baru tiga tahunan, begitu teringin untuk menjamah wajah keanak-anakannya dia. Siapakah dia sehingga sebegitu hebat sukanya anak-anak kepada dia?

(2) Dia sebetulnya adalah anak kelahiran FELDA di Pahang. Lahir di tahun 1960an. Pada masa itu, FELDA penuh dengan rakyat miskin dan susah. Dia pasti anak petani susah yang dikutip oleh Abdul Razak Husein untuk merdeka dari kemiskinan. Abdul Razak, tidak lain niatnya, dia tidak mahu bangsanya miskin terhina. Dia mahu bangsanya bangkit sebagai sebuah bangsa yang merdeka berdaulat dan menjunjung keagungan selaras dengan tuntutan Islam yang mereka pegang. Abdul Razak Husein, saya pasti adalah Melayu yang bekerja keras sepenuhnya untuk Melayu tanpa pedulikan kemewahan dan keselesaan diri dan keluarganya (1). Abdul Razak adalah Melayu yang benar-benar berkorban demi Melayu. Dia, mengerti hasrat cita-cita Abdul Razak. Saya pasti di zaman anak-anaknya dia bertungkus lumus berkubang ke sekolah, kemudian akhirnya melangkah masuk ke gerbang Menara Gading, Universiti Malaya. Di sana, menanam cita-cita, menghambat kegemilangan bangsa, lalu memekik melolong caranya tersendiri, sehingga akhirnya membawa dia ke London Hall sebagai artis-peguam Asia pertama melagukan the big spender di mana di masa anak-anak saya di sekolah dulu, bersama-sama teman-teman, kami ubah menjadi the big "spendel", seluaq dalam besaq. Siapa dia? Darinya mengalun Di Bumi Bertuah, Tanah Ini Tanahku, dan Warsian dari pulohan lagu-lagunya yang mendasari jiwa murni Abdul Razak Husein dan Mahathir Muhammed. Inilah saya kira, pemimpin besar, pemimpin sebenar pasti melahirkan para cendiakiawan yang berbilang kehebatannya demi cinta bakti mereka kepada bangsa dan negara. Sejak 1985, belum ada sehingga kini, sesiapa mengikuti jejaknya, dalam membangkitkan semangat Inilah Negaraku (2) secara spontan, secara bersahaja namun menjadi. Banyak yang cuba meniru kejayaannya, namun mereka hanya ingin mengikuti bahkan sekadar menumpang kejayaannnya, tidak mendasari menghayati jerih payah yang terpaksa dia lewati. Inilah dunia kini, manusia pentingkan result oriented rather process oriented. Mereka berfikir mereka adalah smart, yet they are just a fool. Mahathir, membawa Negara ini Memandang ke Timur di saat Magaret Thacher cuba memboikot Negara atas kejayaan Mahathir membuat Dawn Raid merampas Guhtie dan Sime Darby ke tangan Malaysia; semuanya adalah atas dasar agar kita melalui proses sebelum menjulang kejayaan. Apakah Najib mengerti akan ini?

(3) Samalah. Di mana-mana. Banyak nada bergauman berhujah, ikutilah dia. Yang digambar tentang manusia ikutan ini adalah kejayaannya dia. Dijelaskan akan kehebatannya dia. Kegemilangannya dia. Segala kejayaannnya dia. Segala sifat-sifat kejayaannya dia di sebut-sebut bahkan sehingga menjadi bahan tempelakkan. Namun tidak banyak yang mahu bercerita malah menganalisa yang membolehkan dia menjadi sepertinya dia. Semua, hampir semua berkata, dia adalah manusia pilihan. Dia manusia termulia. Dia manusia yang sememangnya telah ditunjuki. Apakah itu benar? Jika benar sebegitu, maka apa mungkin dapat kita mengikutinya? Sepertinya, dalam peraduan apa juga, jika telah ditentukan bahawa lawan kita mesti menang dan tidak boleh kalah, apa ada gunanya kita beradu dengan dia. Biar kita menang sekalipun, pasti kekalahan juga harus kita terima. Sesungguhnya, saya lihat, semua manusia setara dengannya tidak mereka mulia berjaya  atas dasar ditunjukki, semua jadi hebat, saya lihat setelah melalui segala proses yang perlu mereka lewati. Mereka tidak jadi sepertinya mereka pada jalan mudah.

(4) Datuknya seorang yang cekal dan jujur. Pedagang terhormat. Dari keluarga terbilang akan taraf sosialnya lantaran sikap bertanggungjawabnya, lantas, Baitullah menjadi amanah kepadanya. Datuknya punya sebuah keluarga yang amat besar. Banyak anak pinak. Di antaranya datuknya, punya seorang anak yang agak pendiam, lembut namun tetap beperkerti mulia. Biar ayahnya adalah hartawan namun dia hanyalah seorang yang sangat sederhana. Yang ada padanya hanyalah pekerti mulia, taat akan orang tua, serta sangat tampan. Lantas, dipertemukan jodoh baginya, gadis rebutan red spot yang sangat ayu, hidup paling sederhana, juga berpekerti mulia. Pasangan ini, kemudian terpisah, atas perintah bapanya agar si anak pergi berdagang, buat julung-julung kalinya. Pasangan ini harus punya jalan hidup sendiri. Berdagang adalah darah daging keluarga ini, maka si anak ini tidak terkecuali. Demi keluarga dia merempuh padang pasir ke Sham, lalu kemudian terus tidak kembali lagi, kepada isteri sarat mengandung. Sang isteri, ibunya dia, menanggung hidup dalam penuh kepayahan tanpa suami, menjanda dan itu dia persaksikan sendiri akan perit hidup ibunya membesarkan dia. Tanpa sang suami, ibunya menderita terus. Hisup dalam bayang derita yang tidak berketandusan. Namun, derita ibu tidak lama, kerana dia juga mengiring suaminya pergi untuk selamanya. Lantas dia kemudian dipelihara oleh datuknya dengan penuh kasih sayang, disiplin, cekal mengembara di padang pasir membunuh biar masih anak-anak, belajar berdagang dengan penuh kejujuran. Sebagai yatim piatu, setidak-tidaknya dia dihargai oleh keluarga dan kaumnya sendiri lantaran perlindungan datuknya yang berpengaruh. Inilah maksud: Al Quran 93:6&9 Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu; Adapun terhadap anak yatim, jangan kamu perlakukan sewenang-wenangnya. Allah mendamaikan hatinya yang resah, namun tetap dia diperingatkan tahulah diuntung, sadarlah diri, jangan lupa daratan.

(5) Namun, perlindungan datuknya juga tidak kekal. Datuknya pergi saat dia paling memerlukan perlindungan. Saat sedang remaja dia diambil dipelihara oleh pamannya yang paling dhaif. Di situ, dia belajar untuk hidup tabah sebagai seorang dhaif. Lalu kedhaifanlah yang mendidik dia untuk memerhati sekeliling. Di sana sini dia melihat keonaran dan kebodohan. Dungu, degil, biadap, sombong, riak, haloba, dengki, khianat, bakhil kikir dan segala nafsu binatang serakah rakus liar menjalar dalam tubuh manusia-manusia di sekelilingnya. Dia yakin, kehancuran bakal mendepani kaumnya. Dia binggung. Dia takut. Dia keliru. Dia mencari-cari. Dia ke gunung, berulang-alik ke Jabal Nur. Dia menyendiri. Dia berfikir. Dia menemui, dia ingin bersuara. Namun, apa ada kepada seorang yang daif miskin. Siapa mahu pedulikan dia? Biar dia menangis, biar dia menempek, biar dia merayu, pasti gugur segala teguran dan nasihat bagai air hujan menetes di daun keladi. Lu siapa mahu mengajarin gue!.

(6) Namun badan bertuah sering bersamanya. Seorang wanita usahawan berjaya mahukan dia menjadi suaminya lalu mengurusi segala soal dagang dan hartanya. Seorang janda, tetap bergetah, kaya, berkedudukan, berpengaruh, menjadi intipan banyak, berpekerti mulia, memilih dia yang miskin dhaif menjadi suaminya. Sesungguhnya, bukan dia gifted sebagai berbadan bertuah, dia telah berkorban banyak penuh sengsara untuk menjadikan dirinya berbadan bertuah. Sifat cekal, jujur, bertanggungjawab, prihatin, berpekerti mulia hasil didikan kemiskinan dan kedhaifan yang tidak berperilah yang telah menjadikan dia sebagai berbadan bertuah. Ianya bukan free gift. Dia berkorban dan terkorban untuk mendapat apa yang terhak baginya. Dia manusia yang tidak ada masa bagi kehidupan duniawi. Dia lebih khuatir akan mandiri kaum dan bangsanya. Biar setelah menikah, dia menjadi hartawan namun dia tetap mencari-cari di mana silap lemah duduk bangsanya? Syukur, niat baik, cara baik, Allah pasti akan sentiasa dekat. Lantas, Nur Ilahi mendatang kepadanya. Al Quran 93:7-11 memperingatkan dia: Dia mendapatimu sebagai seorang yang binggung, lalu Dia memberikan pertunjuk; Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberimu kecukupan; Adapun orang yang meminta bantuan, maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan dan zahirkan sebagai bersyukur kepadaNya. Sesungguhnya, saya memperhitungkan, adalah Allah  pulang paku buah keras ke atasnya yang menjadikan dia terus zuhud sehingga ke akhir hayat. Syukur, sang isteri biar sebelumnya hidup sering bermewah-mewah, mendokong dia pada jalan yang dicari dan ditunjukki. Sang isteri berkorban sama mendokong bakti tulinnya kepada Ilahi.

(7) Dia tidak sesekali lupa daratan. Dia tidak bermewah, biarpun dia mampu dan boleh. Biar di saat dia paling berkuasa, dia tetap memilih jalan zuhud. Sehingga anaknya yang paling dia sayangi bersama sang menantu yang paling berjasa kepadanya, biar hanya sekadar memohon seorang pembantu rumah dari kalangan hamba tawanan perang, dia tidak membenarkannya. Dia hanya meminta mereka hanya berzikir kepada Allah. Yakin kepada Allah sepenuhnya, selagi mereka benare dan jujur, Allah akan terus bersama mereka. Cukup sekadar itu. Yakin akan sebegitu. Dia tidak sekali-kali pernah membelakangkan Ummah. Di saat-saat akhir hidupnya, tidak lain yang dia khuatiri, hanyalah umatnya. Sehingga Jibrail meyakinkannya tentang keselamatan Umatnya maka baru dia redha rohnya dicabut pergi. SubhannaAllah. Sebegitulah pengorbanannya kepada Umatnya.

(8) Demi Islam, demi peradaban mulia manusia, dia menumpah keringat, tangis, darah dan mengadai harta, kemewahan, keselesaan, dan nyawa agar Islam menjadi penyelamat kita umat manusia biar sehingga ke Nusantara ini, menerobosi jiwa-jiwa tahyul, kerdil, bermusuhan, berbunuhan, berpecah belah, sehingga terjajah oleh segala macam khurafat yang mengundurkan martabat kemanusiaan kita. Islam, yang dia bangun dan kembangkan menyelamatkan kita dari kehancuran sama dengan segala macam kehancuran yang bangsanya akan hadapi jika tanpa Islam. Dia berkorban segala seluruhnya sehingga kepada kita, biar kita tidak sekaum sekerabat sebangsa setanah tumpah bersamanya. Dia berkorban merentas segala sempadan batas strata kemanusiaan. Cuma mungkin, kerana Islam yang kita terima adalah Islam yang 700 tahun telah sempurna, suatu hadiah bergolek mendatang tanpa ada perjuangan maka kita meladeni Islam sekadar seadanya. Kita tidak membatini Islam pada jalan intipati sebenarnya. Dia juga kita kian lihat sebagai hanyalah seorang manusia berjaya sepertinya manusia-manusia berjaya lainnya. Kita kian tidak menghayati, maka, kita tidak pernah kenal dia secara terperinci mendalam. Lantaran itu, maka Islam yang dia bawa, dan Islam yang kita amal kian berada di dua jalan yang tidak seiring dan bertemu. Semuanya lantaran, jalan pendidikan Islam kita kian kita sempitkan atas dasar untuk memenuhi haloba serakah dengki bakhil yang terus mengakar dalam jiwa-jiwa para penguasa di mana saja. Astarfirullah.

(9) Maka saya melihat, Maulidur Rasul dirayakan saban tahun, untuk memperingatinya di mana-mana bukan untuk membatin jalan perjuangannya dia, melainkan kian menjadikannya sebagai tarian merak yang gian untuk mengawan. Ingatan kita kepadanya punya puncak dan bermusim, lantas cara kita berjuang juga kian seperti tarian merak timbul hanya di musim mengawan. Soal saya, jika jalan ini paling bagus pasti telah tertanam Islam sebati dalam diri kita kerana kita sudahpun lebih 800 tahun dalam kendung Islam, namun sifat-sifat Jahilliah masih bahkan kian semarak dalam masyarakat kita. Kenapa? Saya memperhitung cara dan intipati pendidikan Islam yang kita jalani dan terus-terusan amali dari nenek moyang kita dulu, sangat menyempit sama sepertinya kita di zaman penjajah. Otak, citarasa, segalanya kita terus masih terjajah tidak merdeka bebas sepertinya yang Allah tuntutkan ke atas kita.

(10) Banyak, saya lihat, menjejaki Muhammad SAW, bukan di jalan perjuangan baginda, banyak memilih mengikuti baginda untuk diperakui hebat sepertinya baginda lantas, banyak berpilih-pilih meneladani sifat-sifat dan prilaku baginda yang mereka selesa dan sangat menguntungkan, mereka tidak meneladani jalan perjuangan Muhammad SAW pada landasan sebenar-benarnya. Nafsu haloba, riak, bakhli, kikir,dan berpura-pura masih terlalu tebal belum Islam dapat kikiskan.

Nota:
Dalam suasana Negara diselubung kesedihan di atas kembalinya dia ke Rahmatullah, saya terbaca sebuah rencana di akhbar perdana, betapa di saat dia menghembuskan nafasnya, dia tidakpun memiliki sebuah rumah untuk keluarganya melainkan kediaman rasmi yang cukup sederhana yang disediakan Kerajaan buatnya. Juga di saat sebegitu, dia hanya meninggalkan sekitar RM8,000.00 dalam akuan simpanannya. Dia seorang Perdana Menteri, dia mampu, namun dia memilih untuk menghambakan diri menjadi rakyat. Jika gagasan Rakyat diDahulukan Najib hendak ianya diterima dibatini oleh semua penguasa pimpinannya, inilah teladan terdekat buat Najib. Cuma sayang, tidak Najib akan berani menjejaki langkah sebegini Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Najib hanya akan berpilih-pilih. Maka yang lain pasti lebih memilih-milih. Guru kencing berdiri, pasti murid kencing berhamburan berlari-lari.

Terasi, Simunjan
18 Januari, 2014

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

5 comments:

Abdullah Chek Sahamat said...

Seorang teman membangkitkan kepada saya, betapa saya sering menuduh, Islam yang kita mengertikan kini adalah kulitnya sahaja, face value. Dia meminta saya menjelaskan secara lebih terang akan maksud tuduhan saya itu. Di ruang ini, saya cuba menjawab teguran atau saran beliau. InsyaAllah.

(2) Pertama, saya belum Islamis sepenuhnya. Saya hanya sedang meniti, menguak-nguak pada jalan pencarian yang sangat panjang. Apa mungkin saya akan kesampaian ke akhir jalan yang benar? InsyAllah, saya berusaha ke arah itu. Lantaran itu, saya bukanlah pendakwah , juga saya bukanlah pendidik. Saya tidak dan bukan pakar dalam prihal Islam. Hakikatnya dari kacamata psychology saya sekadar sedang doing my self experiment, searching. Saya melihat, Islam amalan kebanyakan orang Melayu khususnya masih pada tahap kulitnya sahaja, lantaran inti pati dan cara didikan Islam terlalu menekankan prihal kulit.

(3) Saya berkata sebegitu, contohnya bila diseru untuk meneladani sifat-sifat dan prilaku Muhammad SAW, kita lebih mengenengah dan memperincikan segala sesuatu yang dekat, mudah dan sangat menguntungkan kita. Contohnya, prihal wanita. Sering kita didendangkan akan sifat Muhammad SAW yang sangat prihatin kepada wanita. Dia menyayangi wanita. Dia bersikap lembut sopan terhadap wanita. Dia penuh bertolak ansur terhadap wanita. Kepada wanita bergelar isteri, Muhammad SAW sering diceritakan paling sopan tertib, sehingga dia mendulangi dan makan sepinggan, minum secawan bersama isterinya. Aishah RA umpamanya sangat Muhammad SAW sayangi, sehingga bila Muhammad SAW hendak sholatpun, saat Aishah RA sedang tidur (baring) sehingga terjulur kakinya ke tempat sujudnya baginda, namun baginda hanya menolak lembut kaki Aishah RA. Baginda tidak membangun atau menyergah Aishah RA. Baginda sangat toleransi. Hakikatnya, itulah tuntutan keadaan sewaktu itu benar dan perlunya sebegitu. Kita kena ingat, itulah waktu dan keadaannya Islam tengah terbangun. Segalanya harus menjurus kepada psy-war agar Islam mudah diterima. Muhammad SAW perlu menunjukkan teladan yang paling tepat dari kebalikan segala sifat-sifat Jahillaih pada masa itu. Muhammad SAW berbuat dan bersikap sepertinya baginda tunjukkan adalah demi Islam, bukan demi perempuan. Tidakkah ianya sebegitu? Ingatkah kita bagaimana Arab Jahilliah meladeni wanita, anak-anak perempuan, para janda, wanita-wanita tua, juga para perawan?.....

Abdullah Chek Sahamat said...

(4) ..... Cuma, bila itu semua kita tekankan kini, caranya kita membaca itu sudah menjadi lain. Sebabnya, kita tidak mampu menganalisa context tututan ke atas sifat-sifatdan prilaku Muhammad SAW pada waktu itu berbanding dengan zaman kini. Kini, sifat lembut sopan penuh kasih sayang suami kepada isteri, sudah menjadi tututan hak bukan atas sifat melakukannya semata-mata kerana keikhlasan demi Islam. Kita campur baurkan, tuntuan nafsu Kapitalisma dan tuntutan sebenar Islam. Islam kian kita duakan. Dalam dunia moden Barat, sang suami, mesti mengasihi, menyayangi, mencitntai sang isteri. Caranya, harus cara kini, bukan cara Muhammad SAW. Cara kini bagaimana, kena puja puji selalu. Kena hadiahkan selalu. Sediakan segala kemewahan. Raikan cinta kasih sayang semeriahnya. Kena ingat Hari Lahir, Hari Valentine, Hari Pernikahan. Kena ke dapur. Kena jaga anak. Kena kemas rumah. Bila berbuat apa saja, isteri mesti kena tahu. Kena segala kena. Jika tidak, maka jadi tidak kena, maka kenalah. Inilah apa yang saya kira sebagai cinta kasih sayang menuntut. Tidakkah itu sama dengan cinta kasih sayang peminta sedekah, jika tidak cinta kasih sayang pemeras ugut, dan atau cinta kasihg sayang penghambaan? Apakah perkara ini tidak terjadi kepada Muhammad SAW? Tidakkah Aishah RA adalah isteri baginda yang paling cemburu? Tidakkah kerana sifat-sifat cemburunya Aishah RA, maka timbul fitnah ke atas baginda? Tidakkah pernah suatu ketika, baginda mengasingkan diri dari semua isteri-isteri baginda selama sebulan, lantaran sifat cemburu dan keonaran sebilangan isteri-isteri baginda? Namun Muhammad SAW hanya mengambil sikap mengasingkan diri. Tidak berang. Tidak menceraikan sesiapa. Maksudnya apa? Pasti semua akan berkata, begitulah hemahnya Muhammad SAW. Memang benar, tetapi berhemahnya baginda, untuk apa? Adakah demi Aishah RA, demi Habshah RA dsb? Saya yakin tidak. Kita harus ingat, saat baginda menceraikan Habshah RA, Allah perintahkan Jibrail untuk campurtangan menasihatkan agar baginda segera rujuk? Untuk apa, adakah demi Habshah RA? Juga tidakkah kita ingat, semasa baginda Israq Mikraq, saat baginda berpaling melihat pintu Neraka, siapa yang baginda nampak berduyun-duyun sedang diasak masuk ke Neraka? Tidakkah baginda kehairanan kenapa wanita paling banyak jadi penghuni Neraka? Apa maksudnya ini? Juga di dalam Al Quran, Allah ada menceritakan prihal Ismail dan isterinya yang merungut tentang keperitan hidupnya di Mekah. Apa maksudnya? Dalam context kini, bagaimana seharusnya kita melihat kisah dan teladan itu? Juga di dalam Al Quran, Alla jelas biar hanya sekali memberi amaran, perkara-perkara yang menjerumus lelaki ke Neraka ada tiga iatu isteri (perempuan), anak-anak dan harta. Apa makusud Allah memaktubkan amaran sebegitu? Apa kaitannya yang seharusnya para pendidik Islam jelaskan tentang wanita dan cara kita menjaga wanita: menyintai menyayangi mengasihi wanita dalam context ayat ini pada masa ini?....

Abdullah Chek Sahamat said...

(5)....Sesungguhnya, suatu hari saat Muhammad SAW sedang memberi didikan Islam kepada sekumpulan wanita, maka datanglah Umar Al Khataab mengunjungi baginda. Saat terdengar saja suara Umar Al Khataab, maka terdiam bisulah para wanita-wanita tersebut berbanding mesra dan akrabnya mereka tadinya. Di atas kejadian itu, Muhammad SAW hanya tertawa lucu. Umar, seperti selalunya Umar berkata kepada wanita-wanita itu: ”Heran kenapa kamu lebih takutkan aku dari Muhammad SAW”. Apakah maksud sebenarnya kejadian itu? Ada yang mentafsir, itulah perbedaan Muhammad SAW dan Umar, Muhammad SAW sangat lembut sopan, tetapi Umar keras tegas. Sebegitulah, banyak yang saya dengar dan terus dengar caranya kita menyampaian pengajaran kita kepada sesiapa. Namun, tidak pula kisah sebegitu, dikaitan dengan peristiwa pekembumian Umar Al Khataab, di mana saat jenazah beliau dibawa masuk ke rumahnya Aishah RA, Aishah RA secara mendadak mengenakan jiblabnya. Apa maksudnya? Kita tidak dapat mengait segala perihal ini kepada tafsiran Muhammad SAW terhadap Umar Al Khataab dari mimpinya berkait dengan dua lelaki seorang tua dan seorang gagah perkasa sedang mencebuk air di perigi. Juga Muhammad SAW pernah bermimpi (?) memberikan susu minumannya kepada Umar. Juga kita tidak secara bijak mampu mengait, bila Umar mati terbunuh, maka para sahabat berkata”Telah runtuhlah gerbang pintu Islam”. Juga, di saat Muhammad SAW kelihatan terganggu tidakkah Abu Bakar Ass-Siddique dan Umar Al Khataab akan meluru mendapatkan penjelasan dari Aishah RA dan Habsah RA akan tuntutan mereka kepada Muhammad SAW, serta apakah amaran mereka ke atas anak-anak mereka? Adakah Abu Bakar dan Umar melalukan itu demi anak-anak mereka atau demi perjuangan Islam yang tertanggung kepada Muhammad SAW?....

Abdullah Chek Sahamat said...

(6)....Juga, saat Fatimah Azzahrah, anak kesayangan baginda, dan Ali Abi Thalib, bukan sekadar menantu, namun adalah darah daging baginda sendiri, anak buah, anak angkat, meminta belas kasih baginda untuk membahagikan biar hanya seorang hamba sahaya dari tawanan perang untuk membantu Fatimah dalam urusan rumah tangganya, apakah jawab Muhammad SAW? Apa maksud disebalik penafian kemewahan biar hanya sekelumit Muhammad SAW kepada kedua manusia-manusia yang paling baginda kasihi? Sesunguhnya, banyak riwayat tentang penafian tuntutan isteri dan atau wanita yang dilakukan oleh Muhammad SAW, para sahabatnya serta para cendiakiawan Islam selepas mereka, namun itu tidak dikaitan secara jelas saat kita bercakap tentang cara wanita harus diladeni. Inilah apa yang saya kira, cara dan inti pati Islam yang kita didik kepada anak bangsa kita, adalah sekadar kulit. Lantaran itu, akibat pertembungan dengan dunia Barat, kita jadi keliru, kita sekadar Islam pada kulit namun Kapitalis di jiwa, jasad kita Islam (?), roh kita tebal Kapitalis.

(7)Sesungguhnya, Muhammad SAW, begitu juga Abu Bakar Ass-Siddique, Umar Al Khatab, Usman Affan, Ali Abi Thalib, bahkan Umar Abdul Aziz, cinta kasih sayang mereka kepada wanita (anak-anak, isteri dan wanita seluruhnya) adalah hanya demi Allah, Islam. Saya terbaca keluhan Umar Al Khataab semasa mendangi isterinya "Jika aku tahu, anak yang bakal lahir ini tidak taat kepada Allah, pasti aku tidak akan menyetubuhi isteriku". Mereka mencintai menyayangi mengasihi anak-anak, isteri, perempuan sahaya, bahkan perempuan seluruhnya, pada batas agar teguh Islam dalam diri mereka kerana mereka mahu mereka itu ikut sama ke Syurga akhirnya. Mereka mencintai menyayangi mengasihi para wanita, bukan pada jalan kelalaian duniawi, tetapi demi teguhnya Islam....

Abdullah Chek Sahamat said...

(8) Saya tidak menafikan, banyak juga mengambil kesempatan, mentafsir ayat-ayat Al Quran serta Sunnah Muhammad SAW mengikut context sendiri sehingga memperhambakan para wanita demi nafsu masing-masing. Di mana-mana kita kian melihat wanita kian memberontak terhadap Islam lantaran Islam adalah gender chauvinist. Inilah, sekali lagi, saya tetap pada pendirian saya, kecelaruan kita, tidak lain adalah kerana cara dan inti pati pendidikan Islam kita adalah skin bias, face value based kulit, kulit, kulit segala.

(9) Terfikir dalam benak saya, kenapa Allah jadikan Adam AS terlebih dahulu berbanding Hawa? Kenapa tidak Hawa dulu, kemudian baru Adam sepertinya Mariam dulu baru Isa AS? Kenapa pula Hawa dijadikan dari rusuknya Adam, tidak dari sepertinya Adam AS, dari tanah dan debu, atau mungkin dari isi punggungnya Adam AS? Juga, Adam AS dijadikan untuk siapa dan apa? Sedang Hawa, dijadikan untuk siapa dan apa? Pasti ini ada kaitan dengan batas hak dan tangungjawab masing-masing. Pendidikan Islam kita sangat sempit, tradisi, dan atas kepentingan tertentu sahaja. Nasrani dan Yahudi, sepertinya peringatan Allah, Tidak mereka akan pernah berdiam diri, melainkan terus berusaha menghancurkan Islam, mereka menghancurkan kita di atas kesempitan cara dan inti pati pendidikan Islam kita. Mereka sekadar menagguk di air keruh. Kita mudah sekali mereka kelirukan! MasyaAllah. TQ

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.