.

6/1/14 MAKANAN MAKANAN MAKANAN.....cara Chief Chef Najib menyediakannya

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 22, 2014

Share

& Comment

Muhammad SAW berpesan, hampir-hampir kepapaan itu membawa kekufuran. Kepapaan beringan dengan perut berkeroncong Lalu ingat apa pesan Muhammad SAW selanjutnya? Tidakkah dia berpesan: Janganlah kamu tidur lena, sedang tetangga kamu tidur dalam keadaan perutnya berkeroncong. Juga, bila Hukum Hudud hendak dijalankan ke atas mereka yang mencuri, sebab musabab kenapa dia mencuri harus terlebih dahulu dihalusi. Umar Al Khataab, juga kemudian diikuti oleh Umar Abdul Aziz, betapa mereka sangat takut untuk menduduki kerusi Khalifah, kerana setiap kegagalan dan penderitaan rakyat, merekalah terlebih dahulu yang akan Allah persoalkan di akhirat kelak. Dari empat perkara yang saya utarakan, sebetulnya itulah tujuan asas Ekonomi dan atau Negara Islam. Negara, Penguasa tidak boleh membiarkan rakyatnya menderita lepas dari tanggungjawap Negara. Mungkin, dalam Perlembagaan Negara, kita harus semak semula supaya ada pernyataan, bahawa tanggungjawab asas Negara Adalah untuk menjamin hak rakyat untuk hidup cukup makan, pakai, kediaman, keselamatan, kesihatan, pendidikan dan berkeluarga. Jika perlembagaan Amerika, dalam Amendment #1, mereka meletakkan secara jelas tanggungjawab Negara ke atas the People Right maka kita seharusnya juga harus ke depan memastikan pertama-tamanya Negara mesti menjamin Rakyat Hidup Dalam Kecukupan Asas, the Pepole has the right to the affordable basic needs.

(2) Saya sebetulnya kasihan melihat Najib dan tenteranya kemaruk cuba menantang kenaikan harga barang asas di pasaran. Ke hulu ke hilir, bersinsing lengan ke pasar-pasar, sehingga ke London, namun akhirnya tersembullah pernyataan anti-climax: "Kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan, terutama di musim tengkujoh ini". Tidak lain alasannya, letak kesalahannya kerana Allah. Banjir, hujan menyebabkan harga barang naik. Benar-benar kita perlu mengucap Astafirullah atas pernyataan sebegini. Tidak berakal langsung pernyataannya. Sesungguhnya, Najib saya lihat sangat denial person. Dia menafikan, kerja Kerajaan dalam menangani harga tidak terkawal bahan makanan adalah bersifat bermusim. Lihat sedikit masa dulu (2010?), masa Vietnam, Thailand dan Indonesia tidak kecukupan beras untuk memenuhi keperluan eksport. Kita kemaruk sehingga Kerajaan mengarahkan Sime Darby untuk membuka ladang padi di Kemboja dan Afrika. Musa Hitam bukan main hebat bunyi Press Release beliau. Begitu juga Kementerian Pertanian Malaysia berkemaruk mencari tanah di Sabah dan Sarawak. Saya sendiri telah berbincang dengan Taib Mahmud akan keperluan ini, dan siap menyediakan beberapa kawasan untuk tujuan tersebut. Namun kemudian, bak kata orang Simanggang :Abu duak suduk pun sik do; Habukpun tarak. Kata orang Iban, Nyau, luput sampe dia tok, nadai rita; Gone, death to this day!.  Sesungguhnya, inilah apa orang Melayu dulu-dulu kata: Pelanduk boleh lupakan jerat, jerat terus mengidam pelanduk. Najib boleh lupa, rakyat tidak akan lupa.

(3) Suatu waktu, Kerajaan berkata: Kita akan kurangkan subsidi, hasil dari penjimatan akan kita guna salah satunya untuk mengeluarkan makanan. Perkara ini padam sebegitu saja. Yang timbul kemudiannya (2011), kisah NFC, yang seharusnya menjadi nadi pengeluaran daging dan susu Negara, tetapi melesapkan RM250.00 juta ringgit. Juga kalau tidak silap sekitar akhir tahun lepas (2013) Najib mengkhabarkan Negara membelanjakan sekitar RM43,000,000,000.00/tahun untuk pelbagai subsidi di Negara ini. Paling menarik, belanja Pembangunan bagi 2013 adalah sekitar RM49,000,000,000.00 sahaja. Di manakah letaknya keperluan belanja subdidi diperuntukkan? Adakah ianya dikategorikan sebagai belanja Mengurus atau Pembangunan. Jika perutukan tersebut adalah dalam Belanja Pembangunan, maka patutlah Negara kita sudah kian menjadi Negara Mengundur, tidak dan Bukan Negara Membangun apa lagi Negara Maju.

(4) Sejak dari zaman Subsistence Economy di tahun-tahun 1960an kepada Import Substitution Economy di tahun-tahun 1970an sehingga Subsidised Agro-Capitalism, amalan sistem-sistem ini tidak membawa kemajuan apa lagi kemakmuran. Malah rakyat, petani kecil khususnya terus jadi hamba. Buktinya, di Filipina, Latin Amerika, kini kembali di Indonesia dan Malaysia, rakyat kebanyakan bukan semakin makmur tetapi semakin tersepit hidup mereka. Households' Purcahsing Power Growth tidak selari dan atau lebih tinggi dari Market Price Growth.

(5) Sedikit masa lalu saya pernah menulis, jika Kerajaan benar-benar tekad untuk membasmi kemiskinan dan selanjutnya mengatasi masalah Bekalan Makanan Negara, kenapa tidak dirangka dan diusahakan secara strategik sekitar RM5,000,000,000.00-10,000,000,000.00/tahun untuk menjadikan Jelapang Padi di Kedah, Perlis, Kelantan, dan bahkan Selangor (juga di Sabah dan Sarawak) bukan sekadar kawasan jelapang padi tetapi Agro-Industrial Zone. Saya yakin jika ini dapat dijalankan, InsyaAllah sekitar 5-10 tahun, kita pasti akan jadi sangat lain. Sayapun hairan, apa sebenarnya yang dilihat oleh Najib, Muhhyidin dsb merayap ke seluruh dunia, tidakkah mereka belajar bersungguh-sungguh bagaimana caranya Belanda, Jerman, Israel, Australia, dan New Zealand dalam bidang pengeluaran makanan? Mereka tidak sekadar mengeluarkan makanan, mereka menjadikan ianya sebuah industri yang sangat berjaya. Sayapun hairan, pegawai kita, kedutaan-kedutaan kita berada di merata dunia, apa, kerja mereka? Inilah bila pemipin buta, pekak dan bisu yang lain-lain pasti hidup tetapi mati, bangkai bernyawa.

(6) Juga, saya hairan apa sebenarnya yang dihambat oleh Najib ke Gaza? Menjengah rakyat Palestine yang menderita? Belanja Najib ke sana, jika diguna untuk kebajikan mereka pasti akan lebih bermakna. Inilah, saat para artis ke Gaza, Najibpun ke Gaza, natijah disebalik kata, apa sebetulnya? Walau bagaimanapun, jika Najib boleh sedikit berfikir and do a mile ahead dia seharusnya mendapatkan taklimat terperinci dari Kementerian Pertanian Mesir, Syria-Iraq, Indian dan China tentang governance and technology of the Nile, Euphrates, Ganges and Yang Tze Civilizations dalam agro-industries mereka. Atau paling tidak, cuba selidiki bagaimana kaum Champa di zaman Kerajaan Annam di Vietnam boleh menghasilkan hasil padi yang sangat tinggi lalu membawa kemakmuran kepada mereka sehingga akhirnya menimbulkan iri kepada bangsa Viet dan China? Sesungguhnya, kita hanya perlu menyelidik, Allah telah tunjukkan bagaimana Dia menbangun kota, padang tanaman dan ternak hanya kerana semua tidak patuh kepadaNya, maka semua akhirnya terlaknat.

(7) Kementerian Pertanian bahkan apa juga Kementerian, biar si Khairi Jamaluddin menunjuk sebok macam mana sekalipun bersinsing lengan di setiap pasar di seluruh Negara, selagi restructuring our delivery and governance system tidak dibuat dengan tepat dan jujur, kita akan tetap di takuk lama. Apa sudah jadi dengan GTP si Idris Jala? Saya sudah muak mendengar cerita sedap FAMA, LKIM, dsb. Najib dan Muhyiddin, sudah tiba time up for you to just  talk to make the Nation feel good, yet nothing much are good. Let start thinking strategic and be honest to ourselves if not to the rakyat. Segila-gila Sanusi Junid, setidak-tidaknya dia dapat mengantikan import kubis, brocholi, lobak, dsb dengan ulam raja, petai, jantung pisang, dsb juga menjadikan beruk di Trengganu dapat gaji lebih kerana dapat memetik kelapa muda. Apa lagi Orang Asli, petai jadi golden crop mereka yang sebelumnya adalah makanan orang kampung memalukan. Sebetulnya, popularity and politic are clouding Najib heart badly, worst for his soldiers.. Mudah-mudah di bulan Ramadhan nanti, dan atau bila-bila dia buat Umrah, minumlah air zam-zam banyak-banyak. Mudah-mudahan Allah sucikan hatinya agar benar-benar bekerja untuk rakyat. InsyaAllah, semua kita berdoa.

Kuching, Sarawak
22 Jan., 2014

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

2 comments:

Anonymous said...

Sdra mengatakan Najib adalah pemimpin yang tidak pandai , tidak bijak, tidak baik.Apa kurangnya saudara ketika menerajui agensi kerajaan? Banyak blunders yang dilakukan sehingga ramai senior officers letak jawatan, dan akhirnya sdra sendiri disuruh berhenti dari memegang jawatan?Tetapi di dalam penulisan blog ini sdra menunjukkan bahawa sdra telah banyak menyumbangkan bakti terhadap masyarakat, ekonomi dan pembangunan di negeri kita. Baru baru ini saya sempat mendengar mengenai pucuk pimpinan yang baru terpaksa 'rectify' semua blunders yang telah dilakukan. Banyak yang mengikuti blog ini tidak tahu akan perkara sebenar kerana banyak dikaburi dengan cara penulisan yang efektif.Memang sdra berbakat menulis, banyak pengetahuan kerana rajin membaca dan luas perjalanan. Cuma kadang kadang saya kira di mana letaknya kita kalau kita hanya menunding jari kepada yang lain tetapi kurang muhasabah diri sendiri. Petang ini rakan rakan juga sibuk bercerita mengenai penglibatan sdra dengan perkara-perkara di luar jangkaan. itu saya tidak pasti.

Abdullah Chek Sahamat said...

Terima kasih. Sejak dari 2009, bila saya menulis mengkritik saya tidak bertopeng. Itu adalah dalam tempoh tiga tahun semasa saya masih berjawatan. Saya tidak pernah menulis dan atau mengkritik atas dasar baling batu sembunyi tangan. InsyaAllah, saya akan terus berdiri atas sikapnya saya, sanggup berjalan biar sendiri.

(2) Saya tidak mengkritik atas stray bullets. Saya juga mengkritik, tidak untuk menjatuhkan. Jika sdra/i boleh memerhati, Al Quran itu banyak kandungan perlaknatan. Namun Allah, berbuat sebegitu, bukan untuk melaknat sembrono, melainkan demi mengingatkan dan memberi amaran.

(3) Buka topeng sdra/i dulu, kemudian baru boleh kita berbicara secara benar, jujur dan ikhlas. TQ

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.