.

7/1/14 GAJAH SAMA GAJAH BERCAMPUR BADAK BERTEMPUR.....pelanduk terjengkang di tengah.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 25, 2014

Share

& Comment

Sekitar Ogos, 1992 saya dan beberapa orang teman telah dihantar berkursus dalam Natural Resource Management di Institut Teknologi Asian (AIT) di Bangkok. Sebetulnya, kursus itu adalah tentang cara pengunaan Teknologi Remote Sensing (RS) dan Geographical Information System (GIS), dua teknologi ketenteraan dalam application pemetaan mengantikan sistem Gambar Udara Arial Photo. Kursus tersebut memakan masa sekitar empat bulan. Kampus AIT adalah di Utara Bangkok, sekitar 120-150 KM, di Rangsit (?). Namun bila hujan lebat, perjalanan dari Bangkok ke AIT boleh mengambil masa sehingga 5-7 jam.

(2) Kebetulan tempat kajian lapangan bagi kursus ini adalah di wilayah Kanchanaburi, di sebelah Barat Laut iaitu sekitar 150-200 KM dari Bangkok menghala ke sempadan Myanmar. Saat saya dibawa melawat ke The Bridge Over the River Kwai, betapa saat itu, saya begitu terharu melihat longgokan tengkorak mangsa kekejaman Jepun dalam pembinaan Landasan Keretapi Maut Bangkok-Y(R)angoon. Sesungguhnya, datuk saya, Kechut Othman bersama rakan-rakannya, suatu waktu telah ditipu lalu dilarikan Jepun untuk dibawa bekerja sebagai boroh paksaan di situ. Namun, semasa mereka sedang merentas hutan, kebetulan ada sepohon pokok besar tumbang, lalu dia dan beberapa teman menyelinap sembunyi ke dalam rongga pokok tersebut. Mereka bersembunyi di situ untuk beberapa hari dalam keadaan kesejukan dan kelaparan yang teramat sangat. Takdir menyebelahi mereka, mereka terselamat dari risikan berterusan Jepun, dan dia akhirnya lalu merantau sehingga ke Kampung Telekung, Kuala Kria, Kelantan sebelum datang ke Kuching. Saya tidak menduga, Allah meluangkan saya menjejaki kesengsaraan datuknya saya di kedua-dua tempat ini. SubhannaAllah.

(3) Sungai Kanchanaburi serta kawasan sekitarnya memang sangat indah. Asli. Dingin. Hijau. Tradisional. Di sini, sama seperti di Kuala Krai, Kelantan, sebilangan penduduk berumah rakit. Sebahagian dari rumah rakit ini adalah restoran yang sangat mengasyikkan jika kita makan di sana. Namun itu semua, kurang menarik perhatian saya. Apa yang bermain dalam benak saya, adalah betapa miskinnya rakyat di sini.

(4) Sebelumnya, saya banyak membaca tentang kejayaan Thailand di bidang agro-industri. Maka, saat saya ada kesempatan berada di sana, saya menanam tekad untuk mengkaji bagaimana sistem R&D mereka sehingga mereka begitu maju. Di Kanchanaburi, saya sempat mengkaji sosio-ekonomi masyarakat penanam ubi kayu serta kayu jati. Memang miskin gila. Pendapatan tahunan mereka cuma BT5,000.00/tahun. Melihat angka itu, saya berulang kali menyemak data-data perkiraan saya dan bertanya dan terus bertanya kepada Achan pensyarah dan pembantunya akan kesahihan angka itu. BT5,000.00/tahun/keluarga adalah bersamaan dengan BT416.00/bulan/keluarga. Ini sebetulnya adalah sama dengan RM1.30/hari/sekeluarga. Saya benar-benar tersentap. Gaji Pembantu Tadbir AM kitapun paling rendah adalah BT8,000.00/bulan iaitu BT96,000/tahun. Ubi kayu hidup di tanah sangat kurang subur, agak kering, serta punya saliran yang sangat baik. Jati pula, sememangnya sangat sesuai dengan keadaan sub-tropika yang punya musim kering yang nyata.  Bermula dari itulah saya, mengapa sebenarnya bila kembali saya sangat menetang penanaman ubi kayu dan jati yang hendak dipopularkan di Sarawak pada masa itu. Cuma saya perhatikan, tentera menguasai segala. Mungkin ini adalah kawasan dekat dengan Myanmar yang sememangnya terkenal dengan hutan tebal (pembalakan) serta perlombongan kecil-kecilan, maka kegiatan gelap sangat berleluasa. Untuk melindungi segala, kebanyakan kawasan adalah Kawasan Larangan Keselamatan. Namun dari Satelite Images Analysis banyak terbangun padang golf dan resort tersembunyi di kawasan-kawana ini.

(5) Kemudian, saya dan beberapa rakan juga mengambil kesempatan untuk menerokai kawasan pergunungan di Chiang Mai dan Chiang Rai, di Utara Thailand. Di sanalah saya, dapat melihat bagaimana R&D Pertanian di Thailand dijalankan. Juga saya menemukan cinta kasih raja kepada rakyat begitu terjalin. Sebetulnya, berhamburan Pusat-Pusat R&D Pertanian di Thailand, khusus di kawasan pergunungan yang indah-indah dan enak-enak adalah semuannya Pusat R&D Pertanian Di Raja. Dari pusat-pusat inilah, rakyat seterusnya dapat mengamalkan sistem pertanian yang telah terbukti berjaya. King Bumiphol sangat cintakan pertanian. Cara baginda, adalah sangat hand on and close to the people. Lewat segala ini, rakyat yang miskin di kawasn pergunungan mendapat rahmat dari minat Raja tersebut. Di mana-mana di Thailand, pasti ada Royal Agric R&D Center, biar di selatan Thai sekalipun. Maka sebab itulah, King Bumiphol menjadi dewa kepada rakyat  yang kebetulan majoritinya adalah miskin. Contoh inilah sebenarnya yang ditiru oleh Raja Perempuan Kelantan dalam Projek DiRaja baginda. Namun, kerana kawasan pergunungan Thai juga bersempanan dengan negara-negara bergolak, maka tentera juga menjadi kuasa kedua di mana-mana. Semua, atas alasan keselamatan namun sebetulnya adalah black trading. Saya tidak sangsi kecelaruan di Selatan Thai, adalah kerana tentera terus ingin berada di sana.

(6) Jika kita memahami struktur masyarat Thailand, pasti tidak susah untuk kita memahami kemelut politik mereka bila-bilapun. Rakyat miskin adalah pendokong Raja kerana Raja punya golden hand. Sedang tentera pula, pejabat-pejabat kerjaya mereka memanglah di kawasan-kawasan orang miskin. Kemiskinan inilah menjadikan kekuatan kepada tentera. Kawasan-kawasan miskin mudah dipergolakkan maka atas alasan keselamatan, tentera terus mencengkam mereka. Tentera menguasai the golden path. Maka politik di Thailand harus bijak membuat balancing antara Raja, Tentera dan Rakyat. Ahli politik Thai, adalah the golden bridge. Rakyat di Bangkok serta bandar-bandar besar lainnya adalah banyak golongan menengah. Rakyat di luar bandar dan di sepanjang klong-klong adalah miskin. Taksin, jika saya tidak silap, ingin menstruktur institusi Raja di Thailand. Tujuannya mudah, politik. Jika kuasa Raja dapat dikurangkan, maka dia pasti hanya perlu berdepan dengan Kuasa Tentera. Maka, sebab itu, Taksin dengan bijak membeli kuasa rakyat di luar bandar. Ini dia dapat lakukan dengan mudah. Dia adalah tycoon, BT5,000.00 pasti dapat mengenyangkan rakyat miskin selama setahun. Itu baru sama dengan nilai BR1M 2013. Lantaran itu, pembangkang Thailand, yang belum tentu hala tuju kebajikan sebenar politik mereka berusaha keras meraih simpati dari Golongan Menengah, Royalist, dan Tentera untuk menumbangkan Yingluck, adik kepada Taksin. Yingluk, adalah sekadar boneka Taksin untuk kembali berkuasa. Saya melihat, semua adalah untuk berebut siapa yang akan mendapat lebih rasuah dan mampu memberikan lebih rasuah. Politik Thailand adalah a governance of patronizing the poor

(7) Pada 1992, saya sempat menyaksikan Rusuhan Politik di Bangkok, di mana saya bersama seorang handalan demonstrasi dari Asian Institute of Management (AIM) Manila, telah terperangkap dalam siri tembakan di Independence Monument. Masa itu berlaku perebutan antara Chamlong Sri Muang (Bangkok) dan Sucinda Kaprayong (Tentera?). Namun bila Sucinda undur dengan malu akibat campurtangan DiRaja, pemerintahan selepas itu, tidakpun dapat memberi banyak manafaat kepada rakyat.

(8)Thailand adalah kuasa ekonomi kedua di ASEAN. Pada 2014 juga Indonesia akan mengadakan PEMILU. PEMILU di Indonesia sangat berpanjangan serta keputusannya juga boleh mengoncangkan. Indonesia adalah kuasa ekonomi terbesar di ASEAN. Di Kampuchea, politiknya juga kelihatan agak goyah. Sesungguhnya, Malaysia sedang di kelilingi kuasa ekonomi yang agak belum menentu di tahun 2014 ini. Dari sudut dagang, mungkin agak kurang penting, namun mereka ini pasti akan memberikan some negative regional investment climate di ASEAN. Yang jelas, jika ekonomi Thailand dan Indonesia goyah, kita pasti akan menerima limpahan excess labor dari kedua Negara ini. Pasti ini akan menjejaskan wage earning structure di kalangan rakyat kita. Saya khuatir, jika kita tidak awal bersedia, kita akan terjerat dalam kancah politk tetangga. Apa lagi kini Barat sudah mulai menyemarakan segala tipu daya untuk mengekang industri sawit kita yang sangat penting dalam mendokong ekonomi di luar bandar. Jika keributan terjadi di Indonesia, pengeluar sawit terbesar dunia, pasti pemain-pemain sawit (dan balak) di sana akan melakukan yang boleh menjamin keuntungan mereka yang mungkin merugikan kita. Jika kita terus gemar berpolitik, tidak focus kepada bekerja dan menyediakan pekerjaan yangf numerative kepada rakyat kita, saya menjangka kegelisahan akan melanda kita lantas segalanya mudah dipolitikkan

Kuching, Sarawak
25 Jan., 2014

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.