Hari sabtu lepas saya ke Melaka kerana menghadiri Majlis Persandingan anak teman saya yang saya kenali semasa bersama di Denver, Colorado, USA pada tahun 1997 dulu. Majlisnya ringkas dan menarik. Tetamu dijemput hadir dari jam 11.00-16.00. Majlis diadakan di sebuah Dewan Masyarakat. Sekitar 30 meja telah tersedia rapi. Tetamu datang, dan mereka dijemput makan di mana hidangan dibuat secara buffet. Tetamu boleh mengambil makanan ikut selera dan masa masing-masing. Selepas makan, tetamu bolehlah beredar ikut masa-masa masing-masing. Sangat bersahaja gayanya. Sedang tetamu sibuk makan, pengantin pula bersanding bersahaja. Ini mungkin caranya orang Melaka. Majlis ini saya kira agak berbeza dengan di Sarawak, biar di Kampung atau di Kota.
(2) Di Sarawak, jika di kota, tetamu akan datang serentak, dihidang serentak dan makan serentak biasanya bersama pengantin selepas majlis tepung tawar dsb. Kemudian tetamu akan beredar serentak. Di luar bandar, hidangan di buat secara berempat atau dalam bahasa tempatan berseperah di mana pada setiap seperah itu akan melibatkan empat orang. Jika sudah cukup empat orang (termasuk kanak-kanak), hidangan terus dibuat, dan tetamu dijemput makan. Selepas makan, tetamu bolehlah beredar ikut masa masing-masing. Acara tepung tawar dsb dijalankan di dalam rumah, sedang tetamu di hidang di pelataran. Saya kira majlis yang saya hadiri di Melaka ini adalah hibrid kota dan luar bandar di Sarawak.
(3) Semasa makan dan bergerak bersembang-sembang dengan sesiapa saja, saya mengusul hujah ganjil: Melaka sudah bersediakah untuk ditadbir PAS atau PKR. Rata-rata, tersenyum dan tertawa sinis sambil berkata payah sedikit. Rata-rata yang datang tampak agak mewah dilihat dari segi pakaian dan perhiasan diri, paling ketara bentuk tubuh badan, kekeluargaan serta kereta yang dipakai. Tidak ada yang datang naik motorsikal, beca, atau basikal. Jauh sekali dari menaiki kereta lembu. Yang datang kebanyakan sihat-sihat belaka. Yang kurus mengunjing tidak kelihatan. Ada juga tetamu Cina yang datang ala hendak pergi ke pasar minggu. Soalnya, tetamu nampak santai dan mesra. Sebetulnya teman saya ini, dari segi taraf sosio-ekonominya, boleh saya katakan dari kalangan menengah rendah. Berasaskan pertunjuk-pertunjuk sosial yang saya gunakan di atas, jelas bahawa masyarakat Melayu khususnya yang hadir dalam Majlis tersebut agak selesa dengan pentadbiran Ali Rustam-Najib Razak. Saya tidak sempat mengucap selamat kepada pasangan pengantin kerana mereka masih disinghana, pelamin sewaktu saya hendak beredar.
(4) Sebetulnya, semasa saya masuk ke Dewan Masyarakat tersebut, saya agak tercuit bila memperhatikan gambar Najib Razak berlambak menghiasi segenap dinding dewan. Sepertinya, Majlis Persandingan Najib pulak rasanya. Namun kerana Majlis adalah sangat sederhana, kehadiran poster-poster Najib seperti hiasan pula kepada Majlis tersebut. Begitu juga sepanjang jalan di Kota Melaka, tersungging wajah Ali Rustam dalam gaya Melaka Majunya. Saya terfikir, apakah image consultant Ali-Najib pernah membuat kajian akan kesan terlalu banyak gambar dan poster Najib-Ali (dan pemimpin-peminpin lain termasuk pembangkang) bergantungan di serata tempat itu sebagai suatu yang menyelerakan atau mungkin boleh mendatangkan kemuakan? Sayapun cuba-cuba mengingat, kenapa agaknya Muhammad SAW serta para empat Khaifah pertama, gambar mereka sehingga kini tidak pernah tergan tung di mana-mana. Pasti ada maksud di sebalik sunnah tersebut. Kenapa para ulama kita tidak berbunyi. Apakah nilai fasiq pada mereka itu sangat tebal sehingga takut untuk menasihati yang benar. Juga para ahli Sains Komunikasi di Universiti-universiti tempatan, juga terus beku daya keIlmuan mereka? Saya yakin, kebencian rakyat kepada Kerajaan bukan sekadar atas keberkesanan spekulasi pembangkang tetapi juga atas rasa meluat atas kelampauan-kelampauan yang tidak disadarai. Apakah sikap Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Konfusiusma terhada soal melampau-lampau. Melayu, Cina, dan India di Negara ini ternayata tidak gemar akan pertunjukkan yang melampau-lampau. Sesungguhnya, demografi rakyat tah jauh lebih cerdik dan berpengalaman harus Ali-Najib sadari.
(5) Kepada pendokong Dewan Jeperun Sg Petai, Alor Gajah saya ucapkan syabas kerana terdapat lebih kurang 20 jenis (warna) bunga kertas di tanam di sekeliling Dewan. Mudah-mudahan ada nanti yang berakal, menjadikan bunga-bunga di situ sebagai sumber rezeki mereka. Kalau boleh, elok buat pertandingan Gubahan Penanaman Bunga Kertas sebagai lambang DUN di situ. Rasanya, wajar calunkan Bunga Kertas sebagai lambang bunga Melaka.
(6) Kemudian saya ke Kota Melaka, melawat ke tempat kegemaran biasa saya, cendol pulut bawah pokok dan galeri lukisan Melaka di Tebingan Sungai Melaka. Semasa makan cendol, saya ditemani oleh seorang kenalan lama di Melaka yang kini giat dalam politik tempatan, MCA dan UMNO. Selepas berbincang tentang sedikit urusan niaga, kami melalut ke arena politik. Saya cuba menduga kekuatan BN di Melaka, apakah rakyat Melaka masih kuat bersama Ali Rustam. Hakikatnya, 40 peratus dari pengundi berdaftar di negara ini adalah mereka yang berumur kurang dari 40 tahun. begitu juga sudah banyak yang berumur 55 tahun ke atas dan merupakan pesara awam dan swasta. Maka saya kira, kebanyakan pengundi Malaysian kini adalah mereka yang berpelajaran. Demografi pengundi sudah sangat berbeza.
(7) Kerana hari liburan serta Shawal masih belum habis, suasana kegembiraan masih terasa. Golongan muda, khususnya masih bergembira sakan. Secara keseluruhan mood di Kota Melaka dan bahkan di sepanjang jalan di kampung-kampung yang saya lalui, mood kebanyakan orang sememangnya masih hangat. Kalau Ali Rustam istihar Pilihanraya Negeri awal, saya rasa dia boleh menang besar.
(8) Kemudian saya bertolak ke Kuala Lumpur dan singah sebentar untuk bertemu seorang sahabat lama di R&R Air Keroh. Di sini, suasana lebaran sepertinya masih terlalu hangat. Rakyat masih banyak berpakaian Melayu dan kurung. Rakyat bersesak-sesak mencari meja untuk makan. Saya seperti biasa, sebelum makan, seringnya akan keliling dulu melihat apa-apa yang enak. MasyaAllah, masakan Malaysia, jarang yang tidak bermandikan minyak. Mentang-mentanglah Allah hadiahkan minyak kepala sawit berlambak kepada kita, maka kitapun mandikan segala makanan kita dengan minyak masak. Akhirnya, minyak-minyak ini pula tertimbunlah di perut, kiri kanan pinggang dan punggung orang-oramng Melayu khususnya. Esok, saya kira, kita boleh buat sebuah hospital khusus untuk menyerap minyak manusia-manusia Melayu. MasyaAllah.
(9) Kemudian saya terus ke Jalan Chow Kit dan menginap di Hotel Regency Kuala Lumpur di Jalan Alang. Tujuan saya adalah untuk terus menikmati suasana kedhaifan Kota Melayu, Kampung Baru Kuala Lumpur, agar jiwa dan fikiran saya tetap terus bersama mereka. Saya dapati menginap di Regency Kuala Lumpur ada banyak manafaatnya terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan menengah rendah. Di sini, di depan hotel, banyak gerai-gerai buah-buahan. Kalau kita pandai menyusun semua ini, pasti ianya akan sama hebat dengan Freemantle, Perth, Australia dan Public Wet Market, Vancouver. Jika kita berjalan jauh sedikit ke sebelah dalam, akan terdapat banyak gerai-gerai makanan yang cukup tasty. Rasanya makanannya tidak kalah dengan restoran-restoran hebat Indonesia dan Thailand. Restoran rasa antarabangsa sudah wujud di sini, cuma taraf fizikalnya saja masih meloyakan.
(9) Dulu, dalam tahun 1980an, orang Kelantan dan Trengganu adalah para peraih dan pengusaha toko-toko buah-buahan, hasil keluaran tempatan, buah-buahan dan segala macam makanan basah lainnya. Kemudian toko-toko ini di kuasai oleh masyarakat Sumatera, samaada dari Padang dan atau Medan. Kini masyarakat Nepal, Bangladesh, Pakistan dan pelbagai kaum dari Indonesia sudah menguasai toko-toko ini. Begitu juga rumah-rumah di Kampung Baru, saya kira sudah banyak jadi Rumah Tumpangan dan atau Rumah Sewa. Maka, tidak heranlah, bila Kerajaan cuba mengusulkan pembangunan semula Kampung Baru, rakyat di situ seperti mahu memberontak biar bermandi darah. Hakikatnya, saya kira, yang sanggup bermandi darah ini adalah masayarakat persinggahnan yang sudah menemui jalan hidup mereka di situ. Jika perniagaan mereka terjejas, pasti mereka merasa sangat terancam. Kesannya, masyarakat asal Kampung Baru, yang saya kira kini sudah menjadi land Lord, sedang berselindung di sebalik keberanian masyarakat persinggahan ini untuk mempertahankan pendapatan lumayan mereka hasil dari pulangan sewaan yang sangat lumayan.
(10) Bersama seorang teman, pada hari Ahadnya, kami ke Wisma GM di Jalan Haji Taib 1. Lorong Haji Taib, dulu terkenal sebagai tempat apek-apek menjual perempuan Melayu dari Kedah, Kelantan, dan Trengganu. Di sini juga dulu amat terkenal dengan holo dan pondan-pondan dari Sabah dan Sarawak. Itu di tahun-tahun 1980an, zaman saya suka berpetualang. Kini, tempat ini terkenal dengan Perniagaan Bundle dan Barangan Murah. Di Wisma GM dan TAR yang saling berdekatan, sepertinya Tanah Abang di Jakarta, atau Pasar Baru di Bandung. Di sini saya dapati lambakan barangan borong dari India, Pakistan, Vietnam, China, Kambodia dan Jepun-Korea-Amerika, yang mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan rendah serta menjadi sumber bekalan kepada para penjaja di Pasar-Pasar Malam. Cuba bayangkan saya boleh mendapatkan pewangi Iseki Miyaki AAA dari Dubai hanya dengan harga RM50.00 bagi 250 ml, sedang di Lapangan Terbang ianya bernial sekitar RM270.00. Apa lagi segala accessories perempuan. Cuma, kasihan, untuk ke sini, sepertinya kita berjalan di dalam hutan belukar penuh onak dan duri. Kedaan lalu lintas cukup tidak teratur serta lorong-lorong yang kotor berair dan bersampah. Di sinilah saya amat terasa terhina, sepertinya si brengsek sengoyoran neng negoro dewe. Najib bolehlah tanya Muhyiddin apa maksudnya!
(11) Saya berkira para pengawai di DBKL bahkan Menteri dan Kementerian berkaitan rasanya agak buta, tuli, pekak, dunggu, dan kudung untuk dapat merasa, mengerti dan menghayati tentang betapa Chow Kit-Hj Taib adalah syurga buat golongan berpendapatan rendah. Orang Kedah kata, jika mereka berakai pasti mereka dapat melihat betapa, perniagaan di kawasan ini sangat membantu rakyat berpendapatan rendah. Kita heboh dengan Kedai 1Malaysia, tetapi kita tidak nampak Public Wet Market di Vancouver, menjadi kunjungan semua lapisanb masyarakat. Bersih, selesa, menarik perlancung akhirnya betapa mereka di sini sudah menjalankan Kedai 1Malaysia terdahulu. Apa tidak mungkin dapat kita perelokkan keadaan dan kebersihan di sini. Saya yakin jika para pegawai di DBKL, termasuk Menterinya serta Menteri Perlancungan dan Kebudayaan bergabung tenaga, pasti banyak kebaikan dapat dibuat di sini. Bagi saya, jika kita binjak, Melayu berpendapatan rendah pasti aka rasa terhormat jika dapat kita jadikan Chow Kit-Hj Taib sebagai Bazaar Rakyat. Sesekali Rosmah Mansur, Sharizat Jalil dan Zetti Aziz bolehlah membeli belah Tas Jenama LV di sana buat hadiah bibik-bibik mereka, kalau tidak buat mereka bimbitan sendiri. Sesungguhnya, Melayu telah banyak terjual di Chow Kit-Hj Taib, dan kini maruah perniaga kecil-kecil Melayu di sini tetap tergadai sampai kapanpun. Najib, saya kira kena mempunyai banyak pendokong yang suka berjalan, memerhati, berfikir dan bertindak demi masyarakat dari terus diburu dan dilingkungi golongan yang terkejar ke sana kemari sekadar mahu mengisi tembolok sendiri.
(12) Di sebelah petang saya mendapatkan Urutan Tradisional Melayu di Jalan Ampang. Pengusahanya sangat cermat dan baik sekali, umuran sekitar pertenggahan 50an. Ini benar-benar mengurut bukan picit, pijak dan atau tekan. Tradisinya, orang Melayu mengurut, diambil dari istilah melurut iaitu melurut mengikut jalanan urat-urat yang sebetulnya secara tidak langsung adalah pembuluh-pembuluh darah. Jika urutan adalah baik, pasti badan kita jadi segar kerana segala urat ie pembuluh-pembuluh darah kita sudah diperbetulkan, kelancaran aliran darah menyebabkna kita segar. Dia juga ada menjual pati ramuan tujuh buah-buahan khas dari Amerika. Pati ramuan ini dikatakan baik untuk pelbagai penyakit popular kini, khususnya kegemukan. Namun saya tidak membelinya pati ramuan tersebut kerana tidak dinyatakan kandungan bio-chemistry utama bahan-bahan tersebut. Bagi saya, jika dijelaskan ramuan bio-kimianya, pasti buah-buahan tempatan juga dapat memberikan kandungan bio-kimia yang sama. Bayangkan jika jambu batu, belimbing besi, betik, nona, kunyit, serai, lengkuas, halia, sirih, dsb kita kaji dan kita jadikan ramuan yang secocok dengan keperluan kimia ubatan batuk, sakit sendi, darah tinggi, kencing manis, dsb, pastinya, kita tidak akan terlalu mudah teruja dengan kehebatan buah-buahan Amerika. Para penyelidik kita di Universiti-universiti saya kira kini lebih banyak main golf dan menghambat harta dari menebar ilmu, makanya kita jadi buta, tuli, pekak, lengai, dan dunggu terhadap kelebihan yang Allah telah berikan kepada umat Melayu!
(13) Pagi Isnin, saya di bawa teman saya ke SunWay City. Saya sebetulya sangat kepingin untuk makan makanan Melayu yang enak. Inilah lawatan pertama saya ke SunWay City. Dalam fikiran saya, tempat ini hanyalah tempat hiburan buat anak-anak dan remaja. Rupanya, ianya adalah sebuah Shopping Mall ala-Las Vegas, cuma tidak ada unsur-unsur perjudian rasmi. Sambil santai melewati ruang legar Mall tersebut, kelihatan semua seperti berseronok sakan, terutama kini sudah di zaman kegilaan I-pad dan FB atau Twitter. Tidak kira generasi dan kaum, semua tampak sama sahaja. Semua suka bergambar dan pastinya upload untuk dihebohkan kepada semua rakan-rakan dan atau sanak saudara. Di mana-mana, semua orang seperti sebok dengan handphone, I-pad dan kamera. Sepanjang tiga jam saya berlegar-legar di situ, tidak seorangpun yang saya temui membelek-belek buku. Kenapa?
(14) Kami makan di Ole-Ole Bali. Saya memesan Nasi Campur di mana dihidangkan semangkuk kecil nasi, tiga kerat otak-otak, tiga ekor udang bakar, kari daging lembu, ikan bakar, sedikit sayur, dan rempeyek. Kerana kami berdua, rasanya satu tidak cukup, lalu kami pesan sejenis makanan lain yang menghidangkan otak-otak, satay, cumi goreng, kepak ayam, dan sedikit sayur. Bila hidangan sampai, MasyaAllah, satu untuk seorang berlebihan; untuk dua orang tidak berapa cukup. Kalau dua, sedang elok untuk bertiga. Sekali lagi, biar kurang berminyak, saat terhidang di Malaysia, makanan kita sepertinya proses pengemukan manusia. Kita sudah meniru cara Barat bila kita makan, cuma, di Barat, mereka melahap di waktu malam sedang breakfast sekadar hot black coffee di tengahari cuma go light, selalunya coke with salad sedang kita kapanpun melahap terus.
Photo Courtesy of a friend "breakfast" from Melbourne (15) Saya berkira, rakyat Malaysia sudah menjadikan kegemukan sebagai suatu lambang kejayaan. The bigger your tummy, ther prosper you are!. Makanya, di TV kita, mereka yang gemuk kian ditonjol sebagai mereka juga boleh, merteka juga berjaya. Jarang sekali kita dipertonton betapa mereka yang gemuk tergolek longlai di katilk-katil di hospital yang boleh mematahkan tulang-tulang para missi kita yang genit-genit. Saya rasa, untuk menyedarkan masyarakat betapa kegemukan ini boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara juga menurunkan kehebatan di ranjang wajarlah kita jadikan samaada Era Fazira dan atau Sheila Majid jika tidak Ella menjadi Malaysian 1Woman. Saya berkira lambang Malaysian 1Woman kita harus memilih Permpuan Melayu sejati yang sifat-sifatnya muka membujur sirih, leher jinjang zirafah, rambut ikal mayang, mata pancar delima, bibir seulas pinang, pinggang ramping kerenge, punggong lebar gajah duduk, betis bunting padi, jalan lenggang itik, senyum manis madu, bicara lembut bayu, dan laku luhur pari-pari. Wanita dan Puteri UMNO boleh buat peraduan saban tahun untuk menobatkan 1Perempuan 1Melayu 1Malaysia. M Daud Kilau mungkin boleh jadi ketua Jurupilih dengan Chef Wan sebagai pembantu.
(16) Dalam perjalanan keluar dari SunWay Pyramid Mall, saya sempat singgah melihat pameran pembangunan perumahan swasta. Sebuah unit kondo sederhana tiga bilik seluas sekitar 12,000 kaki persegi dijual dengan harga RM750,000.00. Bayangkan jika pembiayaan melalui pinjaman selama 25 tahun, pembeli terpaksa membayar sekitar RM2,400.00/bulan untuk faedah bank, serta ansuran pokok sebanyak RM2,500.00/bulan. Maka kalau gaji bulanan RM10,000.00 baru sekadar cukup hidup untuk kediamana sebegini. Bayangkan jika harga rumah adalah RM375,000.00 pasti jumlah bayaran bulanan adalah RM2,500.00/bulan. Maka, ini sekadar cukup hidup bagi yang bergaji RM5,000.00/bulan. Juga jika harga rumah adalah RM185,000.00 pasti bagi yang bergaji RM2,500.00 adalah sekadar cukup hidup. Dengan TOL berlambak-lambak, tempat parking bebayar mahal, kehidupan rakyat sesungguhnya kian resah. Tidak heran jika banyak yang memaksa diri mencari pendapatan lain biar halal dan atau haram. Sesungguhnya inilah akibat kebebasan kapitalis cabang agama Yahudi yang telah kita biar umat Islampun telah anuti. MasyaAllah. Najib kena berfikir keras untuk mengatasi ini. Begitu juga Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim kena bergembeling tenaga memikirkan jalan bagi merendahkan apa yang disebut sebagai Utilities Function dalam sistem ekonomi konvesyenal yang sebetulnya adalah sifat nafsu nafsi tamak haloba agama Yahudi-kapitalis. Mungkin kajian baru-baru ini yang menyatakan Isteri-isteri di Malaysia adalah sekitar 30 peratus curang ada kaitan dengan tekanan hidup ini!
(17) Najib atasai segera masalah perumahan mampu milik berasaskan strata pendapatan rakyat, kemudahan pengangkutan awam, kebersihan dan ketertiban bandar, serta keselamatan umum rakyat. Peluang untuk rakyat terus meningkatkan pendapatan harus menjadi pokok semua kokokan di Parlimen dan Senat dan bukan berdebat pasal sekadar hendak tunjuk gaya danb bahasa perdebatan. Muhyiddin, dengan segera, nilai-nilai moral Insani dalam pendidikan kita mesti diterapkan dengan segera. Saya berkira, inilah kelemahaan sistem ekonomi kita.
Kuching, Sarawak
19 Sept., 2012
0 comments:
Post a Comment