Sasaran asal WW2020 Mahathir pada 28 Feb., 1991 tidak lagi sama dengan WW2020 yang diperkatakan oleh Najib. Najib menghambat Negara Berpendapatan Tinggi, sedang Mahathir menghambat keperkasaan dalam sembilan bidang yang saling mendokong. Mahathir menghambat kedudukan Negara Maju lewat gerakkan pembangunan jatidiri dan kepakaran tempatan. Najib mengambil pendekatan capital juggling. Namun biar apapun, orang sering berkata, sesiapapun pemimpin, mereka ada cara tersendiri dalam mengurus. Saat hujah sebegitu diperkata, apakah itu suatu hakikat atau sekadar pelarian. Bagi saya hujah sebegitu, jika dibuat tanpa pertimbangan meluas, adalah pelarian. Di dalam Islam, kepimpinan jelas rangkakerjanya. Biar dari Adam AS sehingga ke Muhammad SAW kerangkanya tetap sama. Jika hujah terawal adalah ungkapan manusia-manusia Melayu Islam, maka baik kiranya mereka berfikir dalam dan panjang-panjang, merenung natijah pemikiran mereka dari sudut syahadahnya. Melayu pada asasnya berAdeenkan Islam, biar apa latar sosialnya, dia harus kembali kepada Islam lantaran itu adalah ikrar hidup dan mati mereka. Soal latar hidup, itu hanyalah sekadar perjalanan yang harus ditempuhi serta harus dibedakan dan atau dipaksikan jelas dengan tuntutan sebenar Adeen mereka.
(2) Muhammad SAW (632M) bangkit membina dunia Islam lewat segala ketiadaan. Tiada Negara. Tiada bala tentera. Tiada kekayaan. Tiada kepakaran. Tiada apa, melainkan kepercayaan KeEsaan Allah. Islam bangkit dari hanya rasa kesedaran berjuang di atas segala ketiadaan keselesaan dan kekuatan duniawi. Baginda membina kekuatan Islam lewat pengorbanan zuhud serta patuh terhadap tuntutan zuhud yang paling murni dan tepat. Zuhud Muhammad SAW bukanlah zuhud bersahaja. Ianya adalah zuhud atas wawasan yang jelas. Wawasan Muhammad SAW adalah mengembalikan manusia ke jalan benar dan betul agar Syurga menjadi milik mereka. Semua para Sahabah dekat baginda turut memilih jalan sebegitu untuk kejayaan-kejayaan besar selanjutnya. Saat sebegitu mulai diperentengkan (644M) compromised maka kekalutan dan kehancuranpun mulai bertapak. Kekuasaan Islam sebetulnya berkembang hanya dari sebuah pekan persingggahan kecil Madinah (622M) lalu membentuk sebuah empayar awal Ummayyah (661M) hanya dalam tempoh 29 tahun iaitu sekitar satu generasi kemudiannya dari wafatnya baginda (632M). Ummayyah, Abbasyiah, Fatimah, Al Ayubi, Othmaniah dan bahkan Kordoba semua bangkit pada asas asal yang telah diletakkan oleh Muhammad SAW iaitu dari kezuhudan. Muhammad SAW secara pribadi tidak sempat menimba kegemilangan dunia Islam seperti para khalifah lain selepas baginda, namun Muhammad SAW Allah lebih dihargai dari semua dengan nama baginda kekal terpahat di dalam Al Quran secara abadi. Baginda hebat dan abadi lantaran perjuangan atas pribadi zuhud yang sebenar dan murni. Yang lain sekadar kias tidak bernama.
(3) Sebetulnya, di saat Islam kembali bangkit di Tanah Arab, di China sudah wujud Dinasti besar iaitu Sui dan Tang (581-907M). Perdagangan antara Tanah Arab, Farsi dan China sudah ada sejak sebelum kebangkitan Islam lagi. Di zaman Babylon lagi pengaruh Temaddun China sudah berkembang di Farsi dan tanah Arab. Lewat hubungan perjalanan perdagangan Mekah-Sham (Syria) semasa sebelum kenabian baginda sudah kenal China, maka mungkin lantaran itu bila baginda menjadi rasul, lantas sahaja diusul agar Umat Islam terus-terusan menimba ilmu biar sampai ke Negara China sekalipun. Usul baginda itu, apakah maksudnya kepada kita kini dalam berdepan dengan kemelut Najib-Mahathir, khusus berkait dengan Hutang Tinggi Negara serta saraan hidup rakyat yang kian meresah menggilakan? Sesungguhnya, kekuasaan dinasti China mulai merundum selepas Dinasti Ming dan Qing pada 1911. Ketamakan serta penindasan Feudalisma merosak segala sehingga memaksa Sun Yat Sin melakukan pemberontakan menubuhkan sebuah Republik mengantikan kerajaan berMaharaja dengan dokongan kuat Barat khususnya Amerika dan Jepun. Namun selepas WWII, kehidupan di China tidaklah mudah. China dipermainkan oleh kuasa-kuasa Kapitalis yang membantunya melenyapkan Feudalisma. Kehidupan rakyat menjadi semakin parah. Ini membangkitkan pemberontakan Komunis pada 1946-49 yang menemukan pertembungan Mao Tze Dong dan Chiang Kai Shek sebagai pepatung ideologi Komunis Soviet dan Kapitalis Amerika. Mao Tze Dong akhirnya dengan a million march pada 1 Okt., 1949 mengistiharkan penubuhan Republik Rakyat China (PRC). Setelah kalah di China, Amerika terus menghantu di Korea (1950-53) dan mendokong pendirian Taiwan, Macau, Hong Kong dan pemisahan Korea. PRC terheret berperang di Korea sehingga mengugat kemakmuran Negara. Namun Mao Tze Dong dengan kuasa kuku besi, mengekalkan China bersatu dalam keadaan apapun. China kemudian berada dalam pengasingan Barat menjadi sebuah Negara miskin. Bila Mao Tze Dong meninggal dunia, hanya pada 1978 Deng Xiopeng mula merombak struktur ekonomi China.
(3) Secara ringkas, perubahan struktur ekonomi China boleh digambarkan oleh pernyataan Wikipedia seperti: In the 18th century, Adam Smith claimed China had long been one of the richest, that is, one of the most fertile, best cultivated, most industrious, most prosperous and most urbanized countries in the world. The economy stagnated since the 16th century and even declined in absolute terms in the nineteenth and much of the twentieth century, with a brief recovery in the 1930s. Economic reforms introducing market principles began in 1978 and were carried out in two stages. The first stage, in the late 1970s and early 1980s, involved the decollectivization of agriculture, the opening up of the country to foreign investment, and permission for entrepreneurs to start businesses. However, most industry remained state-owned. The second stage of reform, in the late 1980s and 1990s, involved the privatization and contracting out of much state-owned industry and the lifting of price controls, protectionist policies, and regulations, although state monopolies in sectors such as banking and petroleum remained. The private sector grew remarkably, accounting for as much as 70 percent of China gross domestic product by 2005. From 1978 until 2013, unprecedented growth occurred, with the economy increasing by 9.5% a year. The conservative Hu-Wen Administration more heavily regulated and controlled the economy after 2005, reversing some reforms. The success of China's economic policies and the manner of their implementation has resulted in immense changes in Chinese society. Large-scale government planning programs alongside market characteristics have reduced poverty, while incomes and income inequality have increased, leading to a backlash led by the New Left. In the academic scene, scholars have debated the reason for the success of the Chinese "dual-track" economy, and have compared them to attempts to reform socialism in the Eastern Bloc and the Soviet Union, and the growth of other developing economies.The conservative Hu-Wen Administration began to reverse some of Deng Xiaoping's reforms in 2005. Observers note that the government adopted more egalitarian and populist policies. It increased subsidies and control over the health care sector, halted privatization, and adopted a loose monetary policy, which led to the formation of a U.S.-style property bubble in which property prices tripled. The privileged state sector was the primary recipient of government investment, which under the new administration, promoted the rise of large "national champions" which could compete with large foreign corporations. China's economic growth since the reform has been very rapid, exceeding the East Asian Tigers. Economists estimate China's GDP growth from 1978 to 2013 at between 9.5% to around 11.5% a year. Since the beginning of Deng Xiaoping's reforms, China's GDP has risen tenfold. The increase in total factor productivity (TFP) was the most important factor, with productivity accounting for 40.1% of the GDP increase, compared with a decline of 13.2% for the period 1957 to 1978—the height of Maoist policies. For the period 1978–2005, Chinese GDP per capita increased from 2.7% to 15.7% of U.S. GDP per capita, and from 53.7% to 188.5% of Indian GDP per capita. Per capita incomes grew at 6.6% a year. Average wages rose sixfold between 1978 and 2005, while absolute poverty declined from 41% of the population to 5% from 1978 to 2001. Some scholars believed that China's economic growth has been understated, due to large sectors of the economy not being counted.
(4) Apakah persamaan kebangkitan Islam dan China? Islam, pada awalnya dianugerahkan kepada manusia iaitu Adam AS dan Hawa AS di Syurga. Syurga adalah suatu alam yang penuh kekayaan dan kesejahteraan mutlak sempurna. Mereka berdua kemudian diterlantarkan ke dunia yang penuh kepayahan. Di dunia, Allah mahukan manusia untuk menzahirkan anugerah terhebat buat mereka iaitu akal dan nafsu dalam mengurus dunia demi hambatan kembali ke Syurga juga akhirnya. Lalu kemudian dari generasi ke generasi bangtkit dan runtuh, sehingga Islam kembali muncul di titik Jahilliah Quraish. Dari titik itu, Islam kemudian kembali bangkit lewat seorang insan Al Amin serba kerdil lalu kembang sehingga menjadi empayar gagah tidak sampaipun dalam tempoh 30 tahunan. China, sekitar 1,500 tahun sebelum bangkit kembalinya Islam telah kembang sebagai sebuah Temaddun hebat di Timur Jauh. Cuma kerakusan Feudalisma dan kemudian Kapitalisma meruntuhkan dan menyerahkan China ke tangan Komunisma. Komunisma hampir-hampir meranapkan China menjadi Negara pariah di kacamata Kapitalisma, namun kudrat Allah sengsara Umat China tidak berpanjangan. Dari 1946-78, China menderita dalam pencarian harga diri. Tiga abad iaitu selama satu generasi Umat China mencari dan membina harga dan jati diri, lalu akhirnya bermula dari 1978 ia meledakkan diri di alam kehebatan sewajarnya dan menjadi iri kepada semua. Sepertinya, Islam di tangan Muhammad SAW, seakan-akan China di tangan Mao Tze Dong, adalah tempoh dalam mempelopori jalan merintis mencari harga dan jati diri untuk meledak menjadikan ianya kuasa dunia. Jalanan ini apakah pernah kita semak dan perhatikan dekat: "Belajarlah kamu sehingga biar sampai ke Negeri China". Sekitar 20 tahun Muhammad di zaman Jahilliah mencari harga dan jati diri. Saat Islam sudah dalam dada baginda, sekitar 22 tahun kemudian baginda bertungkus lumus mengembang Nur Islam. Banyak Melayu khususnya ke China sekadar kagum akan kehebatan fizikal Negara itu, tanpa melihat pada rohnya, lantaran prejudis bangsa yang terbawa dari sentimen di Tanah Air mereka. Allah memerintah Ibrahim AS dan Ismail AS untuk kembali membina Ka'abah, Allah juga mengilhamkan Qin Shihuang pada 220SM untuk membina Tembok China atas tujuan yang sama, iaitu "keamanan dan kedamaian", yang kini keduanya menjadi titik temu jutaan manusia saban tahunnya apa pernah kita mengerti akan mukzizatnya?Sejarah Islam juga China jika kita soroh baik-baik, maka banyak pengertian yang akan lebih kita mengertikan dan ambil iktibarnya.
(5) Dari sisipan Wikipedia di atas, jelas China tidak bangkit dalam kemewahan. China sebetulnya bangkit dari segala kemunduran. China bangkit dari sebuah gergasi miskin kini menjadi sebuah kuasa ekonomi terbesar dunia hanya dalam tempoh selama lebih kurang 37 tahun iaitu sekitar satu setengah generasi lepas. Bagaimana China melakukannya? Sebetulnya persoalan itu tidak perlu di jawab, lantaran Abdul Razak telah mengambil segala langkah dalam meletakkan asas pembangunan ekonomi Negara dari 1970-76. Abdul Razak, seperti menjejaki kezuhudan Muhammad SAW dalam langkah beliau meletakkan asas-asas kukuh untuk membina Negara ini. Biar bagi sebuah negeri miskin seperti Perlis, Kedah dan Kelantan sekalipun, apa lagi Sarawak dan Sabah, persoalan tersebut kini adalah question of the past. Ketiga-tiga Perdana Menteri terdahulu iaitu Razak, Husein dan Mahathir telah meletakkan asas kukuh bagi Negara ini dan negeri-negerinya biar secara berasingan untuk menempah jalan maju lebih hebat sudah ada. Sebetulnya, di saat PR China sedang bergulat untuk bangkit, Malaysia sebenarnya sudah jauh ke depan. Pembangunan di Malaysia sudah mulai diasak sekitar lapan tahun (1970) lebih awal dari China. Dari Tulisan Dr Mohammad Ariff dalam Journal Islamic Economic Study pada 1998 sangat membuktikan prihal ini. The Malaysian economy has been registering high growth rates. In the 1970s,the economy posted an average real GDP growth of 7.8 per cent. Economic growth in the 1980s was also quite impressive, despite the recession of the mid-1980s. The economy has been growing at rates averaging over 8 per cent during the last 10 years (since 1987), with GDP growth peaking at 9.5 per cent in 1995. It is also noteworthy that the unemployment rate has declined significantly from 8.3 per cent in 1986 to 2.5 per cent in 1996. In fact, the Malaysian economy has experienced severe labour shortage, especially in the plantation, construction and manufacturing sectors, which has been filled by immigrant workers. There are some 2 million foreign workers in the country, which is extremely large for a small country with 9 million domestic workforce. It is remarkable that Malaysia has been able to register high GDP growth without inflationary pressures, except during the mid-1970s when double-digit inflation was experienced in the midst of the “oil shock”. During the high growth period of 1987-96, inflation was kept at 3-4 per cent. In 1996, inflation stood at below 3.0 per cent. In the first half of 1997, the inflation rate decelerated further to as low as 2.7 per cent. The only sign of overheating for the Malaysian economy has been the growing deficit in the current account of the country’s Balance of Payments (BOP). Traditionally, Malaysia has enjoyed trade surpluses with sporadic current account deficits due to huge shortfalls in the services account. In 1995, current account BOP deficit amounted to 10.5 per cent of GNP, declining to 5.0 per cent of GNP in 1997. Until lately, these deficits have not posed a serious threat to the Malaysian economy as these were more than offset by substantial foreign investment inflows. The country’s macroeconomic management has been fairly sound, but there were weaknesses in the system, which were exposed during the recession of the mid-1980s (Ariff, 1993). Its budget deficits were large by Asian standards, while its external debt burden became disproportionately heavy. Subsequent economic reforms have ushered in conservative budgetary measures, limiting its budgetary options to either balanced or surplus budgets. Monetary policy has always been prudent, with the Central Bank pursuing realistic interest rates. However, there have been considerable central bank interventions in the foreign exchange markets. The Central Bank transgressed its boundaries in 1992 by actively playing in the foreign exchange market when the British Sterling was under severe pressure, losing billions of dollars in the process.
(6) Kini, cuma tinggal 15 peratus sahaja lagi dari tempoh untuk menghambat taraf Negara Maju atau WW2020 (1991-2020), namun apakah Negara ini sudah pada kedudukan 85 peratus dari sasaran tersebut? Sebetulnya kita kini sudah pada tahap mana dalam perjalanan WW2020? Saya melihat jika di sorot dari segi sasaran asal WW2020, kita masih sangat jauh ke belakang. Dari sudut KNK Negara, WW2020 asal mensasarkan KNK kita adalah 8 kali lebih besar dari 1990. Untuk mencapai tahap itu, pertumbuhan KDNK kita harus terus berkembang pada kadar 7 perastus setahun. Dengan sasaran pertumbuhan KDNK Mohd Najib sebanyak 6 peratus, apa mungkin KDKN kita akan menjadi 8 kali lipat dari 1990? Tidak mungkin. Dari sudutk kualitatifnya, cuba lihat Perpaduan Nasional kita, apakah kita semakin lebih baik dari 1990 atau semakin buruk? Dari sudut harga diri Bangsa, di mana kita kini? Apakah kita sudah menjadi suatu Bangsa mandiri, kental berkeyakinan? Apakah kita sudah punya keyakinan penuh kepada anak negeri sendiri? Apakah segala safty net sudah boleh kita longarkan kuat? Dari sudut demokrasi, adakah kita benar-benar demokratik? Demokrasi kini dengan di tahun 1990 adakah ianya lebih baik? Dari sudut kerohanian dan akhlak kita bagaimana? Kenapa kekalutan akidah, genjala rasuah, penyelewenagn kuasa dll semakin mengila? Apakah kini sikap bertolak ansur di antara kaum kian meningkat, atau sikap curiga kian memuncak? Masyarakat kita, apakah mereka berupa masyarakat pengkaji, pencipta atau kian menjadi masyarakat hamba kepenggunaan? Sikap individualisma manusia di Negara ini, apakah itu lebih penting atau sikap kemasyarakatan mereka lebih menonjol? Siapa yang rakyat Malaysia pentingkan, diri atau masyarakat? Struktur ekonomi Negara apakah telah menuju kesaksamaan atau kian menyempit ke dalam tangan sebilangan kecil? Contohnya, apakah taraf pembangunan dan peluang ekonomi di Manik Urai, Kelantan, atau Tenom Di Sabah dan apa lagi di Belaga, Sarawak kian mendekati katakan Sungai Petani, di Kedah jika tidak Bandar Baru Bangi Selangor? Kehidupan rakyat kebanyakan kini apakah semakin selesa, makmur dan selamat berbanding 1990? Kenapa segala bentuk penyusupan kejahatan kian memuncak? Apakah rakyat kini lebih mudah untuk memiliki perkara-perkara asas untuk kehidupan mereka? Bagaimana sebetulnya asas ekonomi kita? Kenapa kita masih sangat terkesan oleh sistem ekonomi serantau dan dunia? Sesungguhnya jika kita menyorot dari sasaran sembilan matlamat asal WW2020, kita masih terlalu jauh untuk sampai ke sana. Benarlah sebagaimana telahan pencipta WW2020 itu sendiri betapa pada 2020 Malaysia gagal mencapai WW2020 sebagaimana acuan asalnya. Pada pendekatan Mohd Najib, taraf Negara Berpendapatan Tinggi kira-kira hampir-hampir tercapai, namun taraf Rakyat Bernegara Maju pasti tidak akan kesampaian. Contohnya, jika pada 2012 BR1M hanya bernilai RM350.00 dan akan terus meningkat ke RM950.00 kini (2015), bukankah itu jelas menunjukkan kehidupan rakyat apa semakin baik atau kian mengundur? Apa lagi biar usaha-usaha rasionalisasi subsidi sudah diusahakan, namun jumlah subsidi yang perlu dikeluarkan juga kian tidak berubah, apakah itu bukan pertunjuk betapa rakyat di Negara ini kian tidak mandiri? Lihat juga berapa banyak hutang PTPN yang tidak berbayar, tidakkah itu menunjukkan kejelekan kerjaya para Generasi Y baru kita, apa lagi sikap keNegaraan mereka? Kenapa semua ini terjadi?
(7) Pada 2020, mengikut sasaran Mohd Najib the ETP target is for Malaysia to have a GNI per capita of RM55,695 or US$15,000 by 2020. The 11MP will spell out how Malaysia is going to reach that target. Namun beberapa kritik agak curiga dengan sasaran sebegitu. Based on going growth rates, the country was unlikely to reach its RM55,695 or US$15,000 GNI target by 2020. This is since Malaysia was unable to maintain its annual growth rate of 6% every year from 2011 to 2015 in order to reach the 2020 target. In 2011, Malaysia only managed a 5.1% growth rate, while in subsequent years, they were 5.6% (2012), 4.7% (2013), and 5.8% (2014). “We will also fail to achieve the GNI per capita target of RM38,845 for 2015 as the GNI per capita at the end of 2014 was RM34,079.” There were also other missed targets, such as making the services sector contribute 61% of GDP by 2015 and making skilled workers comprise 33% of all labour. Also important was the fact that not all the growth in the past five years was shared equally between all Malaysians. Although average household incomes of the bottom 40% went up to RM2,300 by 2015, the income gap between them, the middle 40% and top 20% of Malaysians, remained the same. According to the Malaysian Human Development Report 2013 (MHDR), the relative income gap between the top 20% and bottom 40% between 1990 and 2012 was seven times. Bagimana mungkin Negara dapat mencapai taraf biarpun sekadar Negara Berpendatapn Tinggi dan apa lagi agihan kesejahteraan menyeluruh kepada semua laipsan rakyat? Apakah RMK11 seperti yang telah dibentangkan Mohd Najib dapat menjurus ke arah itu? Di mana silap kita?
(8) Kesilapan Mohd Najib yang paling besar saya lihat adalah dia terus terseret oleh asakan parti lawan untuk terus berpolitik. Dari tahun 2009-2014 dia terus terjerat oleh Anwar Ibrahim. Tidak henti-henti dari 2009 sehingga 2014, saya perhatikan beliau terus berpolitik. Kini dia berpolitik pula dengan kekhilafan yang memalukan dirinya cuba bertelagah dengan Mahathir tentang siapa benar siapa pembohong dalam soal 1MDB. Saya tidak nampak big agenda layout and executing pushing darinya. Sejak 2002 sehingga 2014, kita sebetulnya telah mengundur ke belakang, saya tidak nampak fast catching up plans and execution dia. Yang ada hanya ucapan bergegar-gegar tetapi lack execution details. Di tahun 2015 ini juga saya masih melihat usaha berpolitik beliau jauh mengatasi gambaran beliau benar-benar bekerja keras. Lantaran beliau asyik berpolitik, maka seluruh Negara terseret menjadi medan politik yang tidak membawa manafaat. Politik beliau pula lebih menjurus kepada politik popular. Beliau benar-benar menghambat politik popular sekadar untuk membunuh segala hujah yang menyangah cara kerja beliau. Beliau tidak menumpu kepada bekerja. Bekerja dengan penuh jelas, teliti dan jujur. Beliau tidak tampak mengerakkan bala tentera beliau untuk bekerja. Bala tentera beliau juga ibarat kepala busuk, ekorpun reput. Abdul Razak, saat mengambilalih dari Rahman Putera, beliau terus saja berkerja biar dalam keadaan sakit sekalipun terus saja bekerja. Beliau mengasak membuktikan kepada rakyat betapa beliau keras berusaha untuk memperbaiki apa juga keadaan. Sama prihalnya dengan Mahathir. Setiap hari, minggu, bulan dan tahunnya dilakari dengan usaha bekerja gigih. Mohd Najib tidak, 100 hari, setahun dan bahkan 1,000 hari di kantor PMpun tidak ada yang dapat mengerakkan rakyat dan Negara ke arah jalan dan matlamat yang jelas. Roh Mohd Najib dan roh rakyat tidak bersatu dalam cara dia membina Negara ini.
(9) Kesilapan kedua Mohd Najib saya kira dia melayani Generasi Y melampaui batas dan tidak sebenarnya hiting the nail by the head. Kerana ingin popular di Generasi Y, beliau lupa betapa mereka itu hanyalah 20-25 peratus sahaja dari keseluruhan rakyat Negara ini. Mohd Najib terjebak ke dalam ilusi tuntutan tenaga dan nafsu muda Generasi Y yang bersifat harus sentiasa hot and fast. Bagi Najib, Generasi Y perlukan yang trendy. Najib menari pada trendy yang ilusi. Contoh, dia heboh dengan media sosial. Tetapi dia lupa, dalam kemaruk media sosial, yang lebih trendy bagi para Generasi Y profesional adalah Kerajaan yang telus, pemimpin profesional dan Negara yang aman sejahtera. Lantaran terseret oleh Sindrom Generasi Y serta silap baca, Mohd Najib akhirnya terjerumus dengan nafsu betapa Negara harus diurus secara koprat penuh. Di bawah pentadbiran Najib, Negara kian terurus sebagai sebuah Syarikat Koperat. Kebanjiran pemikiran-pemikiran Koperat kian melanda Negara. GLC kian menjurus kepada tadbirurus Koprat penuh. Agensi-agensi Kerajaan biasa juga harus bersifat Koperat. Segalanya harus menjurus kepada Accounting Profit, Good Book. Itulah budaya koprat yang mesti dihambat hebat. KPI dalam bidang tersebut mudah ditafsir dan diukur. Kejayaan agensi dan penjawatan awam dan GLC mulai diukur hebat dengan KPI sebegini. Semua ingin mendapat habuan demi mencapai KPI sebegini, maka intangible KPIs yang lebih asas kian dipinggirkan. Najib kegilaan KPI ala koprat. Inilah ilmu-limu dan pemikiran Generasi Y yang menghantui pentadbiran Mohd Najib. Segala macam pakar dari luar Negara digunakan untuk menasihati the best corporate governance yang harus menjadi landasan urustadbir Negara. Najib lupa, pakar-pakar luar ini, mereka biar pakar dalam bidang mereka, namun mereka tidak pakar dalam mengait keahlian mereka dengan tuntutan sebenar rakyat. Kini telah berlaku jurang keperluan dan persepsi yang ketara antara rakyat dan Kerajaan. Bermula dengan FGV, lalu menyusul 1MDB, yang kedua-duanya ternyata sedang membaham diri. Keputusannya tidak seperti dimimpikan. ROI tinggi, risk juga tinggi. Namun yang nyata, risk sahaja yang menjulang tinggi, sedang ROInya adalah Hutang Yang Melambung sedang hasil belum ketara, dan rakyat mulai melalui kehidupan yang payah. Biaya hidup rakyat kian payah. Peluang pekerjaan kian tidak setimpal dengan pendidikan yang ada pada mereka. Rakyat kian berhutang hebat. Segala menumpu ke Kuala Lumpur, sedang di luar bandar kian menyepi. Generasi Y kian ke kota, Generasi X kian menua, Generasi Z kian binggung, dan Negara kian menuju jalan tidak seimbang. Najib leka di atas idealisma kapitalisma Generasi Y, dan dia kian lupa tentang tuntutan zuhud Muhammad SAW serta contoh rentan susah Mao Tze Dong dan bahkan Ho Chi Minh dalam membina Negara Bangsa yang gagah. Najib silap membaca signal trendy Generasi Y yang lebih berupa sekadar pembayang tentang keinginan mereka dan tidak semestinya adalah keperluan mereka dalam pembinaan sebuah Negara dan Bangsa, apa lagi rakyat masa depan berAdeenkan Islam.
(10) Apa masih adakah jalan pulangnya? Sebelum itu, apa Mohd Najib mahu berpulang? Dia sudah menabuh gendang kepahlawanan Bugis, Biar patah pengayuh di tangan, biar robek bidang layar, berpulang adalah pantang. Apakah benar Bugis bersikap sebegitu? Juga jikapun Bugis bersikap sebegitu, apakah tujuan sebenarnya? Adakah ianya bersifat alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan atau di atas kepastian menghambat rezeki yang halal dan atau pembelaan yang hakiki? Jika bukan atas keperluan hambatan rezeki halal dan atau pembelaan hakiki, tidakkah sikap ibarat tidak mahu berpulang ini sudah sangat bertentangan dengan falsafah Melayu sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Apa lagi jika disorot di sisi Islam. Cuma mungkin rasa ego mengatasi segala. Persoalan pokok yang Najib harus sedar, adakah dia sedang memimpin Bugis atau sedang memimpin Negara Majmuk? Saranan jalan pulang bagi Najib, saya cuba ketengahkan dalam tulisan saya selanjutnya selepas ini.
Bogor, Indonesia
28 Mei, 2015

0 comments:
Post a Comment