.

3/12/21 ANWAR MoF TERBAIK ASIA - maka dia paling layak menjadi PM

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 23, 2021

Share

& Comment

Saya dari awal, biar semasa menjadi pelajar 179-84, saya tidak pernah menyokong apa lagi tertarik dengan gaya kempimpinan Anwar. Sebagai pelajar di Kampus UKM Lembah Pantai di mana pengaruh gerakan mahasiswa Universiti Malaya (UM) adalah kuat, dan apa lagi Yayasan Anda dan Angkatan Belia Islam (ABIM) yang diterajui Anwar (1972) mempunyai Pejabat Operasi di depan Kampus UKM Pantai Baru, suasana politik pelajar waktu itu amat cenderung untuk "menentang" Kerajaan. Sebab pokok adalah masalah biasiswa yang tidak mencukupi. UM pula mempunyai budaya agak "liberal". Lantaran itu, tuntutan nafkah dan antara kebebasan dan kawalan moral menjadi tunjang asas gerakan politik pelajar pada masa itu. Soal-soal permasalahan Negara seperti kemiskinan dsb saya lihat hanyalah jalan permainan politik Kampus dewasa itu. Anwar saya lihat cukup licik dalam mempermainkan isu-isu berkenaan demi melebar dan mengekalkan pengaruhnya khasnya di kalangan para pelajar UM (dan UKM). Kecenderungan saya pada masa itu dan sehingga kini adalah bagaimana Negara, Bangsa dan Agama untuk dapat dimajukan hebat, bukannya pidato-pidato berapi-api. Saya kira saya sedari awal kegiatan politk pelajar saya lebih cenderung kepada thinking politic dari rhetoric politic. Maka bila saya keluar dari Universiti, biar saya berkelulusan di bidang Sains, saya memilih untuk menjadi seorang Pentadbir Awam dari memilih jalan kerjaya saintifik atau swasta.

(2) Anwar menjadi Menteri Kewangan (MoF) pada 1991 - 1998. Belum lama menjadi MoF Anwar dinamakan sebagai salah seorang antara empat MoF terbaik Asia. Pada 1996, Anwar dinamakan sebagai MoF terbaik Asia. Anwar bukanlah MoF terbaik dunia, kerana pada 1996, MoF Terbaik dunia adalah Robert Rubin, USA. Namun pada Sept 1998, Anwar dipecat dari MoF dan dari April 1999 sehingga 2018, Anwar terus keluar masuk penjara. 

(3) Saya banyak berdebat dengan para penyokong Anwar, bahawa Anwar tidak boleh terlalu dipuja untuk menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia. Namun hujah para pendokong Anwar adalah (1) Anwar = the best MoF; dan (2) Anwar telah berjuang sangat lama dengan penuh kegetiran, maka dia = the best untuk menjadi PM.  Saya dalam apa hujah sekalipun, tetap melihat Anwar bukanlah calun terbaik PM Malaysia. Bukan soal, saya telah terdoktrin, namun sebegitulah firasat dan kepercayaan saya bila saya meneliti akan sifat-sifat dan gaya Anwar. Dalam tulisan ini, saya berusaha untuk melihat Anwar dari sudut akademik dan politik ringkas selaras dengan firasat saya bahawa Anwar bukan calun PM terbaik terutama dalam keadaan Malaysia sedang payah apa lagi sedang menghambat pembangunan pesat. Anwar hanya layak menjadi PM dalam keadaan biasa-biasa sahaja.


(4) Anwar menjadi MoF pada 1991 - 1998. Anwar juga menyandang kedudukan TPM dari 1993 - 1998. Cuba perhatikan geraf di sebelah. Mahathir menjadi PM pada 1981. Pada masa itu, Ekonomi Msia berada dalam keadaan baik. Ianya menjunam pada 1984 terkesan dari masalah ekonomi dunia semasa. Kemudian memulih dan stabil sehingga 1997.  Pada 1997 George Soros mula menyerang sistem kewangan ASEAN, dan pada 1998 Malaysia tidak terkecuali. Maka ekonomi Malaysia agak Yo Yo dari 1998 - 2002 dan kembali memulih pada 2003 - 2007. Sesungguhnya, tidak ada sebuahpun Negara di ASEAN (termasuk Singapura) tidak terpukul parah semasa dan selepas krisis kewangan serantau pada 1997 yang kemudiannya diikuti oleh beberapa krisis di peringkat global lainnya.

(5) Hakikat perangkaan ini harus semua boleh lihat iaitu pada 1985 - 1997, keadaan Ekonomi Malaysia sememangnya dalam keadaan mantap dan kita pernah diberikan jolokan sebagai Harimau ASEAN. Pokoknya, Anwar menjadi MoF dalam keadaan ekonomi Malaysia sangat memberansangkan. Sebelumnya, ekonomi Malaysia agak lembab dan Daim Zainuddin telah Mahathir undang khas untuk membantu (1984 - 1991). Sesungguhnya pertumbuhan baik ekonomi Negara pada 1985- 1998 adalah atas asas yang telah Daim bina, bukan lantaran Anwar. Pada geraf tersebut juga jelas, bahawa Malaysia telah mengorak langkah ke arah market liberalization di mana Negara mula mengaktifkan pelaburan pihak swasta. Dan ini juga terbukti dengan meningkatnya Pasaran Kredit. Maka sesungguhnya saranan ekonomi liberal Anwar bukanlah perkara baru. Dia hanya menyanyi lagu lama tetapi tidakpun tahu untuk menulis lagu itu sendiri. Dalam Negeri seperti ditunjukkan oleh geraf berkenaan. Langkah-langkah ini adalah selaras dengan dasar Negara pada masa itu untuk lebih mengutamakan dana dalam Negara ie pihak swasta dalam membiayai banyak pembangunan di Negara ini khasnya di bidang infrastruktur asas dan bahkan di sektor pertanian. Maksudnya sejak Mahathir mengambilalih pemerintahan menjelang 1981, beliau telah memulakan langkah mengurangkan keberhutangan dengan pihak asing khasnya dari Bank Dunia (WB) dan Bank Pembangunan Asia (ADB). Maka bukanlah kerana Anwar, maka dasar fiscal kita berubah melainkan ianya telah diusahakan oleh Daim jauh lebih awal ( sekitar 10 tahun sebelum Anwar). Anwar lebih berupa sang lembu yang mengaku susu sang sapi.

(6) Pasti timbul persoalan, jika Daim adalah sangat bangus, kenapa Daim tidak pernah mendapat pengiktirafan Euromoney Magazine? Maka di sinilah, mata dan hati kita harus terbuka luas. Pada era Daim sebagai MoF (1984 -1991), Malaysia sedang bergelut dengan perubahan dasar fiscal yang beralih dari public driven ke private sector driven. Perubahan ini bukanlah sesuatu yang mudah bilamana Pentadbiran Negara telah tengelam sebegitu sebati dengan Public Funding System. Pokoknya Daim sedang mengajar Negara untuk bertatih, sedang Anwar kemudiannya menerima atelit yang sudah terlatih. Cuba fikirkan, jika Daim telah tidak mengurus kewangan Negara dengan baik dari 1984 - 1991, pada masa Anwar mengambilalih MoF pada 1991, apakah ekonomi Malaysia akan mendadak melonjak atau mengalami nasib sama dengan semasa era Daim, atau mungkin lebih parah? Maka anggapan bahawa lantaran Anwar adalah MoF terbaik Asia pada 1996, maka dia adalah the best MoF adalah hujah yang saya kira sebagai naik lift tekan butang sendiri untuk naik seberapa tinggi lalu mengaku itulah hasil usahanya naik tangga.

(7) Ingatlah akan analogi ini: "Datuk menanam durian di dusun, yang menikmatinya adalah para cucu cicitnya". Maka sesungguhnya langkah Anwar menuruti cara yang ditunjukkan IMF dalam menanagi krisis kewangan pada 1998 adalah ibarat datuk menanam durian, cucu kerana takut memanjat durian, menebang untuk mengambil buahnya. Anwar sesungguhnya pada 1998 telah melakukan dasar kewangan (fiscal) Negara bertunjangkan cara IMF yang telah memporak perandakan ekonomi Malaysia sehingga kini kesannya. 

(8) Isu kedua yang ingin saya huraikan adalah, lantaran Anwar sering keluar masuk penjara sejak 1999 sehingga 2018, maka keperitan hidupnya itu harus menjadi galas untuk dia menjadi PM terbaik Malaysia masa kini. Hujah ini, saya kira sangat terpengaruh oleh jalan cerita Sukarno - Hatta di Indonesia dan bahkan Jose Rizal, Pejuang Kemerdekaan Filipina yang sering menjadi sebutan Anwar dalam asakan Asian Renaissance beliau suatu masa terdahulu. Inilah apa yang saya lihat sebagai mainan politik perlambangan yang sering Anwar amalkan. Jika diikuti betul-betul Anwar cukup seronok untuk mengikat associate dirinya dengan nama-nama besar dunia bila dia tengah ghairah dengan sesuatu isu. Dalam politik Islam, Anwar akan mengikat dirinya kepada Yusuf Al Qardawi, Imam Al Azhar (?). Dalam soal kemiskinan, Anwar cukup hebat mengaitkan pemimiran Bank Dunia. Dalam apa juga, sebegitulah Anwar akan mengunakan nama-nama besar untuk menobatkan justify akan kehebatan diri beliau. Persoalannya, fahamkah Anwar secara terperinci dan meluas apa yang iodolanya fikir atau nyatakan? Saya melihat Anwar, hanya Cameleon, mengkarung yang suka berubah-ubah dengan alam keliling demi kelestarian survival politiknya. Cara beliau membawa PH dan PKR dalam PRN Sabah, Melaka dan Sarawak adalah bukti jelas.

(9)  Sesungguhnya, Bilal Inbu Rabah jauh lebih tersiksa dari Anwar tentang jalan kebenaran yang beliau tuju. Biar dia kemudian menjadi antara orang paling Muhammad SAW percayai, Bilal terus syukur untuk menjadi budak  dari bersaing bersama Ali RA dan lain-lain dalam kedudukan istimewa di sisi SAW. Bahkan dalam dunia Islam, berapa ramai tokoh-tokoh yang perit hidup mereka, namun mereka memilih untuk menjadi pejuang tanpa pangkat. Sesungguhnya, biar mungkin hanya suatu dongengan, Abu Nawas seorang yang sangat bijak dalam menangani kerenah Sultan Amir Nurashid, Bahgdad, namun dia terus kekal sebagai pendita diam di hujung kampung

(10) Di bawah BN, RCI Forex telah dijalankan. BNM telah kerugian RM31.5 billion dari 1991-1994 akibat urus niaga Forex, semasa Anwar adalah MoF. Hasil dari sisatan tersebut, Lapuran RCI 13 Okt, 2017 telah mengesyorkan agar Anwar dan Mahathir disiasat tentang pengelibatan mereka. Apakah kaitannya dengan hujah saya bahawa Anwar belum tentu layak menjadi PM biarpun dia dinobatkan dengan MoF terbaik Asia 1996. Dalam kasus Forex ini, bila PH ie di mana Anwar adalah di dalamnya yang berkuasa dari 18 Mei, 2018 sehingga Feb, 2020, di manakan integriti Anwar? Saya tidak nampak beliau ada kerelaan untuk sedia disiasat apa lagi menzahirkan saranan RCI agar beliau disiasat sama. Beliau adalah MoF. Perkara ini berlaku betul-betul di bawah hidung beliau sendiri. Jadi pokoknya, keghairahan pihak-pihak tertentu menjual minyak hanya bahawa Anwar berpunya integriti, saya kira sangat tipis. Bahkan bekas KPN @ IGP Musa Hassan memperakui bahawa Anwar telah melalkukan salah guna kuasa ke atas kasus yang melibatkan dirinya. 

(11) Maka dengan parahnya prestasi PKR @ PH di PRN Sabah, Melaka dan Sarawak ditambah sejarah kurang berintegriti silam beliau, Malaysia harus menolak Anwar sebagai biar hanya sebagai bakal PM Msia. Anwar harus berundur @ disingkirkan dari politik agar Negara ini kembali pulih menuju jalan pemikiran benar hakiki. Anwar membawa budaya berotak di lidah, bernafsu di mata buat rakyat Malaysia.



Kuching - Kota Bharu

23 Dec, 2021 - 12 Jan., 2022

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.