.

2/11/18 BELANJAWAN 2019... perkiraan Malaysia, USA dan Sarawak

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 06, 2018

Share

& Comment


Lim Guan Eng LGE, MoF membentangkan Belanjawan 2019 Msia pada 2 Nov., 2019. Abang Johari, Ketua Menteri Sarawak membentangkan Belanjawan Sarawak pada 5 Nov., 2019. Saya ingin melihat kedua-dua Belanjawan ini dengan mengambilkira kekesanannya berlatar belakangkan Belanjawan USA yang dibentangkan pada 1 Okt, 2019 oleh Presiden Trump. Sekilas pandang, Belanjawan 2019 Malaysia berupa sebuah Belanjawan Pemulihan. Di peringkat akhir, kata-kata LGE ada tanda-tanda bahawa Belanjawan 2019 Malaysia menjurus kepada Malaysia First. Sedang bagi Sarawak, Belanjawan 2019nya lebih mirip kepada Belanjawan Pilihanraya Malaysia di bawah Barisan Nasional BN 2018. Bagi Amerika, pada 2017, Trump telah mengasaskan Belanjawan 2018 bersifat Amerika First. Pada 2019, tema Belanjawan America First Trump lebih ditegaskan.

(2) Sengaja saya melihat Belanjawan 2019 Malaysia dan Sarawak berlatar belakangkan Belanjawan USA 2019. Belanjawan USA 2019 sangat mempengaruhi keadaan ekonomi dunia terutama bila Trump mengambil sikap America First. Dari geraf di sebelah, kita harus dapat menangkap kenapa Trump mengambil sikap America First. Sesungguhnya ekonomi Amerika kian terjejas oleh kebangkitan kuasa-kuasa ekonomin baru serta beban global policing yang telah ianya lakukan sejak sekian lama. Dalam era Global Village rentak ekonomi Negara seperti Ekonomi Perdagangan seperti Malaysia pasti sangat dipengaruhi oleh putaran ekonomi dunia terutama negara-negara eksport Malaysia. Singapura, China, Jepun, USA, Thailand, Hong Kong, Australia, India, Indonesia dan Korea Selatan adalah sepuloh rakan dagang terbesar Malaysia. Sekitar 70 peratus dari eksport Negara menuju ke negara-negara ini. Jika kita teliti betul-betul, Singapura, Jepun, Thailand, Australia dan Korea Selatan adalah rakan-rakan strategik Amerika dalam banyak hal. Maka adalah suatu langkah bijak Mahathir, pada saat mencapai kemenangan pada 9 Mei, 2019 beliau bergegas menerima dan atau melawat negara-negara seperti Singapura, India, Brunei, Indonesia, Jepun, Thailand, malah UK dan UN (proxy Amerika). Sebegitu juga Mahathir mengambil sikap friendly dengan ABC Australia.

(3) Maka jika dilihat Belanjawan 2019 Malaysia tidak lain adalah mirip Belanjawan American First Trump. Inilah Belanjawan Menyelamatkan Malaysia dari segala bentuk keborosan dan ketirisan yang membawa kita menjadi Juara Kleptokrat Dunia di kurun ke 21 ini bagi tempoh 2013-2018. Trump menyelamatkan ekonomi Amerika juga dari segala unecessary expenditures Clinton dan Obama terdahulu. Malaysia mengunakan konsep thinning dalam mengurus kewangannya, sedang Trump menggunakan konsep breakaway. Hakikatnya kedua-duannya adalah sama kesannya iaitu pemotongan atau pembuangan belanjawan tidak perlu dan mengukuhkan apa yang perlu dan strategik.

(4) Teras Belanjawan Malaysia 2019 menjurus kepada lapan bidang utama; (1) Merancak pelaburan perdagangan dan industri (2) Menuju Aspirasi TN50 (3) Mengungguli pembangunan pendidikan, latihan, kemahiran dan bakat (4) Memacu pembangunan inklusif (5) Mengutama kesejahteraan rakyat dan menjana pendapatan (6) Mempersiaga Revolusi Perindustrian Ke Empat dan Ekonomi Digital (7) Meningkatkan kecekapan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam (8) Mengimbagi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi. Sejumalh RM280.25b telah diperuntukan di mana RM46b adalah untuk pembangunan, RM2b untuk luar jangka dan selebihnya adalah belanja mengurus. Melihat kepada teras ini, maka jelas tumpuan Kerajaan Malaysia adalah mengembalikan kerancakan ekonomi Negara berasaskan kekukuhan ekonomi dalaman. Mahathir jelas mahukan Malaysia bukan sekadar menjadi Trading Nation tetapi Manufacturing and Trading Nation. Keseimbangan antara manufacturing and trading adalah perlu. Rakyat kebanyakan sangat bergantung peluang kerjaya dari sistem pengeluaran sedang di bidang perdagangan, trading ianya memerlukan kepakaran dan modal yang rakyat biasa masih sangat jauh kekurangan. Namun di sektor perusahaan, kita ingin menjadi Negara Perusahaan Teknologi Tinggi. Kita perlu lari dari sektor perushaan gunatenaga massa lantaran itu tidak memungkinkan kita untuk dapat bersaing dengan jiran-jiran yang mempunyai population advantages. Maka untuk itu, pembangunan kemahiran tenaga manusia dengan sikap berintegriti akan dijadikan asas bagi pemulihan dan memacu ekonomi Negara serta bagi menjamin urustadbir yang berwibawa dan mampan. In Shaa Allah Mahathir akan membina sebuah Negara Sekular-Sejahtera di mana asas-asas As Sidique (jujur), Amanah, Tabliqh (suci) dan Fatanah (bijak, mahir) akan menjadi tonggak kepada jalan pembinaan kesejahteraan Negara dan rakyat seluruhnya.

(6) Pendekatan yang Mahathir ambil dalam memulihkan ekonomi Negara dari kebobrokan kleptokrat silam In Shaa Allah saya kira tepat. Kebobrokan kleptokrat telah sangat menyulitkan kehidupan rakyat. Dalam dunia kleoptokrat, sama saja dengan alam diktator. Rakyat sengaja disulitkan kehidupan mereka, agar mereka mudah dipancing umpan. Mahathir memulihkan ekonomi Negara lewat usaha memerdeka dan mendaulatkan rakyat. Mahathir ingin membina rakyat berpunya kemahiran tinggi dan meluas serta mempunyai iktikad duniawi dan ikhrawi yang seimbang. Dengan  cara itu, In Shaa Allah kita sedang membina bangsa Malaysia yang mulia sifat-sifat insani mereka. Jika itu terbentuk, seperti janji Allah, Dia akan memuliakan sesiapa yang berIman dan berTaqwa, kita In Shaa Allah akan berjaya. Jika Umar Abdul Aziz dapat membina kekuatan hebat hanya dalam tempoh sekitar dua tahun, maka kita juga boleh lantaran keadaan kita jauh lebih advantage dan mudah berbanding pada zaman beliau.

(7) Bagi Sarawak, dengan ketegasan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan cukai jualan 5 peratus ke atas petrolium pada 2019, maka dijangkakan sumber pendapatan negeri akan menjadi lebih kukuh di mana dianggarkan ini akan memberikan lonjakan sekitar 50 peratus dari pendapatan 2018. Dengan jangkaan pendapatan sebegitu, maka Johari telah mengumumkan bahawa Sarawak akan berbelanja sejumlah RM11.91b bagi memajukan Sarawak. Jika ditolak belanja mengurus sejumlah RM2.84b maka baki RM9.07b untuk belanja pembangunan. Sejumlah RM6.05b atau 67 perastus dari belanja pembangunan akan digunakan bagi meningkatkan kemudahaan prasana asas di luar bandar. Jika ditokok dengan RM4.3b belanja pembangunan dari Kerajaan Persekutuan, saya menjangkakan pada 2019 adalah tahun yang sangat sibuk bagi para kontraktor, pembekal serta juga pegawai-pegawai Kerajaan di Sarawak. In Shaa Allah ekonomi Sarawak pada 2019 dan mungkin melimpah sehingga ke 2021 akan sangat rancak. Perlu diingat, peruntukan RM4.3b belanja pembangunan persekutuan pasti akan turut melibatkan sekitar RM15-20b belanja mengurus. Maka secara tiori, Public Money Supplies di pasaran negeri Sarawak pada 2019 boleh mencecah sehingga RM30-40b. Secara aggregate Sarawak patut mengecapi pertumbuhan ekonomi sekitar 6-6.5 peratus berbanding jangkaan 4.5-5 peratus bagi Malaysia pada 2019.

(8) Keuletan Johari untuk mengenakan cukai jualan petrolium adalah wajar. Di dalam MA63 yang ditanda tangani pada 1963, hak-hak Sarawak sebagai rakan Malaya dan Sabah dalam Malaysia adalah jelas. Cuma faktor masa dan keadaan, hak-hak itu tidak diguna pakai secara menyeluruh. Kini saya berkira sudah tiba masanya. Kuala Lumpur harus jangan gusar mengenai ini. Kuala Lumpur seharusnya facilitate akan perkara ini. Kuala Lumpur harus melihat ini dari sudut hikmah dalam memerangi dan mengekangi kleptokrat di masa depan. Bahkan dari segi economic growth langkah Kerajaan Sarawak akan ada sumbangan besarnya. Sesungguhnya Sarawak telah banyak berkorban untuk Negara dengan merelakan 25 peratus dari hak royaltinya untuk Negara sejak 1974. Mengikut Umar Al Khataab dan hukum dagang pada masa itu, Sarawak seharusnya memperolehi royalti sebanyak 30 peratus. Kini sepert semangat Rahman Yakub, hak itu patut dipulangkan. Namun kebobrokan hasil kleptokrat silam tidak memungkinkan itu. Saya jangkankan 2-3 tahun adalah diperlukan untuk memungkinan itu berlaku. Maka cukai jualan adalah jalan bagi menyelesaikan masalah ini, kerana jika Sarawak terus ketinggalan, maka di tangan Mahathir kemungkinan Negara Malaysia akan pecah. Siapapun tidak mahukan itu. Di samping itu, hikmah terbesar saya kira, seluruh jentera Kerajaan kini harus sedar, sikap kleptokrat mesti dihentikan. Seluruh sistem Negara mesti kembali kepada jalan hemah dan bijaksana. Kerajaan Ummayah bukanlah sebuah Kerajaan kaya raya bila Umar Abdul Aziz dinobat jadi khalifah. Kemiskinan dan penindasan merlata. Namun keinsafan  zuhud menjadikan Ummayah gagah semasa pentadbiran beliau.

(9) Belanjawan 2019 Sarawak adalah wajar. Sarawak perlu menumpu untuk menyiapkan segala kemudahan prasarana asas di seluruh Negeri ini. Jika Sarawak mampu berbelanja sekitar RM5-7 billion setahun untuk tempoh lima tahun ke depan di dalam sektor-sektor ini, saya yakin menjelang 2025 seluruh perhubungan dan kemudahan awam Sarawak akan sempurna. Jika ini benar-benar diusahakan, In Shaa Allah segala usaha-uasaha soft economies tumbuh sendiri dan meluas.  Peranan Kerajaan di sektor ini akan menjadi mudah a mere facilitator and regulator. Maka In Shaa Allah, menjelang 2030, Sarawak boleh menjadi Negeri terkaya di Malaysia. Cuma apa yang penting, sistem politik dan urustadbir kita mesti kental berwibawa serta kita harus berpunya Socio-economic, Investment and Spatial Masterplan yang menyeluruh dan saksama.

(10) Berbalik kepada Belanjawan Trump 2019, tumpuan beliau adalah pemulihan ekonomi Amerika. Najib punya pandangan yang tepat untuk membantu Trump ke arah itu bila beliau berjanji untuk melabur sekitar RM40-80 billion di USA seperti beliau jelaskan dalam kunjungannya ke White House pada 17 Sept., 2017. Langkah ilusi Najib tersebut akhirnya memakan tuan. Amerika ada caranya tersendiri dalam caranya untuk memulihkan kekuatan ekonomi dalamannya. Sejarah panjang serta tarafnya sebagai Negara maju gergasi sangat memudahkannya untuk berbuat sebegitu. Dengan kepakaran, modal yang ada, serta permitaan dalam negeri dan kuasa beli rakyat yang tinggi, usaha pemulihan ekonomi dalaman Amerika pasti dapat Trump lakukan dalam tempoh kurang dari lima tahun. Kembali merancakkan ekonomi domestik Amerika seharusnya menguntungkan dunia lantaran julat kepengunaan Amerika sangat luas dan dalam. Namun sikap Trump agak kedekut. America First boleh menyekat aliran barangan eksport ke Amerika. Malaysia tidak terkecuali. Maka saya yakin, Mahathir sedar akan hakikat ini, dan saya percaya selepas beliau sudah agak selesai berurusan dengan negara-negara sahabat penting, beliau akan mula menumpu kepada pasaran baru. Untuk itu Kementerian Luar dan MITTI punya tanggungjawab besar dalam membantu masalah yang mungkin boleh ditimbulkan oleh sikap dan dasar Trump.

(11)  Satu perkara yang sangat menarik perhatian saya tentang Belanjawan Trump 2019 adalah nafsunya untuk berbelanja lebih di sektor pertahanan dan keselamatan. Sesungguhnya sektor pertahanan dan ketenteraan telah memberikan Amerika banyak kelebihan di bidang teknologi tinggi. Mereka membangun kekuatan ketenteraan lantaran untuk sentiasa ke depan dalam bidang teknologi tinggi. Dalam masa yang sama, persenjataan ketentaraan boleh menyumbang pendapatan baik kepada Amerika. Trump seperti semua Presiden Amerika, mereka pasti menggunakan strategi  perang adalah business. Trump dalam pretex untuk mengekang pengaruh Russia dan China, akan mengujudkan rasa tidak selamat kelompok-kelompok negara-nerara seperti EU, ASEAN, Timur Tengah, Asia Tengah, Asia Selatan malah Afrika. Trump akan menggunakan strategi biasa CIA untuk mengujudkan syndrom Domino Viet Cong di awal 1970an dulu. Cuma strategi Trump sedikit berubah dari biasa. Trump lebih cenderung to empower the local dari keterlibatan secara langsung. Saudi umpamanya harus membina kekuatan sendiri. Saudi kemudian harus melindungi negara-negara sahabat dari musuhnya iaitu Iran. Trump hanya berminat menjual apa yang perlu. Lantaran itu, saya menjangka era Trump akan menyaksikan perlumbaan pembinaan kekuatan ketenteraan di seluruh dunia. Jika ini tidak terkawal, maka akan wujud peperangan di mana-mana. Kekacuan ini adalah tujuan Trump agar dia dapat meraih ikatan akrab dengan negara-negara pendokongnya tanpa sedar mereka hanyalah lambakan pasaran persenjataan dalam cara beliau memulihkan ekonominya. Dalam prihal ini, maka peringatan Al Quran, betapa kita harus hati-hati bila bertemankan Yahudi, Nasrani dan Majusi. Saya yakin Mahathir tahu ini, serta berpunya strategi kita sendiri dalam mengurusnya.

(12) Secara ringkas, sedang Mahathir mahu memulih dan menstrukur kembali, reform ekonomi Negara, beliau harus berjiwa terbuka dalam memudah cara tuntutan Sarawak (dan semua pengeluar petrolium Negara). Sedang bagi Sarawak (dan negeri-negeri pengeluar petrolium Negara), kita juga harus akur tentang kesulitan ekonomi Negara pasca Kleptokrat serta dalam zaman Trump yang Trump. Urustadbir Zuhud adalah terbaik pada keadaan payah ini. Membina Insan As Siddique, Amanah, Tabligh dan Fatanah adalah terbaik bagi menjamin kelestarian kesejahteraan rakyat dan Negara. Dalam mengurus Negara dan negeri-negeri di Malaysia, para pemimpin kita harus meraikan kepelbagaian yang Allah adakan di bumi ini sebagai faktor kekuatan bersama kita. Kita boleh lakukan semua ini. In Shaa Allah.

Kuching, Sarawak
6 Nov., 2019

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.