.

3/11/18 KEPIMPINAN MELAYU SARAWAK .... mungkinkah DNA kita DNA pengecut?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 21, 2018

Share

& Comment


Apa itu kepimpinan? Dalam Inggeris, kepimpinan disebut sebagai leadership. Perkataan kepimpinan berupa kata sifat,  adjective. Dari pengkelasan tersebut, jelas kepimpinan adalah merujuk kepada sifat kepemimpinan seseorang pemimpin. Dalam bahasa mudah, pemimpin adalah ketua. Tidak kira di peringkat mana, yang memimpin adalah ketua. Kepemimpinan pula merujuk kepada gaya kepimpinan pemimpin. Atau dalam kata lain, kepimpinan adalah bagaimana tingkah ketua dalam mengetuai sesuatu institusi atau tugasan. Dalam mencipta istilah pemimpin, kepimpinan, dan kepemimpinan, saya kira bangsa Melayu cukup hebat. Kata dasar istilah-istilah tersebut adalah pimpin. Pimpin tidak hanya memberi maksud mengetuai tetapi lebih menjurus kepada membimbing.  Maka jika digabungkan dua pengertian ini, maka kepimpinan adalah bermaksud mengetuai dan membimbing. Adalah menjadi susila Melayu, bimbing atau pimpin hanya merujuk kepada perkara-perkara baik dan betul. Si buta jika kita pimpin bermaksud kita meletakkan beliau di jalan betul dan selamat.  Dari segi logiknya, lantaran istilah pimpin adalah asli Melayu iaitu tidak disadur dari mana-mana bahasa bangsa lain, maka saya berpandangan Melayu seperti berpunya DNA pemimpin secara azali. Melayu Sarawak khasnya pasti tidak terkecuali.

(2) Jika dikaji dalam keturunan kaum dan bangsa apapun di dunia ini, mereka pasti mempunyai istilah tersendiri akan perkataan setara pemimpin, kepimpinan, dan kepemimpinan. Maka di sinilah, seharusnya manusia sedar dan insaf, gene pemimpin sememangnya telah Allah semaikan dalam setiap diri manusia sesuai dengan tujuan azali pencpitaan manusia itu sebagai khalifah. DNA asli kepimpinan manusia adalah suci. Allah telah menetapkan bila manusia dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi, sifat kepemimpinan manusia yang Allah mahukan adalah bersifat suci murni. Namun masa dan keadaan menjadikan segalanya kian terpesong.
   
(3) Cuma jika dirujuk kepada ilmu Kajihayat terutama dari sudut Genetik dan Fisiologi, DNA iaitu genotip hanya akan menjelmakan sifat-sifatnya ie fenotip, jika dan hanya jika prasyarat kepada penjelmaan itu wujud. Jika prasyarat tertunai penuh, sedang fenotip yang terjelma tidak seperti dijangka atau diharapkan, maka seringnya kita akan menilai semula DNAnya. Di dalam bidang pertanian, kini telah wujud keilmuan Genetic Engineering, di mana DNA sesuatu tanaman atau ternakan diubahsuai bagi mendapatkan hasil seperti diharapkan. Sedikit waktu dulu, dunia pernah heboh dengan kerja-kerja pengklonan bebiri Dolly. Kini telah wujud teknologi Genetic Modified Agriculture, GMA.

(4) Secara ringkas, DNA ie genotip menentukan rupabentuk sesuatu mahluk ie fenotip. Penzahiran fenotip terpengaruh dengan prasyarat atau sekitarannya. Bahkan perubahan panjang dan berterusan persekitaran boleh juga merubah DNA sesuatu mahluk Allah. Di dsalam bidang sains, proses perubahan ini dinamakan sebagai evolusi.

(5) Di dalam Islam, telah wujud konsep Allah telah menentukan segalanya. Itu sesuatu yang tidak boleh dinafikan lantaran, keranaNya segala-galanya wujud. Namun, kita tetap tidak dilarang untuk mengkaji, bagaimana Dia menjadikan apa-apa saja pada ketentuanNya. Malah sebetulnya Allah meminta kita untuk terus mengkaji apa saja yang telah Dia ciptakan agar kita lebih mengenaliNya. Allah mengalak manusia untuk terus mendongkil ilmu, lantaran melalui ilmu nilai-nilai kemanusiaan akan terus meningkat. Kebesaran Allah juga akan lebih terserlah dengan peningkatan ilmu seseorang. Maka bertitik tolak dari situ, saya yakin soal kepimpinan punya kaitan rapat dengan DNA kepimpinan pemimpin itu sendiri. Saya yakin, ketentuan setiap manusia Allah telah semadikan pada DNA setiap diri kita. "Mungkin, 'Loh Mahfuz' manusia adalah DNA mereka sendiri". Di dalam Inggeris kita sering bertemu dengan ungkapan leadership trait. Apa yang dimaksudkan oleh istilah Inggeris itu adalah DNA kepimpinan atau dalam Bahasa Indonesianya sering disebut sebagai Tampang Kepimpinan. Dalam istilah Melayu harian DNA ini sering disebut sebagai Baka, Beneh, Keturunan. Maka jika DNA dan fenotip ada masalah ketakserasian, maka secara saintifik, kita perlu melihat kepada dua faktor penting iaitu DNA dan faktor-faktor prasyarat kepada penzahirannya. Dalam penilaian saintifik, kita tidak boleh mengabaikan salah satu untuk membuat sebarang rumusan mantap. Namun dalam dunia Melayu, pada saat kepimpinan seseorang terkecundang, maka soal-soal baka, benih dan keturunan sering dipersoalkan sedang faktor sekitaran kekecundangan sering diabaikan.

(6) Dalam membicarakan masalah kepimpinan Melayu Sarawak, saya akan berusaha untuk melihat pada trait DNAnya, juga pada faktor-faktor sekitarannya. Namun sebelum itu, apakah Melayu Sarawak sedang menghadapi masalah kepimpinan. Jika ada, pada kayukuran apa? Kedua, kenapa saya ingin membicarakan persoalan ini? Sebelum saya menulis jauh, saya jawab dulu soalan terakhir tersebut. Ilham menulis persoalan ini timbul dari kemaruk tuntutan hak minyak dan gas O&G Kerajaan Sarawak, GOS ke atas Kerajaan Persekutuan, GOM. Soal berhak atau tidak, itu tidak timbul kerana rakyat setempat pastinya berhak ke atas apa Allah anugerahkan di tempatnya. Allah tidak menjadikan unta untuk Melayu, namun dari Champa ke Sulu, Jawa, Borneo, Malaya lalu ke Pattani, Allah ciptakan kerbau untuk Melayu mengarap sawah mereka. Melayu ada hak pada kerbau dan tidak pada unta. Pandangan ini, saya garap dari betapa kaum Syaibah adalah penjaga Kaabah bila SAW dan para pengikutnya hijrah ke Madinah. Bila Islam dapat menguasai Mekah, kunci Kaabah telah dirampas dari kaum Syaibah, namun pintu Kaabah tidak dapat dibuka sehingga turun  Surah An-Nisaa'(58) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya” yang menyebabkan kunci tersebut perlu diserahkan kembali kepada Bani Syaibah sehingga ke hari ini.

(7) Yang menjadi isu bukan soal hak, tetapi cara hak tersebut dituntut. GOS ada caranya. Locus standi GOS lantaran ianya adalah Kerajaan semasa. Kumpulan yang menguasai GOS terkini adalah mereka yang berpunya Locus Standi untuk menuntut hak rakyat Sarawak. Mereka membentuk Kerajaan lantaran mereka memperolehi undian terbanyak dalam amalan demokrasi biasa. Cuma rakyat pula sedang berdebat dengan pelbagai cara lain. Sebagai rakyat, mereka juga merasakan berhak membuat tuntutan berteraskan cara mereka. GOS berpendapat, selain dari mereka, pihak lain tiada hak untuk bersetuju atau berbuat apa. Namun, kepada rakyat, GOS adalah oleh dan dari siapa?. Mereka berpandangan bahawa mereka juga berpunya locus standi.  Maka, semua ini menyebabkan timbulnya pelbagai percaturan. Namun, dengan terlalu banyak cara yang digunapakai oleh bermacam-macam pihak, apa tidak mungkin nantinya semuanya sekadar menabuh tong kosong. Paling bahana jika cara yang dipilih lebih berunsur demi kepentingan diri dan atau kelompok tertentu sahaja. Kepelbagaian cara bukan isu pokok. Cuma kecelaruan akibat kepelbagaian cara jelas menampakkan tiada kesepakatan cara yang sedang semua pihak berminat lakukan. Maka, jika kita punya kepimpinan yang mantap, pasti cara kita mungkin lain jadinya. Lihatlah apakah kias filem kartun Lion King yang menjadi minat banyak kanak-kanak. Maka dari satu sudut itu, saya melihat kita punya masalah kepimpinan. Ada ketika percaturan ini bernada seolah-olah sangat ganas. Terlalu banyak pihak ingin terlibat. Kita akhirnya sedang berpolimik hebat. Benar, kepada sebahagian, Let everybody push, the merrier the better. Kita seperti sudah lupa, bahawa dalam dunia digital, apapun sikap dan cara kita adalah dalam pemerhatian dunia luas. Kita lupa, dalam kita memperjuangkan hak-hak kita, kita sering lupa akan perlunya jalan penuh matang dan bijak.

(8) Saya perhatikan, sering kita menyelesaikan apa-apa masalah kita secara berpolimik sehingga wujud keadaan seperti conflict. Kita sering kelihatan riuh rendah. Kita bercakaran. Kambuh kata orang Sarawak. Maka sebagai Melayu yang punya temadun susila yang hebat dan panjang sejarahnya, dan sangat Islami sifatnya, maka kenapa kita tidak mengamalkan sikap berlapang dada dan matang dalam segala cara kita mengatasi apa-apa masalah sekalipun. Jika ini kita amalkan, tidakkah kita akhirnya mulia di mata dunia dan terhormat? Sesungguhnya, sifat susila adalah teras Good Governance malah Civil Character yang ada pada Melayu tetapi telah Melayu buang.

(9) O&G mula-mula ditemui di perairan Sarawak pada 1957 dan usaha-usaha pengeluaran dimulakan pada 1968. Penemuan pertama minyak adalah di Bukit Canada, Miri pada 1910 oleh Dutch Shell. Pengusahaan O&G secara meluas hanya bermula dari 1974 bilamana Petronas mengambilalih kawalselia semua usaha-usaha pengeluaran dan prospecting pada 1976 dari Shell.  Sejak Adenan Satem menjadi Ketua Menteri, tiba-tiba rakyat Sarawak tersadar bahawa mereka telah dirompak hak O&G. Mereka menuntut royalti O&G dinaikkan ke 20 peratus dari 5 peratus yang ada. Kenapa 20 peratus, bukankah mengikut Umar Al Khataab kita layak untuk dapat sehingga 30 peratus? Kini kita seperti marah kerana hanya mendapat 5 peratus, apa tidak mungkin suatu hari nanti, kita juga merasa tertipu kerana hanya mendapat 20 peratus? Tuntutan ini seperti meledak menjelma lantaran pemimpin dan rakyat  Sarawak mulai sedar bahawa mereka masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan dan taraf hidup.  Mereka percaya, jika royalti minyak ditambah, Sarawak pasti dapat menghambat cepat dalam segala bidang yang kita ketinggalan. Dalam erti kata mudah, Sarawak mahu memiliki apa yang terhak baginya untuk membolehkan Sarawak maju ke depan dengan jayanya dan cepat. Langkah Sarawak menjadi ikutan Sabah dan kini menular ke Trengganu dan Kelantan.

(10) Tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan merompak hasil minyak Sarawak adalah tidak benar. Teras kepada tuduhan itu adalah mainan politik semata-mata. Saya berani katakan tuduhan berkenaan adalah sekadar bahan polimik politik. Perkongsian khazanah O&G seperti sedia ada ini telah dipersetujui oleh pemimpin kedua-dua belah pihak secara jujur dan sukarela dalam semangat membina sebuah Negara Malaysia. Cuma saya yakin, lantaran rakyat Sarawak agak sedikit berbeza tentang cara mereka menyatakan pendirian umum mereka, tuduhan merompak itu pada hakikatnya adalah luahan rasa marah rakyat Sarawak di atas rompakan secara rasuah yang berleluasa yang sangat merugikan Sarawak dalam banyak hal. Kerana amalan rasuah itu sedang dilakukan oleh "Kerajaan Yang Ada" maka mereka memilih jalan berkias dari menembak langsung target di depan mata iaitu Najib MO1 dan kuncu-kuncunya. Bukankah lantaran rasuah yang berleluasa maka apapun peruntukan yang disediakan tidak dapat mencapai matlamat sebenar malah menjadikan sesuatu perbelanjaan itu tidak pernah cukup serta mahal?

(11) Sesungguhnya, asas pokok kepada tuntutan kenaikan royalti O&G berkisar kepada keperluan dana besar untuk membangun Sarawak. Pada 2014, bila Adenan menjadi Ketua Menteri, beliau mendapati kedudukan kewangan Sarawak tidaklah sehebat seharusnya. Begitu juga, akibat masalah ekonomi dunia dan serantau, kemasukan kewangan Negeri juga ada masalah. Nilai eksport Sarawak kian kuncup. Sarawak menghadapi masalah asas ekonomi yang terlalu sempit. Sedang tuntutan dari rakyat kian memuncak. Adenan sebagai seorang ahli politik veteren, menjadikan Kuala Lumpur sandaran pelarian politik beliau. Nada itu berterusan sehingga kini. Itulah sandiwara politik yang tidak banyak pihak mengerti. Sandiwara pelarian dari hakikat sebenar.

(12) Sarawak bertanggapan, jika segala yang terhak baginya berada dalam gengamannya, pasti Sarawak boleh menjejaki kemakmuran sepertinya Singapura, Kuwait,  Emiriah Arab Bersatu UAE dengan Dubai dan Abu Dabi, atau Qatar (Doha) menjadi inspirasi.  Maka dari hujah sebegitu, saya melihat kejangalan kepimpinan yang telah, sedang dan mungkin berlaku di Sarawak. Kita telah dan sedang melakukan kedanggalan dalam cara kita menunaikan kepimpinan kita. Saya berpendirian sebegitu, lantaran itulah sikap "merampas kunci Kaabah" dari kaum Syaibah oleh Ali Abi Thalib yang dilarang oleh Allah kemudianya. Seandainya "cara merampas" tidak berlaku, apa mungkin larangan itu terjadi? Saya yakin, jika Ali Abi Thalib melaksanakan kepimpinan berhikmah, saya percaya In Shaa Allah Bani Hashim akan menjadi penjaga Kaabah sehingga kini. Lantaran itu, saya mempersoal, sebermula, Sarawak itu dikuasai siapa? Tidakkah Sarawak yang asli itu dulu dalam pimpinan Melayu Sarawak? Kenapa pada kurun ke 16 kuasa mentadbir Sarawak telah beralih kepada Brunei? Kemudian pada 1841 beralih pula kepada Brooke. Selepas itu pada 1946, diserah kepada British. Bila bebas pada 22 July, 1963, Sarawak dipimpin oleh siapa? Kemudian pada 1970 sehingga kini, Sarawak terus dipimpin oleh siapa? Tidakkah oleh Melayu? Itu dari sudut politik. Cuba kita lihat dari sudut ekonomi pula. Hutan, tanah, laut, dan galian selain O&G, apa selama ini pernah diurus oleh pihak lain dari Melayu Sarawak? Semua kekayaan ini sejak sekian lama diurus oleh Melayu Sarawak. Apa jadi? Siapa yang melimpah ruah mendapat untung? Kemudian dari segi institusi awam. Cuba lihat, apa saja institusi awam Negari dan juga Persekutuan (peringkat Negeri), apa tidak sejak dulu dikuasai oleh Melayu Sarawak. Sebut apa saja institusi yang ada, contoh JTU, STIDC, SEDC, LCDA, SLDB, LMNS, BaitulMal, JAIS, bermacam-macam, secara umum dikuasai oleh Melayu Sarawak. Persoalannya, pada saat kita berkuasa penuh ke atas segala hasil sumber Negeri (selain O&G) serta institusi-institusi awam Negeri, kira-kira bagaimanakah caranya kita telah mengurus segalanya? Apakah manafaat optima telah kita kecapi di peringkat Melayu dan Negeri seluruhnya? Saya tidak nampak itu sebegitu. Kekayaan Negeri sebetulnya telah banyak terpesong menjadi habuan hanya segelintir sahaja.

(13) Selain dari O&G, Sarawak dalam masa yang sama mempunyai banyak lagi sumber kekayaan asli. Namun, semuanya juga kian terhakis dan penghasilan rahmat meluas kepada seluruh rakyat Sarawak tidakpun jelas. Maka sesungguhnya cara kepimpinan kita kini adalah ibarat perompak ingin merompak perompak-perompak lainnya, hanya kerana harta rompakan kita sudah kian susut. Jika pandangan saya ini benar, maka siapakah perompak yang sebenar-benarnya?

(14) Anih ironynya, bila minyak ditemukan pada 1957, kemudian berlaku usaha-usaha pengeluaran pada 1968, tidakkah pada masa itu Petronas belum wujud? Kenapa minyak kita terlepas ke tangan Dutch Shell? Kenapa tidak diurus oleh anak Sarawak yang sudah merdeka? Maka pada 1974, Rahman dan Taib "sanggup menyerah industri minyak kepada Petronas" apa tidak mungkin semua itu adalah atas pertimbangan jitu pada masa itu serta ada kepentingan jangka panjang lainnya? Sebetulnya, pada masa itu Sarawak patut harus hanya berurusan dengan Shell dan dapatkan haknya pada kadar yang disanggupi. Jika itu terjadi, pada masa itu, apa tidak mungkin kita akan mendapat royalti penuh 30 peratus jika tidak profit 30-49 peratus sharing?

(15) Sayangnya, bila kepimpinan Negeri (bahkan Negara) disebut-sebut, maka Melayulah yang menjadi perisanya dan perisainya. Hakikatnya, dalam soal kelemahan Sarawak kini, Melayu tidaklah yang berdosa. Pada pandangan saya, Melayu adalah mangsa. Kewujudan serta sikap kelompok "Melayu" di dalam Melayu yang harus semua pihak teliti. Siapakah "Melayu-Melayu" ini? Inilah manusia-manusia bertopeng dan memperkudakan Melayu. Lihatlah bila segelintir "Melayu" telah mendapat sokongan dan dokongan Melayu untuk berada di tampuk kepimpinan, dan mereka ini berebut-berebut dan menguasai kekayaan Negeri, hakikatnya, Melayu sering dipandang sebagai kelompok yang tidak bijak dan tidak pernah mengunakan otak. Melayu sering dipersenda sebagai "bodoh, paloi". Melayu kalah di tangan "Melayu" dalam perebutan kedudukan dan kekayaan Negeri. Paling anih, kemudian "Melayu-Melayu" ini yang seronok memperuda Melayu, mereka menyisih dari biar dinamakan "Melayu". Di saat mereka tiada apa-apa, mereka memperkenalkan diri mereka sebagai "Melayu", sedang bila sudah berjaya, mereka tidak mengaku diri mereka "Melayu" bahkan mereka malu untuk dikenali sebagai "Melayu". Kepada saya, mereka adalah kacang bogel sepertinya buah gajus. Kacang tidak berkulit, maka mereka pasti lupa akan kulit mereka.

(16) Saya yakin, Melayu sedar akan betapa mereka telah diperkudakan oleh para "Melayu" ini. Namun kesedaran itu tidak membuatkan keinsafan. Melayu tidak insaf, lantaran tanpa keinsafan, maka Melayu terus-terus hanya bersikap "menadah menerima takdir." Secara saikologi dan mungkin saitifik, sikap Melayu sebeginilah yang berzaman lamanya telah merobah nilai-nilai DNA kempimpinan asal mereka. DNA kempimpinan Melayu Sarawak kian berevolusi menjadi DNA kempimpinan yang memudar.

(17) Maka pada pandangan saya, soal O&G tidak dalam penguasaan penuh kita maka kerananya kita tidak maju bukanlah suatu alasan yang tepat untuk diungkit-ungkitkan. Pokok persoalan sebenar adalah berkiblatkan kepada kelemahan kepimpinan. Pemimpin kita terdahulu (dan kini) gagal mengurus apa yang menjadi kekuatan kita demi menjaga kebaikan semua pihak secara optima. Saya percaya, terlalu banyak ketirisan dan pembaziran sehingga segala kekuatan sumber yang ada vis tanah, hutan, kawasan air, bahkan galian lainnya; telah kini turut gondol tanpa banyak dapat menjana kekuatan kepada kita. Kegagalan atau keangkuhan kita untuk mengakui kelemahan keupayaan kepimpinan, adalah kelemahan sebenar kenapa kita menjadi mundur. Kita tidak berani untuk melihat ke dalam diri, kita menyalahkan pihak lain di atas fenomena kelemahan kita. Kita bersikap bacul. Mungkinkah DNA kempimpinan kita telah bertukar menjadi cowardice leadership trait? Kita seperti bacul untuk memgakui kesilapan dan kelemahan sendiri.

(18) DNA kempimpinan Melayu Sarawak undur dan atau mundur menjadi DNA cowardice leadership trait, saya menduga lantaran kita sudah terlalu lama tidak punya sikap yakin kepada diri sendiri. Melayu lebih mendewakan "Melayu" dari Melayu itu sendiri. Lantaran itu mereka menjadi bahan tekanan, subjugated element dari bahan pelopor prime mover. Lantaran wujud faktor saikologi sebegitu, akhirnya ianya menjadi teras faktor fisiologi sehingga DNA kempimpinan tulin Melayu mundur samar. DNA tau gene kempimpinan Melayu Sarawak saya kira sedang menuju jalan bobrok yang kian parah dan menular hebat.

(19) Tuntutan royalti O&G hanyalah sandiwara politik pada ketika para pemimpin kita berada dalam keadaan sandat, tersepit. Seperti politik Sukarno, pada saat rakyat sedang menuntut hak mereka, lantaran tidak upaya untuk menunaikan tuntutan tersebut, maka slogan Ganyang Malaysia jadi api perjuangan. Samalah dengan Amerika, pada saat Vietcong kian mara ke Saigon, maka Tiori Domino jadi mainan agar seluruh ASEAN bersama Amerika membakar Vietnam. Samalah dengan politik Malaya, di saat UMNO kian goyah, maka Islam dan Melayu jadi bahan dagangan. Di Sarawak, di dalam PBB, samada semasa Adenan dan Abang Johari, isu O&G hanyalah sandiwara. Mereka hanya menggunakan masalah tuntutan royalti O&G sebagai tabir wayang pelidung kelemahan kita yang lebih hakiki iaitu urustadbir yang lemah. Kita tidak berani mengakui kelemahan diri sendiri. Nada ini akan lebih memuncak jika GPS yang diwujudkan bagi mengantikan BN masih terus berada dalam keadaan bercelaru.

(20) Sesungguhnya, kemunduran yang masih kental di Sarawak, tidak terletak sepenuhnya kepada masalah royalti yang harus kita terima. Segala-galanya berpunca dari kelemahan kita dalam mengatasi masalah kepemimpinan yang ada pada pada kita. Melayu tidak bangkit untuk merobah gene kepimpian bobrok yang telah dan sedang mereka lalui. Melayu berubah hanya untuk menikmati perubahan dan bukan pemain berterusan utama kepada perubahan sebenar. Gene kempimpian suci yang Allah telah tanamkan kepada kita, tidak kita hargai dengan sepenuhnya, malah secara perlahan-lahan sedang kita kembang, evolve menjadi gene denial syndrome.

(21) Di dalam Islam, tidak ada fisabilliah yang lebih hebat dari peperangan melawan diri. Keberanian paling hebat adalah keberanian dalam memerdekakan diri dari segala sifat-sifat atau godaan jorok bobrok. Kita mesti berani menuding kepada diri kita sendiri. Akui kelemahaan kita. Jika kita bacul, biar untuk melangkah setapak ke medan perang sebenarpun kita pasti tidak tergerak. Sikap kita, terletak pada segumpal daging yang ada dalam diri kita. Pada segumpal daging itu Allah telah pertaruhkan sikap dan sifat kita. Jika daging itu adalah pemberani, biar apapun, pantang kita mundur apa lagi mengalah. Jiwa pemberani, dia tidak melihat apapun kelemahan dirinya sebagai bersebab di pihak lain melainkan pada dirinya. Inilah fitrah merdeka dan berdaulat yang Islam anugerahkan kepada kita. Kita mungkin lupa, betapa bangsa Yahudi itu adalah bangsa bacul, sehinggalah datang kepada mereka Daud AS. Daud ASlah yang telah membawa Yahudi kembali ke BaitulMuqadis (dan seterusnya bertahan di sana biar mendapat ancaman yang sangat dahsyat dari kaum Canaan di sekelilingnya sehinggalah pada 135M mereka menjadi kaum merempat di mana-mana akibat diranap oleh Rom). Kisah ini menjelaskan kepada kita, bukanlah kaum lain yang dapat membela Yahudi, melainkan diri mereka sendiri iaitu melalui Daud AS. Sebegitulah Allah tunjukkan kepada kita sebenarnya bagaimana Yusuf AS dan Musa AS Allah wujudkan di kalangan Yahudi untuk Yahudi. Cuma apakah benar jiwa Yahudi itu jiwa bacul? 

(22) Yahudi memang benar pembacul. Allah perlu mendatangkan Daud AS untuk menjadikan mereka berani. Tanpa Daud AS saya berkira Yahudi akan terus kekal bangsa merempat. Kerana bacul maka para Rabii Yahudi menyembunyikan kebenaran Al Quran. Mereka tahu kebenaran yang Taurah dan Zabur malah Injil ceritakan tentang Al Quran terutama Muhammad AS. Mereka takut keistimewaan yang ada pada mereka akan lenyap jika kebenaran mereka perakui. Lantaran kebaculan mereka, maka mereka menidakkan pihak lain. Mereka menjadikan Taurah dan Zabur milik Yahudi bukan gentile lainnya. Cuma, hebatnya bangsa Yahudi, lantaran mereka adalah bangsa terlawal menerima wahyu Allah dalam bentuk bahan bertulis, maka dari sana mereka mendapat ilmu jauh lebih awal dan hebat dari kaum dan bangsa-bangsa lain. Mereka bijak lantaran Allah mendatangi mereka terlebih awal dari kaum lain secara zahir. Mereka mendapat pertunjuk dan ilmu bersurat jauh lebih awal dari kaum atau bangsa lain.  The Lord said to Moses, “Cut two stone tablets like the first ones, and I will write on them the words that were on the first tablets, which you broke. Get ready tomorrow morning, and come up Mount Sinai to meet me there at the top.  No one is to come up with you; no one is to be seen on any part of the mountain; and no sheep or cattle are to graze at the foot of the mountain.”  So Moses cut two more stone tablets, and early the next morning he carried them up Mount Sinai, just as the Lord had commanded. Semua ini akhirnya menjadikan mereka tamak dan haloba. Biasanya sebegitulah sifat dan sikap seorang yang bacul. Mereka akan sembunyikan kebenaran lantaran khuathir pihak lain akan menjadi lebih hebat. Selepas Sulaiman AS, Yahudi kembali porak peranda. Diaspora mereka ke Eropah, telah menyedarkan segelintir dari mereka untuk mengembalikan King David dan Solomon. Zionist adalah King David and Solomon mereka kini. Kini Zionist mengambil sikap lain dari Yahudi tradisional. Mereka menjadi manusia-manusia pemacu jockey licik. Maka dari sini, Melayu dan Muslim harus insaf kenapa sifat dan sikap As Siddique, Tabligh, Fatanah dan Al Amin itu Allah semai kepada Muhammad biar sebelum dia menjadi Nabi dan Rasul.

(23) Maka kebenaran leadership traits kita orang Melayu kini tidak kira di mana adalah leadership traits of denial. Kita mempunyai tampang kepimpinan yang suka menafi dan atau lari dari hakiki. Kita bacul untuk mengaku salah dan silap sendiri. Kita adalah egois. Kita salahkan pihak lain di atas salah silap kita sendiri. Saat tersepit sandat pihak lain jadi bahan bantaian kita. Lantaran itu sudah sebegitu sejak sekian lama, maka sifat-sifat ini telah menjadi tongak ciri-ciri kepada budaya Melayu. Budaya membentuk sekitaran. Sekitaran menjadi faktor pendorong kepada pembentukan sifat-sifat selanjutnya. Maka dalam dunia Melayu, cowardice leadership traits telah menjadi gene dan juga sekitaran yang berkitar menjadikan Melayu bangsa yang bacul untuk melihat ke dalam dalam menilai kelemahan diri mereka. Inilah apa yang saya sebutkan sebagai denial syndrome gene

(24) Sesungguhnya, jika kita meneliti sejarah panjang bangsa Melayu, bermula dari Mongoloid sehingga ke Champa dan Pattani dan kini membawa kepada pelbagai kelompok kaum Melayu Nusantara, tampang kempimpian kita tidak sebagaimana yang kita miliki kini. Kita adalah asalnya kelompok manusia yang berani menongkah arah menantang arus. Kita asalnya berani menantang apapun yang tidak sesuai untuk kita. Kita pernah menjadi bangsa anisma. Anismisma cukup mengakar dalam budaya Melayu kono.  Kita buang anismisma lalu memeluk Buddha. Budhha yang mengongkong menyebabkan kita memberontak lalu memeluk Hindu. Hindu yang cukup memperhamba tidak sesuai dengan sikap merdeka kita, kita buang. Kita menganut Islam. Bahkan di dalam Islam kita menentang segala macam Islam buatan manusia. Kita punya tampang pemberani, cuma bila kita telah mewujudkan kelompok-kelopmpok dan sujud kepada kelompok-kelompok "Melayu" di dalam Melayu maka di situlah permulaannya DNA kempimpinan Melayu mulai terevolusi menjadi DNA kempimpinan Melayu denial atau bacul.

(25) Maka atas denial syndrome gene yang ada pada kita, kita akhirnya tidak gemar bermuhasabah diri dalam mencari pendekatan internal terbaik dalam mengatasi permasalahan kita sendiri. Leadership gene suci yang Allah semai kepada kita, lantaran sekeliling dan budaya denial yang ada pada kita, akhirnya menjadikan leadership gene suci kita berkembang, evolved menjadi denial syndrome gene. Itulah gene kepimpinan yang sedang meluas tersebar di kalangan Melayu kita.


Kuching, Sarawak
3 Okt- 21 Nov., 2018

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.