Agar Muhammad beroleh tempat sebagai Nabi dan Rasul termulia, pertama-tama Allah hamparkan keadaan dan suasana yang membolehkan Muhammad itu menjadi As Siddique ie jujur, Al Amin ie amanah, Tabliqh ie sentiasa benar dan Fatanah, ie cerdas. Benar dia telah Allah tetapkan akan menjadi manusia termulia. Namun, dalam menuju menjadi manusia termulia, Allah tunjukkan dan bimbing beliau pada jalan jelas ke arah itu. Allah tidak jadikan Muhammad "Kun Fa Yakun" As Siddique, Al Amin, Tabligh dan Fatanah. Allah menjadikan beliau berpunya segala sifat-sifat dan pribadi sebegitu lewat proses. Proses ini saya kira adalah apa yang dinamakan kudrat ketentuan Allah. Kudrat buah menjadi buah lantaran pertama-tama ianya harus terlebih dahulu berbunga, bunga mekar lalu terjadi pendebungaan dan dari pendebungaan baru terjadi pembuahan iaitu apa yang disebut sebagai ovulation. Sesungguhnya Sulaiman AS telah Allah tunjukkan betapa beliau paling hebat pada jalan yang sangat mudah iaitu dengan menjadikannya anak kepada Daud AS yang sangat hebat. Allah menjadikan Sulaiman sebegitu, lantaran ada pengajaran yang Dia mahukan manusia teliti. Tetapi tidak kepada Muhammad. Muhammad perlu menjalani proses selama 40 tahun untuk menjadi yang termulia. Mahabijaksana Allah, semua itu agar dapat diperhati dan diteladani kemudiannya oleh seluruh manusia.
(2) Kemuliaan bukanlah a given factor tetapi kemuliaan adalah suatu taraf yang harus dihambat to be earned. Apakah faktor-faktor yang mengunjukkan Muhammad untuk jelas jujur dan amanah. Pertama-tama, dia berada dalam Bani Hashim yang sangat terhormat. Terhormat bukan lantaran mereka dari kalangan bangsawan. Mereka terhormat lantaran keluhuran pekerti. Allah menciptakan nuansa terhormat di sekeliling Muhammad. Kedua ibu bapanya juga adalah dua insan terhormat. Sekali lagi terhormat bukan kerana mereka berada, tetapi terhormat lantaran gene tampang keluhuran budi pekerti. Mereka miskin sebetulnya. Biar miskin, namun tampang Muhammad adalah tampang terhormat. Ketiga, Allah jadikan Muhammad terlahir piatu dan pada usia enam tahun beliau menjadi yatim piatu. Keadaan sebegitu menjadikan kehidupan beliau bertambah perit. Keperitan itu menjadikan beliau seorang penyabar dan kental. Beliau menjadi kental pada jalan benar dan suci. Inilah pribadi tabligh yang ada pada beliau iaitu mampu mengamal dan menunjukkan jalan kehidupan yang benar dan suci. Di dalam kepayahan hidup, Muhammad tidak mati akal. Beliau sentiasa mencari jalan benar dan suci dalam mengharungi hidup beliau. Pengalaman sebagai pengembala kambing, lantas kemudian pedagang, memutar deras jalan fikiran beliau. Beliau menyaksikan banyak hal. Beliau juga memerhati akan kebobrokan masyarakat besar Quraish yang mana Bani Hasyim adalah subset kepada kelompok besar ini. Beliau memerhati akan amalan-amalan bobrok yang suatu masa nanti boleh memusnahkan Quraish. Beliau sentiasa berfikir dan mencari jalan keluar dari kebobrokan yang beliau sedang saksikan. Maka dengan sebab itu terbentuk sifat fatanah iaitu cerdas dan cergas pada dirinya. Muhammad sentiasa mempunyai jalan keluar di atas segala apapun cabaran yang perlu beliau tempohi. kepayahan melahirkan sifat kepimpinan kepada beliau.
(3) Pada awal pengembalian Islam pada 610M, Muhammad SAW mendekati kaum keluarganya. Beliau gagal biar untuk membawa mereka yang paling istimewa dalam hidupnya kembali ke jalan Islam. Namun Allah punya jalanNya tersendiri untuk kembali membangkitkan Islam. Pengikut awal Muhammad SAW adalah mereka yang tertindas. Mereka rata-rata golongan bawahan. Sehingga pada 1 Muharam 1 Hijrah bersamaan 19 April 622, Muhammad SAW telah bersekutu dengan Banu Kharaj dan Aws Madinah. Di Madinah, Muhammad SAW bersekutu bersama kaum Kharaj dan Aws yang tertidas oleh golongan pedagang Yahudi. Muhammad bersama Kharaj, Aws dan Muhajirin kemudiannya membina Madinah menjadi kota dagang, pentadbiran dan spiritual yang hebat. Madinah akhirnya dapat mengembang dan mengembalikan Islam ke Mekah. Dari Madinah, Muhammad SAW akhirnya menebar luas pengembalian Islam ke seluruh tanah Arab. Sahabah-sahabah besar beliau kemudian memperluas pengembalian Islam ke Afrika, Farsi dan Turki (Rom). Islam kembali memberikan kemerdekaan dan kedaulatan kepada semua bangsa yang tertidas dan lemah. Muhammad SAW sentiasa mendekati diri beliau kepada rakyat umum. Sebegitulah amalan para sahabah besar beliau kemudiannya. Kuasa rakyat biasa menjadi kuasa kebesaran Islam. Muhammad dan para Sahabah besar mengerti dan mempergunakan strategi sebegitu dengan penuh hikmah.
(4) Maka jika kita tajam pengamatanya, jalan menuju kebaikan yang mantap dan abadi adalah lewat memerdekakan massa yang tertindas dan lemah. Massa inilah kemudiannya akan menjadi tidal force kuasa besar dalam merobah apapun. Allah menunjukkan itu lewat Muhammad SAW. Beliau membuktikan itulah strateginya dan ianya kekal sehingga kini dan In Shaa Allah ke Akhir zaman.
(5) Seperti sering saya nyatakan dalam tulisan-tulisan terdahulu, urustadbir di Negara ini telah dan sedang mengikuti angin perubahan sepertinya Baghdad dan Damshek di zaman selepas khalifah besar. Baghdad dan Damshek adalah dua kota yang sangat dekat dengan ketemadunan hebat di masa itu iaitu Byzanthium (ROM), Farsi dan sisa Babylonia dan Indis. Jika dibandingkan dengan dunia kini, kedua-dua kota ini adalah sangat dekat dengan ketemadunan sekular. Islam bawaan Ummayah dan Abassiah di Baghdad dan Damshek mulai terpengaruh hebat oleh ketemadunan sekular ini. Institusi-institusi kita telah dan sedang bobrok dengan segala macam keonaran lantaran kita sedang berbaur dan menghambat hebat sistem sekular sama seperi Islam Ummayah dan Abbasiah. Semasa Razak, segala institusi Negara adalah dibangun, dipupuk dan diasak untuk membina Negara. Para pendokong institusi Negara adalah mereka yang tegar dalam semangat dan pribadi perjuangan demi Bangsa, Agama dan Negaranya. Inilah mereka yang diasuh oleh para moyang kita terdahulu di zaman payah pemerintahan British dan Jepun. Mereka melalui perit hidup di zaman payah penjajahan bangsa-bangsa lain. Sifat dan sikap kenegaraan patriotisma mereka, tidak lain melainkan untuk memerdeka dan mendaulatkan Bangsa, Agama dan Negara dari penjajahan dan penjarahan. Mereka punya keinsafan dan jati diri untuk memerdeka dan mendaulatkan Bangsa, Agama dan Negara. Kepada mereka, kepentingan diri sendiri tidak penting, yang paling utama adalah kemerdekaan dan kedaulatan keturunan mereka selanjutnya. Mereka lebih pentingkan kehidupan masa depan cucu cicit mereka. Fitrah SAW yang lebih sayangkan umatnya dari dirinya menjerap hebat dalam sanubari para moyang kita terdahulu biarpun pada zahirnya watak-watak keIslaman pada mereka adalah sangat kurang berbanding dengan segolongan kini.
(6) Namun bila Mahathir melakukan rombakan kepada institusi-institusi ini agar bergerak sealiran dengan perubahan masa, serta bagi mempercepatkan kejayaan dalam menyusun semula masyarakat Malaysia dari segi sosio-ekonomi, maka nilai-nilai kenegaraan Razak telah berubah menjadi nilai-nilai koprat sejagat. Usaha-usaha penswastaan dan pengkopratan Mahathir telah merobah ciri budaya para pendokong institusi-institusi Negara. Dari dulu berkhidmat untuk Negara dan Rakyat, kini institusi-institusi ini mulai bekerja untuk entiti koprat mereka. Soal Negara dan rakyat itu soal lain. Rakyat dan Negara kian dilihat menjadi urusan Kerajaan dan bukan urusan utama institusi. Yang utama adalah soal corporate survival. Akhirnya, yang penting bukan Bangsa, Agama dan Negara tetapi untung rugi koprat. Semua kemudian berlumba-lumba untuk mendapat laba lebih. Keadaan ini kemudiannya menjurus kepada pembinaan dan pengukuhan 'corporate images'. Dari bekerja berteraskan "corporate interest and images" perlahan-lahan kemudian berubah menjadi "individual corporate images and interest" dan di sinilah bermulanya pertarungan sengit dalam merebut segala keistemewaan sebagai balasan hasil kerja keras sehingga akhirnya menimbulkan soal-soal bodek, riak dan angkuh lalu membentuk budaya rasuah dan salah guna kuasa. Inilah apa yang saya kelompokan sebagai generasi Koprat Melayu Baru. Generasi yang wujud dari konsep you pay peanut, you get monkey maka pay the best to get the best yang akhirnya berubah menjadi manusia-manusia wanting beyond needs; tamak dan rakus.
(7) Saya perhatikan kejayaan sistem pendidikan sekular dan pengurusan ekonomi sekular telah merobah sebahagian Melayu yang seharusnya mengurus kepentingan Melayu menjadi golongan menelan dan melupakan Melayu. Saya perhatikan, lantaran kegilaan untuk mengangkat dan atau menjaga martabat diri sebahagian umat Melayu sanggup berbuat apa saja. Paling parah, mereka akhirnya menjerumus diri dalam rasuah dan salah guna kuasa.
(8) Saya perhatikan, sikap membodek adalah asas kepada penjelmaan dan penularan rasuah di kalangan umat Melayu. Manusia-manusia yang tamak akan keistimewaan dan kedudukan saya dapati akan berusaha keras untuk mencari titik lemah atasan mereka. Jika atasan itu sendiri tidak dapat dimakan dan atau diumpan secara langsung, maka mereka yang paling dekat dengannya atau dipercayainya pasti menjadi sasaran. Isteri, anak, saudara mara malahan teman taulan dan mereka yang di dalam akan sentiasa menjadi sasaran. Malaysia mengalami puncak fenomena rasuah dan salah guna kuasa berleluasa menjelang 2015-18. Inilah tempoh di mana kita sentiasa mendapat perkhabaran pada setiap hari tentang salahlaku di segala lapisan kempimpinan Negara. Pada tempoh ini juga, rakyat mulai merasai kesan bahana rasuah dan salah guna kuasa. Cuma pada tempoh tersebut, rasuah dan salah laku di dunia politik lebih banyak digembar gemburkan berbanding sebetulnya di kalangan penjawat awam juga swasta.
(9) Banyak orang berfikir rasuah itu bermula di peringkat atas. Bersebab masalah ketakcukupan nafkah dsb, saya perhatikan, sebetulnya rasuah dan salah guna kuasa, bermula di peringkat bawah. Di peringkat bawah, saya kira paling mengharapkan laba dari usaha mereka. Mereka cukup mengharapkan balasan dari kebaikan mereka. Budaya ini, menjadikan banyak pihak berusaha keras to please the bosses. Di India bahkan Indonesia (dulu), di mana budaya rasuah adalah sangat jelas dan meluas, satu sistem pleasing pyramid telah mereka amalkan. Pekerja bawahan akan berusaha meraih penghargaan, attract appreciation ketuanya, dan ketua ini pula akan berusaha keras untuk meraih penghargaan ketua di atasnya pula, sehinggalah membawa ke peringkat paling atas. Kita sering melihat, ada sebahagian yang gemar berbuat baik bila dekat dengan bos. Bahkan mereka juga sanggup jadi jambatan antara bos dan pihak ketiga yang punya niat serupa. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk menyenangkan hati bos. Inilah apa yang Melayu namakan sebagai Budaya Membodek. Lantaran istilah itu ada dalam daftar kata Melayu, maka pastinya Budaya Membodek itu adalah menjadi sebahagian dari jati diri Melayu. Benarkah itu sebegitu? Jika benar, kenapa itu jadi sebegitu?
(10) Membodek atau angkat pelir sering menjadikan sebahagian Melayu menjadi lupa diri. Lantaran perasan, mereka di keliling suka akan dia, maka akhirnya dia menjadi lupa diri. Saat itu terjadi, maka langkah untuk menghanyutkan Melayu sebegitu pasti jadi mudah dan berjaya. Saat ini terjadi, sikap tamak Iblis pasti mulai merasuk ke dalam diri, manusia-manusia sebegini. Bila ketamakan dan riak Iblis sudah meresap hebat, maka rasuah dan salahguna kuasa akan menjadi jalan bagi mendapatkan keseronokan selebihnya. Bagaimana ciri membodek ini boleh kembang dan mengakar pada Melayu?
(11) Saya berfikir dan perhatikan, salah satu haiwan yang menjadi bahan kias kutukan Allah di dalam Al Quran adalah kera. Juga kera menjadi watak bandingan yang sangat hebat dalam dunia Melayu. Ambil contoh perumpamaan: Macam kera dapat belacan; Macam kera dapat bunga; Kera di hutan disusukan; Bagai kera sumbang; Bagai beruk tunggal dsb, bahkan konsep-konsep seperti Cinta monyet semua jelas menunjukkan peribadi kera yang Melayu semadikan dalam seni budaya mereka. Di dalam budaya Inggeris juga ada konsep Monkey business dsb. Semua yang berkaitan dengan kera, dalam budaya apapun pastinya menjurus kepada pekerti-pekerti cuak inferior. Dalam dunia Melayu khasnya, perkara ini tidaklah susah untuk dimengertikan. Kita pernah berfahaman Buddha dan Hindu. Kedua-dua fahaman ini memiliki metos kera yang sangat dalam dan meluas. Dengan melihat evolusi fahaman Buddha dan Hindu, kera menjadi metos hebat mereka bukanlah sesuatu yang sukar untuk dimengertikan. Buddha dan Hindu berkembang di nuansa pergunungan. Di pergunungan Himayala khasnya, kera adalah "dominant". Maka tidak hairan, dalam mencari ilham, para pengasas dan pendokong Buddha dan Hindu pastinya mengambil "iktibar" dari kehadiran para kera di sekeliling mereka. Sebegitulahlah dalam penemuan seni Shaolin. Rentak dan pukulan kera jadi seni silat Shaolin. Saya berkira pegangan Melayu kepada Buddha dan Hindu selama beribu tahun lebih awal dari Islam, maka "fahaman asas kera" itu menjadi cukup mengakar di dalam dunia Melayu. Fitrah azali Allah, kera juga banyak di dunia Melayu. Lantaran itu saya berkira, maka ciri-ciri kera itu "wujud" pada Melayu.
(12) Kera adalah haiwan paling cerdik untuk meniru gelagat kita. Kera adalah haiwan paling licik dalam tingkahnya. Saya berkira, saikologi kera adalah haiwan pembodek. Kera adalah haiwan sarkis terawal yang manusia moden telah perkenalkan. Mereka mudah meniru apa juga gelagat manusia, lantaran sikap dan sifatnya yang tidak henti-henti hendak makan. Kerana hendak makan, maka mereka akan berbuat apapun demi untuk makan. Maka, benarlah dan tepatlah Melayu mengenalpasti kera sebagai haiwan yang banyak menjadi kias cuak, inferior inferences. Kepada saya, kera adalah lambang pembodek hanya demi habuan. Budaya pembodek pada Melayu telah lama wujud dan ianya bertunjangkan seni budaya silam kita yang Islam belum dapat kikis habis.
(13) Masalah Negara terjerumus ke dunia kleptokrat bukanlah salah Mahathir sepenuhnya. Dia mungkin khilaf dalam menilai dan melaksanakan keseimbangan kebendaan dan moral dalam pendekatan membina Negara beliau selama mentadbir Negara dari 1981-2003. Konsep membina Negara pada jalan Islam tidak difahami dan terapkan dengan sebaik-baiknya. Khilaf Mahathir ini telah disambut dengan penuh kelicikan di kalangan sebahagian pendokong koprat. Maka, kesilapan kita adalah berakibat sikap sebahagian individu dan kelompok Melayu itu sendiri. Asas kepada kepincangan ini adalah sistem pendidikan kita. Sistem pendidikan kita telah bersifat dikotomi. Di satu sudut, kita hanya membina tenaga kerja mahir. Tenaga kerja mahir ini kosong nurani As Siddique, Amanah, dan Tabligh mereka. Golongan tenaga kerja mahir ini berpunya Fatanah yang cukup baik. Di sudut lain kita membina manusia-manusia 'religiously idealist'. 'Religiously Idealists" ini pula tidak berkemahiran. Kedua-duanya terasing lantaran penjurusan akademik kita adalah berteraskan Ujian Kecerdasan masing-masing. Pada kebiasaannya yang kurang cerdas lebih terdorong kepada religiously idealist sedang yang lebih cerdas terus menjurus ke bidang kebendaan. Sifat fatanah tidak kita pertemukan dengan As Siddique, Amanah dan Tabligh dan sebegitulah sebaliknya. Titik penyatuan antara keduanya tidak pernah diusahakan secara jelas dan kental. Kita terus mengamal paradigm British, the Church and State must be separated. Ditokok dengan percaturan dan tamak-dengki dalam ideologi politik Melayu, sebetulnya menjadikan sistem pendidikan kita sebegitu. Seolah-olah kita sedang membina dua kelompok manusia yang 180 darjah berbeda; satu mahu hanya ke "Neraka" dan satu mahunya hanya ke "Syurga". Kita tidak membina manusia-manusia profesionalisma Islamis; manusia-manusia yang menjurus ke Syurga hakiki.
(14) Alhamdullilah, PRU 14 pada 9 Mei, 2018 merobah segala-gala. Rakyat mulai sedar betapa rasuah dan salah guna kuasa pasti merosakan Negara. Bahkan Agama dan Bangsa pasti mudah diperdagangkan. Biarpun rakyat sudah mulai terpalit dengan genjala rasuah yang berleluasa, namun di hati mereka masih banyak tersisa inginkan kehidupan yang suci dan jujur. Lantaran itu, rakyat memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) dan menumbangkan Barisan Nasional (BN). Namun di pasca PRU14, budaya membodek Melayu kian menjadi jelas, bukan hanya di pihak BN, bahkan di dalam PH sekalipun. Masing-masing cuba berusaha keras untuk dekat dan dihargai kepimpinan atasan. Cuma syukur, Melayu kebanyakan cukup muak dengan budaya membodek ini, maka dengan kuasa Allah alam maya cyber world menjadi medan untuk mereka meluahkan rasa benci mereka kepada para pembodek biar di dalam dan di luar Kerajaan.
(15) Saya perhatikan, di sekeling Mahathir dan bahkan Anwar, kera-kera pembodek sedang berkeliaran dan siap siaga untuk menyambar dedak yang dulu kita sama-sama kutuk dan benci. Mahathir harus mengasak Islam dan sistem pendidikan kita untuk mengikis habis budaya membodek dalam masyarakat Melayu. Kita janganlah suka membodek dan mudah dibodek, jika rasuah dan salah guna kuasa ingin kita kikis habis. Saya berpandangan kaki bodek dan atau mereka yang suka dibodek adalah manusia-manusia yang tidak ada wibawa dan kepercayaan diri. Paling jijik, mereka adalah manusia-manusia yang lupa akan kuasa Allah. Mereka adalah manusia-manusia dayus sebetulnya. Mereka harus dikasi atau kembirikan.
Kuching, Sarawak
1 Nov., 2018

0 comments:
Post a Comment