(Pasar Chekur: Di mana kebersihan, di mana ketertiban, di mana keselesaan, di mana mutu barangan, di mana dan banyak lagi di mana sehingga di manakah Chekur kininya akhirnya (kelestarian-keberkatannya)?)
Mulanya saya agak hairan, sebuah buku berjudul: Rahsia Bisnes Rasulullah tulisan Lode M Kamaluudin, Prof. Dr telah seseorang tinggalkan di atas meja saya. Saya percaya say tidak pernah membeli buku ini. Pagi ini, saya meminta Pembantu Khas saya untuk mencari siapa empunya buku tersebut. Beliau mengkhabarkan ianya diberikan kepada saya oleh seorang sahabat dekat saya.
(2) Sebetulnya saya telah melihat buku tersebut terjual di Gedong Buku di Kuala Lumpur. Biarpun saya sering berbicara tentang kekuatan dakwah Muhammad SAW pada dasarnya adalah didokong oleh sifat dagang beliau dan kaum pedagang, namum saya belum mahu memiliki buku berkenaan. Biarpun kini saya tahu buku itu adalah pemberian ikhlas teman berkenaan dan kerana, pada saya, dia ingin membantu saya untuk membangkitkan sifat perdagangan di kalangan umat Islam dan Melayu khasnya, namun sehingga kini, saya masih berdegil tidak mahu membaca buku tersebut.
(3) Sedikit masa terdahulu, saya telah menyatakan tentang kenapa dan bagaimana caranya saya membaca buku. Untuk buku-buku yang berat, saya biasanya akan membaca buku-buku berkenaan hanya untuk memastikan bahawa jalan kerja yang telah saya rangka atau sedang usahakan adalah betul khususnya bila saya berdepan dengan permasalahan yang berat. Dalam soal sifat dagangan SAW, samalah halnya, kerana pada masa ini saya sedang merangka dan mulai bertatih untuk mengerakkan usaha tersebut. Dalam soal menentukan cara kerja, biasanya saya mengambil sikap ingin merdeka. Saya tidak berapa gemar mengikut arus semasa, kerana saya yakin, bahawa saya tidak bekerja untuk masa kini, tetapi masa depan. Segala bentuk dan perilaku cabaran masa depan pasti berbeda dan oleh itu saya ingin 'berdikari' dalam pendekatan saya dalam menanggani segala sesuatu.
(4) Berbalik kepada buku ini, saya percaya, penulis ie Prof Dr Laode sengaja menggunakan perkataan busines dari istilah berdagang. Istilah busines boleh mencakupi segala bentuk keusahawanan, sedang dagang lebih melibatkan soal tukaran barang atau trading dalam Bahasa Inggerisnya.
(5) Maka, sedikit masa dahulu, bila mana kita bercakap tentang bahawa Muhammad SAW itu seorang ahli perdagangan, maka kita seperti telah menyempitkan sifat keusahawanan SAW kepada urusan jual-beli semata-mata. Sehingga kinipun bila kita bercakap tentang dagang Muhammad SAW, maka kita akan mengaitkannya dengan urusan jual-beli. Kita tidak memikirkan soal Pembinaan (Construction), Perlombongan (Mining), Pembuatan (Manufacturing), Kewangan (Finance), Insuran, Telekomunikasi, Perkhidmatan (Services), dsb. Oleh yang demikian, pemikiran perdaganan Islam kita tetap jumud kepada trading. Kita tidak berfikir diluar dari trading. Usaha kita ke arah itu seperti belum tergerak.
(6) Asas dan logiknya urusan dagang Muhammad SAW saya kira adalah sangat mudah dan jelas. Dalam hidupnya, dia telah menyaksikan bagaimana kaum pedagang di zaman Jahiliah telah memutar belitkan banyak perkara sehingga boleh menyusahkan kaum pembeli: harga tidak berpatutan (beli dan jual), bunga (keuntungan) tinggi sehingga menjadi riba, sukat-takaran menipu, tiada kejujuran tentang mutu, lari dari hutang, dan ikatan janji (kontrak) jarang tertunai. (Itulah sebabnya, jika kita lihat, selepas urusan jual beli maka di kalangan peniaga Arab sering terlafas: Halal-halal, mungkin kerana tabiat mereka terdahulu yang sering melakukan perkara haram dalam soal jual-beli. Untuk menghalalkan segalanya, maka mereka meminta di halalkan sahaja apa-apa kekurangan yang ada!)
(7) Maka dengan sebab itu, beliau biar sebelum menjadi Rasul, melakukan segala urusan dagangnya dengan penuh kejujuran dan bersih. Perkara ini kemudiannya diperkuatkan dengan hukum Allah yang termaktub di dalam Al Quran: tentang riba, tentang takaran (kuantiti), tentang mutu (kualiti), tentang hutang-piutang, dan tentang akad-niat (kontrak). Sesungguhnya semua ini, pada hari ini dalam ertikata dunia dagang dewasa ini: Customer Friendly Business Oriented. Hanya jika kita berdagang (dalam erti kata yang lebih luas) secara Mesra Pelangan, maka pastinya kita akan sentiasa menjadi Pilihan Utama Pelangan. Dengan itu, kelestarian usaha dagang kita akan lebih terjamin. Dalam istilah moralnya, segala usaha kita menjadi lebih berkat!
(8) Itulah saya kira sifat dagang Muhammad SAW. Matlamat beliau adalah mencari keredhaan Ilahi, keberkatan usaha. Tidak mengaut untung-beruntung, menipu (elat) dalam segala segi termasuk tidak menepati segala bentuk persyaratan kontrak. Inilah yang sewajibnya (saya gunakan perkataan wajib) kita sadari dan patuhi agar kita umat Islam dan Melayu khasnya bila berdagang akan dihormati oleh sesiapapun.
(9) Biar para ulama sering berkata begini: jika kamu mendokong (istilah yang sering di guna adalah mencintai) Muhammad SAW, maka dokonglah kaum miskin (kerana dia pernah miskin), dokonglah yatim piatu (kerana dia pernah yatim piatu), dokonglah mereka yang susah-payah-teraniaya (kerana dia pernah susah-payah-teraniaya); maka suka saya menambah, dokongilah sifat dan keuletan sifat dagang Muhammad SAW ( kerana dia pernah jadi perdagang).
(10) Bagi umat Islam dan Melayu khasnya, apakah wajar kita mengakui kita telah beriman (meneladani) kepada RasulNya jika kita telah melupakan salah satu usaha besar beliau dalam menjamin keutuhan dan kegagahan ummah iaitu melalui berdagang!
Matang Jaya, Kuching
6 Okt., 2010
0 comments:
Post a Comment