(Perahu ini saya rakam di Pantai Lombok, Indonesia. Inilah Pulau, di mana rakyatnya masih jauh miskin dan payah. Inilah juga Pulau, yang mendatangkan banyak TKI untuk ladang sawit kita. Biar mereka miskin, biar mereka susah, mereka adalah pelaut yang hebat. Perahu mereka ini, jika kita ke Langkawi dan bahkan ke Perth, pasti kita dapati bentuk yang serupa telah ditiru para Portugis, para Belanda, para Jerman, para Amerika, para British yang dahulunya pernah singah menjajah dan menjarah di sini)
Banyak orang ingat akan angka 911 yang terkait dengan 11 Sept., 2001 bilamana Menara Kembar New York ranap menyembah bumi. Namun, berapa banyak antara kita yang ingat akan angka 1511. Itulah tahun kiamat bagi Temaddun Melayu, bilamana Empayer Melaka punah tak tersilat-kuntau bila Alfonso Alburque meledakkan bedilan memuntahkan bola-bola api bila terkena pohon kelapa, pohon kelapa rembah tersungkur; bila menimpa rumah, rumah rebah hancur, datang bagai halilitar, mengegar bumi bagai Karakatoa mengamuk semula. Tentang betapa dahsatnya bedilan-bedilan itu; ibu-ibu yang sedang mengandung keguguran kandungan mereka; ayam-kambing menjadi bisu; tidak bisa berketak dan mengembek; anjing-anjing pada kencing belari tidak sempat angkat-kangkang kaki. Begitulah gambaran pendekar-pendekar Melayu Melaka, bila meriam-meriam kapal perang Alfonso memuntahkan peluru-peluru ke daratan dari Muara Sg. Melaka pada 1511.
(2) Namun, hanya sebegitulah sejarah kekuatan Melayu dilihat dalam lipatan sejarah bangsa. Kita bangsa Melayu mungkin berasa malu dan kecut untuk menelilti segala kesilapan para Raja dan pembesar Melayu, yang kedengaran gah, namun tumbang hanya kerana serangan berapa ratus Portugis. Tidak pernah ada analisa akademik yang mendalam bagi membongkar akan punca kejatuhan Empayer Melayu buat teladan dan perhatian generasi masa kini dan depan.
(3) Saya amat gembira, bila Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan pendidikan matapelajaran Sejarah di peringkat Tingkatan 4-5. Cuma, biarlah matapelajaran ini diajar dengan adil dan seimbang. Adil, saya kira, biarlah segala fakta dinyatakan benar-benar secara akademik, dan tidak diselewengkan atas kepentingan politik atau tujuan lain. Seimbang, biarlah kita tidak hanya memberatkan akan sejarah Negara, namun sejarah Nusantara dan Dunia juga perlu kita ketengahkan. Adalah baik jika kita dapat gunakan sejarah sebagai jalan membimbing generasi masa depan tentang kekuatan dan kesilapan yang telah kita dan atau pihak-pihak lain lakukan.
(4) Dalam soal analisis sejarah, baik jika ianya dibuat berdasarkan pertimbangan akademik. Contohnya, Yap Ah Loy dan Dol Said, kedua-duanya adalah pengasas kepada kemerlangan kaum masing-masing dalam perusahaan perlombongan. Yap Ah Loy, bangkit dan membangunkan Kuala Lumpur atas kemampuan beliau mengumpul dan mengawal orang-orang Cina untuk mengusahakan perlombongan bijih di Sg. Besi. Cara beliau mengawal para kulinya, adalah ala-Mafia, atau Samseng (Gangster). Hakikatnya, kedua mereka berjaya sebagai pengusaha perusahaan perlombongan dan dagangan bijih timah. Cuma, gelagat samseng mereka, bukan kerana mereka adalah samseng, tetapi, adalah atas dasar tuntutan masa dewasa itu. Jika mereka tidak bersifat Mafia dan atau Samseng, pasti para kuli sukar dikawal dan bahkan bijih yang dilombong akan cicir entah kemana!
(5) Jika pembentangan fakta dan analisis dapat dibuat sepenuhnya berasaskan akademik dan untuk mendidik, saya pasti, matapelajaran sejarah akan memberikan kesan yang kukuh bagi generasi masa depan untuk lebih bersedia dalam mengharungi hidup yang pastinya jauh lebih bergelora dari yang pernah dihadapi oleh generasi terdahulu. Perhatikan apa yang dikatakan oleh Shahriza Husein dalam Legacy:
"Ptolemy reffered to the Malay Pensinsula as "The Golden Chersonese". It was a misnomer. Not much gold cpould be found there. Rather, the metal in abundance was tin......In modern times someone discovered that perishable foods cpunb be preserved for months, even years, in metal cans coated with tin.....The demand for tin soared and eyes turned to the Malay Peninsula....A cosy arrangement gradually emerged in the Malay sultanate of Perak. The ruling elits leased out mining land to the foreingners. The Chinese extracted the tin. The Bristih traded in the metal, refined it, export it worldwide. The Straits Settlements of Singapore, Penang and Malacca propsred.....It was too good to last. When a royal succession dispute copinciding with the miners' war came to a head, tin production was severely curtailed. Business began to lose money. With the economic health of the Strait Settlements threathened, the Bristish felt obliged to intervene.....Raja Abdullah turned to the Bristish to seige power, the result was Pangkor Treaty of 20 January 1874....: British; Bagai orang mengantuk disorongkan bantal!
(7) Lihatlah dari cebisan sedikit ini, tidakkah kelemahan dan kehancuran Melayu, bukan kerana orang lain, melainkan Melayu sendiri.
(8) Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Intitut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) atas usaha menterjemah bukan hanya novel-novel tempatan ke dalam bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa dunia yang lain, ITNM juga turut menterjemah buku-buku bahasa lain ke dalam bahasa Melayu.
(9) Sekembali dari Cameron Highlands dua minggu lepas, saya menghabiskan agak lama di MPH Mid Valley, dan mendapatkan empat Novel tulisan karyawan terkenal negara:
(a) Legacy terjemahan Katherine Rath dari karya asal Warisan oleh Abdul Talib Mohd Hassan. Novel ini habis saya baca sambil saya mengawasi kerjaan para pekerja saya di kampung. Wajar novel ini dibaca, bagi melihat bagaimana, bangsa Melayu yang punya gelaran, begitu mudah menyerap temaddun Barat, sehingga akhirnya seperti mengadai bangsa sendiri.
(b) Legacy tulisan Shahriza Hussein. Saya berkira untuk menghabiuskan pembacaan novel ini dalam temph terdekat ini.
(c) Interlock terjemahan Azizah Hamzah dan Hashim Yaacob dari Interlok tulisan asal Abdullah Husein.
(d) The sakura Petals Unfold terjemahan Mohd Tajuddin Samsuddin dari Sakura Mengorak Kelopak karya asal Arena Wati.
(10) Semasa di Medan pada bulan lepas, saya membeli novel berjudul Sam Kok (empat Jilid) karya asal berjudul San Kuo Chi Yen oleh Lo Kuan Chung dan diterjemahkan dalam bahasa Indonesia oleh Markus A.S. Novel ini adalah tentang Kerajaan Han di awal 200BC, yang penuh dengan pergelutan pelbagai tingkat masyarakat dari Kerabat DiRaja, sehingga kepada rakyat biasa. Semuanya mengisahkan tentang kebijaksanaan, kelicikan, hasad-dengki, dan akhirnya keruntuhan, yang sangat baik kita ikuti buat pengajaran bukan hanya untuk mengelak dari segala keburukana, bahkan merencana dan melaksanakan kebaikan.
(11) Saya berkira, di musim cuti sekolah yang panjang seperti ini, wajar kita mendedahkan anak-anak disekitar kita akan matapelajaran sejarah, biarpun hanya melalui novel-novel. Jika mereka tidak menjadi pakar dalam sejarah, sekurang-kurangnya mereka tidak terjebak dalam jalan yang sama sebagaimana yang telah generasi terdahulu lalui sehingga boleh melemahkan martabat bangsa.
(12) Perhatikanlah, di dalam Al Quran, Allah banyak sekali menggunakan sejarah sebagai jalan teladan hidup kita. Cuma, cara kita menilai cerita-sejarah Allah itu lebih sebagai kutukan dari sebagai suatu peringatan yang perlu dianalisa secara akademik dan professional. Corong-corong Khubah Jumaat masih tetap sam dari sejak saya kecil sehingga saya telah seperti mahu tersunggkur kekubur! Bilakah agaknya, kita mampu melihat sesuatu dalam jalan baik dari kebanyakan orang melihatnya. Benarlah telahan Allah..."...tidakkah kamu berfikir!"
(13) Ingat falsafah pantun Melayu:
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan (kerja) kita makan (kerja sajalah)
Suruh meng(k)aji kita tak tahu (mahu)!
Matang Jaya, Kuching, Sarawak
28 Nov., 2010
1 comments:
sbnrnya dunia pendidikan d malaysia skrg tgh tunggang langgang...masing2 mahu menunggang d atas pelana org lain..belum habis ttg sejarah sbg subjek wajib..timbul KSSR yg akn dilaksanakn bermula murid2 thn 1 2011..pd sy,kurikulum ini terlalu tergesa2 sehinggakan warga pendidik tercungap2 mengejar kemahuan dan tuntutan majikan utk melaksanakan kurikulum baru ini..takutnya jadi seperti PPSMI..warga pendidik dan sekolah,baru sahaja tercungap2 hendak mencapai tahap selesa untuk PPSMI,maka dtg gelombang besar yg berkehendakkan dasar baharu d gubal...sdgkn ank ikan baru sahaja hendak bermain2 di tebingan LONDON..idea TUN yg bernas d nyahkan dan dibakulsampahkan..MELAYU MUDAH LUPA..persoalan nya disini, adakah wujudnya KSSR ini akn dpt meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris penduduk malaysia?dan sekaligus dpt memartabatkan bahasa melayu(skrg bahsa malaysia)?kerana PPSMI d mansuhkan hanya kerana perkara pokok ttg kekhuatiran sesetengah cendikiawan pada keruntuhan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan..kalau penulis ada mengkaji sedikit ttg bhsa melayu,penulis akn tahu bahawa sifatnya bahasa melayu itu sendiri adalah bersifat medah lentur...kelenturan inilah yg mampu mengasimilasikan bahsa lain ke dalam nya..namun kelenturan ini tidak pula bersifat wewenang..sy setuju dgn pendapat penulis bahawa yg menjatuhkan manusia melayu itu adalah MELAYU itu sendiri..MELAYU yg mcm mana?melayu peringkat bawahan(rakyat biasa) atau melayu peringkat atasan(para pemimpin,pegawai tertinggi)?
Post a Comment