.

5/10/10 MENGENALI TUJUAN HIDUP....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 06, 2010

Share

& Comment


(Anak ini, wajah ini, saya temui di hutan rumbia di kepulauan Seram di timur jauh Indonesia. Untuk apa penemuan ini? Wajah ini, anak ini, membikin saya ribut, apa lagi bila dilihat ke kiri dan ke kanan, ke depan dan ke belakang, pasti akan tumbuh banyak yang sebegini, jika kita tidak mahu sadar!)

Dua buah buku: A compass to fulfillment oleh Inamori, Kazuo, A passion for success oleh penulis yang sama yang tergeletak di meja baca saya, mencetus ilham untuk saya menulis rencana ini. Sebelumnya, lain-lain buku berjudul: Drive tulisan Pink, Daniel H; Courage oleh Lee, Gus; Mind set oleh Naisibitt, John serta sebuah buku yang saja pinjamkan kepada beberapa teman berjudul: Serving with purpose; serta beberapa buku lain yang bersifat self motivation yang sudah tersusun rapi di rak-rak buku saya menambah ujaan saya untuk melayangkan sedikit pemahaman saya berkait dengan tajuk di atas.

(2) Tujuan saya menghaparkan juadah tulisan ini adalah atas pemerhatian saya ke atas banyak di antara kita seperti, biar pada usia selanjut manapun masih tercari-cari akan tujuan hidup mereka. Tadi malam, bersama anak-anak muda yang sedang berusaha gigih untuk menjadi usahawan, juga saya bercakap tentang tajuk yang sama.

(3) Mengenali tujuan hidup adalah sangat penting. Dalam Islam, banyak perkara, jika kita perbuat dan tanpa tujuan yang jelas dan tepat akan menjadi tidak sah akan perlakuan kita itu. Sholat, puasa, zakat, fitrah, Haji, Umrah, dsb semuanya wajib dimulai dengan tujuan (niat) yang betul. Tujuan Allah menetapkan peraturan sedemikain rupa adalah agar kita jelas tentang segala prilaku kita. Semua ini adalah agar kita memberikan pemusatan terhadap apa juga yang hendak kita lakukan. Dengan cara itu, kejayaan pasti akan lebih terjamin!

(4) Soalnya, banyak orang terpingga-pingga tentang tujuan hidup mereka. Pastinya dalam hidup ini, kita akan banyak cabang kehidupan yang terpaksa kita lalui: bekerja, makan, berumah tangga, berkawan, berpergian, dsb semua itu adalah cabang kehidupan bagi hidup kita. Pokoknya, banyak porang bertanya, bagaimana seharusnya saya menentukan tujuan hidup saya? Apa tujuan sebenar Allah menjadikan kita? Jawapan kepada persoalan itu akan menjadi mudah, jika kita cuba menganalisa secara rasional akan lingkungan jalur galur kelahiran kita. Dalam soal ini, biarlah saya mengambil contoh tentang diri Muhammad SAW.

(5) Pertamanya, sejak beliau dikandung ibunya, maka beliau sudah menjadi piatu, iaitu bapanya meninggal dunia. Ibu Muhammad terpaksa mengandung Muhammad tanpa ada pembelaan dan penjagaan dari sang suaminya, dan paling mendukacita, mereka diselubungi derita kemiskinan. Pasti ada diantara kita berasa anih, kenapa 'kekasih Allah' tersiksa biarpun masih dalam rahim ibu. Apakah mukzizat disebalik derita dan kesepian ibu Muhammad itu. Kalau kita mempelajari saikologi anak dalam kandungan serta ilmu-ilmu fisiologi ketumbesaran janin dan anak-anak seusia kecil, pastinya, kekuatan emosi sang ibu, akan mengalir menjadi semangat waja kepada sang anak. Maka untuk membentuk Muhammad yang kental, maka Allah sengaja asakkan 'derita' ke atas beliau dan ibunya. Untuk apa perlunya Muhammad memiliki sifat-sifat sebegitu?

(6) Bayangkan jika Muhammad dikandung dan dilahir oleh sebuah keluarga yang sempurna segala keperluan hidupnya, apakah mungkin dia akan menghayati makna derita-susah-payah? Kenapa pula dia yang semestinya perlu menghayati tentang derita-susah-payah?

(7) Kemudian, sedang dia sangat memerlukan kasih sayang dan belai perlindungan, ibunya pula meninggal dunia. Lengkaplah sifat yatim piatu Muhammad! Lalu, beliau terputus susuan. Dengan putus susuan, tidakkah Muhammad seperti dinafikan untuk membentuk ketahanan tubuh (natural immunity) dan pertumbuhan otak (brain genesis) yang sempurna? Maka Abi Talib, bapa saudaranya mengambil beliau lalu dihantar ke desa untuk disusui oleh perempuan Badwi. Kenapa pula Abi Talib bersikap begitu, tidakkah ada perempuan di Kota Mekah yang boleh beliau harapkan buat memerhati keselamatan dan keperluan Muhammad? Pastinya, Muhammad juga ternafi keperluan pendidikan beliau, maka akhirnya beliau menjadi buta huruf! Saya berkira, tangan ghaib sedang terus mahu menghenyak Muhammad dengan 'hidup terbuang', agar jiwanya terus kental dan cekal. Biar dia terus berkelana dalam jerih-perit kemiskinan-susah-payah kaum Badwi di padang pasir yang membakar dan mematikan! Muhammad seperti sedang dididik untuk sendiri, bangun dan rebah sendiri, terasing! Untuk apa?

(8) Kemudian, bila usianya sudah agak besar, menjadi seorang anak yang ulet dan tegap, beliau pula ditugaskan menjadi pengembala kambing? Tidakkah terfikir oleh kita, kenapa tidak saja dia disuruh menjaga perigi zam-zam dan mengambil air bagi minuman para pedagang yang lewat di situ? Paling tidak kenapa dia tidak dijadikan budak suruhan mana-mana pembesar Quraish di Mekah? Kenapa mesti jadi pengembala kambing? Pernahkah kita memerhati saikologi kelompok dan individu kambing? Tidak seperti kerbau atau lembu, mengembala kambing kita sedikit pun tidak boleh alpa-leka. Jika kita terleka-alpa, kambing kita akan entah kemana-mana? Apa pula mukzizat Allah kepada Muhammad dalam soal ini?

(9) Saya berkira, tidakkah sama kambing itu dengan manusia yang sedang memenuhi lingkungan hidup Muhammad. Kaum Quraish, kaum Badwi, dsb yang berhaburan di padang pasir serata tanah Arab, tidakkah mereka itu liar, liat, degil, licik juga seperti kambing? Tidakkah kemudiannya Muhammad tidak boleh alpa-leka dalam memberikan kepimpinan buat mereka? Itu tanggapan saya, pastinya Muikzizat Allah lebih luas dari itu!

(10) Juga kemudian, bila sudah remaja, beliau membantu pamannya, Mutalib berdagang. Kerana dia biasa susah, biasa payah, berdagang berharian mengembara di padang pasir dari Mekah ke Damshik tidak menjadi persoalan kepada beliau. Begitu juga kerana dia terdidik oleh alam desa, yang memerlukan beliau menjadi manusia jujur, manusia ikhlas, manusia tabah, manusia yang punya penuh diplomasi kambing, maka beliau menjadi pedagang Al Amin. Namun, kenapa dagang jadi lowongan (jalur) hidup beliau? Tidakkah kerana beliau seorang yang sangat jujur, beliau lebih pantas-layak untuk membantu Mutalib menjaga Kaabah sahaja? Kenapa Allah mendorong beliau untuk menjadi pedagang?

(11) Langsung, kemudiannya beliau didatangi Khadijah, seorang janda kaya yang umurnya dua kali lipat Muhammad, seorang pedagang, bukan hanya untuk mengurusi hal perdagangan beliau, malah kemudiannya menjadi tunggak kepada keluarga Khadijah? Tidakkah di Damshik, di Basrah, di Lebanon, di Jordan, di Palestin, Muhammad dalam jalanan dagangan beliau tidak ketemu gadis-gadis yang muda-muda, cantik-cantik boleh menjadi isteri beliau? Kenapa pula Khadijah yang umuran sudah melebihi 40an didorong menjadi teman hidup beliau? Tidakkah Muhammad pernah berkira, apakah Khadijah masih mampu melahirkan? Semuanya seperti anih. Semuanya seperti mistri. Hidup Muhammad seperti seluruhnya diselubungi mistri!

(12) kemudian, saat Muhammad dalam kancah mahu meluas-lebarkan penerapan Islam sebagai tunggak kepada ketemadunan bangsa Arab, umat manusia sejagat, kedua-dua Khadijah dan Mutalib yang menjadi pendokong kuat beliau meninggal dunia. Itulah bermulanya, saat ujian sebenar Allah kepadanya. Nyawanya terancam. Pengangan hidupnya terancam. Beliau terpaksa kabur (hijrah), merentasi padang pasir yang penuh dengan mereka yang sedang memburu kepalanya, ke sebuah tempat lain yang terasing, Madinah!

(13) Memang banyak yang akan berkata, ya lah, itu kan Muhammad. Beliau sememangnya diprogramkan sebegitu oleh Allah. Beliau adalah manusia pilihan Allah. Saya cuma ingin menyangkal, apakah pandangan sebegitu dibuat setelah kita berfikir dalam-panjang-luas, atau sekadar kita hendak melarikan diri dari cuba mengenali diri sendiri (muhasabah diri)dan menentukan tentang tujuan hidup sebenarnya kita? Saya berkira, banyak orang hanya ingin melarikan diri, melampiaskan diri dari menanggung-menjungjung tanggungjawap sebenar hidup ini!

(14) Mukzizat dari jalan hidup Muhammad, dapat saya kira sebagai landasan kepada kita untuk turut juga menyusun susur galur tentang jalanan hidup yang telah kita lalui dari mulai janin sehingga mungkin kita melangkah kaki keluar dari menara gading.

(15) Pernahkah kita bertanya kenapa kita dilahirkan dalam dunia Melayu, Islam Melayu, dibumi Melayu, dan tidak di Kharzastan sebagai Asia Minor, atau Greenland sebagi Eskimo? Juga kenapa pula kita lahir sebagai manusia, tidak sebagai katak atau umang-umang? Juga kita terlahir sebagai lelaki atau perempuan (ada juga yang bersifat lelaki tidak perempuanpun tidak)? Ada diantara kita lahir miskin, kemudian kaya, kemudian miskin kembali, atau dimulai dengan kaya, kemudian miskin, kemudian kaya kembali? Semua ini, pernahkah kita membuat carta aliran bagi mengenali diri, dan akhirnya membentuk satu tekad, itulah tujuan Allah menjadikan kita, dan begitulah kehendakNya! Bukan main rasa-rasa sendiri saja!

(16) Sesungguhnya Allah telah memberikan kita nafsu untuk bercita-cita dan bertekad, dan akal untuk kita mempertimbang antara yang lurus dan yang bengkok!

Matang Jaya, Kuching
6 Oct., 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.