(2) Ibn Khaldun asalnya adalah keturunan Arab Yaman Hadramawt yang berhijrah ke Sepanyol. Keluarganya adalah antara mereka yang mengasas Kerajaan Andalusia. Namun kerana pergolakan kekuasaan yang berlaku begigu ganas di akhir-akhir Kerajaan Andalusai sehingga membawa kepada kekalahan Islam di tangan kaum Narani, maka keluarga Khaldun berhijrah ke Tunisia.
(3) Beliau dilahirkan pada Ramadhan 1,732 AH ( May 27, 1332 AD). Melalui moyang beliau iaitu Khalid yang lebih dikenali dengan panggilan Khaldun, memasuki Andalusia dan menetap di Caramona lalu kemudian mengembangkan penguasaan keluarganya di Seville sehingga di zaman pemerintahan Umyyad (274-300 AH). Di Serville, keluarga Khaldun membantu membenteras pemberontakaan di sana, dan akhirnya Kurayb ibn Khaldun iaitu datuk kepada Ibn Khaldun telah diangkat menjadi pemerintah kota tersebut. Sejarah Ibn Khaldun kemudian berkembang dari sana.
(4) Dari sejarah hidup Ibn Khaldun yang diebentangkanoleh penulsi buku ini, maka dapat kita perhatikan bagaimana keadaan pemerintahan Andalusia dimasa itu adalah berasaskan kabilah dan keturunan. Sering saja terjadi perbalahan dan pembunuhan di kaangan mereka, dan Kerajaan sering bertukar ketua sehingga tiada kestabilan sosial yang kukuh.
(5) Ibn Khaldun, sebagai anak dari keturunan terbilang, punya kesempatan baik untuk belajar namun dalam keadaan politik yang sentiasa kacau bilau. Juga kerana ancaman nyawa dan kepunahan keluarga yang sangat dahsat, telha menjadikan beliau sebagai seorang yang suka memerhati dan berfikir. Keadaan ini, menjadikan beliau seorang yang saya kira licik dan pinter-bijaksana. Atas pemerhatian polotik dan sosial masa itu, beliau dapat membentuk strategi hidup dan kerjaya yang sangat cemerlang di mana beliau dapat bermain catur dengan baik dalam menaik dan menjatuhkan Kerajaan yang beliau fikir mampu memberikan kebaiakn kepada beliau.
(6) Penulis buku ini, melihat Ibn Khaldun sebagai seorang oportunis, dan saya pasti oportunis yang licik (penuh tipu muslihat) dan pinter-bijaksana. Namun apa yang ingin saya ketengahkan, adalah dua perkara:
(a) Ancaman, keresahan, dan keributan suasa politik Andalusia adalah faktor yang mendidik Ibn Khaldun menjadi seorang pengamat-analisis yang peka dan tajam sehingga beliau dapat menjadi penulis yang hebat dalam Sejarah, Sosiologi dan Ekonomi. Beliau bukan sekadar mengamat dari jauh, malah merupakan seorang yang terlibat secara aktif dalam percaturan politik semasa yang bercalaru itu sehingga menjadikan beliau seorang power broker yang sangat berpengaruh di kalangan mereka yang berebut kuasa.
(b) Politik Arab yang sangat didokong oleh ikatan kekeluargaan dan kaum atau kabilah, yang saya kira sukar untuk infusion of changes biar dimanapun mereka memerintah, telah menjadikan cara Pengursuan Politik mereka menjadi jumud-conservative. Kejumudan ini telah menimbulkan masalah perebutan kuasa antara ahli keluarga kerana mereka bertanggapan bahawa segala kekayaan itu hanya boleh diperolehi dengan kekuasaan politik semata-mata. Maka atas dasar tersebut, tidak hairanlah sengketa kekeluargaan telah menjadikan pemerintahan Islam-Arab menjadi lemah-jumud. Begitulah hakikatnya sebab kehancuran Kerajaan Andalusia. Itulah puncanya, itulah faktor utama, dan bukanlah kerana semata-mata akibat kekalahan di tangan pemberontakkan kaum Kristian.
(7) Mengkaji kisah dan pemikiran Ibn Khaldun, saya kira baik agar kita dapat melihat bagaimana keadaan telah membentuk bakat dan watak beliau. Namun, yang lebih baik, saya kira, kita juga dapat agar beringat untuk lebih hati-hati dalam pengurusan poitk negeri dan negara kita. Kita perlu mengelak dari memilih kepimpinan yang terlalu terikat dengan pertalian kekeluargaan dan kaum. Kejatuhan Anadalusia adalah contoh yang Alah telah jadikan buat panduan kita.
(8)Dalam Book of The End: Great Trials and Tribulations tulisan oleh Al-Hafiz Ibn Katheer Dimasqhi dan terjemahan oleh Faisal Shafiq terbitan Darussalam tercatit beberapa riwayat para sahabat Muhamad SAW tentang beberapa pertunjuk kehancuran negara, dan di antaranya adalah bila mana pemilihan kempimpinan negara (bahkan apa juga) sering saja dipandang mudah, tanpa kita tidak menitik beratkan nilai-nilai yang baik yang perlu ada pada seorang yang hendak kita angkat sebagai pemimpin. Untuk tujuan ini, wajar kita ummah Islam, khususnya orang Melayu punya pendirian yang teguh tentang siapa yang perlu kita angkat jadi pemimipin kia dan negara. Pemilihan atas sifat kekeluargaan, kerabat, golongan, kaum dan tidak berasaskan nilai-nilai tertuntut, adalah suatu yang sangat silap dan boleh membahayakan kekuatan ummah.
Kuala Lumpur, Malaysia
3 Dec., 2010
0 comments:
Post a Comment