Saya mulai menjejak kaki ke Kelantan, Ulu Kelantan dalam minggu ke dua persekolahan pada Januari, 1973. Pada ketika itu, jalan ke Pantai Timur dan lapangan terbang Kota Bharu sedang kebanjiran. Saya terpaksa menaiki keretapi Kelas III dari Stesyen Keretapi Kuala Lumpur, dalam keadaan berasak-asak selama lebih kurang 18 jam saya dan empat rakan-rakan lain: Untung Keri (Belawai), Kamaluddin Wasli (Betong), Haili Helen (Balingian) dan Ahmad Ismail (Marudi) dengan di temani oleh Abang Yusuf Putih (Datuk Amar)untuk ke sana. Bila sampai ke Kuala Krai, kami lantas memasuki Sekolah Sultan Yahya Petra (SYP) Kuala Krai. Kerana keletihan, saya rasa saya menghabiskan masa di hari pertama persekolahan dengan tertidur!
(2) SYP merupakan sekolah aliran Inggeris. Kerana dalam beberapa bulan pertama, saya tidak dapat mengarap sepenuhnya apa yang diajari oleh guru-guru terutama bagi mata pelajaran Matematik Modern dan Sain Paduan, maka saya telah menulis surat kepada Yayasan Sarawak untuk memindahkan saya ke sekolah Aliran Melayu di Sekolah Menengah Rendah (SMR) Kuala Krai yang terletak kira-kira tiga batu dari Pekan Kuala Krai.
(3) Di SMR KK saya dan Kamaluddin Wasli dimasukkan ke Kelas 1A untuk mengkhusus dalam bidang Industrial Art (Seni Perusahaan) sedang Untung dan Ahmad dimasukkan dalam Kelas 1B bagi mengkhusus dalam bidang Pertanian dan Haili Helen dalam Kelas 3C bagi mengkhusus dalam bidang Perdagangan (Commerce). Begitulah kami, lima 'Anak Kampung', dipisah-pisahkan, saya berkira sebagai satu pendekatan sekolah untuk meningkatkan moral belajar di kalangan poara pelajar tempatan.
(4) Dalam Tahun Ke 2 saya telah dilantik sebagai Pengawas, Ketua Darjah serta Perpustakawan Sekolah. Saya mulai bergaul dengan banyak pelajar. Dari situ, saya mulai mengenali rakan-rakan dari Gua Musang, Manik Urai, Kuala Balah, Dabong, Limau Kasturi (sebuah drama tv ada mengisahkan kampung ini suatu ketika dahulu), dsb.
(5) Paling tidak dapat saya lupakan, betapa jika berlaku hujan lebat, hampir separuh dari rakan-rakan saya tidak akan hadir ke sekolah. Kebanjiran di Jambatan Pehi, lintasan keretapi dari Gua Musang ke Kuala Krai menyebabkan mereka sebahagiannya tidak dapat hadir ke sekolah. Pada masa itu, keretapi adalah angkutan utama bagi penduduk di kawasan ini.
(6) Juga, yang amat menyedihkan, saya berkira hampir 60% dari para pelajar seangkatan dengan saya belum boleh membaca biarpun mereka telah mencapai Tingkatan 2. Rata-rata anak-anak ini adalah anak-anak penoreh getah dan harga getah pada masa itu adalah tersangat rendah. Kemiskinan, saya kira terukir luas terpampang pada pakaian yang mereka pakai: kasut koyak, baju kotor, alatan tulis yang tiada kecukupan, tidak banyak yang dapat berbelanja bila tiba waktu rehat, dsb. Semua ini adalah 'indahnya' kemiskinan dan kesengsaraan yang sedang mereka hadapi.
(7) Pada masa itu, Kelantan adalah dibawah Pemerintahan PAS, dibawah pimpinan Datuk Mohammad Asri Muda. Kelantan, kerana sangat 'membangkang' sifatnya, maka telah tersisih dari arus pembangunan Nasional. Kelantan bersama-sama Sarawak, Trengganu, Pahang, Kedah merupakan lima negeri teratas dari segi kemiskinan dan kemunduran pada masa itu.
(8) Saya mulai mendengar tentang Tengku Rezaleigh Hamzah semasa di sana. Ayah angkat saya: Hj Harun Hj Senik, pada masa itu amat mendokong kuat UMNO (namun akhirnya beliau meninggal dalam pelukan PAS atas kekecewaan kerana kemelut UMNO!). Tengku Rezaleigh adalah idola beliau. Kekuatan Tengku Rezaleigh di Gua Musang memang sukar digugat, biarpun semasa beliau ditendang keluar dari UMNO dan mengepalai Semangat 46. Sebetulnya, Tengku Rezaleigh punyai semngat KeMelayuan yang sangat kental, sehingga, semasa beliau menerajui Kementerian Kewangan (semasa pemerintahn DMM), beliau banyak mengangkat usahawan-usahawan Melayu untuk menerajui pelbagai badan koprat. Keadaan ini, menimbulkan keadaa Nik-Nik Here, Nik-Nik There (anak-anak Kelantan menerajui badan-badan koprat negera). Dan inilah sebahagiannya menjadi 'kecemburuan' sebahagian dari musuh-musuh politik beliau.
(9) Ketokohan Tengku Rezaleigh di kalangan masyarakat umum di Gua Musang dan bahkan di Kelantan tidak dapat dinafikan. Sejak bersama-sama Tun Razak, sehingga kini, beliau tetap masih diterima penyokongnya. Satu keitka dulu, beliau di kenali anak raja berjiwa rakyat yang akhirnya membawa gelaran KuLi (hamba).
(10) Semasa memimpin gerakan Politik Mahasiswa di UKM dalam 1980-84, saya sering 'attach' nama 'Ore KuLi' untuk saya memancing sokongan anak-anak Kelantan terhadap gerombolan Parti Tindakan Siswa Bersatu (TSB)yang dianggotai oleh saya dan rakan-rakan 'hardcore penyokong Kerajaan'.
(11) Kini, Galas, Gua Musang akan menghadapi pilihanraya kecil. Saya percaya KuLi berminat untuk memikul beban memenangi kerusi berkenaan. Kerajaan PAS Kelantan sekarang ini, banyak dipimpin oleh golongan muda, yang sebahagiannya adalah teman-teman Universiti saya suatu ketika dahulu. Mereka ini hakikatnya sedang mencari kepimpinan yang berwibawa untuk memimpin Kelantan. Nik Aziz sudah terlalu tua untuk kerja-kerja keras dan mengerakkan pembangunan Kelantan.
(12) Saya berkira, biarlah KuLi diberikan kesempatan untuk menduduki DUN Kelantan melalui Piliharaya Kecil Galas. Kenyataan Muhhydin Yasin untuk membenarkan Kuli menetapkan siapa calun dan seterusnya menerajui BN dalam Piliharaya Kecil Galas, saya kira amatlah wajar dan bijak. Biarlah KuLi diberikan kesempatan untuk 'mengisi' kekosongan 'wise man leadership' dalam Kerajaan Negeri Kelantan pada masa ini, semoga dengan itu, usaha-usaha penyatuan PAS-UMNO akan dapat berjalan dengan lebih mudah. Mudah-mudahan InsyaAllah, demi Melayu dan umat Islam seluruhnya. Kita sudah terlalu lama berkemelut yang tiada untungnya!
(13) Biar apapun kesilapan dan permusuhan dalaman UMNO (KuLi) yang lepas, saya percaya, Kuli yang mungkin sudah berusia begitu banyak, pasti beliau telah menjadi sangat matang dan bijaksana (wise). Saya berkira, jika benar sebagaimana didakwa, bahawa Tun Abdul razak telah mewasiatkan KuLi harus diambil kira dalam peralihan Kempimpinan Negara selepas beliau, saya berkira demi Melayu, wajar KuLi diberi peluang meminpin Kelantan ke jalan perdana.
(14) Tidaklah wajar kita berasak-asak memajukan Negera sedang Kelantan kita biarkan dan rakyat Kelantan, saya kira 80% adalah Melayu. Tidakkah kita jika bergitu sifat kita sebetulnya kita sedang berbunuh sesama Melayu.
(15) Saya tidak sekali-kali setuju dengan mereka yang beranggapan bahawa orang kelantan sangat tebal kesukuannya. Saya pasti sifat 'kekitaan' orang Kelantan kerana mereka mahu menjadi Melayu yang berjaya dan merdeka.
(16) Buat KuLi: "Jange dok baloh pasal ular (Kedah-Ulaq) denge katok (Kelantan: pukul dan bukan katak)! Atau jange dok gaduh pasai Che Po (Malaysia) boleh, Pok Mak (Kelante) jange!".
Matang Jaya, Kuching
5 Oct., 2010
0 comments:
Post a Comment