(Semenjak 1986, saya telah 'sakit hati' terhadap perkampungan seperti ini. Kini, pada tahun ini, saya masih melihat kampung ini, tetap seperti di tahun 1986, di Bruit, Daro. Kenapa saya seperti telah gagal untuk berbuat sesuatu agar dapat saya 'melupakan' kampung ini dalam setiap 'keratan beef steak dan starbuck yang saya suapkan'?)
Semalam bersama dua orang rakan dari Jabatan Perdana Menteri saya keliling Sepang-Sg Pelek-Jenderam bagi meninjau usahawan-usahawan Melayu dalam meraih kejayaan dalam bidang pembuatan keropok dan kerepk ubi dan ternakan kambing dan lembu. Saya sebetulnya agak terperanjat (dan bersyukur) bilamana, Tuan Hj Hassan, Pengarah Bahagian Pertanian, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, sanggup 'membuang' masa turut sama keliling dengan saya. Kami pusing keliling dalam panas terik Kuala Lumpur yang membakar sehingga bila menanti untuk terbang pulang saya merasa badan saya agak melayang dan terasa hendak tumbang.
Semalam bersama dua orang rakan dari Jabatan Perdana Menteri saya keliling Sepang-Sg Pelek-Jenderam bagi meninjau usahawan-usahawan Melayu dalam meraih kejayaan dalam bidang pembuatan keropok dan kerepk ubi dan ternakan kambing dan lembu. Saya sebetulnya agak terperanjat (dan bersyukur) bilamana, Tuan Hj Hassan, Pengarah Bahagian Pertanian, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, sanggup 'membuang' masa turut sama keliling dengan saya. Kami pusing keliling dalam panas terik Kuala Lumpur yang membakar sehingga bila menanti untuk terbang pulang saya merasa badan saya agak melayang dan terasa hendak tumbang.
(2) Tujuan saya meninjau kedua Projek ini adalah untuk mencari jalan untuk membangun sebuah Model Ekonomi Desa (MED) yang sedang saya perkirakan agar pendapatan masyarakat kita di luar bandar, bukan hanya dapat ditingkatkan, namun juga akan terus meningkat. Dalam masa yang sama juga, saya kepingin sekali untuk mencari jalan bagaimana untuk menjadikan pemikiran dan gerak kerja masyarakat desa kita berubah kepada masyarakat usahawan yang berjaya-merdeka!
(3) Saya telah sedikit sebanyak menulis mengenai Model Ekonoomi Desa yang ingin saya utarakan. Setakat ini, saya sedang meneliti bagaimana kesepaduan Sektor Pengerluaran, Pemprosesan, dan Perdaganan dan Perkhidmatan Sokongan akan menjadi teras MED tersebut. Pastinya, soal kepimpinan, pengurusan dan modal akan menjadi unsur penting yang turut harus dipertimbangkan secara masak-masak. Dengan bantuan Tuan Hj Hassan dan Tuan Hj Alias dari UPE, JPM, InsyaAllah dalam sedikit masa lagi, saya akan dapat mengeluarkan Blue Print mengenai MED ini.
(4) Semasa pusing keliling mencari Projek-projek ini, kami sempat bertukar fikiran dalam cuba melihat MED ini. Perbincangan kami tercetus kerana biarpun hanya beberapa KM dari Putra Jaya dan KLIA, UPE (secara berseloroh) tidak tahu akan hadirnya Projek-projek persendirian seperti ini wujud 'just right under their nose'. Begitu juga, di Semenanjung, sering sahaja kekurangan tanah akan dibangkitkan bilamana kita mulai bercakap tentang 'High Volume Production' dalam apa juga hasil keluaran makanan,sedang, di Sepang dan Putra Jaya sahaja masih banyak tanah terbiar yang tidak mendatangkan faedah besar kepada rakyat dan negara. Kamipun cuba mencari sebab kenapa tanah-tanha ini terbiar?
(5) Sebagaimana biasa, bila bersama ahli-ahli fikir Makro seperti dari UPE, JPM, ini pastinya perbicaraan kami tertumpu kepada isu-isu makro, namun saya cuba mengalih perbincangan kami kepada soal 'leadership and management gap' yang sedang berlaku dalam sistem pentadbiranm awam kita. Sejak persaraan Tan Sri Ahmad Sarji, saya kira kebanyakan Ketua-ketua Agensi Kerajaan (KSN) selepas beliau adalah bukan 'hand-on'. Saya tidak begitu mengenali semua Ketua-ketua agensi-agensi ini, namun pemerhatian saya kepada gerak kerja sebahagian mereka dapat membayangkan akan sikap dan kepedulain mereka terhada tanggungjawap rasmi mereka. Saya berkira mereka tidak mengenali butiran terperinci akan tanggungjawap dan bidang tugas masing-masing.
(6) Saya berkira, banyak dari mereka yang menduduki jawatan tinggi dalam Pentadbiran Awam adalah mereka yang punya cita-cita tinggi. Mereka juga 'berusaha' keras untuk menduduki kekedudukan yang mereka idamkan. Namun, mungkin dalam 'usaha' memanjat tangga yang tinggi, mereka telah terlupa, mereka mungkin hanya bercita-cita untuk duduk di sana, tapi tidak pernah bercita-cita dan berfikir keras untuk berbuat apa dan bagaimana caranya bila sudah duduk di sana. Maka dengan sebab itulah, saya berkira mereka lebih suka buat kerja 'window dressing' dan 'berslogan' tanpa kesan nyata kepada kehidupan rakyat dan pembangunan negara! 'They Talk but they never walk" Mereka syok sendiri, tampak segak bergaya, namun 'apah pun tarak!'.
(7) Akibat dari pada semua ini, maka masalah rakyat sudah tidak dianalisa secara terperinci dan menyeluruh. Cinta rasa rakyat sudah tidak berada dalam jiwa dan fikiran mereka. Mereka seperti sudah tidak kenal rakyat yang menjadi tanggungan mereka. Pentadbiran Awam seperti sudah tengelam punca bila melihat rakyat 'memberontak'. Pentadbiran Awam terus saja melakukan apa juga dengan cara yang sama dan berulang-ulang. Contohnya: subsidi berganti subsidi, 'acara sambutan berganti acara sambutan', 'huha ber ganti huha', namun rakyat tetap juga masih 'payah dan sengsara'.
(8) Rakyat 'memberontak', tidak lain, adalah kerana rakyat sudah bijak. Sistem pendidikan kita sudah merubah rakyat menjadi lebih bijak, lebih pintar, lebih berani. Inilah kejayaan sistem pendidikan negara kita. Kita mesti mengakui ini, dan inilah yang sepatutnya kita hargai dan teruskan. Walau bagaimanapun, kita mesti melakukan sesuatu dengan yang lebih bijak, lebih berkesan dan lebih berani selaras dengan perubahan fikiran dan sikap rakyat. Pentadbiran Awam kita perlu mereka yang berani, mampu menghayati perubahan semasa, dan bertuindak bijak dan tangkas melewati dan menjangkaui masa. Kita sudah mengajar anak-anak bangsa untuk menjadi bijak, namun cara kita masih tetap sama. Inilah akibatnya bilamana, anak sudah bijak, orang tua (kita) masih kolot. Maka 'memberontaklah' anak-cucu kita, lantaran itu kita (pemimpin politik) pun menjadi kalut tak tentu pasal.
(10) Kekalutan politik, akhirnya menyebabkan kekalutan dasar, dan semua ini kerana Sistem Pentadbiran Awam kita sudah tidak mampu menanggung-menampung permitaan baru dari golongan baru yang sudah kia bijak, berani, dan tidak lagi mahu berpegang kepada cara lama dalam setiap pemikirann dan tindakan mereka.
(9) Bila ini ditambah dengan para Penyandang Awam yang hanya tahu kepenting diri dan atau syok sendiri, ianya menjadi semakin goyah. Negara kita, kini sedang kehilangan 'arah kempimpinan' bukan hanya dari segi politik namum kita sedang kehilangan 'negawaran' dalam Pentadbiran Awam dan juga Swasta.
(10) Lihat saja Jepun, biar bagaimana tsunami politik terjadi, namun sistem Pentadbiran Awam dan Swasta mereka tetap utuh, sehingga sukar negara mereka tegoyang biar sedahsat mana 'arus tsunami politik' mereka. Maka, apa-apppun cabara yang terpaksa di hadapi Jepun, namun mereka tetap tenang dan terus maju ke depan.
Kuching, Sarawak
12 may, 2010
3 comments:
Banyak menteri dan ahli politik, cakap tak serupa bikin. Slogan " Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan" hanya omongan kosong...... Bayak lagi nasib yang tidak terbela dan menjadi mangsa mereka......
dah lama tahu..tapi pelik masih ramai yang tak sedar-sedar lagi..masih pilih lagi kerajaan yang cakap tak serupa bikin..
gm cakap x serupa bikin
Post a Comment