.

13/3/13 ALI SALLEH SMSAH, JITRA, KEDAH

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 23, 2013

Share

& Comment

Sejak berapa lama saya cuba berhubung dengan Chegu Ali Salleh dan isterinya Chegu Latifah. Beliau adalah guru Hisab Biasa saya semasa di SMSAH Jitra Kedah dalam 1976-77 iaitu dalam Tingkatan 4-5. Dia ini mendapat tempat paling istimewa di kalangan semua guru-guru yang pernah mendidik saya. Pertamanya, dia jenis cool. Saya adalah antara muridnya yang sering tidak pernah membuat homework ikut jadual. Sebabnya, cara dia mengajar adalah mudah dan saya cepat faham dengan apa yang dia ajar. Jadi kerja rumah Hisab Biasa menjadi pilihan terakhir dan selalunya saya tidak buat. Juga dulu-dulu saya suka membuat kerja saya di atas loose paper sedang sekolah masih mahukan Buku Rasmi. Jadi seringnya saya malas hendak menulis kembali kerja-kerja saya di atas loose paper ke dalam buku. Maka bila ditanya: Mana Homework awak?. Saya seringnya hanya menunjukkan kerja kasar saya. Dia sebetulnya a smart teacher. Dia tidak pernah marah. Dia hanya mengangguk-nganguk kepala. lalu membiarkan saya.

(2) Saya berkata dia adalah smart teacher  dari sudut pandang lain dari rakan-rakan lain. Semua rakan-rakan melihat dia sebagai Math Genius atas sebab, apa juga persoalan Aljebra yang dikemukakan kepadanya, dengan mudah sahaja beliau akan dapat menerangkan cara penyelesaiannya. Bagi saya dia adalah smart sebab dia akur dengan cara tersendiri saya iaitu saya tidak suka terikat dengan cara convensyenal. Bagi saya homework hanyalah latihan untuk menguji kefahaman dan kemahiran seseorang pelajar untuk menyelesaikan masalah. Saya lebih suka membuat secara rough work dan tidak gemar menulis menggunakan buku rasmi. Saya berkira, bila beliau melihat rough work yang saya buat, saya yakin beliau mengerti bahawa saya telah fahyam akan pelajarannnya. Sesungguhnya, saya berkira dia adalah antara guru yang faham betapa objective achieve, stargegy change. Dia adalah guru yang secara tidak langsung menjadikan saya sedikit lain dan selalunya degil untuk terus lain dari yang lain.

(3) Saya tidak sempat bersalam dan memeluknya demi mengucap syukur dan terima kasih atas didikan Aljebra beliau. Entah berapa tahun saya berhubung dengan beberapa rakan untuk mempertemukan kami namun gagal. Cuma sekitar hampir dengan Aidil Fitri lepas baru saya dapat menjejaki beliau. Lalu saya menghantar dua buku Kek Lapis Sarawak kepadanya. Kek tersebut benar-benar sampai kepadanya pada petang sebelum Aidil Fitri. Pada masa itulah saya mendapat panggilan talipon dari beliau dan isterinya, bertanyakan siapa saya. Kami bercerita panjang untuk recall segala peristiwa 24 tahun sudah. Dia kemudian hanya ingat akan saya sebagai budak Sarawak yang suka main bola keranjang.

(4) Kamar tertera di atas adalah Kamar di mana saya tinggal dulu-dulu. Dulu-dulu kami pakai cadar putih serta selimut sendiri-sendiri. Kamar itu adalah sebagaimana ianya kelihatan kini. Segalanya sama. Katilnya sama. Lockernya sama. Di hujung depan adalah Kamar Dorm Monitor. Kebetulan, Chegu Ali dan Chegu Latifah pada masa itu diam di sebelah bawah dari kamar ini. Maka, bila kembali dari Kelas Mentelaah Petang dan Malam, saya dan beberapa rakan akan bermain bola keranjang dalam kamar tersebut dengan penuh riuh rendah. Chegu Ali, biasanya akan tercegat dipintu masuk memegang sebilah rotan. Maka seorang demi seorang kami akan kena rotan sebab bising dan bermain bukan pada tempat dan waktunya. Saya sebetulnya ingin bertemu beliau bukan sekadar untuk menucap terima kasih atas didikan Aljebranya, tetapi lebih penting untuk minta maaf atas kenakalan masa lalu saya sebagai budak Sarawak yang suka main bola keranjang waktu dia dan isterinya hendak berehat malam atau petang.

(5) Kuasa Allah mendahului kehendak manusia. Saya sebetulnya kini sedang merombak semula tulisan saya mengenai Mengapai Ke Langit, Jejaknya Di Mana? untuk saya serahkan kepada Chegu Latifah iaitu isterinya yang juga guru Bahasa Malaysia saya dahulu untuk ulasan dan sebagai hadiah pribadi saya kepadanya, juga sebagai ingatan atas keras kepala saya kepada beliau dulu-dulu. Sebetulnya, pada hujung minggu lepas, saya berhasrat untuk ke Alor Setar untuk mengunjungi mereka berdua. Namun, teman saya dari Kuala Lumpur, yang kebetulan anak Kedah, agak sibuk serta sayapun menghadapi masalah keciciran dompet yang menyebabkan segala dokumen saya hilang, maka niat sayapun terbengkalai. Sebelumnya, Chegu Latifah sekitar dua minggu sudah ada menalipon saya, bertanyakan kapan saya akan ke Alor Setar. Katanya, mereka ingin bertemu. Terdetak dalam hati saya, akan sesuatu.

(6) Selepas saya menunaikan Sholat Subuh pada Rabu tadi, saya melihat kepada handphone. Sebuah perkhabaran dari seorang teman di Kuala Lumpur mengatakan Chegu Ali Salleh sudah kembali ke Rahmatullah saat beliau sedang Sholat Isya padal malam yang sama. Saya berasa agak kesal atas sikap bertangguh saya, sama keadaannya bila Chegu Ali sering memberikan Homework Aljebra masa dulu-dulu. Kejadian ini sepertinya terus berlaku antara saya dan dia. Namun, Ilmu Aljebra yang pernah beliau ajarin kepada saya, menjadikan saya agak boleh menduga akan beberapa perkara dengan baik, sehingga membolehkan saya menjadi agak Algebraic minded. Cuma sayangnya dia tidak pernah memperkenalkan manusia-manusia agung seperti Ibnu Sina, Al Biruni, biarpun Bukhari dan Ghazali kepada saya. Namun, mudah-mudahan berkat ilmu yang beliau pernah perturunkan serta mudah-mudahan berkat amal baik yang terbit dari itu, akan menjadi pelindung dan penerang bagi rohnya di alam baka. Mudah-mudahan. Al Fathihah. InsyaAllah.

Kuching, Sarawak
23 March, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

balqiswilson said...

Assalamualaikum..

Betapa halus dan lembutnya 10jari dihitung 1persatu.Hari demi hari silih berganti,melihat waktu beredar terus,berlalu pergi meninggalkan kita semua..

Agak lama saya tidak membuat sebarang sentuhan kepada bloq Saudara ABC,terasa rindu dihati akan tulisan beliau,hari ini saya kembali walau tidak semeriah mana.

Sepi tidak bermaksud rajuknya hati membawa diri atau merenung jauh bulan di awan jatuh ke riba..sama sekali tidak..sekadar berfikir akan ketentuan Ilahi apabila mengkhendaki sesuatu maka terjadilah ia sepertimana yang ditetapkan.Subhanallah..

Sebenarnya saya baru saja pulang dari menziarahi kekanda yang terlantar di ICU.Hampir 1minggu bertarung nyawa,dengan kuasa Allah diizinkan saya bertemu,mengucup dahinya memohon ampun diatas segala kesilapan masa lalu. Alhamdulillah hubungan terjalin kukuh,Allah masih sayangkan hambanya,beliau beransur pulih kini di ward biasa.

Pada tulisan Saudara ABC diatas, saya berkongsi sama kesedihan apabila membacanya.Bersama ini juga saya kirimkan salam takziah biar agak lewat berlalu..semuga Allah cucuri rahmat keatas rohnya.

Perancangan Saudara ABC menziarahi Allahyarham adalah baik.Bayangkan betapakah besarnya ganjaran pahala Allah sediakan kerana merapatkan hubungan silaturahim yang terpisah lama.Allah saja yang maha Mengetahui..

Silaturahim,mengingatkan saya kepada seorang penulis muda beberapa ketika dahulu(M.Azlen).
Pada baris beliau yang agak menyentuh rasa,saya berfikir sendirian begitu dalam maksud disebaliknya.
Seorang yang berbakat sedang mencipta nama didalam bidang penulisan,memuatkan tulisannya didalam sebuah majalah "Aku Maafkan Mu"(lebih kurang begitu tajuknya),sayangnya saya kehilangan majalah tersebut.

Kupasan beliau lebih menjurus kepada jalinan silaturahim. Saya tidak dapat mengingat kesemua baris tulisan itu,namun sekilas pandang ia membawa erti.,
Dihati Bagindasaw,kemaafan adalah satu kemuliaan.Silaturahim adalah penghubung kasih sayang. Hulurkanlah tali perdamaian sebagai hubungan persaudaraan. Mudah-mudahan ukhwah silaturahim akan terbina dengan rahmat Ilahi.
Begitu tinggi nilai keikhlasan dan kasih sayang tuntutan Allah untuk hambanya yang dicintai.

Kerja tertangguh seperimana gambaran ABC,pendapat saya terpulang kepada individu dalam melaksana dan menyempurnakan tugasan.
Bagaimanapun saya tertarik dengan perumpamaan itu.Jika tidak menjadi keberatan saya lengkapkan sedikit ya..
Kerja tertangguh..tidak menjadi..kerja beransur tidak bertahan".
Sesuatu kerja jika bertangguh atau berkira-kira tidak akan menjadi tapi jika dibuat walau beransur-ansur ia akan selesai juga.
Boleh juga dimaksudkan dengan sedikit,lama-lama jadi bukit. Ia memberi maksud yg agak sama ertinya.

Sebenarnya peribahasa kita amat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat,tidak kira ia berbentuk pantun, seloka dll. Ia adalah ilmu perbendaharaan Melayu Lama,sehingga ia dianggap warisan sejarah yg tak lapuk dek zaman,tak lekang dek panas dan hujan.
Ciptaan istilah bersifat universal, boleh dianggap sebagai mitos dan hiburan,namun ia diselitkan dengan elemen tertentu sebagai pengajaran untuk semua.
Apapun,catatan peribahasa diatas hanyalah sekadar bacaan umum juga perkongsian.

Saya akhiri tirai bicara ini dengan memetik kata-kata indah dari seorang tokoh ilmuan ternama Tuan Guru Nik Aziz melalui Sinar News..
"Marilah kita gunakan usia yg masih berbaki ini utk mentaatiNya.
Usia kita tidak lama.Sekejap sahaja.Setiap hari,kita semua sedang dlm perjalanan menuju untuk bertemu ILAHI."
Semuga Allah memanjangkan usia beliau dalam memperjuangkan agama Islam.
Tq,wassalam.



























Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.