.

ABC Sadong

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand. ABC Sadong

Latest Updates

2/12/25 MEMBINA MARTABAT MELAYU

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 28, 2025
Pagi ini saya terbangun lalu browsing HP dan saya menemukan Ceramah Zaid Ibrahim pada 27 Disembar 2025 di Putera Jaya atas undangan Parti PUTERA pimpinan Ibrahim Ali. Saya mulai tertarik dengan Zaid bilamana saya mendapati dia berupa kumpulan Perundangan Melayu yang sangat berjaya dan besar sekitar awal 2000 dulu.  Pada masa itu saya sedang mengetuai sebuah GLC Sarawak dalam mengadakan pelbagai usahasama dengan beberapa gergasi dari Malaya khasnya Tabung Haji dan Sime Darby. Mereka mencalunkan firma Zaid Ibrahim sebagai peguam mereka. Saya juga sedikit mengenali Ibrahim Ali bila mana pada 2012 dia datang ke Kuching untuk mengembangkan PERKASA. Dia meminta saya untuk mengetuai PERKASA Sarawak pada masa itu, namun saya tidak mahu menerimanya lantaran "kita beda padang dan beda belalang".

(2)    Saya memilih istilah membina dari memperkokoh martabat Melayu dalam tulisan ini. Martabat bermaksud kedudukan maruah atau darjat. Membina adalah merujuk kepada usaha-usaha membangun. Memperkokoh pula adalah istilah untuk memperkuatkan. Namun dalam fikiran saya, ada suatu persoalan - sudahkah Melayu bermartabat iatu bermaruah? Jika tidak - maka fenomena seperti sering meminta-minta samada bantuan atau rasuah yang masih berleluasa pasti suatu petujuk jelas bahawa martabat Melayu belum ada. Maka ianya harus kita gigih bina.

(3)    Di dalam fikiran saya, dan bahkan saya telah menulis bahawa kelemahan Melayu adalah bilamana Melayu suka mengambil dan makan rasuah. Islam tidak membenarkan kita meminta-minta, biar sekecil dan dalam bentuk apapun. Dalam suatu tulisan saya sedikit masa lampau, saya usulkan agar tabiat merokok hendaklah dihampuskan di kalangan semua agensi penguatkuasaan di negara ini. Saya melihat tabiat merokok sebagai punca rasuah di kalangan para anggota agensi-agensi tersebut. Kedua, saya juga berpandangan, penularan hebat rasuah juga adalah berpunca dari segala aktiviti haram yang dihalalkan. Pusat-pusat hiburan, pusat-pusat urut-cum-pelacuran dan segala bentuk perjudian harus disekat. Inilah punca segala money laundering yang akhirnya melemah kuasa permodalan Melayu. Bukan Islam bebas menjalani pengumpulan modal secara tidak halal, sedang Melayu rakus membelanjakan wang mereka di jalan-jalan haram. Modal bukan Muslim mengunung, modal Melayu hanyut.

(4)    Juga saya pernah menulis, bahawa Melayu semakin tercorot kerana Melayu-Melayu yang menguasa kedudukan dalam segala peringkat khasnya CEO GLC, politik dan jabatan-agensi, mereka sudah lupa akan tanggungjawab mereka kepada Bangsa, Agama dan Negara. Mereka ini sudah terlalu lalai dalam membela kemewahan dan kesenangan sendiri dan kroni-kroni mereka. Semangat bekerja untuk Bangsa, Agama dan Negara kian pudar dan Melayu berjawatan sudah mulai bersikap "Lu-Lu, Gua-Gua, Masa Bodoh Lu" - "individualistic, indifferent" dan paling parah "give-up".

(5)    Nada ceramah Zaid pada 27 Disembar 2025 ini saya kira sangat berani dan sangat diperlukan. Bagi saya, ada dua perkara teras jika Melayu hendak hebat kokoh. Pertama, pemimpin Melayu mesti dari kalangan yang benar dan betul. Ketokohannya, semangat serta sifat dan tabiat mereka mesti benar dan betul. Benar dan betul itu mesti pada acuan teras
Melayu - iaitu menjaga nilai-nilai keIslamannya. Zaid betul dalam menyaran, dan itulah apa yang sekian lama saya fikirkan - satu senarai Melayu benar dan betul perlu dikeluar dan diketengahkan untuk menjadi pemimpin Melayu. Let work on the Chosen One. Dalam hal ini, saya nampak Zaid sedang bergerak ke arah apa yang Mahathir sedang usahakan: "ketepikan politik parti, pilih mereka yang baik-baik". Untuk itu saya kira, Zaid tidak boleh hanya menyuarakan, namun beliau mungkin perlu mengerakkan agar satu senarai pemimpin Melayu yang Melayu perlu pilih diketengahkan segara. Namakan Melayu yang layak untuk menjadi ADUN dan MP bagi sesuatu kawasan. Tanpa pilih bulu, usahakan ini dengan tegas dan berani. Caranya, Allah telah tunjukkan jalan bagaimana Muhammad SAW dibina dan dipilih, dan malah bagaimana SAW kemudian membina dan memilih para sahabat besarnya. Semua telah Allah berikan panduan dan pedoman.

(6)    Usahakan ini dulu secara gigih dan meluas di Malaya. Sabah dan Sarawak, biarkan dahulu dan In Shaa Allah betul cara, segala-agalanya baik-baik bagi dua wilayah ini. Rasa curiga Sabah dan Sarawak akan khianat kepada Malaysia tidak perlu ada sebenarnya. Malaya harus mengubah cara mereka melayani Sabah dan Sarawak. Dua wilayah ini hanya perlukan pembangunan pantas serta mesti seimbang antara negeri-negeri maju dan keduanya. Itu urusan pentadbiran yang mudah. 

(7)    Melayu perlu berpunya pemimpin yang bersih, cekap dan amanah untuk melaksanakan agenda seterusnya iaitu membina kekuatan sosio-ekonomi Melayu. Bagi saya rungutan dan kekhuathiran Zaid tentang bahawa Melayu ketiadaan modal adalah salah. Allah telah
memberikan kita jalan. Sesungguhnya, Muhammad SAW hijerah ke Madinah yang kuasa ekonominya dikuasai Yahudi bukanlah sekadar untuk Madinah tetapi itulah mahabijaksananya Allah dalam memberikan pertunjuk kepada Umat Islam. Bahkan perkara ini kemudian Umar Abdul Aziz laksanakan dengan hebat di Damshek sehingga Kerajaan Abassyiah menjadi sangat kokoh dan berjaya. Kegelinciran pemimpin seterusnya dalam mematuhi ketetapan Allah maka segalanya punah. Setidak-tidaknya Ungku Aziz, Rezaleigh Hamzah dan Daim Zainuddin terutama di era Mahathir telah meletakkan pelbagai batu asas dalam menguatkan modal Melayu, dan dunia telah mengiktiraf kita dalam hal-hal ini, cuma sekarang di bawah Anwar ianya tidak dipergunakan dan dikembang hebat. Instrumen untuk mengukohkan kedautalan sosio-ekonomi Melayu sudah ada dan asasnya kita harus kembali kepada Islam - sifat, jiwa, fikiran, semangat dan sistemnya. Itu kita bicarakan kemudian. Kita angkat dulu pemimpin Melayu yang baik-baik tampang dan dirinya mereka. 

(8)    Pokoknya, ayuh Melayu seluruhnya, pusatkan sokongan dan dokongan untuk mengutara dan mengangkat Melayu yang baik-baik untuk membina Melayu yang baik-baik.

(9)    Sebetulnya saya harus ke Kuching pada petang semalam. Namun lantaran saya
mendapat undangan khas pagi ini untuk hadir ke Majlis Penikahan mantan pekerja saya yang sekian lama sering saya juluki agar kembali kepada Islam. Saya sebetulnya harus berada di Kuching kerana saya ada Durian Dating dengan anak seorang teman yang baru memulakan kerjayanya di Kuching. Sekarang tengah durian runtuh di kawasan Kuching. Mantan pekerja saya tersebut saya panggil sebagai Bell anak Iban jiran saya di Kampong. Kini dia rasmi kembali kepada Islam dan mendapat jodoh di kampong berdekatan. Catatan ini saya buat sebagai menyambut kembalinya beliau kepada Islam dan semoga jodohnya kekal sehingga akhir hayatnya. Saya pesankan kepada suaminya serta keluarga Muslim Bell - kini Kayla, agar mereka menjaga dan membimbing beliau dengan sebaik-baiknya. Saya hanya bersyukur setidak-tidak sehingga kini saya secara langsung dan tidak langsung telah dapat mengembalikan tiga sosok tubuh untuk kembali kepada Islam. Semoga saya berpunya segala kelapangan dan kesempatan untuk terus berbuat sebegitu seterusnya. Inilah niat dan sumbangan kecil saya dalam memperluas dan memperkokohkan Islam dan Melayu, In Shaa Allah.


Terasi, Sadong Jaya, Asajaya
28 Disembar 2025

1/12/2025 MY POLITICAL GRAPS STARTING POINT .... 1980

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 04, 2025
I joined UKM around July 1979 after finishing my Matriculation at SMSAH Jitra, Kedah. Having the lecture at Science Faculty at Pantai Baru Branch Campus and stayed at Section 17/1
Petaling Jaya, lives in those days were very interesting. Students' social lives were very liberal and in some way could just end lots of us to nothing. Early morning I need to take the bus to the Pantai Campus and stayed until late noon. In 1980 I joined the ROTU program - a military training program equivalent to the USA ROTC, and was given high priority to stay at Pantai Campus Hostel, and thereon start mingling with broader UKM communities at the Bangi Main Campus. Campus politic then was very tense. Majority of the students were anti-establishment whom were linked to Anwar Ibrahim whom then was the ABIM President. In those days Anwar was championing on poverty issue which was a subject so close to the students movement. Anwar got strong support from PAS whom was in serious political head logging with UMNO. Anwar then was the students idiolatic hero for poverty and Islamic courses. But I was never been convinced due to his rhetoric approach in promoting his idealism.

(2)    During my first year course, I was a bit indifferent about UMNO-PAS-ABIM political chaotic out there. My focus then was on how to survive in view I had no body to rely on for my financial support. Alhamdullillah, thanks God, the ROTU had helped me a lot not only in term of financial standing but my sphere of socialization. ROTU in a sense was my the best "guru
for my survival game, strategic thinking and political in road later. ROTU had awaken the "leadership talent hidden in me then". I would say, the ROTU had polished my inferiority attitude and walk tall as an officer as thought by the military cadet discipline - the ROTU trainers used to shouted into my head: "You are a bloody Officer, and you must act an Officer". I picked those challenge fast and that where my talent began to shine out. I was spotted by some seniors and there and then I was recruited into the campus political movement. I read the history of UKM, it was not an easy work by - Razak Hussein and Rahman Yaakub. The objectives of the UKM establishment were noble and I wanted to place myself into such a struggle. Being active in Campus politic to me is my first best choice to lead me to where I shall be far ahead.

(3)    A senior by the name of Shamsuri Syono coited me, and dragged me into joining the TSB group - Tindakan Siswa Bersatu, a group of students caucus to counter  another group called ATMA - Angkatan Tindakan Mahasiwa. TSB then turned poxy of UMNO and ATMA the proxy of PAS and ABIM. Indeed DAP was also dragged into the Campus politic then through the Chinese students proxy. UKM students then were politically divided into Pro UMNO, mostly the Malays students from the West, South and Sabah-Sarawak regions, Pro PAS-ABIM whom were mostly among the Malay students from the East Coast. The Chinese and Indian students were mostly allianced to the DAP ideology - every Malaysia is equal. I could feel, the students then were engrossed into triangular social polemic and strongly linked to self-race interest. People then seem to see nationalism from the racialism perspective.  With this type of political environment, I took such opportunity as my socialization training ground. 

(4)    Nonetheless to be broadly accepted by the UKM communities then, as well as in 1982 I was elected the Sarawak students society President, so as small community, I need lots of supports to some of our struggles and interests. I must allianced myself and the Sarawak students society to the establishment side. Being a Sarawakian with a much dynamic social structure, I would say I personally I developed myself to be a person suited for Sarawak course but within the broader nationalism spices blend. Personally I was then having no ambition to be politician as most of my Malayan colleaques despite I was close to some influential political figures from Sarawak. Partly may be due to my academic field - science-based with very less exposure on our social backwardness. 

(5)    In 1982 I move over to the UKM Bangi Main Campus. I was then in my third year course. Being a senior in the ROTU program, commisioned as the Army Second Lieutenant Officer,  and as as the Sarawak Students Union President as well as ex-Pantai College Welfare Exco, immediately I was caught by Rahman Bakar, Datuk (tinted black shirt), the TSB chairman in Bangi. Rahman was a Trengganu guy, and upon graduation in 1983 he entered into active politic. His interest in politic was glaring even during his student day. I joined him to campaign in Kuala Trengganu byelection in 1982 which then linked me to Aziz Shamsuddin of Mahathir PolSec Head. In his first term bit as the MP, he was indeed a giant killer to Hadi Awang for Marang. He also exposed me to lots of UMNO big men. I was active in helping to raise fund for TSB then.

(6)    I was invited to attend the First TSB Reunion on last 1 Dec., 2025 at Pusanika UKM. Standing to my right is Hj Jamal whom used to be the HEP Officer then. As Sarawak Students Union President, I owned him a lots. He helped me with lots of logistic supports for our PEMESRA out of the Campus activities. He was among those strong and pioneers in establishing the TSB in 1980. Sitting to the left was my junior Muhammad Husein, Datuk Prof and we work hard to sustain the TSB struggle beyond 1984. To this days, we still be together despite we are far apart. With Muhammad Hussein, we are going to do some strategic move for the good of the nation into
the future; In Shaa Allah. When I was serving the LCDA, Sarawak GLC, Mohammad Hussein helped me by providing hostel facilities to those staffs that I sent to do Post Grad Study in UKM. 

(7)    I was also happy for reason I was able to meet Rais Zainuddin, Datuk Seri (standing in the middle) the founder of the TSB then. Rais due to his close association to the UMNO big men, he made himself into one of the Negeri Sembilan political big boys circle. I never met him before, but at this reunion,  I told him that in 1980 he made Shamsyuri Syono to get hold of me and then I turned as one of the hardcore TSB ever since.  Probably, I was the only Sarawak students then whom was very much as my Sarawak colleagues used to say "the most Malayan Sarawakian". Not only that, I was ever willing to stay back for a year 83/84 just to reorganize the TSB whom failed badly in the 82/83 UKM Students' Election. I withdrew my thesis which indeed had been completed and work to secure another year scholarship from the Sarawak Foundation. the whole of 83/84 period I was free to move around to key local Universities to help BTN then to reorganize all the pro-establishment students associations to crush all those opposition-proxies groups. Standing to the far right was my contemporary Fuad Jali, Prof. In 1983-84, we used to work to late night doing all sort of "nonsense" campus political activities.

(7)    At UKM Bangi Campus, most of the ROTUs were homed at Kamsis A, now known as College Rahim Kajai for ease of the ROTU weekly activities. Since I was already a commissioned officer, my weekly activities were very much reduced so much so I was placed at Kamsi F far inward on the hill top closer to the Sciences Faculty. But due to my close association with colleagues from the Economic and Social Sciences Faculty, so I used to squat with them at Kamsis A. In those days, Akhbar Satar, Datuk Seri (white shirt sitting to my right) was the Kamsis A YDP Welfare Committee. He was also one of those later be my contemporary in the TSB group. I became very close to him due to my ability to speak fluent UK-Kelantanese dialect. Indeed TSB and ROTU of UKM had given birth to lots of great people. In Malaya their up rising were very much facilitated by the after-student era linked to the UMNO echelons. In Sarawak, I was left alone to swim across the seas and rivers and my going easy of my thereon life made me three years junior in term of my governmental services even compared to my contemporary Sarawakian colleagues.

(8)    In this reunion, I was given a chance to say my piece. Apart from those nostalgic students days political refreshing, my key points for our TSB to work on is on how to instill our eroding fighting spirit into today UKM younger generations hearts and minds. But most profound, I suggested that our nationalism spirit must evolve, be nurtured and sustained as an inclusive ever green struggle of true federalism perspective.  UKM carries the term "national" so much so, UKM must work to bring and instill the genuine Malaysian federalism nationalism spirit into the whole nation souls.

Sekalong penghargaan kepada semua rakan-rakan yang telah sama-sama meniti ke alam kedewasaan dalam membina negara Malaysia majmuk permai.

Kuching, Sarawak
3 Dec., 2025

Footnote:

I had promised myself of not taking the 2030 hrs AirAsia flight, but since I started the day around 0430 hrs, I forgot about my promised. So much so, at this trip, for the last four consecutives trips that I had made, the flight had been facing delayed till 22:50 hrs. What is the reason? Is AirAsia so hungry to trick passenger to buy the "Flight Delayed Insurance"?

3/11/2025 SABAH FOREIGN IMMIGRANT - ISSUES AND OPPORTUNITIES.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 28, 2025
INTRODUCTION:

My first time being in touch with the Sabah foreign immigration issues was around 1987. I was
then assigned to attend GIS - Geographical Information Seminar at Kota Kinabalu organized by University of Tokyo. With some pocket money provided by the sponsoring organization, I would say I could do some extra with those big money then. One late afternoon I shot to Pulau Gaya by hiring a boat. The price then was cheap - a mere RM50.00 to go round the Island. I loitered the squatters area there. I was in deep puzzled to see how was their living condition then. No water. No electricity. Not a school. Rubbish all over the places. Kids were running around barefooted. Road access was on stilt plank walks. Despite so, Gaya was a vibrant sea squatters living. They caught all sort of marine products and trade in Kota Kinabalu at the Philippines Market.  They were then as an overall treated as not of our blood brothers of our Adam and Eve ancestors.

(2)    In 1998 on one weekend, from Bintulu I droved alone all the way to Sandakan, Sabah. The road was bad especially from Mt Kinabalu to Sandakan. It took me almost 18 hrs medium speed driving. There, as an adventurous loving person, I wanted to go into one of a huge squatter village by the Sandakan City. The entrance to the village was guarded by a police post. So I asked for permission to go in. I was advised not to. I looked foreign with all those camera and electronic gadgets that I was carrying. They said, I might get rob and killed unnecessarily. I was really puzzled and upset. In my own Country, I can't have the freedom to be among those disadvantages. The village seem to be another foreign unfriendly land.

(3)    Since early 2022, I was tasked to look at some investment opportunities in Sabah. Alhamdullilah around Okt 2024, I managed to secure one handsome Project to work on. Due to my health issue, the matter was slowed down almost for the whole 2025.  In Shaa Allah, by early next year, the Project will began to be implemented. As I was working on this Project, I held numerous inter-agencies discussion in Kota Kinabalu. From such discussions, there my interest on this Sabah Squatters cropped up and I stated my strong interest to participate in  extending my thought on the matters. From 2002-2011, as part of my service in the Sarawak State Government GLC, squatters issues were part of key areas that I had contributed to resolve all over Sarawak. Among them were the TB & Leprosy Center at Sentosa and the thoughest was the Darul Hana. I believe, with the long corporate experienced in dealing with the matter, I hope I could help the Sabah side to do so. I can see this would make my life be more interesting and even challenging in the coming 2026-2030.

(4)    This writing is my initial exploration to deal in depth into this Squatters issues in Sabah - which had dragged into very difficult immigration, nationality, security, socio-economic and political issues. I would love to spend probably my next 5-7 years of my life-span to be in and with Sabah as part of my personal interest to pursue and revive my adventurous live-style. I love Sabah seaweed and all the compact natural challenges.

SABAH SQUATTERS PULL-PUSH FACTORS:

(1)   Comparative to other Malaysian regions, Sabah seem to be very succeptive to squatters issues. Squatters issues in Sabah is much complex as compared to those in Kuching, Perlis-Kedah or Selangor. Why? These squatters they are not only local rural-urban migrant but international immigrants from Indonesia and the Philippines. My early discussion among the squatters, the locals are having complicated basis to land as squatters. I would later love to go into details of those and even among those "orang hanyut".

(2)    The squatters' settlements in Sabah are strongly associated with the establishment of the coastal township. Majority of the Sabah townships are by the sea coast. Kota Kinabalu, Semporna, Tawau, Lahad Datu and Sandakan to name among the major cities all are located by the coast line. Interestingly, almost all of these major cities are within the rich mangrove fishing ground and mudflat ecosystem. This mangrove ecosystem fit into the traditional and natural environment of the Southern Philippines and Eastern Indonesian Islanders livelihood.
 
(3)    The Sabah Coast particularly on the eastern side, is considered a very rich sea-based resources. The mangrove mudflat and coral ecosystem are natural breeding ground for the marine resources.  Indeed the Sabah East Coast to all those islands of the Philippines and Indonesia formed a very productive natural fisheries ecosystem. Internationally high quality of fishes and marine resources are abundant in this part of the Pacific system. 

(4)    The eatern Indonesia and Southern Philippines, both are devoid of the Central Government attention. For the Philippines, the Southern population are considered the minor. Racial-wise and religiously they are very different from their northern counterpart despite indeed they were of the same stock. The western colonial had successfully divided them. Accordingly the far eastern Indonesian - all those islanders to the far east, in view of great distance from Jakarta, their fate is equal to the southern Philippines. The critical success factor to those distinct socio-economic disparity was due to one-n-only-one factor; corruption. Both the Philippines and Indonesia were and are among the worst corrupt nation on earth. Reflecting to our home Malaysia, Sabah indeed longing kept in great disparity was and is also due to corrupt practices.

(5)    Naturally Southern Philippines, Far Eastern Indonesia and Sabah, Malaysia, these regions are very susceptible to all sort of natural disasters especially the moonson flood, typhoon, tsunami, landslides, earthquake and volcanic eruption. I had the opportunities to explored these regions quite extensively, and I have strong empathy over their socio-economic bad fate. The Philippines is made of 7.000 islands and Indonesia with 17,000 islands. To do great developments in these part of the world is a real challenge. But indeed the worst challenge was in view of rampant and worst corrupt practices. So much so, probably for every RM spent on "development" only 30 cents really taken on the ground. Similarly out of RM of the region resources, may be only 30 cents really goes into the people coffer. 

(6)  Development disparity, racial and security issues are a never ending paradigms of both the Southern Philippines and Far Eastern Indonesia. I dare to say, the same for Sabah except to a lighter extend. In my simplistic summary, this ex-Sulu Empire (?), the region seem to be left to rotten to not the Central Government serious concern. .... to be continued In Shaa Allah       

2/11/2025 PENGEKARAN MELAYU SARAWAK - (I) HAKIKI DEMOGRAFI

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 26, 2025
CAVEAT:

Perlu saya nyatakan bahawa tumpuan penulisan saya berkenaan Melayu Sarawak adalah atas batas bahawa saya lebih mengenali kaum ini dari kaum-kaum lainnya. Saya belum mahu menulis tentang kaum-kaum lain sehingga saya benar-benar memahami saikologi dan sosiologi kaum-kaum tersebut secara lebih dekat dan terpinci. 

(2)    Penulisan ini adalah suatu kerangka untuk saya memulakan suatu rungkaian kegundahan saya dalam meneliti kelemahan yang bakal Melayu Sarawak hadapi dari pelbagai pola sosio-ekonomi yang sedang mereka ikuti dan malah melanda mereka. Saya mempunyai firasat bahawa Melayu Sarawak akan cukup melemah jika langkah-langkah cermat tidak segera diambil perhatian oleh pemimpin dan masyarakat itu sendiri. Rakan-rakan Melayu kita di Malaya, Sumatera, Siam, Kemboja dan apa lagi di Vietnam dan Filipina sudah menerima kesan-kesan negatif yang cukup menguncangkan masa depan serumpun. Bila saya mengunakan istilah Melayu, ianya boleh saling silih berganti antara Melayu dari sudut politik juga antropologi meluas.

RINGKASAN SEJARAH:

Pada 1958 Babara dan Tom Harison ethnologis British telah menemukan wujudnya penempatan pertama di Borneo di Gua Niah, Miri sekitar 65,000 tahun dahulu iaitu di era Paleolithic. 65,000 tahun terdahulu, Borneo masih bersambung dengan tanah besar Asia. Penemuan tengkorak manusia di Gua Niah dikatakan sebagai menyerupai tengkorak manusia termaju (most developed) Nusantara pada masa itu.

(2)    Kerajaan awal Sarawak mulanya terbentuk di Santubong, Sadong, Saribas, Kalaka,
Banting, Lingga dan Malano (Mukah). Penemuan seramik membuktikan bahawa kerajaan-kerajaan ini telah mula berdagang dengan China sejak kurun ke 8. Cukup menarik: "
Before these early kingdoms in Sarawak came about, the Hindu Funan Civilization, which housed a multiethnic conglomeration of Austronesian and Austroasiatic peoples together with Indian (South Asian) administrators, subsisted in Mainland Southeast Asia on what is now Cambodia, was described by Chinese and Arabic sources, to have the same religion and customs as the kingdoms in Sarawak. Upon Cambodian (Khmer) conquest of Funan, its people fled to Sarawak where its royal family the Sailendra dynasty set up new kingdoms using refugees from Funan. By 1530, the Santubong area was known to Portuguese cartogrphers as Cerava, one of the five great seaports on the island of Borneo. European maps in the 16th and 17th centuries named the Santubong area as Cereua (1537), Cereuwa (1550), Melano as Belanos, Sadong as Sedang, Kalaka as Calca and Bintulu as River de Berulu. In the 17th century, Samuel Blommaert, a Dutch merchant mentioned that "Sadong were one of the best place for trade comparable to Lauwe (Lawai)". A Dutch report in 1609 mentioned a rebellion against the Bruneian sultanate by the tribes living in Calca, Saribas, and Melano to politically align themselves with the Johor sultanate. John Hunt, an English officer mentioned Kalaka as an important trading port in the region in 1812. The Catalan Atlas published in 1375 shows the map of the Malano kingdom. This was confirmed by a Portuguese map which shows the existence of a polity called Malano. At Florence, Italy, an old map dated 1595 shows the Sarawak coastal areas as districts of Oya, Balingian dan Mukah which was marked as Malano. During its golden age, Brunei under the leadership of Nahkhod Raga Sultan Bolkiah (1473-1521 AD) managed to conquer the Santubong Kingdom in 1512.

(3)    Setting sail for Borneo in 1838, he arrived in Kuching in August to find the settlement facing an uprising against the Sulatan of Brunei. In Sarawak he met the Sultan's uncle, pengiran Muda Hashim, to whom he gave assistance in crushing the rebellion, winning the gratitude of Sultan Omar Ali Saifuddin II of Brunei, who, in 1841, offered Brooke the governorship of Sarawak in return for his help. In 1842, the Sultan ceded complete sovereignty of Sarawak to Brooke, who was granted the title of Rajah of Sarawak on 24 September 1841, although the official declaration was not made until 18 August 1842. 

(4)    A Japanese invasion force landed in Miri on 16 December 1941. Sarawak remained part of the Empire of Japan for three years and eight months. Sarawak, together with North Borneo and Brunei, formed a single administrative unit named Kita Boruneo (Northern Borneo). In September 1962, Sarawak Council Negri (now Sarawak state legislative assembly) passed a resolution that supported the federation with a condition that the interests of the Sarawak people would not be compromised. On 23 October 1962, five political parties in Sarawak formed a united front that supported the formation of Malaysia. Sarawak was officially granted self-government on 22 July 1963, and formed the federation of Malaysia with Malaya, North Borneo, and Singapore on 16 September 1963 - source Wikipedia.

ASALAN MELAYU:

Jika benar penduduk Sarawak asalnya adalah dari kalangan migran Funan China, yang cukup terkait dengan penduduk Annam (Selatan Vietnam) mengikut pembacaan awal saya adalah berupa kalangan Champa - salur galur Melayu asalnya; dalam banyak siri lawatan saya ke Utara Siam, Laos, Kemboja dan bahkan Vietnam, saya perhatikan Melayu asli Sarawak (Kuching) punya bentuk muka dan badan mirip kepada masyarakat Champa di negara-negara tersebut. Bahkan budaya pakaian dan adat resam mereka juga adalah saling menyerupai. Dikisahkan bahawa penduduk Champa Annam mulanya adalah penanam padi paling produktif yang menjadi ikutan masyarakat Funan China yang akhirnya membentuk persekutuan hebat Champa (Melayu)-Funan dan menjadi kedengkian puak Viet (Utara) lalu mengistihar perang and menawan Annam bagi membentuk Viet-Nam. Migrasi dan persekutuan masyarakat Funan dan Champa (Melayu) ke Nusantara, jika ini adalah suatu yang benar pastinya telah berlaku sejak Borneo adalah sebagahagian dari tanah besar Asia dan juga bilamana Nusantara telah terbentuk. Maka dengan ini, saya mengandai Melayu telah mula wujud di Sarawak sejak 65,000 tahun terdahulu.

(2)    Apakah suatu kebetulan atau hakikatnya, kaum Melanau di Sarawak mulanya berasal dari kawasan pergunungan Vietnam (Annam). Dua penempatan bernama DALAT wujud di Vietnam dan juga di Sarawak ie di  Mukah? Terendak Melanau terdapat di Sarawak juga di Dalat, Vietnam.

(3)    Akibat pengaruh Buddha, Hindu malah Islam dan Barat, Melayu dari segala pelosok Nusantara juga telah berdatang ke Sarawak. Saya menggunakan konsep berdatang - lantaran itulah pola pergerakan mereka di waktu itu. Mereka datang berdagang dan atau merantau lalu akhirnya memutuskan untuk menetap di penempatan-penempatan dagang yang lebih makmur dari tanah air sendiri. Maka kini, Melayu Sarawak menjadi lebih majmuk bukan hanya asalan tulin nenek moyang Funan-Champa tetapi terbitan-terbitan dari kelompok gene yang serupa yang telah tersebar luas di Nusantara lalu kembali saling bertembung dan membiak. 

(4)    Saya sendiri sebagai contohnya adalah hibrid Jawa (Ceribon) + Sambas-Brunei (Melayu) + Palembang (Melayu) + Rhiau (Melayu). Moyang-moyang saya di sebelah Jawa dan Sambas yang berupa Pendakwah Islam telah berdatang ke Sarawak pada akhir 1880an dan disemadikan seorang di Kuburan Kg Kelaka, Simunjan dan Sg Putin, Sadong Jaya. Mungkin kerana faktur ini, saya terpilih untuk kekal menetap dan ingin kekal berbakti di Simunjan, Sarawak sehingga akhir hayat saya. Atas tujuan apa, saya sedang cuba crystallize. Allahualambisawab.

(5)      Dari sejarah pembentukan Kerajaan-Kerajaan awal serta beberapa siri penaklukan oleh Kerajaan-Kerajaan Serantau, Barat dan Jepun, Melayu Sarawak telah terbukti sebagai "rakan akrab" kepada segala pengaruh luar ini setidak-tidak di Sarawak. Bahkan Sarawak itu sendiri yang asalnya adalah wilayah Kerajaan Santubong, meluas sehingga merangkumi sebahagian besar Kesultanan Brunei yang membentuk Sarawak kini adalah hasil keabraban juga sengketa di kalangan Melayu Sarawak. Oleh yang sedemikian, peranan kaum ini dalam membentuk Sarawak tidak boleh dinafikan. Makanya, martabat bangsa ini, harus bangsa ini bina seutuh dan sebijak-bijaknya. Inilah roh kepada beberapa siri tulisan saya selepas ini.

TABURAN MELAYU SARAWAK:

Melayu Sarawak adalah rumpun kaum yang pertuturan apa lagi budaya mereka adalah Melayu. Dari sudut politik, Melayu merujuk kepada pengamal adat-adap Melayu dan beragama Islam. Di sekitar 1960an, Melayu Sarawak merangkumi Melayu, Kedayan (Melayu Brunei), Melanau Muslim (kebanyakan di Sibu, Mukah dan Bintulu) serta Melayu Miri (Mariek). Kini akibat kemajuan sosio-ekonomi, maka Melayu Sarawak lebih merujuk kepada masyarakat Melayu di wilayah-wilayah Kuching, Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Saribas dan Kalaka. Manakala Melanau Muslim lebih gemar dikenali sebagai Melanau. Melanau Muslim banyak terdapat di Mukah, Daro, Sarikei, dan Sibu. Di Bintulu, kaum Melanau lebih gemar dikenali sebagai kaum Vaie Segan. Di Miri, mereka sudah berbaur dengan Melayu Brunei dan Melayu Sarawak maka kerana itu mereka lebih gemar dikenali sebagai Melayu Miri atau Miriek (?). 


(2)    Kaum Melayu membentuk sekitar 21 peratus dari penduduk Sarawak. Secara umum, taburan kependudukan Sarawak mengikut enam kelompok kaum utama - Iban, Cina, Melayu, Melanau, Bidayuh, dan Orang Ulu adalah seperti ditunjukkan pada skema peta di atas. Kaum Melayu (termasuk Kedayan) dan Melanau menguasai kawasan persisiran Sarawak bermula di Sematan di Barat-Daya sehingga ke Lawas di Timur Laut. 

(3)    Sekitar 70-75 peratus kaum Melayu menduduki di wilayah Selatan Sarawak (ditandai Kotak 1). Di Bandaraya Kuching sahaja terdapat sekitar 300,000 penduduk Melayu iaitu membentuk hampir separuh dari keseluruhan pendududk Bandaraya Kuching. Selebihnya, kaum Melayu menduduki persisiran Bintulu-Miri serta kawasan persisiran Limbang-Lawas.
Akibat kehidupan Melayu yang sangat terkait dengan laut, maka masyarakat Iban sering mengelar kaum ini sebagai Laut. Laut dalam bahasa Iban bermaksud kaum Melayu atau dalam bahasa Melayu baku ianya bermaksud Bangsa Hilir.

(4)    Kenapa Melayu Sarawak lebih memilih kawasan persisiran sebagai habitat kehidupan mereka? Logiknya, jika mereka asalnya dari susur galur Funan-Champa, maka di situ letak asasnya sekitar 65,000 tahun terdahulu. Padi mengikut sejarah, tersebar ke seluruh Nusantara adalah hasil dari pengembaraan kelompok ini. Jika disoroti dari abad ke 7 mengikut rekod Empayar China, orang Melayu (Nusantara) adalah masyarakat maritim. Lantaran itu, laut dan sungai-sungai adalah wadah pertualangan dan kehidupan mereka. Nasi sebagai makanan ruji mereka cukup menyelerakan disaji bersama hasil-hasil laut. 

GALANG MULA PERPADUAN DAN KEMAJUAN MELAYU:

Kawasan persisir punya ekologi sejadi yang cukup mencabar. Kawasan persisir pada kebiasaannya adalah sebuah lembangan atau delta. Sifat tanah-tanih lembangan adalah lembut dan becak. Lantaran itu, pembentukan sungai-sungai serta anak-anak sungai menjadi sangat berseliratan. Di manapun habitat Melayu, biar sehingga ke Madagascar dan Afrika Selatan sekalipun, mereka memilih untuk menetap dan membina penempatan di kawasan lembangan atau delta. Funan adalah kawasan lebih landai berbanding China lainnya. Sebegitulah Annam, Mekong malah Selatan Siam. Di Sumatera dan Filipina Melayu juga lebih tersebar di lembangan-lembangan kerana faktur kesuburan tanah serta kesesuian untuk bersawah. Maka tidak heran jika gene Melayu biar di mana mereka membina penempatan, lembangan adalah keutamaan pilihan kemandirian hidup mereka. Mereka perlukan kawasan yang sesuai untuk bertanam padi pada asalnya. Melayu Sarawak tidak terkecuali.

(2)    Ekologi lembangan atau delta adalah unik untuk habitat sebegitu. Jaringan sungai-sungai, anak-anak sungai dan lopak-lopak  adalah proses kejuruteraan dalam membentuk suatu ekosistem yang sangat berguna bagi penghuni alam sebegitu. Biarpun sebegitu, ianya menjadi kekangan sangat sulit bagi pertumbuhan pesat sosio-ekonomi masyarakat penghuni ekosistem sebegitu. Hanyutan dari hakisan di daratan dan pergunungan menjadi bahan kabusan dalam proses pembentukan tanah kering yang sesuai dengan keperluan pertanian penghuninya kemudian. Lembangan biasanya adalah tanah liat lembab asidik. Makanya di ketika dahulu, tanah-tanah sebegini paling sesuai dengan tanaman hidrofilik iaiut tanaman sahabat air seperti padi.

(3)    Ekologi lembangan sungai di tropika biasanya dimulai dengan hutan bakau. Seliratan akar-akar bakau menjadi habitat terbaik bagi perkembangan hasil laut seperti segala krustacea dan ikan.  Gandingan tanah kering dan lembab hutan bakau membolehkan kaum Melayu beroleh kesejahteraan hidup. Mereka memulakan hidup sebagai petani dan nelayan lalu kemudian pedadangan meritim.

(4)    Sesungguhnya, keadaan kawasan persisir yang bertanah lembek dan lembab, sentiasa kebanjiran, terdedah kepada hakisan ombak besar serta terpisah-pisah seperti membentuk islets yang berhamburan oleh seliratan sungai-sungai, anak-anak sungai dan danau-danau, itu merupakan batas-batas fizikal yang cukup membuntukan batas pemikiran Melayu untuk sekian lamanya. Kehidupan mereka sangat dipengaruhi oleh pasang surut serta hujan keringnya hari. Mereka sepertinya benar-benar hidup dalam kuasa takdir dan bukan oleh hebat cerdas pemikiran mereka. Inilah saya kira belenggu saikologi kemajuan Melayu untuk sekian lamanya.

(5)    Dari sudut penempatan, kelompok-kelompok Melayu sangat terpisah-pisah. Lewat zaman berzaman, akhirnya inilah punca pecah belah dalam kehidupan Melayu. Perhubungan antara kelompok sangat sukar.

(6)    Dalam masa yang sama, geografi mukabumi alam Melayu juga cukup meruncingkan. Antara tanah daratan yang landai beralun serta perbukitan, di antaranya muncul tanah gambut yang tidak kurang cabarannya untuk dibangunkan. Tanah gambut memisahkan tanah payau alam Melayu dengan tanah daratan tinggi yang lebih sesuai untuk penempatan dan malah pertanian yang lebih meluas. Boleh saya katakan bahawa paya payau dan gambut adalah faktor asas yang mengugat kesatuan dan kemajuan pesat Melayu Sarawak. Inilah cabaran fizikal yang cukup membelengu fikiran dan usaha-usaha industerious mereka.

ADAKAH MATA-MATA HATI MENYOROT MELAYU-MELAYU PINGGIR DAN TERPINGGIR?

Semasa anak-anak saya masih kecil, sekitar tahun 1995-2000, saya sering membawa mereka berpusing-pusing di perkampungan Melayu di tebing utara Sg Sarawak dari Gersik ke Bintawa Hilir. Saya ada dua tujuan penting untuk berbuat sebegitu. Pertama saya ingin mendedahkan mereka betapa kaum Melayu perlukan pembelaan hebat. Kedua saya ingin menanamkan dalam jiwa mereka, jika mereka malas belajar, mereka juga akhirnya akan menghadapi kehidupan yang susah. Alhamdullilah, hakikat sebenarnya, Allah mendorong saya untuk melalukan sesuatu untuk mengatur apa yang terbaik buat 12 buah perkampungan tersebut. Makanya pada 2011, pembangunan Darul Hana telah dilancarkan oleh Taib dan Mahathir. Kini kawasan ini sedang dibangun secara teratur bagi mewujudkan sebuah penempatan Melayu yang bermaruah dan moden. 
 
(2)    Namun kini, bila saya terkadang menelusuri perkampungan Melayu, biar di Sg Bedil Kuching iaitu bersebelahan dengan Astana, hati saya cukup resah dan gundah. Ini bersebelahan Astana iaitu sekitar 1-2 KM dari Bangunan DUN dan pusat pentadbiran negeri di Wisma Bapa Malaysia dan bahkan cuma sekitar 5 KM dari Bangunan Bandaraya Kuching Utara. Jika semua pemimpin dan para pegawai Melayu meninjau Kampung ini dari Astana, Wisma Bapa Malaysia, DUN, DBKU dan malah White House mungkinnya, pasti mereka dapat melihat betapa masyarakat di sini - saya tidak pasti apa ada dalam hati mereka? Sebegitu juga jika mata hati pemimpin dan kakitangan Kerajaan Melayu dapat mendekat ke perkampungan Melaytu di Samariang Batu, Kuching dan apa lagi jika dapat menempel ke Bintangor, Kapit dan malah Belaga. Apakah mungkin mereka punya kesedaran bahawa Melayu juga wujud di serata pekan-pekan kecil di seluruh Sarawak sebagai rakyat minoriti terpinggir dan kandas?  

(3)    Pandangan saya, bagaimanakah Melayu-Melayu terpinggir atau pinggiran ini dapat dirangkumkan dalam segala pembangunan yang dibawa ke kawasan-kawasan tersebut? Adakah para pemimpin malah para pegawai Melayu mahu mengambil selangkah ke depan dari tugasan harian mereka dalam memikirkan jalan pembangunan bagi kelompok-kelompok ini?

(4)    Galang paling besar kini, dalam membina Melayu yang setidak-tidak mampu berdiri atas kaki sendiri serta punya keterjaminan masa depan yang hebat, saya kira terletak atas matahati pemimpin, pegawai-pegawai dan malah kalangan Melayu yang telah agak berjaya. Adakah matahati mereka terpana dan melekat pada Melayu secara menyeluruhnya? Saya melihat, jiwa Melayu kini terperangkap dalam "alpa memenuhi nafsu sendiri dari melihat Melayu sebagai Ummah yang menjadi tanggungjawab kekahlifahan mereka untuk mencapai Jannah terbaik". Pokoknya, semangat dan roh Ummah sangat tipis dalam jiwa Melayu kini.

KESIMPULAN: 

"Sesungguhnya, Melayu Sg Baru Kg Baru Kuala Lumpur tidak akan seperti apa mereka perlu lewati kini, jika para pemimpin Melayu pada saat berada di tingkat tertinggi Parlimen, Bangunan DBKL dan malah Menara Petronas berpunya kesedaran betapa kesibukan dan gah kejayaan kerjaya, mereka seharusnya tidak melupakan mereka di bawah sana. Biar apa galangnya, jika kita mahu, maka ganjaran Jannah Allah seharusnya kita lihat dan hambat sehebatnya. Namun Melayu tidak sebegitu sikapnya. Kenapa?"

URA yang telah digubal dengan tergesa-gesa serta atas objektif politik sempit, biar tidak terpakai di Sarawak, namun fenomena tersebut adalah amaran awal jika tiada jiwa-jiwa halus dan tajam tidak mampu merenung apa lagi bersiaga dalam menjaga masa depan Melayu di bandar dan luar bandar secara jangka panjang. Sesungguhnya, cara Allah memberi peringatan bukan sekadar mematikan gajah di depan mata, namun kuman keseruputan di seberang lautan juga perlu dimengerti bersama maksudnya.


Kuching, Sarawak
26 Nov., 2025.

Botany

Politics

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.