.

1/8/2025 TURUN ANWAR ....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 19, 2025

Share

& Comment

PROLOQ:

Jika Anwar turun sebagai PMX dan menjadi XPM, siapa penganti beliau? Pun JIKKA ie jika dan hnya jika Anwar menjadi XPM, apakah masalah yang kita hadapi akan selesai?

(2)    Ibu saya meninggal pada saya berusia sekitar 8 tahun iaitu pada sekitar tahun 1968. Pada masa itu saya baru Darjah Tiga. Seorang ibu pastinya sangat-sangat saya perlukan pada usia sebegitu. Tidak usah ditanya keperluan seorang isteri kepada ayah saya yang mempunyai 5 anak yang berumur antara 5 hari - 10 tahun. Kemudian bila saya baru selesai Semester I di Universiti, ayah saya pula meninggal. Dalam kedua-dua trajedi, tidak telintas siapa akan mengantikan ibu dan ayah saya. Juga tidak terlintas di dalam kepala saya, apakah akan jadi kepada kehidupan saya selepas mereka tiada. Kenapa?

(3)    Bila Rafizi Ramli jaguh mulut longkang PKR  meletakkan jawatan, siapa penganti beliau? Apa pula akan terjadi kepada ekonomi Malaysia bila dia meletak jawatan pada 17 Jun 2025? Que Sera Sera bukan?

KENAPA ANWAR PERLU LETAK JAWATAN:

Tiga faktor asas kenapa Anwar perlu meletak jawatan. Pertama dia sudah mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Sejak sebelum 1981 dia sudah bercita-cita menjadi PM dan kini dia sudah dapat, maka cita-citanya sudah kesampaian. Isterinya, Wan Azizah
Ismail juga telah pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri. Juga anaknya Nurul Izzah sudah pernah menjawat pelbagai jawatan penting negara. Pokoknya, keluarga Anwar sudah menikmati kegemilangan hidup bersejarah yang hebat. Kedua, sejak 24 Nov., 2022 Anwar sudah mempunyai cukup masa untuk membuktikan kehebatan pentadbirannya berasaskan KPI pokok Manifesto PH, dan jika dilihat satu-persatu berasaskan kefahaman biasa, Anwar telah gagal mutlak mencapai janji-janjinya. Jika diukur dari ukuran biasa, kegagalan Anwar itu mengikut pernyataan dirinya sendiri ke atas pihak lain, maka dia perlu mengundur diri: "Jika tidak tahu mengurus negara, maka mesti turun". Ketiga, saya kira ini perkiraan yang sangat bermaruah, jika sudah di atas dan tidak dapat menunaikan segala janji dan terus kekal berbohong, maka itu bukanlah pemimpin pada ukuran Al Quran. Janji adalah amanah. Sesiapa tidak dapat berpegang kepada amanah, dia tidak boleh diberikan amanah untuk memimpin. Gugur nilai kepimpinan bagi pembohong apa lagi hipokrit. Iblis hilang taraf khalifahnya bila dia menjadi riak dan bongkak.

ANWAR TURUN SIAPA PENGANTI?

Rafizi Ramli, yang memperakui dirinya bermulut longkang, adalah sosok yang cocok bersama dan telah bekerja keras mengangkat Anwar ke kedudukannya kini. Taraf Rafizi setara mereka sebelumnya seperti Chandra Muzaffar, Mohammad Ezam Mohd Noor, Zulkifli Nordin, Azmin Ali, Siddek Fadhil, Chegu Bad - Badrul Hisham dan banyak lagi. Anwar kekal Anwar bila satu-satu panglimanya mengundur. Bila Rafizi mengundur diri untuk "kental bersama Anwar", apa sedang berlaku kepada Anwar, PKR, PH dan Negara? Anwar remain truly Anwar forever. 

(2)    Maka seperti analogi dalam proloq, jika Anwar turun, sesungguhnya yang kekal adalah Allah. Jika Melayu kekal bersama Allah, siapakah yang akan mempertahankan Melayu? Bukan Anwar, bukan Mahathir, bukan Hadi Awang, bukan Muhhyiddin Yassin. Bukan siapa-siapa, tetapi Allah. Selagi Melayu baik dan ingin terus kekal baik-baik, Allah akan tetap bersama Melayu. Apakah Melayu sudah lupa? Atau Melayu tidak faham akan maksud Syahadah mereka? Maka jangan khuathir, Allah pasti memberikan pertunjukNya. Melayu wajib terus baik dan sering memperbaiki diri, usah khuathir, Allah sudah ada rencananya. Sesungguhnya, Musa, Daud, Sulaiman, Isa dan Muhammad tidak timbul di zaman mudah umat mereka: "A true leader will always be born at time of chaotic".  Sesungguhnya ujian Allah itu cukup luas maksud dan tujuannnya. Kita gah di zaman Razak dan Mahathir. Jika moyok di zaman Abdullah, Najib dan Anwar. Semuanya ada tujuan dan maksudnya. Yakinlah kepad mahabijaksana Allah.

(3)    Cuba ingat, bila SAW wafat, apa tindakan Umar Al Khataab? Tidakkah dia hendak merembat putus kepala sesiapa yang memperakui Muhammad SAW telah wafat? Kenapa? Umar Al Khataab seperti telah taksub dan itu SAW dan Allah tidak benarkan. Maka sebab itu Allah jelas mengatakan bahawa Muhammad hanyalah PersuruhNya. Tidakkah Abu Bakar, Umar, Othman dan malah Ali selepas beliau adalah pemimpin-pemimpin yang hebat-hebat dan mempunyai kawasan taklukan yang jauh lebih luas dari SAW. Dan Islam juga terus kekal berkembang sehingga kini? Maka bagi Melayu yang faham dan yakin dengan Syahadah mereka, tidak perlu di soal siapa selepas Anwar. Itu urusan Allah. 

JIKA ANWAR TURUN, SELESAIKAH MASALAH KITA?

Apa masalah kita? Masalah pokok kita apa? Jika itu dapat dikenalpasti, fahami dan cerakin elok, maka jalan penyelesaianya mudah. Semalam inilah persoalan seorang Mamak bila saya duduk minum bersamanya. Bagi dirinya, persoalan itu adalah pokok yang semua rakyat Malaysia hendak tahu. 

(2)    Al Quran berkata: "Tiga perkara, hanya Allah yang tahu - rezeki, jodoh dan tarikh mati, hanya Allah yang tahu". Apa Trump benar-benar dapat MAGA? Apa Nethanyahu dapat nyah dan musnahkan Gaza? Sudah jelas, sejak Sept., 1988 Anwar memekik pasal reform dan liberalisma, apa benar dia telah dapat berbuat itu? Belum dan tidak bukan? Kenapa? Nafsu Anwar sebegitulah, kehendak Allah bagaimana?

(3)    Jawaban saya kepada Mamak tersebut adalah: "Kalau kamu tidak mahu ada masalah, pertama kamu mati dulu, kemudian masuk ke Syurga - di Syurga pasti tiada masalah". Sesungguhnya, manusia diutus ke dunia untuk berdepan dengan masalah. Masalah adalah untuk diselesaikan oleh pemimpin. Kita Allah pilih untuk jadi pemimpin, maka selagi kita Allah kehedeki sebegitu, maka masalah tidak akan pernah luput. Masalah adalah ujian keImanan dan hakiki jati diri kita. Ada orang mengelak masalah dengan bersikap pengecut, berbohong, hipokrit - tidak banyak yang menghadapi masalah dengan penuh sabar dan berani.

(4)     JIka Anwar turun, masalah kita pasti kekal ada. Cuma, kelainannya, pemimpin selepas Anwar mungkin adalah seorang yang hatinya lebih lembut, bukan egois dan degil. Bukan pendendam, drama tak habis-habis, one-tract-mind, and populist hero. Siapa gantinya? Serah saja kepada Allah. Terkadang-kadang, masalah itu perlu dibincang bersama dan diusahakan penyelesaiannya bersama. Jika dapat diselesaikan, baguslah. Jika tidak, setidak-tidak semua berpuas hati bahawa masalah itu telah diusaha diselesaikan bersama namun gagal. Sense of togetherness and belonging adalah apa yang kini sedang dalam kelompangan dasyat.

(5)    Maka soal pokok yang boleh kita selesaikan bila Anwar turun adalah - "we will get a leader whom is willing to listen, discuss and make consensus dicision". Anwar memekik menuduh orang lain sebagai zalim, kuku besi dan haprak - dia kini sedang bersifat jauh lebih hebat dari itu. Itu tidak bagus untuk Malaysia yang majoriti Islam dan majmuk. 

EPILOQ:

Anwar sering mengatakan bahawa semasa di dalam penjara, dia khatam Al Quran berulang

kali. Bagus. Cuma, khatam baca? Faham tak? Khalid Al Walid, SAW yang melantik dia jadi Panglima Perang. Perang apa yang dia tak menang? Dia hebat. Tetapi Umar turunkan dia dan dia kembali bersendiri ke padang pasir dan menghafal Al Quran. Anwar faham kah analogi ini? DYPA setuju Anwar jadi PM. Namun kini rakyat muak dan mahu Anwar turun. Faham kenapa dan apa kaitan dengan peristwiwa Khalid Al Waleed Pedang Islam tak?



(2)    Pada sosok Muhammad, 6 bulan sebagai janin, ayahnya Abdullah meninggal. Apa ketentuan masa depan ibunya, Aminah yang miskin tanpa sokongan suaminya? Abdul Muthalib tidak merintih dan sangi. Sebegitu juga bila Aminah ibu Muhammad meninggal, Abi Thalib tidak sangsi. Mereka berserah kepada Allah akan masa depan Muhammad. Kemudian, kita tahu sejarah payah dan gemilangnya SAW. Maka, wahai Melay, jangan khuathir dan ragu, pegang kukuh kepada Syahadah dan berbuatlah apa yang wajib kita perbuat. 

Petra Jaya, Kuching
19 August, 2025



#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.