![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlQ8N1ILqYN2Y0mt_Y3kK0_GGN2cNtT_16zaW9FZro5sgrXJeCSzO8CVzkEtpWYgJvwWZF0_oYoDZHg1awDa9TmfNIL97plYiu1-PqOtneYaCf54OFGAWHxmpiVIWOVHQlErBxVveEGdFy/s320/WEWAK+APRIL+2007+(19).JPG)
Saya berkawan dengan sesiapa. Dalam istilah Kelantan,
bersaing. Saya
bersaing dengan semua orang. Saya tidak peduli akan usia, jantina, asal keturunan dan kedudukan kemasyarakatan mereka. Saya memilih kawan pada jalan fikiran dan gaya hidup kemasyarakatan mereka. Sesiapa yang sering berfikir dan berperi untuk kepentingan umum, itulah yang sering saya dekati. Biar siapa mereka. Namun, sesiapa tidak pada jalan fikiran saya, samada saya akan
lanyak dan atau tinggalkan. Itu adalah payahnya hidup saya ini, dan lantaran sebegitu saya menjadi kesendiri. Apakah itu aneh? Namun, saya tetap mahu bertahan sebegitu, kerana saya yakin, Umar Al Khataab
membakar dirinya, lantaran dia mengerti Muhammad SAW
jauh lebih terbakar hanya untuk Ummah. Juga sebegitulah sikap Imam Shafiee, Imam Bukhari, Imam Ahmad Hambali, juga Imam Al Ghazali dan sebagainya. Sesungguhnya di dunia ini sangat banyak manusia-manusia
kesendiri lantaran
pemikiran dan prisip masing-masing. Sepertinya, pernah seseorang katakan kepada saya, saat Abdul Taib Mahmud dikhabarkan tentang hasrat saya untuk
berhenti dari jawatan dalam Kerajaan, Abdul Taib Mahmud terpaksa akur biar dia
masih memerlukan khidmat saya, lantaran baginya saya adalah manusia
who always has his own way of thought. Saya, dalam hidup ini memilih untuk terus
merdeka berdaulat. Buat saya
sikap merdeka dan berdaulat adalah penting kerana hanya dengan cara itu, baru kita menepati apa yang dimaksudkan oleh ikrar Syahadah kita. Di Amerika, Syahadah Islam mereka terjemah kepada
In God We Believe. Amerika yakin
Negara mereka adalah Negara terpilih oleh Tuhan untuk mereka, serta rakyat
"Amerika" adalah pilihan Tuhan untuk menghuni benua itu lalu menguasai dunia. Konsep
In God We Believe adalah
wadah bagi kebebasan dan keperkasaan mereka. Pemimpin Amerika berpegang di jalan itu untuk terus gagah perkasa. Sebalinya, pemimpin Melayu tidak
memerdeka dan mendaulatkan bangsanya. Sebabnya kenapa? Dalam tulisan ini, saya hendak membicarakan caranya kita umat Melayu memilih pemimpin dan akhirnya kini kita kian dihina. Bicara saya akan berasaskan
no fear no favor.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihsSJfMTpbc8Ix4d1n7F_hMUqcSN6UYhWgfkpWMAX0D8navAJPBWEshtBkPvptRgab4N6s-Fb-2rAUr0e5e5p3L3Ln-TKtWhI_mq8ManM0qdC1gGqur2CSyZl3nzuYiLR6b2gJRW64qqGj/s1600/article-2124942-1275F01B000005DC-769_636x373.jpg)
(2) Saya menumpu soal kepimpinan Melayu lantaran saya percaya,
kesatuan Melayu tidak bersandar pada apapun, melainkan lantaran
kepemimpinan dalam masyarakat itu. Sesebuah keluarga Melayu itu kukuh dan berjaya lantaran bapa atau ibu atau ibu-bapa dalam keluarga itu punya kekuatan kepimpinan yang baik. Juga hebatnya sesebuah Kampung, lantaran kepimpinan Ketua Kampung dan Imam adalah kuat. Sebegitulah seterusnya dalam apa juga dunia Melayu. Kesatuan Melayu adalah apa yang sangat tercabar masa kini. Paling parah, bila pemimpin Melayu sudah
hilang fitrah dan arah kepemimpinan. Mungkin Melayu tidak sedar akan peribahasa Melayu yang berbunyi
bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana maufakat hakikatnya adalah bermaksudkan pentingnya pemimpin dalam kehidupan mereka. Yang
membulatkan di dalam peribahasa tersebut adalah
pemimpin. Apa lagi penegasan falsafah Melayu
guru kencing berdiri, murid kencing belari serta
ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi serta
bapa borek anak rintk. Ini tidak ganjil lantaran Islam menyarankan saat ada dua insan, salah seorang dari mereka mesti menjadi pemimpin. Maka tidak usah Melayu hendak memecah kepala memikirkan apa-apapun unsur yang boleh menyatukan mereka jika kepemimpinan di dalam masyarakat itu adalah
hancai, bobrok.
(3) Apakah ciri-ciri
bobrok kepemimpinan Melayu kini? Melayu sadar, sebagai manusia, mereka adalah
khalifah di dunia ini. Para setan yang kerjanya tidak lain, hanyalah ke arah kejahatan dan onar, tidak Allah jadikan sebagai khalifah. Mereka tetap sekadar
hamba biasa Allah, bahkan terkutuk. Begitu juga para malaikat. Sifat dan prilaku mereka tidak lain adalah 100 peratus mutlak patuh kepada segala suruhanan Allah. Tidak pernah engkar, tidak pernah
telat lalai. Segala kehendak dan hukum Allah akan para malaikat tunaikan tepat. Namun, tidak mereka diangkat menjadi khalifah di dunia ini. Atas dua prinsip
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_OwLW7dp6dBfr3xHIZuQKAdpZuFu51uRW6RTeQN-5yO8jMSmllXTiZaaQ00Q_ugoO4oCDJP29Le2X37qL6n9BTHsynXegYPQkN-fFLKQyfJ-dHOjbMDHDoyuBTICuj-ofLSadJ4vqCrRF/s320/bellcurve.jpg)
ini, maka Melayu tidak boleh menjadi setan, juga Melayu tidak boleh menjadi malaikat. Setan dan malaikat sudah ada pada kudrat dan fitrah mereka. Melayu harus tetap jadi manusia berakal bernafsu iaitu pada prinsip mudahnya berakhlak. Namun hairannya, saat menjadi pemimpin, banyak Melayu hilang akhlak kemanusiaan insani mereka. Umumnya banyak iaitu sekitar 68 peratus, menjadi pemalas, penakut, berputus asa dan bodoh pak turut menurut perentah. Sebilangan 14 peratus menjadi alpa, sombong, takbur, riak. Biar sedikit, 2-3 peratus dari mereka, namun segelintir inilah paling merosakkan menjadi pendengki, rakus, dan khianat. Inilah gambaran Geraf pada lekuk sebelah kiri jika kita mengkait Geraf ini sebagai
Hubungan Kempemimpinan dan Bilangan Pemimpin Melayu. Separuh kiri sebagai
ciri-ciri bobrok sedang separuh kanan
ciri-ciri khalifah. Kenapa pola sebegini terjadi?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEZ9vhCIbRA9U1Myf3Fo4F1xG57-HsGklOW7HWjGV_Q0-HqI2EtW1nEqGkp9ahk5bAasqA0FpIouNVy8cLlJ7LNPzgM9vVfny39eh1f8_GMu25fjHbPHq1oMgdnV5ApM1dVoS9N-BC5qMU/s1600/800px-Sunda_Plate_map-fr.png)
(4) Saya telah berjalan kira-kira jauh juga. Khusus dalam dunia Melayu, meliputi Borneo, Pattani, Champa, Sulu, Tanah Melayu, Indonesia dan rantau Malanesia, saya dapati, masyarakat Melayu sukar mempercayai sesama sendiri. Kenapa? Perhatikan Sejarah Melayu sejak sekitar 4,000-5,000 tahun dahulu. Kita mudah dijajah oleh Buddha. Kemudian datang Hindu. Buddha dan Hindu membawa Melayu ke alam
penguasaan Siam dan ada waktunya kita
membayar Ufti ke China. Kemudian para mubaligh Arab-India, menebar Islam ke rantau Melayu. Para
Sheik ini kita angkat jadi
Wali dan Guru kita. Bahkan banyak di antara
Sheik ini akhirnya menjadi Melayu dan pembesar Melayu dalam bentuk yang berbagai-bagai:
Wan, Tengku, Tuan, Pengiran, dsb. Sehingga kini Melayu sepertinya bila berdepan dengan
Melayu hibrid pasti akan ada rasa rendah diri pada mereka. Cuba perthatikan, saat sahabat memperkenalkan dirinya sebagai Tengku X, pasti gekaran Tengku akan terus digunakan sebagai ganti nama Melayu X itu tadi. Maka bagi yang tidak berkedudukan seperti itu, banyaklah tergila-gila inginkan gelaran Tun, Tan Sri, Datuk, Dr (PhD biar murahan) dan paling tidak pun Haji dan atau Ustaz. Inilah petanda, betapa masalah
keyakinan diri pada bangsa Melayu adalah punca kelemahan kita dalam
memilih pemimpim di kalangan kita sendiri. Kita
kemamar keliru lantaran gelaran dan keturunan yang ada pada mereka?
(5) Sesungguhnya Geraf pada para (3) di atas, boleh dijadikan asas untuk menjelaskan kenapa orang Melayu mudah keliru dalam memilih pemimpin mereka. Bahkan mudah dikelirukan dalam banyak hal. Rakyat kebanyakan Melayu iaitu sekitar 70-80 peratus, boleh dianggap sebagai
pak turut. Inilah kelompok masyarakat yang kurang menggunakan akal untuk
merasionalisasi segala. Inilah golongan yang malas memerhati, malas berfikir. Paling dahsat,
mudah lupa. Tidak kurang, mungkin sekitar 2-3 peratus pula, memang paling
mudah terpesong kemamar. Lantaran itu mereka mudah di
pergunakan dan atau di
ugut. Saikologi inilah yang telah dimengertikan oleh pihak tertentu lantas mereka sangat berkesan dalam menggunakan
media untuk mempengaruhi pemikiran Melayu kebanyakan. Golongan kebanyakan inilah yang mudah
terperangkap dalam pelbagai fitnah dan dakyah yang sering
memesongkan jalan pemikiran mereka. Mereka mudah
terdorong kepada
apa yang diwar-warkan iaitu what is popular. Sikap merdeka berdaulat, individu Melayu tidak terserlah. Sikap ini tidak terbatas dalam soal politik, malah dalam prihal sosial, perdagangan, juga yang melibatkan akidah.
(6) Itu di suatu sudut, namun di sudut lain Melayu juga punya kecenderung untuk patuh kepada yang
hebat-hebat maksudnya mereka yang
kelihatan berkebolehan dan berbakat. Cuma, sifat
kelihatan itu juga sangat mengambarkan
kekeliruan Melayu dalam menentukan antara sifat
hakiki dan lakunan. Sebabnya mudah, Melayu kebanyakan lebih percaya
kepada pandang dengar hear say. Mereka sangat malas untuk
menyelidik. Lantas apa yang
kelihatan baik dianggap baik, juga apa yang
kedengaran jahat dianggap jahat. Watak
Wak Long dan Pak Dogol dalam Wayang Kulit Melayu adalah natijah jelas akan perkara ini. Tidak percaya, coba saat bersholat di Masjid atau Surau atau di mana-mana, Melayu tidak akan semena-mena melangkah mengambilalih
kedudukan Imam. Jika Pak Imam tidak ada, sesiapa
berjubah elok kelihatan baik pasti dihulur tangan agar ke depan untuk menjadi Imam. Itu dalam kedudukan tradisi Melayu kerana mungkin takut
ketulahan, namun di saat
kepentingan kewangan sudah terlibat, di situlah sering berlakunya kekeliruan Melayu tentang
hakiki dan lakunan. Di saat sebegini Melayu jadi buta akan tuntutan Islam agar hanya yang
layak memimpin. Saat sebegitu terjadi, perebutan kepimpinan membawa kepada sifat-sifat melampau pada Melayu. Mereka akhirnya sanggup menghalalkan apa juga cara untuk
bertebut kuasa. Kenapa?
(7) Melayu adalah bangsa yang
sangat bersaing. Pasti ini banyak yang ingin menyanggah. Sifat
bersaing Melayu lahir dalam banyak bentuk. Ada bersifat
membina. Namun sifat bersaing membina ini adalah sangat kurang. Sifat
kompetitif Melayu adalah sangat kurang. Dalam banyak hal Melayu kurang bekerjasama dalam perkara strategik. Sekadar berkawan biasa, bersama-sama untuk perkara-perkara biasa memang orang Melayu suka dan gemari. Namun bila mereka mahu
bersaing mereka banyak bersaing
membunuh merosakkan. Ada waktunya, sifat itu menjadi sangat sengit. Melayu sebetulnya suka
berlumba-lumba. Banyak perkara dalam dunia Melayu yang melambangkan mereka suka berlumba. Berlaga ayam, lumba perahu, pangkah gasing, pertandingan layang-layang, pencak silat dsb adalah lambang-lambang tersebut. Begitu juga akhirnya dalam bentuk hiasan dan pengukiran rumah, perahu, kereta-kereta lembu, pakaian dsb. Corak-corak ukiran dan rekabentuk juga akhirnya membawa sifat-sifat
bersaing di kalangan orang Melayu. Bahkan di bidang keagamaan juga sebegitu. Sifat-sifat mempamirkan kehebatan ilmu sangat genar untuk ditonjokan lewat pelbagai cara seperti
cara berpakaian, cara menghias diri, cara bertutur kata, dsb yang akhirnya membawa kepada
sifat-sifat meluat. Jika dirujuk kepada
Kun Kehendak Maslow di atas, masyarakat Melayu sebetulnya lebih gemar menghambat
rasa banga diri. Kenapa begini? Cuba perhatikan
Kun Kehendak Maslow di atas. Secara asas tiga tingkat
kehendak asas di bahagian bawah akan menjadi hambatan awal setiap manusia. Hambatan ini akan menjadi sengit dalam keadaan
scarcity. Hambatan terhadap
rasa banga diri hanya tercapai pada tahap di mana
Kehendak Asas telah agak sempurna tertunai. Namun dalam dunia Melayu, hambatan ke atas
rasa banga diri sering mengatasi hambatan ke atas tingkat-tingkat kehendak lain, lantaran sebagai jalan
pelarian, escapism. Mereka tidak dapat yang di bawah, mereka
jolok yang di atas. Sesungguhnya sifat-sifat
bersaing itu banyak menyeret Melayu untuk saling berkancah akibat terdorong oleh rasa
cemburu, dengki dan tamak. Individu dan malang sekali pemimpin dan kepemimpinan Melayu sangat tidak menyuburkan sifat bersaing
membina kompetitif. Kenapa?
(8) Hambatan ke atas
nilai penuh diri akan menyusul di saat segala sudah berkedudukan selesa dan berkecukupan. Ini adalah fahaman dan naluri sejadi manusia. Lantaran itu, Islam mengujudkan
intervention agar dalam masa menghambat segala kehendak
bawahan manusia mesti
mengingati nilai diri sebenar mereka iaitu sebagai
khalifah. Sebagai
khalifah pemimpin, seseorang harus mengutamakan keperluan pimpinan dari diri sendiri. Kesusahan dan sengsara rakyat harus disedari, dirasakan sebaik-baknya. Untuk itu, perakuan terhadap keesaan Allah sering dituntut ke atas setiap manusia biar di usia apapun mereka kecuali bagi mereka yang benar-benar tiada upaya. Namun dalam umat Melayu, kesadaran untuk menghambat
Nilai Sebenar Diri hanya muncul di saat akhir hayat mereka. Lantaran itu, pada usia se awal 50an jika tidak di 60an, baru mereka sedar akan tanggungjawab
kekhalifahan namun pada tahap itu
kudrat mereka telah menyusut habis. Mereka akhirnya
terperangakap terhadap sindrom
bersedia untuk mati. Sangat jarang kita temui Umat Melayu kini pada usia lewat 20an sedar mendalam tentang
Nilai Sebenar Diri mereka. Di zaman dulu, pada usia sebegitulah di mana bangkitnya
semangat Melayu yang Melayu kini menikmati segala keberhasilannya dan sedang mereka runtuhkan. Kini keadaan ini menjadi lebih parah jika dilihat dari sudut
kesedaran dan tanggungjawap kemasyarakatan generasi kini terhadap masyarakat Melayu. Pendeknya, kematangan generasi kini tentang
kemasyarakatan adalah sangat kurang. Lantaran tidak matangnya sikap Melayu, maka banyak perhitungan dan gerak kerja mereka menjadi
bocahan tidak matang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpIFxV-_HRinfuTm-XV14OIFyvkdhT3WjpR7s6_4qW6KqWYsowcR325432JGg8Er91-EoQU_DU5NQGHjwjb3JZ6OXhppKYrtAXFFtAcXSqg__V1eICJAMNc4Wk8a9vfsbq9GzsSyO0FxGw/s1600/MichelleDupont15.jpg)
(9) Saya berkeyakinan Sistem Pendidikan Negara, dan apa lagi Sistem Pendidikan Islam yang kita warisi turun temurun yang tidak pernah ada usaha untuk mengkaji kadungan, cara dan kesampaiannya secara bersungguh-sungguh dan menyeluruh, tidak mampu untuk menzahirkan hambatan
Nilai Diri Sebenar manusia-manusia Melayu. Sistem Pendidikan Islam sering dibayangi oleh Sistem Pendidikan Konvensional, lantas sifat-sifat
Kapitalisma kian mengakar dan menyimpangkan sifat-sifat Insaniah yang patut terbina pada umat Melayu. Lantaran kemelut hambatan pada
Keperluan Asas yang bersifat kapitalis, maka akhirnya umat Melayu terperangkap dalam hambatan kepada
Rasa Banga Diri sebagai bukan apa tetapi sekadar
escapism di atas kelemahan mereka lalu terlewat untuk menghambat
Nilai Diri Sebenar pada ciri dan tujuan yang Allah mahukan. Sebetulnya, perangai
mementingkan diri budak-budak terus mengakar pada umat Melayu biarpun usia mereka kian meningkat tinggi.
(10) Saya yakin, selagi Sistem Kemasyarakatan Melayu tidak dapat segera menyedarkan individu Melayu tentang
Nilai Diri Sebenar mereka, pasti mereka akan tetap mengikuti tingkat
Kun Kehendak Maslow. Itulah naluri sejadi manusia. Diri dulu baru masyarakat. Lantaran itu, umat Melayu akan terus mudah dipengaruhi untuk terus terpesong kemamar dalam apa juga bidang kehidupan ini. Sesungguhnya, bila seseorang berada dalam keadaan
kemamar maka di saat dia diperlukan untuk membuat
keputusan besar maka pasti otaknya tiada
benchmarking sempurna. Keadaan ini saya kira, pasti dia akan melihat kepada dirinya sebagai
benchmark dan oleh kerana itu, saya yakin saat mereka dikehendaki memilih pemimpin umpamanya, mereka akan memilih pemimpin yang selari dengan sifat-sifat dan yang dapat menunaikan kehendak mereka.
(11) Untuk ini biarkan saya jelaskan sebegini. Mohd Najib Abdul Razak dan Muhammad SAW akan saya gunakan sebagai contoh sahaja. Saat Mahathir Mohammed terdesak untuk melepaskan jawatan, beliau pasti berada dalam keadaan
gopoh lantaran mereka yang dibimbingnya untuk mengantikannya semua
sudah pupus. Sebetulnya, Mahathir mahukan Mohd Najib Abdul Razak jadi Perdana Menteri. Namun lantaran usia dan pengalaman, perkara itu terpaksa ditangguhkan dengan melantik kepimpinan
peralehan iaitu Abdullah Ahmad Badhawi. Sebetulnya,
ada detak kurang yakin Mahathir kepada Najib mulanya. Sesungguhnya
pembacaan Mahathir terhadap Abdullah dan Najib agak
sipi kerana waktu membuktikan kedua-duanya bertindak tidak pada landasan yang Mahathir fikirkan. Sebabnya mudah. Saat Mahathir memilih mereka, beliau mengalami
kesamaran, ilusi. Dia berfikir Abdullah akan
terus manut dan apa lagi, Melayu sedang menuntut
Mr Clean. Itulah
watak dipamirkan oleh Abdullah pada masa itu. Sedang bagi Mahathir, dalam memilih Mohd Najib adalah pada perkiraan
bapa borek anak rintek; ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Hakikatnya kedua-dua Abdullah dan Najib bergerak menepati
Hukum Kehendak Maslow. Diri dulu, Negara kemudian. Kuasa dulu, bakti pasti
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkCY3rflnfu2jmc2ASANpGEhdwQuNWoE1h0dLVb3NQk9UxwyK4OFQVNhyphenhyphen9f_KLrlGyu-m00ZsZ-hMw58o4Z7oFmr-4z_6F5LJptdWlqG6a6hxzgBfXn6ad_dIjzX7DOPwZ2l43IMG_78I1/s320/nazir+najib.jpg)
mendatang. Saya melihat Najib sebagai anak majaan. Najib, punya wajah
boyish ibunya. Tidak sepertinya Mohd Nazer Abdul Razak. Dia kelihatan lebih
keras watak bapanya. Saya dari dulu lebih cederung untuk mempercayai Nazer dari Najib. Sebabnya mudah
di saat-saat payahnya sakit Abdul Razak Husein, Nazer kalau tidak silap adalah satu-satunya waris terdekat berada bersamanya. Ini mungkin kebetulan, namun saya tidak berfikir sebegitu. Mohd Najib terangkat menjadi
pemimpin atas simpati dan
berterima kasih rakyat kepada Abdul Razak Husein. Tidak atas perjuangan. Itu asas kepada pemilihan kepimpinan Najib. Maka suatu ketika Najib hanya memenangi PRU Pekan dengan majoriti sangat rendah iaitu 200 (?) undi. Itu sebetulnya sudah menjelaskan betapa
rakyat Pekan sudah menilai semula akan prestasi kepimpinan beliau. Namun, Mahathir sepertinya terperangkap
with no choice, hakikatnya, saya yakin hati kecil Mahathir
have choice cuma
dia tidak berani.
(12) Mohd Najib Abdul Razak, bapanya siapa? Juga datuk-datuk beliau siapa? Bapa dan datuk-datuk Abdul Razak Husein siapa? Apakah latar kehidupan mereka? Pasti sangat jauh berbeza dengan Mohd Najib. Mohd Najib hidup dalam
golden plate and silver spoon. Biar tidak semua, apa yang dia kehendaki
pasti ada. Jika dia tidak memperoleh dari bapanya, pasti dia dapat membujuk ibunya. Maka tidak heran, berasaskan prinsip saikologi Sigmond Freud, Najib akan banyak menyelesaikan permasalahannya secara
anak manja emak. Rakyat hendak gula-gula, berilah gula-gula. Rakyat hendak susu, sumbatlah susu. Rakyat hendak
berita besar-besar maka laungkan yang besar-besar. Segalanya harus
trendy dan
terpamir, sikap kepemimpinan
populist.
Liberalist. Itulah corak kepemimpinan yang Melayu tuntut dewasa ini selepas
regim keras Abdul Razak Husein dan Mahathir Mohammed, Mohd Najib secara
enak menari ikut rentak, tanpa takut, semua itu pasti merosakkan Melayu.
(13) Sesungguhnya, profil bakal pemimpin Melayu tidak pernah Melayu saring secara menyeluruh. Biar Melayu gemar cara Barat, namun Melayu hanya gemar unsur-unsur Barat yang menyeronokan sahaja. Melayu pada asasnya pakar pencedok yang hanya mencedok cetek. Jika di Amerika, dan lihat saja pada Barrack Obama, beliau ditelanjangi hebat sebelum diusul untuk jadi calun. Sekadar jadi calun, belum lagi calun, Obama sudah ditelanjangi. Latar belakang beliau sedari kecil lagi sudah dibongkar dan didedahkan kepada umum untuk penelitian dan dibahas secara terbuka. Adakah bakal-bakal calun dan calun pemimpin Melayu kita bongkar sehingga sebegitu? Malangnya, calun pemimpin Melayu dipilih oleh pemimpin Melayu dan Melayu
dipaksa menerima. Sesungguhnya dalam prihal ini, pemimpin Melayu telah menghianati Melayu dalam dua perkara. Pertama dari sudut budaya, dan kedua di sisi Islam.
(14) Dalam adat Melayu dulu-dulu, ibu bapa akan saling menyelidik tentang bukan sekadar latar belakang bakal menantu mereka, malah sehingga ke biras duai mereka. Penilaian dari sudut paras muka, pekerti, keturunan, dan kedudukan sangat diambil berat. Dan ini tidak lari dari syiar Islam yang menitik beratkan perihal akhlak, rupa paras, harta dan keturunan. namun prihal ini sudah terpinggir hebat. Tidak sekadar itu, umat Melayu tidak faham akan Sirah Muhammad SAW sedari mula sehingga akhirnya bagaimana baginda memilih
khalifah serta pembesar Negara dan Wilayah di kalangan teman-temannya. Juga Allah secara jelas
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEht1GOBMrq32tIW9x5WLZFa9szHJJI0D-dYZ6PZ2jGrWYpnTFrtIzGfgxncuuXqAC3bV-FNgzC4HRfAmBnj5SSxyYh1zpFXMrvfTQfUI5kypwQMFNLRNIrYANsWhFkeBzx-YZZTbk84UL0z/s320/shepherd-boy-81730d7d-a0f6-4313-be3d-0a536ac7bd51.jpg)
memilih Muhammad SAW sebagai
persuruhNya lewat
proses yang sangat panjang dan
mencabar. Muhammad SAW tidak hidup dalam limpahan penuh kasih sayang. Baginda hidup dalam segala kegersangan kasih sayang. Muhammad SAW seperti dinafikan dari lindungan kedua ibu-bapa yang santun dan lembut penyayang. Muhammad SAW hidup membesar bersama datuk dan bapa saudara yang keras namun berakhlak. Muhammad SAW tidak dibiar hidup mewah. Zaman anak-anaknya penuh kepayahan dan kemiskinan. Muhammad SAW tidak dibiar hidup bersahaja. Baginda hidup keras menyara hidup sendiri. Hidup baginda penuh ujian dan cabaran yang amat keras. Paling jelas, baginda terpilih atas sifat baginda yang sangat
cenderung untuk memperelok Ummah. Baginda sedari remaja sudah punya kecenderungan untuk merobah kejahillan kaumnya, bangsanya. Juga di saat baginda memilih wakilnya di mana-mana, mereka telah baginda didik akan keperluan akhlak, dan telah teruji. Banginda benar-benar kenal akan
walinya. Baginda tidak teragak-agak memecat mereka yang tidak
bergerak pada landasan membina Ummah. Sebegitulah proses yang dilalui oleh para
Khalifah Arasyidun. Mereka kekal pada jalan itu. Pada landasan itu, mereka meletakkan asas-asas kukuh bagi perkembanagn Islam dan kekuatan Ummah selepas mereka.
Kebobrokan Islam terjelma saat asas-asas tersebut kian dipinggir dan dihindari. Melayu kini juga sedang hebat melewaiti proses yang sama, maka akhirnya kita kian terpimpin oleh Melayu-Melayu
bobrok untuk lebih
membobrokkan Melayu. Latas kita kian terhina. Segala gejala
penghinaan ke atas pemimpin dan Negara ini, adalah manifestasi akan semua ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjp-dEDS6o3jClKSdLyN8uX3ikRHEYnxc2ysJR9NZ8Igap3L79pM43yp8mZqawSex3Xc95OnPn6LgXfoA-ufZvnxS_LrCuyltIZHPVeI3Yr2kJJtiE7hS52gR7ALaYnrs_0Bl9w_BqsrbzS/s1600/malaysia-koget.jpg)
(15) Sesungguhnya, selagi kita
menari ikut gendang dunia konvensional, pastinya kita
tidak akan pernah berdiri sebagainya kita. Di dunia moden, Jepun, Korea, Jerman dsb telah membuktikan betapa
being different and be ourselves mereka berjaya. Tidakkah itu landasan Amerika? Pesan Muhammad SAW tentang ini adalah jelas, kita
harus berpegang pada sifat dan ciri jati diri Islamnya kita. Kita tidak harus meniru apa lagi menyamai yang lain khususnya yang jelas adalah musuh kita. Apa Mohd Najib punya keberanian dan keupayaan untuk kembali dan berdiri pada jati diri Melayu dan Islam? Apakah Najib berani untuk menilai secara bersungguh-sungguh para
pemimpin Melayu yang beliau hendak
sogok dan paksakan kepada Melayu untuk menerimanya? Ibarat seorang pengembala, apakah Najib akan sanggup dan berani
memerhati sekandang haiwan peliharaannya, mana satu kambing hitam, mana satu unta malas, mana satu kerbau tua, mana satu serigala jahat, mana satu ayam tua, mana satu merak penari, mana satu anjing penyalak, mana satu kuda binal, mana satu ayam jantan, mana satu kerbau tengala bujang, mana satu sapi susu, maka satu keldai taat dsb dan mulai menilai akan di antaranya yang mana paling Allah terima untuk dikorbankan atau harus dikasikan? Atau apakah Melayu berani untuk memilih pemimpin mereka pada jati diri adat budaya Melayu dan Islam? Jika, mana-mana soalan ini tidak terjawab tegas sebagai
"Ya", pasti Melayu akan terus terhina.
Terasi, Pendam, Simunjan
10 Ogos, 2014
0 comments:
Post a Comment