Seseorang yang berjiwa Islami, saat mendapat nikmat, pasti ucapan hati dan bibirnya adalah Alhamdullilah. Dia bersyukur ke hadrat Allah. Tidak lupa bersyukur ke hadrat Allah, dalam apapun. Cuma saat kita mendapat apapun dari manusia lain contohnya hadiah, sering kita sekadar mengucap Terima Kasih. Kita sering terlupa untuk mengucap Alhamdullilah. Jika terucappun, sering kita ucap Terima Kasih dahulu dari ungkapan Alhamdullilah. Seharusnya, Alhamdullilah dulu, sebelum Terima Kasih atau apapun ucapan lainnya. Saikologi di balik boleh mengenali lantas mensyukuri nikmat Allah adalah sangat jauh maksudnya, dan itu kita perlu fikirkan dalam-dalam. Juga saat ada keperitan, biar sekecil mana sekalipun, hati dan bibir Islami harus juga tetap mengucap SubhannaAllah. Maksudnya kita harus redha akan segala. Kita harus bersabar. Cuma jangan dikelirukan dengan berserah kalah. Redha akan setiap sesuatu musibah atau galang juga mempunyai pengertian saikologi yang sangat jauh. Apa lagi saat terpandang sesuatu yang menakjubkan, hati Islami harus mengucap MasyaAllah. Kita harus terus memuji keagungan, kebesaran Allah. Mensyukuri kekuasaan Allah. Dan paling baik, saat kita berniat berbuat sesuatu, harus diikuti dengan lafas InsyaAllah. InsyaAllah adalah perakuan, betapa segala tercapai, tertunai hanya dengan kehendak Allah. Apa lagi saat hendak berbuat apapun, kita harus mulai dengan Bismillah. Segalanya harus terbuat kerana Allah. Sesungguhnya, saya berkira sebegitulah tuntutan Allah terhadap manusia, khusus Umat Islam, agar kejayaan terus berada bersama mereka. Manusia harus mengerti bersyukur dan redha (sabar).
(2) Saya menulis ini terilham dari usaha saya untuk meneliti kembali tulisan Pak Hamka (ulama dunia Melayu sedikit waktu dahulu) dalam Tafsir Azharnya serta Lembaga Hidupnya. Saat saya membaca huraiannya tentang surah Al Fathihah, saya cuba meneliti gaya saikologi yang Pak Hamka hendak gunakan bagi meresapkan ke dalam jiwa pembaca tentang pengajaran dan atau ilmu yang hendak beliau sampaikan. Alhamdullilah, semasa anak-anak, saya punya kesempatan untuk mendengar serta mengikuti beberapa kali tentang gaya pembicaraan beliau. Syukur juga, kerana saya sempat menjejaki Kampoeng Halaman Pak Hamka sedikit waktu dulu, yang kini sangat membantu saya dalam cuba memahami gaya pembicaraannya. Sesungguhnya bagi generasi kini khusus bagi yang berumur kurang dari tiga puloh lima tahunan, membaca tulisan Pak Hamka pasti akan membosankan mereka. Gaya bahasa dan lengok tulisan beliau sangat asing lantaran beda waktu dan pengalaman hidup, apa lagi ilmu. Namun, biar di sini saya cuba menulis apa yang dapat saya tangkap dari sebahagian tulisan beliau. Mudah-mudahan ianya dapat menyuburkan Iman dan Taqwa kita. InsyaAllah.
(3) Contohnya, di dalam penghuraian surah Al Fathihah panjang lebar, Pak Hamka sebetulnya mengajak semua untuk terlebih dahulu mengerti akan sifat-sifat Allah, khususnya betapa Dia adalah Tuhan Semesta Alam, MahaPengasih dan MahaPenyayang, Penguasa Hari Pembalasan, Hanya Tuhan yang perlu disembah, Penunjuk Jalan Lurus, dan Tuhan yang memberi segala rahmat.
(4) Sesungguhnya jika kita menjiwai Surah Al Fathihah, pasti tiada apa yang harus menakutkan serta merisaukan kita. Pertama, Tuhan kita, Allah adalah Tuhan semesta alam. Apa maksudnya? Contohnya, jika kita yakin Mohd Najib adalah Perdana Menteri Malaysia, iaitu Perdana Menteri bagi seluruh Malaysia, apakah kuasa yang ada pada Najib? Pasti saat kita kesusahan, Najib boleh memberikan pelbagai bantuan segera. Juga saat kita sedang makmur, pasti Najib juga boleh mendatangkan pelbagai hiburan agar kita terus bergembira. Itu baru Najib, Perdana Menteri Seluruh Malaysia. Bagaimana dengan Obama, Presiden Amerika, Negara tergagah di dunia? Saat dia seronok dengan sesebuah Negara, pasti makmur Negara tersebut disokongnya, contohnya Bahamas, Trinidad, Switzerland, dsb namun saat dia tidak senangkan sesebuah Negara, pasti jahanamlah Negara tersebut, contohnya Cuba, Venezuela, Colombia, Iraq, Libya, Mesir, Palestine, Vietnam, dsb. Cuba bayangkan jika seorang itu adalah MahaRaja Dunia, apakah kuasa yang ada padanya? Sesunguhnya, kita harus bersyukur Allah itu adalah Tuhan semesta Alam (Ayat ke 2), bukan Obama apa lagi George Bush, dan tidak sekali-kali Mohd Najib. Itu asas bagi Islam, Allah itu Tuhan semesta Alam, Dia paling berkuasa. Dia tunggal, wahid. Dia tidak bersekutu, tiada gadingan apapun bersamaNya. Maksudnya apa?
(5) Kerana Allah adalah Tuhan semesta Alam, maka kekuasaanNya meliputi segala-galanya. Tidak ada yang tidak dalam kekuasaanya. Maka dengan sebab itulah Dia dapat menzahirkan sifat-sifat diriNya yang selanjutnya iaitu yang MahaPengasih dan MahaPenyayang (Ayat ke 3). Dia mencukupkan segalanya untuk segala ciptaanNya. Dia menyediakan segala keperluan bagi segala ciptaanNya. Tidak ada yang kurang. Dia juga memberikan segala perlindungan bagi segala mahluknya. Tanpa Dia adalah Tuhan. Apa lagi tanpa Dia adalah Tuhan semesta alam, apakah Dia mampu untuk menjadi MahaPengasih dan MahaPenyayang? Cuba Mohd Najib hanya sekadar jadi Menteri Besar Kelantan, dan berada dalam keadaan terus dihimpit apa mungkin dapat dia memakmurkan Negara? Untuk memajukan Kelantanpun mungkin Najib akan menjadi lebih parah dari Nik Aziz Nik Mat. Di sinilah, saikologi asas yang Umat Islam harus mengerti tentang perlunya mengakui betapa Allah itu adalah Tuhan, dan Dia adalah Tuhan semesta alam. Tidak wujud Tuhan lain selain Dia. Namun, sifat MahaBesar, MahaBerkuasanya Dia, Dia lahirkan dalam bentuk MahaPengasih dan MahaPenyayang. Tidak ada mahlukNya terlepas dari rahmat MahaPengasih dan MahaPenyayangnya Dia. Sesungguhnya, jika kita Umat Islam mengerti, kekuasaan yang ada pada Allah tidak lain, adalah untuk rahmat semua. Tidak Dia meminggirkan sesiapa. Namun manusia, saat kita berkuasa, biar sekecil mana, seringnya kita akan jadi lalai dan alpa tentang maksudnya keberadaan kuasa di tangan kita. Di sinilah, kenapa saya sering mempersoal pengertian sebenar Syahadah kita? Kita pada dasarnya ingin berkuasa, namun saat kuasa berada di dalam genggaman, kita jadi lupa untuk menjadi pengasih dan penyayang kepada sebanyak mungkin. Banyak memilih berkuasa untuk jadi tamak, khianat dan kikir. Tidak kurang berkuasa sekadar memenuhi keperluan kelompok sendiri tanpa memikirkan tututan Ilahi. MasyaAllah.
(6) Di akhir Surah Al Fathihah, Allah mengingatkan kita agar jangan menjadi mereka yang dimurkai (Yahudi) dan sesat (Nasrani). Pembacaan saya dari sumber yang lainnya, sesungguhnya kaum Yahudi adalah kalangan yang Allah murkai. Inilah kalangan yang saat dalam kepayahan (tidak berada), mereka menadah tangan memohon kepada Allah, namun saat rahmat Allah limpahi, mereka kemudian jadi bongkak sombong ingkar (sebagai contoh sila baca kisah empat puloh tahun kaum Musa AS sesat terlantar di gurun Sinai sebelum mereka ke Palestin). Maka Allah tersangat murka kepada mereka. Juga bagi kaum Nasrani; banyak hal mereka tahu akan betul salahnya, namun segala itu mereka sembunyikan. Mereka memilih jalan sesat, maka dengan sebab itu Allah adakan Surah Al Ikhlas (QulhuwallAllah) untuk menyanggah prilaku mereka. Peringatan Allah betapa kita jangan memilih jalan mereka yang dimurkai dan sesat itu didahului dengan amaran betapa Dia adalah menguasai Hari Pembalasan (Ayat ke 4). Ini, jika dilihat dari susunan ayat-ayat Al Fathihah, saikologi amaran ini adalah jelas. Saat kita berada (harta, kuasa, kesihatan, ilmu, dsb) dan jika kita tidak mempergunakannya pada jalan mensyukuri Allah, pasti Dia akan menghukum kita di Hari Pembalasan kelak. Maka dengan sebab itu, bukan sekadar Allah itu Tuhan Semesta Alam, namun Dia juga paling berkuasa di Hari Pembalasan, khusus kepada mereka yang tidak punya sifat syukur, pengasih dan penyayang.
(7) Dalam mentafsir Ayat ke 6, Pak Hamka cuba mengupas mengenai maksud Siratal Mustakim iaitu Jambatan Penghubung antara Padang Masyar dan Syurga sepertinya dalam banyak tulisan lainnnya. Namun, Pak Hamka melihat dari tafsir-tafsir hadith dari pelbagai riwayat, di mana beliau menjelaskan betapa dalam hidup ini kita, manusia sedang berada dalam sebuah perjalanan. Pada masa ini kita sedang berada di titik di mana kita sedang berada (dunia) dan sedang berjalan ke suatu titik di masa depan iaitu ke titik di mana Allah sedang bersemayam iaitu di syurga. Pak Hamka, melihat kita sebetulnya pada masa ini sedang berjalan di sebuah lorong yang di pagari dinding berpintu-pintu. Jika kita terus berjalan lurus dan tidak leka memasuki mana-mana pintu, pasti kita akan cepat dan mudah untuk sampai ke penghujung lorong. Pada Pak Hamka, lorong itu adalah Islam dan dinding lorong adalah batas-batas yang Allah larangkan, sedang pintu-pintu adalah segala perkara yang menyelewengkan kita dari perjalanan panjang kita. Dalam pengertian lain, Pak Hamka sepertinya cuba menyatakan betapa Siratal Mustakim itu sedang kita lalui, dan tidak perlu menanti Hari Qiamat baru ianya ada. Allah telah menyediakan Islam lewat Al Quran sebagai lorong perjalanan kita, dan sebagai dinding kita dari segala kesesatan. Jika ini kita lalui dengan baik, pasti, jalan ke syurga menjadi lebih mudah dan cepat. Maka lantaran Allah itu Tuhan Semesta Allam, MahaPengasih dan MahaPenyayang, serta paling berkuasa di Hari Pembalasan, maka Umat Islam dipinta untuk hanya menyembah dan meminta pertolongan dariNya. Tidakkkah sesiapapun yang berakal, akan taat kepada yang penyayang, pengasih apa lagi berkuasa atas prinsip itu? Maka layaklah Allah hanyalah Tuhan yang kita sembah, Tuhan di mana kita minta segala pertolongan dan lowongan yang betul (Ayat ke 6).

(8) Jika kita meneliti keberadaan dan kemakmuran yang dikecapi oleh kaum Yahudi di Eropah sebelum WWII, khususnya di Jerman, adalah akibat keyakinan mereka kepada fahaman betapa mereka adalah bangsa pilihan Allah. Sehingga kini mereka tetap berpegang kepada itu, maka mereka sangat kejam dalam mengusir sesiapapun dari bumi Palestin demi menegak kembali Negara Besar Yahudi, the Great Nation. Kerana mereka yakin mereka bangsa terpilih, maka mereka menjadi tega dan tegar dalam beberapa perkara, khususnya dalam maksiat perdagangan. Sejak di Babylonia 500SM lagi kaum Yahudi telah mengamalkan riba, mengaut untung sebanyaknya, serakahnya. Setiap sesuatu mereka eksploitasi demi untung dan laba, tanpa mengira kesengsaraan bagi manusia lainnya. Maka, menyedari betapa saikologi harga dirilah itulah, maka Hitler bangkit memecahkan rasa bongkak sombong diri Yahudi lalu mengistiharkan betapa bangsa Aryan adalah bangsa termulia, lebih mulia dari Yahudi. Saya dapat melihat tanpa Hitler punya rasa tega dan tegar untuk meyakinkan bangsanya yang tertindas oleh kerakusan Yahudi, betapa mereka adalah bangsa besar dan mulia, pasti kini Jerman sudah menjadi Negara Yahudi, dan bukan Palestin, serta bangsa Jerman kekal menjadi hamba Yahudi. Pemahaman Hitler tentang saikologi amat bagus lantaran pada masa itu, para cerdik pandai Yahudi di sana sudah mulai menebar ilmu saikologi untuk menidakkan perkembanagn pesat Nasrani agama seteru mereka. Namun lewat ilmu saikologi Yahudi, Hitler pergunakan untuk menghancurkan mereka dan bercita-cita menguasai Barat dan dunia bersama sekutunya Musollini dan Hirohito. Begitulah besarnya kesan saikologi jika kita mengerti akan ilmu itu. Saya yakin, keuletan Najib untuk terus menabur "bantuan" adalah agar rakyat mudah dijewer kuping mereka: an act of placing the grass before the buffaloes!
(9) Di Negara ini, bila Mahathir memperkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1990, perkara pokok yang beliau sentuh adalah sifat rendah diri rakyat Negara ini, khususnya bangsa Melayu. Teman sekutu Mahathir, iaitu Musa Hitam, dalam mendokong gagasan harga diri Mahathir mengusul agar bangsa Melayu punya sikap kurang ajar. Kerana Mahathir peka betapa Melayu sedang di pandang hina, maka dengan itu dia mengilhamkan betapa kita perlu ada rasa harga diri agar kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa dunia lainnya. DayaBumi, Jambatan Pulau Pinang, pelbagai LebuhRaya, KLCC, Menara KL, KLIA, bahkan F1 Sepang adalah perlambangan yang Mahathir mahu pergunakan sebagai saikologi untuk melonjakkan semangat Malaysia Boleh. Jika dilihat sememangnya Mahathir keras dan kejam. Beliau sangat lokek untuk memberi subsidi. Lantaran itu, sektor pertanian kita yang banyak berlandaskan subsidi, beliau agak pinggirkan. Sebabnya mudah: Melayu khususnya jangan bangun jadi bangsa subsidi. Sebagai alternatif, Mahathir menghenyak agar bangsanya terus bekerja, berkerja dan bekerja. Pekerjaan adalah subsidi paling baik. Dalam istilah Mustapha Mohammad, itulah Productive Growth. Berbeda dengan Najib, apa lagi Abdullah Badawi, rakyat terus dibantu disusui agar terus-terus mereka jadi anak kecil ke sana ke mari membawa botol susu, lalu mudah disuruh tidur diam-diam.
(10) Maka, dalam penulisan Pak Hamka, atas sifat pengalaman hidup beliau yang sentiasa tercabar dan terhimpit, maka dia temui jalan tengah sebagai asas kepada penerapan ilmu yang hendak beliau sampaikan. Maka dengan sebab itu, pada zamannya, beliau pendidikan beliau mudah menjakau sempadan politik Barat. Di dunia Barat, gaya sebegitu disebut saikologi. Dalam dunia Islam, saya kira, inilah apa yang disebut sebagai jalan hikmah. Sedang dalam dunia Melayu, sering kita dengar ungkapan tersurat di balik tersirat. Istilah hikmah mungkin sukar difahami oleh kebanyakan Umat Melayu kini, maka biarlah saja saya gunakan kata saikologi yang menjadi tajuk kepada tulisan asaya ini. Saikologi dalam pemerhatian mudahnya adalah merupakan satu cabang ilmu meneliti punca dari sebarang perlakuan. Contohnya, kenapa seorang gadis umpamanya takutkan cerita-cerita hantu, lantaran kerana sejak dari kecil dia ditakut-takutkan akan hantu. Juga kenapa orang awam takutkan pulis, dari takut membuat salah? Kerana sejak kecil mereka sering ditakut-takutkan akan pulis, sepertinya pulis itu samalah dengtan hantu. Saikoiloginya di sini, adalah cara dia dididik semesa kecilnya. Dalam dunia saintifik ianya boleh disamakan dengan ilmu genetik, iaitu menentukan gen yang mempengaruhi fenotip, rupa bentuk dan fisiologi sesuatu mahluk hidup.
(11) Dalam hubungan kini, khususnya jika kita melihat kekalutan kegalauan dalam masyarakat Melayu, adalah lantaran kita tidak benar-benar memahami segala hikmah, saikologi didikan Islam itu sendiri. Islam kita sekadar Islam KTP Islam pada Kartu Tanda Pengenalan. Mungkin Islam kita kian menjadi Islam sekadar tidak makan babi. Salah, silap, dan atau khilafnya di mana? Semuanya saya berkira bila Ilmu kita tidak pernah berkembang, kita tidak menyediakan keadaan untuk menyuburkan ilmu. Saya mula melihat dan merasa Negara ini kian membunuh mereka yang berIlmu. Kita kian memicekkan bangsa khususnya dalam soal-soal Islami. Intelektual keIslaman tidak kita suburkan. Pendidikan Islam di Negara ini tidak menjurus kepada pembentukan bangsa Melayu Islami, kita sekadar membentuk bangsa Melayu Islam KTP. Buktinya, dan soal saya, pernahkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kementerian Belia, Kementerian Komunikasi dan Multi-media, bahkan Kementerian Halehwal Islam duduk bersama secara terus menerus mengkaji Saikologi Pendidikan Islam agar Islam menjadi pegangan kuat Umat Melayu? Saya yakin, perkara ini tidak ada. Maka dengan sebab itu, "Pendidikan Islam" hanya ditekankan dari Tadika hingga ke Sekolah Menengah. Itupun hanya dalam soal-soal terbatas. Saat anak-anak Melayu sudah memasuki Pusat Pengajian Tinggi apa lagi di Pusat Pengajian Tinggi Swasta (PTS), "Pendidikan Islam" mereka akan lenyap kecuali bagi hanya sebilangan. Para Pengubal Dasar Pendidikan Negara, sepertinya tidak mengerti bahawa pada umuran 19-24 tahun, otak para remaja paling sangat menjerap Ilmu. Saat sebegitu, otak mereka dalam kelompangan hebat tentang Ilmu Islam. Dan saat mereka sudah menjejaki alam kerjaya, maka pada usia 40an mungkin mereka baru sedar tentang perlunya Ilmu Islam Lanjutan. Pada saat sebegitu, mereka sudah beranak-pinak, yang kian buta akan Islam lantaran kejahilan awalan mereka sendiri. Akibatnya, kitapun menerima rantaian kekalutan sepertinya yang sedang kita alami sekarang ini.
(12) Lihatlah, apakah Melayu di tahun 1960an lebih banyak rasuah dari Melayu 2013? Apakah Melayu 2013 lebih amanah dari Melayu di tahun 1960an? Juga pada 1960an, apakah lebih banyak Melayu yang tidak berterima kasih berbanding dengan Melayu pada 2013? Melayu kini, apakah hebat Melayunya berbanding Melayu 1960an? Jika dulu-dulu, Melayu banyak tahyulnya, tidakkah Melayu kini banyak sesatnya? Apa bedanya? Soallah, dan bandingkanlah Melayu dulu dan Melayu kini dalam apa juga, ke manakah jalan tuju mereka? Saya yakin, Melayu kini kian runtuh dalam nikmat lantaran kita tidak mengerti saikologi Allah menegaskan betapa diriNya adalah Tuhan Semesta Alam, Tuhan MahaPengasih dan MahaPenyayang, hanya Dia perlu disembah, dan Tuhan berkuasa di Hari Pembalasan. Kerana kepincangan itu kita jadi manusia yang kian lari dari natijah penciptaan kita. Inilah bukti, yang saya lihat, betapa Pendidikan Islam Negara ini masih jumud lantaran kita tidak engage in the psychology research of educational system development semasa kita mengubal Dasar dan Pelan Pendidikan Islam Negara. Kita pentingkan untuk melahirkan manusia-manusia profesional pada kaca mata Barat, kita kian lupa akan saikologi kenapa Allah menjadikan Islam sebagai wadah terdekat kepada kita. Kepincangan dalam masyarakat Melayu, adalah akibat kepincangan dalam pendidikan Islam kita. Saya ingin mengajak Mohd Najib khususnya berjalan di mana-mana juga di bumi Allah ini, mudah-mudahan terfikir bersama akan persoalan mudah saikologi Allah sebegini: Di Hutan Taman Negara Tahan, kenapa tidak kita temui suburnya sepohon padi di tengah belantara? atau Akan kembang suburkah sepasang rusa dalam kumpulan sekawan harimau, seri gala, singa, dan hyiena? atau Kenapa hipopotamus tidak hidup di gurun? Meranti, tegak rimbunnya di mana; di padang lalang atau bersama pepohon gunung lainnnya; maka apa maksudnya, saikologinya, hikmah di baliknya sebegitu?
Kuching, Sarawak
3 December, 2013

0 comments:
Post a Comment