.

7/11/13 HARAMKAN KG. BARU, KUALA LUMPUR.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 23, 2013

Share

& Comment

Bila kita meneliti sejarah Muhammad SAW, pasti peristiwa Tahun Gajah akan menjadi sebahagian dari titik mula penelitian kita. Tahun Gajah adalah bersamaan dengan Tahun Kelahiran Muhammad SAW, di mana dalam tahun yang sama, sebelum kelahiran baginda, Ka’abah telah diancam untuk dimusnahkan oleh Raja Yaman iaitu Abraha dengan tentera bergajahnya. Muthalib, datuk kepada Muhammad SAW adalah bangsawan Quraish yang telah diberi amanah untuk menjaga Ka’aabah pada masa itu. Seperti kita maklum, pada masa itu Ka’aabah dipenuhi Tuhan-tuhan berhala Quraish dan mereka sangat patuh akan berhala-berhala tersebut. Di zaman kebangkitan Islam, puak Quraish sanggup mati demi agama berhala mereka. Namun saat Abraha hendak menyerbu Ka’aabah, Muthalib sebagai penjaganya, menyerah kuasa melindungi Ka’aabah ke tangan yang empunyanya iaitu Tuhan mereka. Kenapa? Adakah bangsa Quraish telah menjadi pengecut? Atau adakah Abraha itu terlalu gagah? Pernahkah kita menyoal, persoalan saikologi atau Hikmah Allah tentang ini?

(2) Biar pada waktu itu, pada pandangan Quraish, Tuhan yang memiliki Ka’aabah adalah berhala-berhala sembahan mereka, namun sejarah Islam menjelaskan bahawa Ka’aabah terbangun atas perintah Allah. Hakikatnya, Ka’aabah telah terbangun sebelum manusia wujud dan atau tercipta. Para Tuhan Quraish sebetulnya pada waktu itu adalah para setingan di Baitullah. Persoalannya, apakah muslihat Allah tentang kejadian ini sebetulnya? Kenapakah kejadian ini berlaku dalam tahun di mana Muhammad SAW akan terlahir? Paling anih, kenapa Abraha menggunakan gajah, binatang yang tidak rentan kekeringan padang pasir? Kenapa tidak Ziraffah? Adakah pemilihan gajahy itu atas pilihan semata-mata Abraha, atau sebetulnya Allah yang mendorong dia memeilih sebegitu? Apakah persoalan saikologi atau Hikmah Allah yang dapat kita kupas dari bentuk, sebab dan masa kejadian ini sebagai pedoman kini dan masa depan kita?

(3) Keduanya, saat Muhammad SAW hendak menyerbu Mekah untuk membersihkan Ka’aabah dari para setinggan Tuhan Quraish, iaitu kira-kira sepuloh (?) tahun selepas pengusiran baginda dan para penganut Adeen Islam, maka pada malam di mana esoknya (?) serangan akan bermula, Sayidina Abbas Ibn Abdul Muthalib, bapa saudara Muhamm ad SAW,  dengan berani membawa Abu Suffyan Al Harb (?) untuk merayu kepada baginda untuk berdamai. Kita tahu, semasa Muhammad SAW mulai mengembangkan syiar Islam di Mekah, Abu Suffyan Al Harb (?) adalah di antara seteru Islam yang paling keras. Di peperangan balas dendam Uhud umpamanya, Abu Suffyan adalah di antara panglima Quraish yang hampir-hampir dapat membunuh Muhammad SAW. Kebencian Abu Suffyan kepada Muhammad SAW sangat jelas terpapar dari sifat Hindun isteri beliau yang membelah dada Sayidina Hamzah, bapa saudara Muhammad SAW lalu mengoyak rabak mengunyah hatinya. Biarpun puak Jahilliah Quraish telah terlalu banyak mendatangkan keperitan kepada Muslimin di zaman Muhammad SAW, namun di dalam penawanan Mekah, Muhammad SAW melarang sebarang pertumpahan darah di bumi Mekah. Persoalannya di sini, kenapa Sayidina Abas Ibn Abdul Muthalib, dijadikan sandaran oleh bangsa Quraish untuk mengatur pertemuan Suffyan dengan Muhammad SAW. Kenapa pula Abu Suffyan, Quraish pilih untuk merundingkan perdamaian? Dia sekadar salah seorang panglima, bukan pembesar agung Quraish? Apakah ini tidak bersandarkan kemahuan Allah untuk menjadi kajian danj pemikiran dalam kita kini? Juga kenapa perdamaian harus dirundingkan oleh bangsa Quraish, sedang mereka sudah mempunyai Perjanjian Ketenteraan dengan pelbagai kabilah yang turut memusuhi Islam? Juga kenapa Muhammad SAW mengistiharkan haram pertumpahan darah di saat itu? Apakah persoalan saikologi atau Hikmah Allah yang harus kita teliti di sini untuk kita dapat perguna dan atau padankan dengan kemelut kini yang sedang bangsa kita Melayu hadapi?

(4) Sayang, pengasas Psyco-Analyst Yahudi Jerman, Sigmund Freud bukan seorang Muslim dan mungkin tidak pernah dijamah oleh nur Islam. Jika tidak, pasti beliau punya seribu satu macam tafsiran psyco-analyst Islami yang sangat menarik mengenai perkara ini. Saya berharap suatu hari nanti saya akan dapat menemukan penghalusan Hikmah Allah akan peristiwa-peristiwa ini agar dapat menjadi pedoman jelas kita dalam mengharungi perjalanan ke depan kita. InsyaAllah.

(5) Mari kita renungkan dalam-dalam, panjang-panjang bagaimanakah akan sifat-sifat jati diri Quraish Jahilliah. Istilah Jahilliah itu sendiri apakah maksudnya? Adakah hanya kerana mereka tidak sembahyang sujud kepada Allah maka mereka tergolong sebagai Jahilliah?  Puak Firaun di Mesir yang wujud sebelum merekapun tidak sembahyang sujud kepada Allah, kenapa mereka tidak disebut sebagai Jahilliah? Begitu juga kalangan dalam Temadun Babylonia, Indus, China, Farsi, Greek, Roman, dsb. Mereka tidak disebut sebagai Jahilliah? Kenapa? Saya menduga, bangsa Quraish digelar sebagai Jahilliah adalah lantaran bodoh sombongnya mereka. Dari pelbagai pembacaan yang saya buat, bangsa Quraish ini mempunyai segala sifat bodoh yang melampau. Mereka pemabuk, penjudi, penzina, penipu, penganas, pembunuh, penjahat, pendengki, pengkhianat, dan segala sesuatu sifat manusia-manusia bodoh. Kebodohan Quraish maha hebat adalah bila mereka menjadikan ukiran berhala sebagai Tuhan. Kerana Tuhan mereka adalah bodoh, tidak tahu dan tidak boleh berbuat apa-apa, maka sebab itulah mereka bersultan di mata, beraja di hati dalam melakukan apa saja yang songsang dari akal waras kemanusiaan.  Maka sebab itulah Allah mendatangkan Muhammad SAW membawa Adeen Islam bagi membersihkan mereka, menyelamatkan mereka dari jurang kemusnahan.

(6) Sekarang biarlah saya bawa pembaca, khususnya Mohd Najib Abdul Razak (Najib) untuk berjalan ke Chow Kit, Kg. Baru, dan lorong belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) atau meneter di sepanjang tebing Sungai Gombak dari Hotel Vistana ke Masjid Jamek. Jom kita berjalan sekitar jam10.00 malam hingga 03.00 pagi. Kalau Najib takut dikenali, mudah saja, pakailah jubah. Para pengawal keselamatan beliau juga boleh dipasang awal-awal sebagai penyangak lakunan di seluruh pelusuk di sana. Semasa saya masih belajar di Kuala Lumpur sekitar penghujung 1970an dan awal 1980an, bersepah di sana pelacuran murah kebanyakannya adalah Melayu. Juga bersepah para penjudi, kebanyakannya juga Melayu. Juga para pemabuk dari pelbagai suapan, biar dadah, biar arak, biar ubat-ubatan segala. Juga di sanalah pengumpulan kumpulan gelap: penyeludup, pencuri, perompak, pemeras ugut, pembunuh, dsb. Apakah landscapes itu kini sudah berubah? Berubah, memang sudah berubah. Ianya sudah berubah menjadi lebih professional. Cara dan gaya telah berubah, namun substancenya tetap sama dan kian bertambah-tambah. Saya melihat, sebahagiannnya, Chow Kit, Kg. Baru dan lorong-lorong belakang Jalan TAR adalah awalnya Mekah sepertinya di zaman Quraish Jahilliah. Di sana saya melihat betapa kian meluapnya kebodohan Melayu. Saya melihat, di sanalah para pengamal segala penyelewengan adalah Melyu-Melayu bodoh, serta juga kian paling bodoh adalah para penguasa dan pemimpin Melayu yang seharusnya memimpin mereka keluar dari segala kebodohan mereka. Sepertinya, penguasa dan pemimpin Melayu yang berkuasa telah terbelenggu dengan kebodohan sehingga sekian lama tidak punya jalan untuk menghapuskan lambang kebodohan Melayu yang terpapar di Chow Kit dan Kg. Baru, khususnya. Kenapa?

(7) Saban tahun, bahkan saban minggu, pulohan ribu Umat Melayu ke Mekah dan Madinah. Apa lagi segelintir para pengusaha dan pemimpin Melayu mendapat keistimewaan untuk ke sana dan semasa di sana. Bagi segelintir para penguaha dan pemimpin Melayu yang mendapat rahmat keistimewaan ini, bagaimanakah mereka telah mempergunakan keistimewaan tersebut? Apakah yang mereka bawa pulang? Adakah ada cetusan fikiran tentang Hikmah Allah menurunkan Adeen Islam kepada Quraish Jahilliah? Juga apakah ada cetusan Hikmah Allah menjadikan Mekah dan Nabawi sebagai Tanah Haram? Bagaimana pula, segala itu terkait dengan masalah Melayu di Kampung Baru dan sekitarannya khususnya?

(8) Saya melihat, tanpa Allah mengHaramkan Tanah Baitullah dan seterusnya Nabawi, bagaimanakah agaknya Jedah dan Riyadh pada masa ini. Juga tanpa Islam, agaknya bagaimanakah agaknya rupanya Kaherah, Sana’a, Muscat, Abu Dhabi, Doha, Bahrain, Aman, Badgdad, Damshek dsb. Nan pasti apa mungkin Eropah dan Barat akan sebegini hebat tanpa Islam menyeberang Selat Giraltar dan bertapak di Cardova kira-kira 700 (?) tahun lamanya. Agaknya, bagaimanakah Najib cuba dan atau bolehkah dia melihat tentang: Abdul Muthalib, Abraha, Abbas Ibn Muthalib, Abu Suffyan Al Harb (?), Tahun Gajah, dan mengHaram Mekah dan Madinah, pensucian Baitullah, dan pengIslaman Quraish sebagai hint untuk mensucikan dan mengharamkan Kg. Baru, Kuala Lumpur khususnya agar maruah Melayu kembali bertapak. Saya berkira, jika Kampung Baru dapat diharamkan pasti Gombak, Selayang, Setapak, Pandan, Cheras, Lembah Pantai, dan Petaling akan mendapat hikmahnya. Apa lagi jika Kg. Baru dapat bangkit jadi Baitul-Melayu apa tidak mungkin, Melayu akan Allah rahmati sebagai sebuah bangsa yang menyumbang kepada keTemaddunan Islam?

(9) Biar saya berhipotesis sebegini: Gajah, Allah jadikan binatang rempuhan Abraha, serta Abraha itu sendiri adalah kias masa kini, betapa kita Umat Melayu sedang di keliling cabaran yang maha hebat. Pertama, gajah adalah lambang segala kekuasaan sedang Abraha adalah alatan imperialis. Barat pasti tidak bersahabat dengan kita, biar sekeras mana Najib mahu mendekati mereka. Pesan Allah jelas di dalam Al Quran tentang mereka sebagai kaum Nasrani dan Yahudi. China dan India, kepentingan mereka sendiri lebih utama. Namun, biar gajah binatang terbesar daratan yang Abraha tunggangi, namun, keyakinan Muthalib terhadap Tuhan biarpun bukan Allah, Allah sebagai sifat MahaBijaksanaNya, menzahirkan keyakinan Muthalib sebagai benar dan betul. Hikmah Allah terlalu jauh jika kita mahu berfikir merdeka. Maka jika kita Umat Melayu sedar, yakin dan tegar kepada Syahadah kita, apa tidak mungkin Allah akan meringankan segala beban di pundak kita jika kita benar-benar berSyahadah kepadaNya. Cuma, saya memperhitung, Syahadah Umat Melayu, belum menunjang seutuhnya pada kebenarnya. Jika tidak percaya, antara takut terlungkup periuk nasi dengan membasmi pelacuran di Chow Kit yang mana akan kita pilih? Saya yakin, Melayu masih banyak yang mereka sembah selain Allah. Kedua kejadian serbuan Abraha adalah di tahun kelahiran Muhammad SAW, saya yakin adalah serupa dengan keadaan pada zaman ini. Pada, masa ini, Umat Islam sedang diaibkan secara besar-besaran, diperbodohkan sebetulnya. Di Arabia, di Afrika, di Tengah Asia, di Eropah bahkan di Nusantara, Umat Islam sedang diusaha dilumpuhkan sekuatnya. Namun, sifat Allah, Dia pasti menjaga AdeenNya iaitu Islam, maka Dia meninggalkan memberikan kesempatan kepada Umat Melayu untuk menjaga AdeenNya. Henyakan Barat khususnya kepada Umat Islam kini, adalah sama dengan henyakan imperialis Maharaja Habsah lewat Abraha sekutunya di Yaman ke atas Ka'aabah. Muhammad SAW yang masih dalam rahim ibunya Siti Aminah, samalah kudratnya seperti Umat Melayu masa kini, masih tidak nyata, lemah, namun MahaBijaksana Allah, HikmahNya menjagkau masa, cuma adakah kita Umat Melayu telah berfikir jauh mendalam?

(10) Juga, jika kita sekadar melihat Mahathir sebagai Mahathir per se, maka terserlahlah akan kebijaksanaan beliau mengatasi segala Umat Melayu yang masih hidup pada waktu hidupnya. Namun, jika kita punya jiwa Islami yang luas dan mendalam, sepertinya firman Allah, Tidak ada satupun di dunia ini berlaku tanpa pengetahuannNya, dan tanpa sebab dan musababNya. Saya yakin, kebijaksanaan Mahathir adalah ilham yang Allah turunkan kepada beliau demi kepentingan UmatNya. Dengan pembangunan Prang Besar menjadi Putera Jaya dan Cyberjaya, serta Sepang menjadi KLIA, Mahathir sebetulnya telah memperlahankan rentak pembangunan di Lembah Kelang, khususnya di Bandaraya Kuala Lumpur. Jika tidak, Sg Besi pasti sudah menjadi rebutan pembangunan hartanah yang sangat hebat. Biar Mahathir telah gagal untuk memajukan Kg. Baru di zamannya, sebetulnya saya yakin, Allah sengaja mengagalkan beliau agar pembangunan Kampung Baru harus dilihat bersama dengan kegalauan Umat Islam sejagat bukan sekadar buat menghapus arang di muka Melayu. Jika Mahathir dilihat sebagai sangat bijak, dan Najib sebagai sub-standard kepada Mahathir, namun Allah itu MahaAdil, Dia tetap memberikan Najib kesempatan untuk tetap boleh berbakti kepada Islam dan Umat Melayu sehebatnya. Saya yakin, kegagalan Mahathir untuk memajukan Kg. Baru serta tidak berkesempatan memajukan Sg. Besi adalah untuk memberi peluang kepada Najib menjadi hebat. Cuma, hebatnya Najib ke mana arah hendak dia mendorong Melayu atau berani dan jujurkah dia kepada Melayu dan Islam? Sesungguhnya, mungkin beribu tahun lamanya Ka'aabah dicontengi arang, hanya keberanian dan kejujuran Muhammad SAW sahaja yang sehingga kini, selama 1,400 tahun Ka'aah menjadi asas perubahan kepada Temaddun Umat Manusia. Juga, tanpa Mesir mendai sebuah negara Islam, apa mungkin Islam akan ke Kardova, sehingga kerananya Sepanyol menjajah dunia sebelum yang lainnya biar di Barat, Selatan dan Timur. Juga apa Islam akan terus bertahan di Afrika, jika Al Azhar tidak terbgangun di bumi Firaun? Berapa jauhkah Al Azhar dari Ka'aabah berbanding Kuala Lumpur dari Ka'aabah? Tidakkah mungkin jarak mencairkan keIlmuan? Mudah-mudahan pada Umrah dan atau Hajj mendatang Najib dan segala hulu balangnya, Allah akan melimpah Taufik dan Hidayahnya, untuk mengHaramkan Kg. Baru jika tidak Malaysia dan atau Nusantara seluruhnya. InsyaAllah.

Kg. Terasi, Pendam, Simunjan
23-28 Nov., 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Tulisan yang cukup baik....tahniah. Sambung terus. Saya menunggu.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.