Seperti hari-hari biasa, bila Imam Ghazali bangkit dari tidurnya, dia akan terus bersholat. Namun suatu hari, bila dia bangkit, dia bertanya kepada adiknya, Hari apakah hari ini?. Jawab adiknya Ahmad Ghazali, hari Isnin. Lantas Imam Ghazali meminta selimut putihnya, dikucupnya, dihamparkannya, lalu dia berbaring dan mengucap Ya Allah aku redha lalu dia menghembuskan nafasnya yang teakhir. Saat jenazahnya mahu diuruskan, terjumpalah sebuah tulisan terakhir beliau.
(2) Saya tidak bercadang untuk menurunkan sepenuhnya wasiat beliau di sini, jika mahu sesiapapun boleh mencapainya di Internet. Namun begitu, biar saya turunkan beberapa bait awal dari syair wasiat beliau:
"Say to my friends, when they look upon me, dead
Weeping for me and mourning me in sorrow
Do not believe that this corpse you see is myself
In the name of God, I tell you, it is not I,
I am a spirit, and this is naught but flesh
It was my abode and my garment for a time...."
katakanlah, saat sesiap menatap kematianku ini
tersedu meratap dalam kesedihan
percayalah, jasad terkujur ini, bukanlah aku
demi Allah, itu bukanlah aku
aku adalah roh, jasad itu adalah gumpalan
sekadar pembalut seketikanya aku.....
(3) Begitulah kita, hakikatnya. Segalanya, Allah telah nyatakan sebagai pinjaman dan bersigfat paling sementara. Saat waktunya, segalanya kembali kepadaNya, mahu atau tidak. Cuma pokok soalnya, kapan dan bagaiamanakah kita mengerti akan itu sebetul, sebenar dan sejujurnya?
(4) Saya menulis ini, sebagai bukti betapa dalam tulisan saya terdahulu berjudul How Clean Are We....siapalah kita kita ini adalah sia-sia tidak bermakna sehingga kita benar-benar mengerti dan memperlakukan akan tanggungjawab Fardhu Ain dan Kifayahnya kita. Tidak satunya berdiri atas sendiri-sendiri. Allah seperti janjiNya setiap sesuatu itu pasti telah ada pasangannya. Fardhu Ain, maka fardhu Kifayah adalah pasangannya. Tanpa salah satunya, kelanjutannya pasti mati di tengah jalan. Mudah-mudahan pesan terakhir Imam Ghazali menjadikan kita lebih peduli akan nasib anak bangsa di mana-mana selagi kita punya kemampuan: kesihatan, ilmu, kuasa dan harta. InsyaAllah.
Perkuburan Gita Kubur, Kuching
22 Nov., 2013
Perkuburan Gita Kubur, Kuching
22 Nov., 2013
0 comments:
Post a Comment