.

2/12/13 MELAYU DAN BUMIPUTERA?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 05, 2013

Share

& Comment

Bumiputera, maksudnya adalah rakyat pribumi sesebuah Negara. Dalam Bahasa Indonesia, sering disebut sebagai Pribumi. Orang Aborigin contohnya adalah bumiputera Australia. Begitu juga bagi Orang Maori di New Zealand. Red Indian dan Mexico adalah pribumi Amerika Utara. Istilah bumiputera dan atau pribumi, pada asasnya adalah merujuk kepada penduduk tempatan sebelum kedatangan penjajahan Barat. Maksudnya bagi rantau Nusantara, Melayu adalah penduduk pribumi rantau ini sebelum kedatangan Sepanyol akibat keruntuhan Islam Kardova di abad ke 13 dulu. Jika garis sejarah sebegitu digunakan, maka orang Melayu adalah pribumi bagi seluruh Nusantara, kerana istilah pribumi dan atau bumiputera itu adalah terbit dari bahasa Melayu yang asasnya adalah bahasa Sanskrit.

(2) Jika ini benar dan betul, maka saya berkira Mohd Najib Abdul Razak dan Muhyddin Yasin harus hati-hati dan memperbetulkan ucapan mereka kerana sering saya dengar mereka menggunakan ungkapan Melayu dan Bumiputera. Jika dilihat dari segi nahunya, bila ada tambahan dan maka mereka sebetulnya sedang merujuk kepada dua perkara yang berbeda. Contohnya: Najib dan Muhyddin pastinya ungkapan itu merujuk kepada dua manusia berbeda iaitu Najib di satu pihak, dan Muhyddin di pihak lainnya. Ada dua manusia yang terasing, tersendiri sifat-sifatnya. Jadi bila mereka menyebut Melayu dan Bumiputera, saya berkira dari segi nahunya, Melayu itu satu, Bumiputera itu lain pula. Sedang hakikatnya, Melayu adalah juga Bumiputera. Melainkan Najib dan Muhyiddin beranggapan Melayu itu bukan Bumiputera.


(3) Sebutan yang betul adalah penting. Kita jangan jadi pelanduk yang mudah lupakan jerat. Kita kehilangan di the Hague akan Pulau Batu Putih lantaran kita tidak kental pada Sejarah. Kita mengambil mudah akan banyak perkara. Saya khuatir bila Najib dan Muhyiddin terus-terusan menggunakan perkataan Melayu dan Bumiputera maka seperti peringatan bidalan Melayu, saya khuatir nantinya: Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Masyarakat kini mudah terikut-ikut tanpa berfikir akan kesan masa depannya. Najib cakap macam itu, mereka ikut juga macam itu. Itulah tanda setia kepadsa pemimpin. Apa yang saya khuathir, suatu waktu rakyat di Negara ini akan melihat Melayu dan Bumiputera sebagai dua entiti berbeda. Di Sabah sememangnya sebegitulah. Tapi tidak jika dilihat dari sudut sebuah Negara Malaysia. Presiden USNO dan atau Pengerusi UMNO Sabah boleh berkata sebegitu, tetapi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, apa lagi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, saya kira menggunakan ungkapan Melayu dan Bumiputera adalah mutlak salah. Kesan cepat mungkin akan terpakai di Sarawak khususnya: Amat nyak, sidak laut bukai bumiputera baka kitai bala dayak tok meh. Tik ndak percayak, ninga meh jakuk Najib ngau Muhyddin!(1). Mungkin apa yang hendak dikatakan oleh Najib dan Muhyddin adalah Melayu dan Bumiputera lainnya. Istilah lainnya atau lain-lainnya mereka lupakan. Perngatan saya, jangan nanti perkataan Melayu itu sendiri mematikan Melayu. Sepertinya Najib dan Muhyddin perlu kembali perlu dididik akan adat budaya Melayu mereka. Rais Yatim mungkin perlu memberikan Pendidikan, Menkaderkan Melayu kepada Najib dan Muhyddin.!

(4) Berdasarkan pembacaan saya, saya dapati Bani Israel telah tidak berNegara bila Baitul Muqaddis digempur dan ditawan oleh Roman sehingga mereka berhamburan ke segala pelusuk dunia selama 2,000 tahun, sehingga bila Hitler mengamuk di Eropah membunuh kaum Yahudi yang serakah Kapitalis, lalu kemudian Britain dan kuncu-kuncunya kerana tidak mahu Yahudi bermaharajalela di Eropah lainnya, maka Israel mereka dirikan dengan merampas hak Pribumi dan atau Bumiputera Palestin selepas tamatnya WWII. Maka pada pandangan mata Melayu, rakyat Palestine yang diburu keluar dari Israel adalah setaraf bumiputera dengan Melayu, cuma bedanya, Melayu belum terusir keluar cuma kian terpinggir dahsat. Syabas kepada Mahathir yang terus-terusan menjadi sahabat Palestine!

Nota:
Jika pembaca khususnya Najib dan Muhyddin hendak tahu maksud ungkapan ini, maka jadilah Bangsa 1Malaysia, jika tidak maka tidak usahlah laung-laungan 1Malaysia!

Kuching, Sarawak
3 December, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.