Semasa saya kecil-kecil pada 1960an, saat kedua orang tua saya masih ada, saya bersama adik-adik sering bersama mereka ke bendang, turut berkubang biar sekadar untuk menambah keriuhan. Seronok. Cukup seronok. Kemudian bila saya dihantar untuk menyambung pelajaran ke Kelantan, saya sempat menjadi anak angkat Pak Salleh di Kg. Alor Tanah Merah, Melur, Kelantan. Keluarga ini adalah keluarga tani, tidak ada kerja lain hanya bertanam padi. Hidupnya cukup ringkas dan jelas. Bangun pagi, minum kopi dan jeput-jeput, pakai baju ringkas, lilit semutar, ambil parang, terus ke bendang bersama isteri paling mengerti. Paling kalau semua kerja sudah siap awal, berkubang di dalam parit saliran menangkap ikan sekadarnya buat lauk-pauk. Di sebelah petang, keliling rumah, bersihkan laman rumah sambil berborak-borak dengan para tetanga yang kunjung datang sambil bertukar-tukar panganan di anjung serambi. Sepertinya itulah gaya Pot Luck mereka. Itu di tahun 1970an. Kemudian bila saya ke Jitra, Kedah, saya juga bersekolah dalam lingkungan sawah padi. Jenan, di mana letaknya sekolah saya turut dilingkungi sawah-sawah padi. Di hujung minggu atau bila ada kesempatan saya akan mengambil peluang untuk berjalan meneter sepanjang Jalan Kepala Batas-Jitra untuk melihat suasana hamparan sawah padi yang melaut. Kemudian, bila saya mengundur dari khidmat awam, saya ke pergunungan di Bandung, tinggal di sebuah Pesantren yang di kelilingi masyarakat penanam padi. Kehidupan mereka kini di tahun 2012, berbanding dengan apa yang telah saya lalui dan lihat di tahun-tahun 1960an, 1970an dan 1980an masih tetap sama, malah saya kira lebih parah. Mereka tetap miskin, perit namun teguh utuh. Apa lagi, saat saya Umrahan pada Mac 2012, bersama saya adalah seorang hamba Allah dari Kupang, Saratok, juga adalah penanam padi yang sepanjang umurnya bertungkus lumus mengumpul wang untuk Umrah sama seperti ceritanya Mustapha Ya Mustapha, Tukang Kasut di Baghdad; 600,000 orang pergi Hajj, hanya segelintir pulang membawa Hajj Mabruh dan yang paling diterima Allah adalah Mustapha yang tidak pun pergi Hajj.
(2) Beberapa perkara dalam masyarakat penanam padi Melayu adalah sangat nostalgik. Pertama keakraban kekeluargaan adalah amat luar biasa. Tali persaudaraan amat kental dan paling mesra. Keperluan hidup bergotong royong serta saling bersedekah dan menjaga begitu ketara. Kerja-kerja menyedia, menanam, menuai, serta menproses padi sangat perlukan saling membantu sesama tetangga dan keluarga. Masyarakat Melayu pada waktu itu sangat saling membutuh antara satu sama lain. Mereka sadar, jika salah satu bidang sawah tetanga mengalami kerosakan, pasti akibatnya akan merayap kepada mereka juga akhirnya. Maka mereka bersatu dalam segala hal. Biar sesekali berlaku tingkah nan pahit, mereka telan atau paling tidak ada saja jaksa pendamai, demi Melayu, demi keluarga, demi kampung. Sangat luhur susila bangsa. Kedua, bairpun tetap miskin, yang banyak hanya mungkin padi berkepuk-kepuk, mereka tetap menunaikan zakat. Biar kalau dihitung, biar seluruh padi mereka dijual, pasti belum cukup untuk cukup segala apa lagi bermewah-mewah. Namun mereka tidak lupa untuk mengeluarkan zakat. Tidak kepada Baitul Mal. Tidak kepada Amil Kerajaan. Mereka berzakat sesama sendiri khusus di kalangan sesama miskin. Pernah beberapa kali saat saya menjadi anak angkat Pak Salleh, saya menerima zakat dari masyarakat kampung di sana atas sifat saya dalam jalanan Fisabillilah. Pendeknya, masyarakat Melayu terdahulu, pencarian kebarkahan hidup adalah wawasan hidup mereka. KPI Melayu dulu-dulu, sangat mudah dan jelas: barakah. Tidak lain mereka inginkan melainkan kebarkahan hidup. SubhannaAllah. Ketiga, lantaran peritnya kemiskinan yang dibawa bersama usaha penanaman padi, maka orang-orang tua dulu-dulu tidak jemu-jemu menasihati anak-anak mereka untuk tekun belajar, menjadi manusia-manusia baik-baik. Maka dengan sebab itulah kegiatan mengaji, sholat di surau-surau amat dititik beratkan di samping tegasnya sikap ibu bapa agar anak-anak mereka tekun ke sekolah. Setiap ketika, anak-anak sering didedahkan akan segala keperitan yang melanda hidup mereka. Mereka dididik dengan segala kepayahan dan kesederhanaan. Sholat ibu-bapa, adalah penuh linangan sedu sedan memohon kepada Allah agar anak-anak mereka akan terus berjaya. Sangat sedikit doa untuk diri mereka sendiri. Biar anak-anak Melayu pada masa itu tidak punya cita-cita tinggi mengunung, tahu sekadar sekolah agar dapat membantu orang tua mereka serta mengaji dan sholat agar Allah akan sentiasa dekat dengan mereka, namun kini inilah rata-rata merupakan generasi umuran 50an yang sangat berjaya dalam dunia kerjaya dan koprat masing-masing. Kenapa? Laluan jalan kemiskinan dan kerperitan, apa lagi doa ibu-bapa yang tidak berputus, menjadi asas kepada kekuatan hati mereka, azimat langkah hidup mereka. Namun inilah generasi yang kini sudah punya anak cucu dan cicit yang kian lain, amat derhaka kepada bangsa dan agama jika dilihat dari sudut para moyang mereka terdahulu. Generasi kini, rata-rata adalah generasi umuran 50an ke bawah sudah lupa bangsa, lupa agama dan ingat hanya akan diri sendiri. Zakat paling mereka lupakan. Sholat pula, memang banyak dilupakan. Astafirullahalazim.
(3) Sesungguhnya banyak mereka yang menduduki jawatan tinggi di seluruh Negara, khususnya di Kuala Lumpur adalah anak cucu cicit para penanam padi di Kelantan, Trengganu, Kedah, Perlis dan bahkan di Selangor. Inilah anak-anak tumbuh dari keringat dan air mata ibu bapa dulu-dulu yang hidup mereka mengabdi untuk anak-anak, agar anak-anak ini menjadi pembela Melayu dan Islam. Mohd Najib Abdul Razak tidak melalui jalan sebegitu. Tidak juga Hishamuddin Husein. Pasti tidak Mukriz Mahathir, bahkan Mahathir sendiri. Tapi saya pasti tentang Muhyiddin Yasin, apa lagi Barke, CEO Sime Darby, Hassan Marican, bekas Pengerusi PETRONAS. Bila Mahathir mentadbir Negara, malu di hatinya tentang betapa miskin bangsa ibundanya, betapa rendahnya Melayu di mata sesiapa mengental jiwanya mengerakkan Melayu berlari sehala dengan dunia koprat. Lantaran itu, gerakan pengswastaan beliau gempurkan dan dengannya beliau membenam anak-anak muda Melayu untuk bergemlumang dalam kancah lumpur gelombang arus dunia koprat. Biarpun tidak pernah terlahir dari bibir Mahathir semua itu adalah kerana dia ingin mengikut Sunnah, namun jika difikirkan dalam-dalam sebegitulah hikmah Allah pada mansuia bernama Mahathir. Lantaran itu, maka bercendawanlah tumbuhnya GLC. Paling hebat, Tabung PNB kian berkembang dan Mahathir pergunakan PNB untuk menebalkan kek milikan Melayu dan bumiputera lainnya. Ledakan pertrumbuhan ekonomi berasas swasta memberikan satu ledakan hebat penghijrah Melayu ke kota-kota. Hasil pendidikan serta asakan peningkatan kemahiran, anak-anak Melayu kian pinter menguasai bidang yang dahulunya asing buat mereka. Maka meledaklah GLC di zaman Mahathir. Cuma, bila para CEO GLC ini adalah dari kalangan anak-anak, cucu-cucu, dan cicit-cicit penanam padi Melayu yang telah jijik akan kampung apa lagi sawah, maka nawaitu terselindung dari keberadaan GLC dan perlantikan mereka ke kedudukan tinggi dalam GLC berkenaan kian menjadi wadah memewahkan diri dan kelompok sendiri.
(4) Dunia koprat mengikut KPI Barat sangat jelas dan mudah. Mereka mesti mencapai Business Turn Over, Profit, ROI, Growth. yang dihajati. Soal pengguna itu soal lainnya. Kepentingan, haloba shareholders itu utama. Jika perlu untuk bersama masyarakat, buat saja CSR yang hakikatnya adalah sekadar riak bagai melepas batuk di tangga. Perhatikan saat Aidil Fitri juga Aidil Adha, berapa banyak berebut-rebut menempah liputan meluas media tentang majlis berbuka puasa, jamuan Aidil Fitri serta menerima daging korban Aidil Adha?. Jika menderma, pasti Mock Cheque sebesar Padang Bola, tapi nilainya, MasyaAllah. Nilailah akan sedekah riak ini dengan keperluan sebenar penerimanya juga berbanding dengan keringat darah yang telah dihisap dari rakyat seluruhnya? Kini lantaran para pendukung GLC kian berlumba-lumba berebut nama, gelaran, juga berebut kemewahan berasaskan KPI Barat, maka tujuan kewujudan mereka untuk kesejahteraan Ummah, their mission for the people kian terpinggir. Lantaran itu sejak Abdullah Ahmad Badhawi, telah terdengar keluh kesah Melayu tentang GLC yang kian melupakan Melayu. Sepertinya anak Melayu sudah lupa Melayu, seakan-akan mengkarung sudah jadi buaya. Kini, lewat MAT UMNO 2013, melenting Sharizat dan Khairi mahukan GLC disemak kembali. Sekadar membaca teks Khairi kesal dengan sikap GLC yang sudah melupakan rakyat. Syukur, kini dia seperti telah "sedar" khilafnya dia mengasak mereka yang berkelulusan Harvard, Cambridge, Oxford dsb menjadi pemacu kemajuan Negara semasa bapa mertuanya jadi Perdana Menteri dulu. Sharizat mahukan adanya kuota bagi wanita memimpin GLC. Cuma, sepertinya Sharizat telah lupa akan tuntutan Islam tentang peranan dan caranya wanita harus berperanan (1). Najib sebagai sambutannya pula menegaskan agenda Memperkasa Melayu. Lantas, semua perwakilan seperti bertepuk sorak cukup senang. Namun Mahathir seperti selalunya Mahathir mengingatkan, sepertinya menegur Najib, buatlah apa yang dijanjikan mungkin kerana dia sedar Najib seperti selalunya Najib air liur mengambur-ngambur, abu duak sudukpun sik ada seperti kata orang lama-lama di Simanggang, Sarawak. Mukriz bolehlah tolong habaq apa maksud sebenaq bila Oghang Kedah kata: habukpun tarak!
(5) Sikap saya dalam soal memperkasa dan atau melakukan apa saja demi Melayu dan apa saja buat Negara ini, tunjangnya adalah Islam. Rasuah, salah guna kuasa, patriotisma, dadah, jenayah, segala, usaha bagi memperbaikinya adalah Islam. Mengertikah Najib, Muhyiddin, dan terutamanya Khairi, apa lagi Shahrizat, tanpa Islam akan wujudkah Melayu? Jika mereka yakin, betapa Melayu akan tetap ada tanpa Islam, cuba gugurkan Islam dari bangsa Melayu. Saya yakin, jika Najib atau sesiapa berani berbuat sebegitu, pasti dengan serta merta, Raja-raja Melayu, juga kedudukan Menteri Besar di Perak, Selangor, Pahang, Johor, Kelantan, Kedah dsb akan kekosongan dan tidak akan terisi. Maka, bila para pemimpin Melayu dalam UMNO sudah derhaka kepada Melayu, dan ini diikuti oleh para penguasa di agensi kerajaan dan GLC, sesungguhnya mereka telah juga derhaka kepada Islam. Selagi Islam tidak mendasar di hati mereka, buatlah agenda apapun, pasti gagal semuanya. Inilah sebetulnya apa yang terjadi kini. Dulu-dulu, bila orang tua-tua bercakap tentang barakah buatlah kerja dan amal yang barakah, cerdik pandai Melayu yang pulang dari segenap Menara Gading di dalam dan luar Negara mencemuh akan hal ini, tanpa mereka sadar kerana sikap menghambat barakahlah yang telah menjadi teras kejayaan kini mereka. Sedang, sifat serakah mereka mengikut ukuran KPI Barat, kini sedang menumbuhkan Melayu yang kian berserabut. Juga mungkin kita sudah kian lupa, apakah bangsa Arab akan terus bertahan sehingga kini jika Islam tidak pernah datang menyelamatkan mereka. Kini mereka kian tersasar dan terjerut, bukankah kerana Islam sudah kian mereka pinggirkan?
(6) Mudah-mudahan Allah bukan sekadar membuka hati penguasa PAS untuk berbincang secara tegar telus jujur, malah para penguasa dalam UMNO juga harus tegar berbuka hati mereka kepada Islam, agar kita menuju ke jalan keredhaan Allah dalam kita mentadbir Negara ini. Pada saya, Melayu mesti membuktikan betapa Islam itu adalah baik untuk semua, dengan Melayu benar-benar berusaha menjerap seluruhnya Islam menjadi darah daging tulang benulang mereka. Sesungguhnya Allah, sebagai sifat MahaMengetahuiNya, menjadikan Negara ini bukan hanya Melayu sebagai rakyatnya, tetapi ada China, India, Arab, Afrika, Barat, dan kaum pribumi lainnya, agar kita dapat wujudkan Model Pentadbiran Negara Majmuk berteraskan Islam, semoga dengannya kita dapat buktikan betapa Islam is for all. Kita janganlah terus jumud dengan mendabik dada betapa Islam di Negara ini telah menimbulkan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum sedang hakikatnya Melayu kian menuju kepunahan terhimpit. Sesungguhnya bangsa-bangsa dan kaum-kaum lain menghormati Melayu lantaran kita bermartabat. Saat kita kian cakia, pariah, pasti muka kita akan diludahi. Najib jangan berkacamatakan Barat dalam menilai diri dan Negara ini. Kita harus melupakan Barat, dan berani mengambil langkah sendiri. Kita harus ingat tidak Islam bangkit kerana Barat, namun Barat menjulang lantaran Islam. Sesungguhnya, sebegitulah hikmah Allah menjadikan Muhammad SAW seorang yang buta huruf tidak berpengetahuan untuk merombak keJahilan Arab, dalam bahasa kegeramaran Najib melakukan transformasi. Seluruh Umat Melayu perlu kembali bersifat dan bekerja secara Islam, hanya dengan itu barulah Melayu itu akan perkasa. Selagi tidak, sampai kucing bertandukpun tidak akan pernah gagah Melayu. Najib mesti bangunkan sekuatnya roh Islam dalam setiap jiwa Melayu khususnya di kalangan para pemimpin politik, awam, GLC dan swasta. InsyaAllah.
Nota
(1) Saya ada membaca, betapa Hindun sangat memusuhi Islam lantaran dalam perperangan Badar, bapanya (?) telah terkorban di tangan Sayidina Hamzah, bapa saudara Muhammad SAW. Lantas dalam peperangan Uhud, saat Sayidina Hamzah terkorban lalu Hindun membelah dan menyiat mengunyah hati Sayidina Hamzah sebagai langkah membalas dendam. Namun, bila Muhammad SAW memasuki Mekah dengan 10,000 (?) tentera, Abi Suffian dan seluruh keluarganya lalu memeluk Islam. Di zaman Umar Al Khataab, Abi Suffyan, bersama beberapa panglima Islam lainnya telah diberi peranan untuk berperang memusnahkan pengaruh Rom (Bizanthium) di Sham, di mana Hindun isteri Abi Suffyan juga ikut sama demi menebus dosanya memusuhi Islam terdahulunya. Namun, Panglima Islam pada masa itu, sekadar membenar Hindun untuk mengurus hal ehwal bekalan serta kemungkinan pengunduran bekalan jika perlu. Juga, Panglima Tertinggi Islam juga mahukan Hindun memerhati Abi Suffyan, agar dalam kekalutan menentang tentera Rom yang sangat ramai, Abi Suffyan tidak akan bacul cabut lari meninggalkan medan perang. Saya berkira, wajar Sharizat meneliti akan hikmah Allah mengernai perkara ini. Apa lagi saat Aishah RA mengetuai peperangan menentang Ali Abi Thalib, lalu dia menerima kekalahan, juga harus Sharizat teliti berat.
Terasi, Simunjan
6 December, 2013

1 comments:
Pengamatan saya Sharizat bukanlah pemimpin wanita yang boleh kita banggakan. Cara dia berpolitik begitu terserlah bahawa ia adalah untuk keuntungan diri sendiri dan bukan perjuangan untuk rakyat. Atas keinginan yang meluap untuk menjadi pemimpin wanita di negara ini beliau menggesa supaya Kementerian Wanita, Masyarakat dan Keluarga diwujudkan, dan dengan itu beliau dapat memegang jawatan Menteri. Tapi kita lihat apakah strategi dan pelaksanaan beliau dalam memertabatkan darjat dan melonjakkan ekonomi wanita di negara ini samada yang di bandar ataupun di luarbandar? cuma kita lihat banyak program perasmian , potong reben, bukak kain sana sini. Apakah kementerian itu perlu?apakah tanpa kementerian tersebut wanita di negara ini tidak akan maju , menjawat jawatan tinggi?apakah gabenur Bank Negara salah satu impak yang kita dapat hasil dari wujudnya kementerian ini? Saya kira tidak. Kini menteri tersebut adalah anak jati Bumi Kenyalang.Adakah rakyat akan menyaksikan lebih banyak acara dan program di kampung kampung dengan red carpet, blue canopy and yellow ribbons bagi majlis perasmian? Harapnya tidak begitu. YB semestinya lebih banyak turun padang tanpa perlu semua upacara yang sememangnya telah lama kita tinggalkan sekiranya kita benar benar mahu menjadi negara maju.Setiap kali turun padang perlu ada perbincangan dan solusi permasaalahan yang menggamit masyarakat. Perlu ada pelan tindakan dan implementasi yang kukuh,yang digarap dari pelan strategi dan pelan induk yang selaras dengan polisi negara. Pemimpin kita malangnya hingga ke hari ini tidak begitu arif dengan memperhalusi 'development thrusts' yang telah digariskan diperingkat nasional untuk menjadikannya satu pelan tindakan yang mempunyai impak di peringkat akar umbi.Kiat masih leka merasmikan program dan acara dan kita alpa dalam kita 'bertandak', tarian apa yang kita bawa rentak apa yang kita ikut...
Post a Comment