Pertamanya syabas saya ucapkan kepada Elias Kazim, Ustaz, seorang pendakwah bebas kerana menolak permitaan UMNO untuk dia menjadi ahli MT UMNO. Saya mengucap tahniah, kerana setidak-tidaknya masih ada manusia-manusia berjiwa merdeka di Negara ini. Menjadi ahli MT UMNO, jika kita bandingkan dengan sebuah Parlimen adalah sama sepertinya dengan menduduki kerusi Parlimen. Apakah tugas seorang ahli Parlimen? Dia sebetulnya adalah pengubal dasar dan perundangan Negara selaras dengan kepentingan rakyat. Ahli MT UMNO saya kira adalah pengubal dasar dan peraturan bagi UMNO. Juga mungkin dia akan akhirnya menduduki Jawatankuasa bagi perlaksanaan dasar dan atau peraturan yang beliau kemukakan, jika diterima. Saay menduga, lantaran dalam pemilihan UMNO baru-baru ini, sepertri belaku penolakan atau peminggiran kelompok Islami dalam mengisi kerusi penguasa-penguasa UMNO, maka untuk mengisi kelompangan tersebut, Elias Kazim menjadi sasaran. Alhamdullilah.
(2) Jika jujurnya sebegitu niat Najib untuk mengambil Elias Kazim, maka saya doakan semoga Allah terus-terus memberikan taufik dan hidayahNya buat Najib demi Islam. Namun, anih buat saya tentang cara pemilihan pakar Islami untuk menduduki kerusi sebegitu. Bukankah selepas Azhar Idrus, Elias Kazim adalah pendakwah bebas yang kian popular? Saya melihat, populariti adalah teras kepada cara pemilihan tersebut. Kenapa pemilihan beliau dibuat sekadar populariti? Kenapa tidak pada kepakaran untuk Islam seluasnya? Sepertinya, UMNO masih gemar kepada yang pinter ngomong pasal Islam, tetapi pengisian menyeluruhnya belum pasti. Kalau populariti yang UMNO hambat, saya kira Mat Sabu lagi layak untuk menjadi Pengerusi Biro Islam UMNO. Walau apapun syabas kepada Elias Kazim, setidak-tidaknya semangat Imam Bukhari, Imam Hanafi, Imam Shafiee, dsb masih dan sedang tumbuh menjadi roh Melayu. Alhamdullilah.
(3) Keduanya ada suara-suara dalam UMNO meminta agar Perlembagaan Negara tentang Islam disemak dan dipinda dengan menegaskan secara khusus betapa Islam Malaysia adalah Islam Ahlul Sunnah Waljammah. Sebabnya mudah agar Islam kita tidak terpesong oleh segala macam Islam yang muncul contohnya Syiah. Hanya kerana serangan kecil Syiah, kitapun pinda perlembagaan. Selepas pinda perlembagaan, kemudian apa jadi? Kita pasti sangat sibuk menangkap, berbicara tentang yang salah, sedang yang benar yang betul tetapi cara penyampaian kita salah tidak kita pedulikan. Inilah mainan kuman di seberang lautanb nampak, gajah di depan mata terus kelam. Mainannya sama dengan mainan dalam UMNO, saat ada perkara tidak menguntungkan sesiapa, maka pinda perlembagaan parti. Cuba bayangkan nanti, jika ada di antara Ahli Sunnah Waljamaah yang menimbulkan dan atau mengamalkan corak Ahlul Sunnah Waljamaah Baru, maka apakah tidak mungkin UMNO juga akan mengusul pindaan semula Perlembanagan Negara agar menetapkan Islam kita adalah Islam Ahlul Sunnah Waljamaah Asli, sepertinya UMNO Baru dan Semangat 46? Kepada saya tidakkah Islam itu telah jelas diterangkan oleh Al Quran tentang sifat dan ciri-cirinya? Kenapa harus kita meletakkan selain "KPI" di dalam Al Quran untuk kita mentafsirkan Islam kita? Saya berkira, otak Melayu sering melakukan perkara yang suatu hari nanti memerangkap Melayu sendiri. Jika lewat Al Quran, Allah telah menetapkan sebegitulah ciri dan sifat Islam, mengapa perlu penambahan lainnya? Jika itu adalah Islam mengikut Allah, apa juga selain dari itu, jangan sekali-kali ianya dikaitan dengan Islam. Kita harus tidak sekali-kali menerima apa-apa tempelan buat Islam. Tidak wujud Islam moderat, Islam extrim, Islam progressif, Islam Hadhari, Islam apapun. Islam adalah Islam, tidak lebih, tidak kurang. Tidak ada cacatnya pada Islam. Fikirkanlah saat Allah telah memperakui Islam sebagai adeen untuk umat manusia, lalu Muhammad SAW kemudiannya menyampaikan khutbah terakhir baginda, kemudian lalu gering dan wafat, kajilah akan hikmah di balik semua ini. Janganlah kerana nyamuk kelambu pula dibakar! MasyaAllah.
Terasi, Pendam, Simunjan
6 December, 2013
0 comments:
Post a Comment