.

1/10/13 GOBEK

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 01, 2013

Share

& Comment


Orang Melayu kian rajin membaca. namun apa yang dibaca mereka, aapakah perkara yang akan mengangkat martabat mereka? Orang Melayu juga sudah kian rajin menulis, namun tulisan mereka juga apa mungkin meletakkan mereka pada darjat yang tinggi? Mendengar, melihat, berbicara, bercerita, bahkan menyelidiki, sudah sebati dalam jiwa Melayu, cuma apa yang kian didengar, dilihat, dibicara, dicerita dan diselidik orang Melayu, apa mungkin akan menjulang harakat mereka, hanya waktu akan menentukannya. Saya lewat tulisan ini, mengajak sesiapa juga tidak kira siapa di antara orang Melayu, ayuh kita rakamkan dengan cara apa sekalipun, akan Temaddun Melayu.

(2) Jangan kita mempersulitkan maksud Temaddun, ianya harus ditafsir dan dimergertikan sebagai cara hidup yang telah kita lalui mengikut cara kita sendiri. Ianya adalah jalan hidup yang telah melestarikan kita sehingga kini. Samada ianya masih serasi atau tidak, biarlah keturunan kemudian kita menelitinya. Kita merakam selengkapnya, biar nanti akan menjadi rujukan serta mencerna buah fikir yang bernas untuk kehidupan gemilang bangsa Melayu, jika tidak umat sejagat. Pokoknya, di mana dan apakah Temaddun Melayu?


(3) Untuk tulisan ini, saya ingin mengutarakan satu alatan yang dinamakan gobek bunyi sebutannya seakan-akan go back. Kenapa ianya di sebut sebagai gobek. Mungkin gaya perlakuan semasa menggunakan alat tersebut adalah untuk merobek-robek maka ianya menjadi gobek, tiada kaitan dengan go back. Gobek adalah istilah Melayu tanah Melayu. Bagi Melayu Sarawak, yang asal keturunan adalah dari Melayu Brunei dan atau Sambas, Kalimantan, ianya disebut sebagai Penumbuk Sirih, juga dinamakan berasaskan perlakuan seperti menumbuk dalam pengunaannya. Ianya adalah alatan untuk menghancurkan daun sirih dan ricihan pinang. Biasanya digunakan oleh kaum perempuan yang sudah berumur sekitar 45 tahun ke atas, khusus bagi mereka yang sudah kurang kuat giginya. Sirih dan pinang yang sudah ditumbuk lumat, kemudian dikunyah sebagai pencuci mulut samada selepas makan atau minum petang. Ibu gobek diperbuat dari ruas buluh keras yang bergaris pusat sekitar 1-1.5 inci. Bila zaman berlalu, ibu gobek kemudian diperbuat dari keratan buluh paip besi dan tembaga pada ukuran yang sama, sedang di bahagian pantatnya di sumbat dengan kayu, dan permukaan atau mulutnya terbuka. Panjang ibu gobek, biasanya sekitar 6-8 inci. Anak gobek pula, berbentuk seperti pahat, punya mata yang tajam, hulu dan gagang. Anak gobek bertujuan untuk menghancurkan pinang dan daun sirih semasa kerja menumbuk. Bagi para pandai besi gobek dan anak gobek akan diukir sebagai satu cabang seni halus Melayu.

(4) Alatan lain yang terkait dengan gobek adalah Lepak Sirih dan Kacip. Saya akan menulis mengenai ini sebagai sambungan kepada tulisan ini nantinya.

(5) Apakah perlunya kita menghayati gobek dan budaya makan sirih pada orang Melayu. Jika kita mengimbau, di kalangan masyakat Melayu dulu-dulu, perbuatan makan sirih ini sepertinya suatu perbuatan jijik kerana, selepas mengunyah sirih, mereka pasti berludah ke mana-mana menjadikan ianya kelihatan jijik dan kotor. Pernah bila saya melawat ke Jaya Pura, Papua Indonesia sekitar tahun 2007 dulu, semasa saya sampai di Bandara Jaya Pura, bila saja keluar dari gedung Bandara, saya agak ngeri kerana sudah menjadi amalan saya bila ke Negara asing, pasti saya akan membaca Country Report oleh CIA, Amerika. Dalam lapuran CIA Country Report, Papua dan Papua New Guinea (PNG) adalah dua wilayah di dunia di mana jenayah adalah sangat berluasa. Maka, bila melihat kesan-kesan merah di sekitar kawasan Bandara, maka terlintas dalam fikiran saya, pasti malam tadi atau sebentar tadi telah berlaku pergaduhan berdarah. Namun, kemudian bila saya ke Pasar Harian Jaya Pura yang letaknya di depan hotel saya menginap, barulah saya sedar betapa saya telah salah. Kesan merah di mana-mana, adalah sama saja seperinya kesan ludahan masyarakat India suatu waktu dulu di Malaya. Anak bangsa Melayu kini pasti memandang jijik dan tidak bertemaddunnya Melayu dulu-dulu. Nasihat saya, jangan menghina kawan.

(6) Makan sirih pinang, mungkin hanya terbatas kepada bangsa dan atau rumpun Melayu. Biar secara umum, mengobek sudah luput dari budaya Melayu Perdana, namun segelintir masyarakat Iban, Orang Asli, serta segelintir kaum pribumi di Sabah masih mengamalkannya. Jika kita rajin, cuba selidiki, bangsa manakah masih terutamanya makan pinang, atau mengunyah pinang. Kita akan terperanjat, seluruh bangsa di Benua Asia Selatan, dulu dan kini sebahagian masih mengunyah pinang juga sebahagian bersama sirih. Juga bangsa-bangsa di rantau ASEAN apa lagi di Nusantara, sememangnya masih ada yang makan pinang juga menyirih. Paling menarik, makan pinang menjadim kegemaran para pemandu Tanker di Taiwan. Masyarakat Aborigin Australia tetap makan pinang. Sirih juga terdapat di Afrika, terutama di kawasan tropika. Sepertinya makan pinang dan menyirih adalah budaya Afro-Asia-Asia Pasifik.

(7) Tahukah kita, sirih secara botaninya adalah serumpun (family) dengan lada. Nama saitifiknya adalah Piper betle linn. Apakah kegunaan lada? Jika itu soalan yang berada dalam kepala kita, maka pasti kian jelas akan adanya Temaddun pada budaya makan sirih. Saya yakin sirih (dan pinang) pasti mengandungi kesan Narkotin sehingga bila makan sirih-pinang, pemakannya akan berasa lebih lasak. Inilah hakikatnya, maka menyirih-minang itu berluasa di kalangan kaum pekerja kasar. Pasti jika kita punya pemikiran menghargai budaya serta berfikiran saintifik jika kita dapat mengkaji jenis dadah pada sirih-pinang, pasti ini akan memberikan kesan baik kepada manusia sejagat. Begitu juga, gigi para penyirih-minang, agak lebih kuat dan putih. Apa tidak mungkin ini juga memberikan pertunjuk ada kesan toothpaste pada sirih-pinang.

(8) Sesungguhnya, dalam adat Melayu, sirih-pinang banyak gunanya. Dulu-dulu bila sakit atau kembung perut terutama pada bayi, pasti sirih-pinang akan dikunyah dan disemburkan ke perut. Apakah tidak mungkin, sirih-pinang punya kesan perawatan homeopathic indigestion. Juga bila terseliuh, pasti gangangan sirih akan menjadi tampalan. Tidakkah pernah terfikir dalam benak Melayu, bahawa sirih punya kesan muscle stress chemical relief. Sesungguhnya, gobek adalah cara orang Melayu hendak mensebatikan ramuan (the chemical) sirih-pinang untuk menjadi bahan pembuka selera juga pencuci mulut selepas makan. Apa tidak mungkin mereka sedang sebenarnya membunuh bau nafas yang kotor?. Jeleknya, kerana kita kini, tidak punya otak yang tajam, apa lagi jiwa yang teguh pada budaya bangsa sendiri, maka hanya kerana jijiknya kesan ludahan para pemakan sirih-pinang, lalu kitapun meminggir jauh akan natijah budaya itu. Saya yakin kini sudah keluar bahan pencuci mulut dari chemical subsatance of pepper leaves and betel nut, apa lagi bahan-bahan antiseptik berasaskan bahan-bahan tersebut. Budaya kita, kita hina, sedang bangsa lain, menyelidik dan menjadikannya sumber kekayaan baru.

(9) Semakan saya dari internet, saya temui keajaiban berikut pada zat sirih (Piper Chemical content and significance): Flavournoid Poluphenol untuk menegangkan kulit, mengelak kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah, membantu memperlahankan proses penuaan dan amat sesuai sebagai bahan losyen awek muda; Hydroxyl-Chavicol membantu menormalkan perjalanan darah dalam pembuluh dan mempercepatkan pembekuan darah dari luka; Astrigen membantu mengecutkan dan memulihkan tisu tisu organ badan yang luka; Sialagoga membantu memperbanyakkan rembesan air liur bila dikunyah; Ekspektoran membantu menghilangkan lendir dan kahak apabila dimakan. Sesuai dibuat sebagai ubat batuk dan sakit tekak; Euginol membantu membunuh kuman dan menghalang pembiakan fungus dan kulat; Alkaloid :Bersifat detoksifikasi yang dapat meneutralkan racun di dalam tubuh; Saponin sebagai sumber anti bakteria dan anti virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitas, mengurangi kadar gula dalam darah, dan mengurangi penggumpalan darah. Sedang kandungan Flavonoid sirih pula boleh melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penumbunan lemak pada dinding pembuluh darah, mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi antiinflamasi (antiradang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan; dan Polifenol berfungsi sebagai anti histamin (antialergi)

(9) Mungkin, budayawan sepertinya Rais Yatim harus Najib Razak dan atau Muhyiddin Yasin tugaskan bersama-sama para saitis Melayu di Menara-menara Gading untuk menulis secara terperinci seluruh bahan asal Temaddun Melayu lalu mengembangkannya sebagai suatu E-novasi Hijau.

Kuching, Sarawak
2 Okt., 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.