.

7/9/13 KENAPA MELIHAT KE ORANG LAIN? (DRAFT)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 29, 2013

Share

& Comment

Seronok juga bila mendengar sepintas lalu ucapan Mohd Najib Abdul Razak di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Berita Perdana malam ini. Politk ucapan beliau amat mudah, agar Malaysia dapat menduduki kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB. Itu sepertinya sudah pasti, kerana Amerika Syarikat sudah mendokong Malaysia. British pasti akan mengikut langkah Amerika, kerana Najibpun juga mesra London. Paris pasti angkat jempol. China juga tidak menjadi masalah. Walau apapun, nada tulisan saya in sememangnya mengkritik Najib. Prinsip Najib, dia berkata dalam siaran terus sedikit waktu dulu (minggu lepas), dia tidak kisah sesiapa mengkritik, asalkan disusuli cadangan balas. Mudah-mudahan dia berpegang kepada pendirian itu, biarpun semasa beliau mengucapkan sebegitu kelihatan tense di wajahnya, yang mungkin bibirnya tidak menyatakan apa yang di dada. Maka dalam apa juga bicara Najib, semua akan melihat dia bukan sebagai manusia jalanan tetapi Pemimpin Nombor Dua Tertinggi Negara iaitu Perdana Menteri Malaysia. Saya berharap, Najib bila berucap atau mengeluarkan kenyataan, ungkapan yang terlahir di bibirnya, biarlah gambaran hati sebenarnya dia.

(2) Besok, rakaman penuh Ucapan Najib di PBB akan tersiar di media Perdana. Biarpun, belum sempat mendengar apa yang dia ucapkan sepenuhnya, saya ingin bertanya kepada Najib, Kenapa PBB dia jadikan pentas untuk menjelaskan kesedarhanaan Islam dan paling mengetarkan jiwa saya bila dia mengajak semua untuk bersama memerangi pelampau Islam?. Saya berkira Najib sudah terperangkap dengan cara Barat, untuk mengakui bahawa Islam is a Relgion of No Peace. Kerana kita seperti sudah mengakui Islam sebegitu, maka kitapun bercakaplah tentang kesederhanaan dan penganas Islam. Soal saya, jika seseorang itu adalah benar-benar mendokong Islam, penuh Iman dan Taqwanya, apakah dia akan menjadi penganas? Jika itu benar, maka, kita kian mengesahkan tuduhan Barat betapa Muhammad SAW adalah pendokong keganasan, Muhammad SAW adalah penganas. Nauzubillah. MasyaAllah. Saya yakin, bila seseorang Muslim itu masih ada kecondongannnya untuk melakukan yang tidak dibenarkan Islam, dia adalah sekadar Muslim yang belum lengkap Islamnya. Kita, kerana terlalu inginkan sesuatu demi nama dan duniawi, maka kita terlupa jengkap yang pasti menyungkurkan diri kita sendiri.

(3) Saya khuatir, saat kita juga mendendangkan nyanyian Amerika, memerangi penganas Islam yang mereka sudah kenalpasti sebagai Mujahideen biar di mana dan apa rupa bentuk mereka samaada Hisbul Muslimin, Ikhwan Muslimin, Taliban, dsb, apakah tidak secara langsung juga kita mengajak sesama umat Islam untuk berperang sesama sendiri. Soal puak Taliban, Hisbul Muslimin, Ikhwan Muslim, Syiah itu adalah penganas itu soal mereka. Mereka tidak mengugat kita. Mereka berjuang menuntut hak mereka sendiri. Dulupun Melayu juga dianggap penganas oleh British, apakah kita menganas kerana sememangnya sebegitu sifat kita, atau hak kita sedang ternoda dan kita sedang menuntut maruah dan martabat sendiri.

(4) Saya berkira, Najib harus berhati-hati dalam soal menggunakan jenama Penganas Islam. Jangan nantinya Barat tersenyum berlapang dada, masyarakat Islam jadi terguris hati mereka. Saya khuiatir, kita sedang membangun silent enemies. Di dalam Negara kita sendiri, tidakkah kita juga sedang mengujudkan kebencian di antara Muslim dan Melayu. Cuba kita lihat cara kita melayani mereka yang tidak sealiran politik dengan kita, apakah kita terus berhemah sebagai sebuah Negara juga rakan sebangsa. Kita melihat mereka sebagai musuh, tidak sebagai cabaran yang harus dicari jalan waras penuh hikmah dalam membawa mereka bersama kita atau mendengar dan merasakan apa yang mereka rasakan. Saya berkira, fenomena kenapa kita sesama Melayu, biar mengaku berpeganag kepada Islam, kita gagal untuk teguh bersatu kerana sifat kita adalah tidak berlapang dada. Telinga kita mungkin setipis telinga kelawar.  Maka, benarlah, rasanya tanpa Islam, Melayu sudah lama berkubur.

(5) Sepertinya, Najib tidak berlajar jelas dari langkah kaki bapanya Abdul Razak Husein. Saat Negara di ancam Komunis dan permusuhan kaum, dia tidak memerangi puak-puak yang bermusuh. Dia mencari punca permusuhan itu. Dia menyelesaikan permusuhan lewat bekerja keras sejujurnya menghapuskan asas punca permusuhan itu. Dia sanggup berdepan dengan punca sebenar masalah tersebut. Dia menyinsing seluar bersinsing lengan, mendekati rakyat yang miskin dan susah. Dia juga sanggup mengadap Mao Tze Dung untuk bercakap terus-terang tentang kepentingan bersama. Apakah begitu sikap kita kepada yang dinamakan Penganas Islam. Najib, saya berkira harus terus beringat pesan Muhammad SAW, saat manusia papa kedana maka itulah lebuhraya kufur bagi mereka. Ingatlah rakyat Afrika Selatan, tidak akan bangkit memberontak jika hidup mereka adalah sejahtera. Umar Ibni Abdul Aziz RA telah membuktikan saat kemiskinan, kesusahan dan kesresahan rakyat tertuntas, zakatpun menjadi payah untuk diagihkan. Najib perlu bagunkan dulu Negara ini menjadi Negara Makmur dan Sejahtera untuk semua, untuk menjadi teladan kepada semua. Kita harus mengajak semua untuk berperang menghapus punca segala kepincangan yang membawa kepada keganasan. Bagi tetangga yang juga sudah lama menganas, kita seharusnya sanggup bersama mereka untuk berubah membangun.

Kuching, Sarawak
29 Sept., 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Tahniah atas pandangan jauh ABC atas penulisan ini.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.