(Di Tanah Haram, kemakmuran seperti telah ditetapkan. Namun, bila kita lalai, di tempat sebegitu dirahmatiNyapun keaiban tetap mengamit kepada yang lalai, bisu, tuli, buta, dan berhati batu)
Saat kita berdiri enak, jika tiba-tiba seseorang datang senyap-senyap lalu menerjah dari belakang lutut (dengkol) kita, pastinya kita akan rebah. Saat kita berlari kencang membawa bola, lalu sang lawan mengecas keting kita bisa terungkur berguling-guling meraung kesakitan. Jika kita jatuh terjengkang terkangkang, pastinya kekuatan kita akan hilang. Bahkan, boleh menjadi suatu yang lebih parah, jika saat kita terjengkang terkangkang tertonggeng, kepala kita pula dipijak terus. Kita ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Namun semua ini, tetap membolehkan kita bangkit dan kembali melawan jika mahu. Namun, kita tetap telah mengalami sial kecundang.
(2) Kalau kita perhatikan seluruh suasana politik di negara ini, sehingga kini, pasti banyak yang terpaksa akur betapa Parti Bumiputra Bersatu (PBB) Sarawak benar-benar telah mempertahankan nama bersatu pada parti itu. Bersatu telah menjadi darah daging Parti itu. Syabas. Dan kerana itu, PBB dapat memandu arah pengurusan pembangunan Negeri Sarawak.
(3) Bayangkan, saat SNAP bergolak, jika PBB tidak teguh bersatu? Juga bila PBDS bergolak, PBB tetap bersatu. Apa lagi saat dulunya SUPP memberontak, PBB tetap teguh. Kini sekali lagi SUPP mahu memberontak, maka Bersatu pada PBB menjadi semakin perlu. Juga, saya kira PRS dan SPDP juga sedang berkocak, Alhamdillilah PBB masih teguh bersatu. Jati diri Bersatu pada PBB adalah penting untuk memandu agar Sarawak terus belayar kencang biar gelora sebesar manapun. Sifat Bersatu pada PBB, saya kira menjadikan ianya sebuah Parti yang mengiring rapat UMNO dalam meneraju politik negara. Syabas dan semoga terus bertahan.
(4) Orang Melayu Sarawak khususnya dan Malaysia amnya harus mempertahankan pesan orang tua dulu-dulu: Biduk lalu, kiambang bertaut.
(5) Kini, PRU13 kian menghampir. Saya mulai nampak keyakinan kepada Najib Razak kian memuncak. Saya berkira, dia hanya perlu mencapai beberapa titik puncak maka, rakyat Malaysia pasti akan terus mahu memberinya peluang yang lebih mantap. Buat saya, climax points untuk Najib tidaklah susah sangat. Rakyat sedang gelisah dalam beberapa perkara asas, maka apakah harapan yang boleh mereka sandarkan?. Najib perlu mencari sandaran ini dan membuktikan kesungguhannya. Soal dia apakah mampu Najib untuk menunaikan harapan ini, maka rakyat harus sedar, tidak ada apa di dunia ini dapat terbuat dalam keadaan segera. Mee Maggie segerapun perlukan sekurang-kurangnya tiga minit utuk masak.
(6) Buat saya, Abdul Razak Husein dan Mahathir Muhammed telah menunjukkan cara bagaimana dalam menguruskan the people expectation. Najib hanya perlu membuat homework dan menyatakan dengan jelas akan recananya. Namun, jangan sekali-kali berjika!
(7) Di Sarawak; para ahli PBB tidak usah terlalu ghairah untuk jadi Nujum Pak Belalang tentang bila Taib Mahmud akan berundur. Juga, mereka tidak usah terlalu ghairah untuk mencatur siapa pengganti Taib Mahmud. Mereka cuma perlu bertanya, siapapun pengganti Taib Mahmud, apa yang mereka harapkan dari penggantian ini? Jika Taib Mahmud masih cekap dan bertanggungjawap dalam menunaikan harapan ini, maka kenapa harus buru-buru bersalin kulit. Biarlah kita berlunjur dulu baru duduk. Jika tidak, kita pasti rebah terjengkang.
(8) Saya cuma berharap, biar apapun yang kita harapkan dari Taib Mahmud dan atau penggantinya, biarlah harapan itu harapan yang boleh menjulang kita ke martabat yang unggul. Jika sekadar untuk dapat memenuhi tembolok sendiri, maka jika sekarang kita tidak bijak untuk mendapatkannya, maka seterusnya juga kebodohan akan tetap bersama kita! Saya tidak yakin untuk melihat kejayaan bila ianya dicapai dengan segala rasa dendam dan khianat. Nauzubbillah.
(9) Cuba lihat, bila Mahathir seperti memaksa Abdullah Badawi untuk mengotakan janjinya untuk menyerahkan tugasnya kepada Najib. Kerana orang di sekeliling Abdullah berasa terancam, lihat apa yang telah mereka lakukan. Sifat tamak, haloba, khianat mulai menguasai banyak pihak, sehingga sekarang Najib masih terkial-kial memperbaiki kecelakaan yang mereka asakkan kepada rakyat. Apakah kita orang Melayu di Sarawak sangat pendek akan ingatan kita tentang musibah ini. Kita wajiblah menjadi lebih bijak dan waspada.
(10) Kini, secara senyap secara jelas, secara diam secara terbuka, pasti ada pihak yang ingin melagakan Taib dengan sesiapa yang sepertinya layak untuk jadi Ketua Menteri Sarawak. Dari dalam atau dari luar ada saja batu api, gunting dalam lipatan, musang berbulu ayam, berbiri hitam dan kuda tunggangan. Orang Melayu Sarawak, tidak boleh membuang air ditempayan sembarangan, saat mendengar guruh di langit; juga janganlah burung terbang dipipiskan lada takut nanti Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran.
(11) Buat saya, siapapun, jika kita jujur ingin membela rakyat dan membangun negara, kita kerja sajalah. Soal pangkat, soal nama, soal harta, biar Allah yang tentukan. Tugas kita adalah untuk bekerja sekuat, sebijak dan sejujurnya. Soal berjaya atau tidak, Allah ada muslihatnya. Lihatlah sedang Muhammad SAW tidak dapat membujuk Abi Thalib untuk mengucap dua kalimah sahadah, saya pasti Allah ada maksudNya bila berbuat sebegitu.
(12) Tetapkanlah PBB terus Bersatu agar ianya menjadi precusor for others to crystalize. Kita Melayu Sarawak, harus terus merintis jalan yang lurus dan betul. Mudah-mudahan kita akan terus dihormati. InsyaAllah.
KLIA, Malaysia
24 April, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment