21/7/11 MASJID BESAR KOTA BHARU
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 23, 2011Petang ini, setelah beristirehat sebentar sekembali dari Machang, saya bersiar-siar di kawasan sekitar Masjid Besar Kota Bharu. Dari hotel, melewati beberapa gedung tektil, ternyata Kota Bharu adalah idaman banyak wanita untuk memuaskan selera tektil mereka. Juga di sini kedapatan pelbagai kedai emas yang dimiliki oleh orang-orang Melayu. Cuma, agak kelainan sedikit, di sini White Gold tidak mendapat sambutan baik. Sebabnya, saya kira ada kaitan dengan keperluan gadaian. Bagi wanita Kelantan, perhiasan emas adalah tabungan masa kecemasan.
(2) Saya menyusur di sepanjang jalan di mana terdapat gedung-gedung Kerajaan. Di sebuah sudut, saya kagum melihat tulisan jawi:Min Gha Ya, Kap Ta Mim: Maggie Ketam lalu menyeberang jalan kepingin mampir mengicipi: menikmati rasanya Maggie Ketam. Bila menghapiri warung tersebut, saya agak kaget bila mendapati ianya dipenuhi oleh anak-anak sangat muda yang sedang rancak dan asyik menikmati Turkish Smoke. Inilah Kota Bharu, inilah Kelantan.
(3) Kemudian saya ke Projek Arked Tengku Anis, sebuah bangunan yang disediakan bagi peniaga-peniaga kain dan segala juadah tempatan. Seni reka bentuknya sangat Melayu. Sesuai dengan kedudukannya bersebelahan dengan Pusat Perlancungan Kota Bharu. Sebetulnya di sekeliling Arked ini terdapat pelbagai gedung menjual tektil. Saya kira Projek ini gagal kerana ianya agak terpisah dari kawasan tumpuan ramai. Masjid, Pusat Perlancungan serta terminal bas nampaknya tidak dapat menarik pengunjung ke kawasan ini. Wakaf Cek Yeh nampaknya telah melenyapkan zaman Arked. Begitu juga kehadiran Tesco yang dilingkari pelbagai kedai yang lebih menarik terus mengancam nasib para peraih kecil Kota Bharu. Arked Tengu Anis adalah ibarat Taman Ular Firaun Dalam Kandang Naga Nabi Daud.
(4) Kerana agak lapar saya singgah di sebuah warung di depan Arked tersebut. Dari lima buah yang ada, cuma tiga buah beroperasi. Yang menjadi keheranan saya, kawasan tempat duduk gerai tersebut benar-benar menghadap matahari jatuh. Juga tempat letak meja, saya kira hanya cukup untuk dua buah meja. Dalam fikiran saya, jika beginilah caranya, kapankah Mak Cik dan Mek Comel boleh menjadi peniaga Melayu yang berpendapatan tinggi. Saya kira, penoreh getah di Kuala Balah, Ulu Kelantan pada masa kini pasti mendapat lebih banyak pendapatan dari mereka ini.
(5) Kerana maghrib sudah hampir, saya mengambil peluang bersama beberapa orang tua-tua duduk di bangku di sepanjang lereng Masjid Besar Kota Bharu. Di depan saya tersergam Khalifa Suit sebuah Projek berbentuk apartment and hotel. Mengikut teman saya, Projek ini sudah habis terjual. Di khabarkan ianya sesuai kerana di bulan Ramadhan akan banyak kaum dewasa yang ingin duduik lebih hampir ke Masjid untuk sujud sepenuh kepada ibadah. Projek ini, mungkin terilham dari keberadaan Suit and Appartment di Mekah dan Madinah. Satu konsep yang mungkin boleh digunakan dalam pembangunan Masjid dan Komplek Madrasah Darul Hana, di Kuching.
(6) Masjid Besar Kota Bharu sangat unik susunannya. Terletak di tengah-tengah kawasan komersil. Punya tiga struktur yang jelas. Di tengah adalah Masjid Ibu, buat menampung keperluan orang lelaki. Di sebelah kanan adalah ruang sama besar dengan Masjid Ibu khusus untuk kaum wanita. Di sebalah kanan pula adalah blok bangunan pentadbiran.
(7) Dewan masjid amat menenangkan. Punya beberapa pintu yang luas. Lelangit juga tinggi dan lapang. Adunan kipas lelangit dan penghawa dingin menjadikan keadaan berangin. Secara keseluruhannnya, suasana Masjid amat tenteram dan menyenangkan.
(8) Saya bersyukur, kerana dulu pernah belajar di Kelantan. Biar pada masa itu saya hanya mahu mencapai tahap yang baik dalam akademik, namun Allah itu maha kaya, maka kini saya sedang belajar kehidupan yang perlu saya pertahankan. Semoga, beberapa teman yang telah saya bawa ke sini, akan mengerti dan sanggup bekerja kuat untuk itu.
Kota Bharu, Kelantan
23 July, 2011
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Nice capture of Alex's recapture of yesteryears.Meeting him, and having a conversation of how he came to bringing back the Malay culture in this physical form says a lot about how the Malays understands, knows and see what happens while the Chinese listen and make things happen. And the price that the Malays are willing to pay for this masterpiece is ridiculous. I am pretty sure there were many pieces that went down, wasted, when they decided to take down the Ladang-Tanjung area. Hopefully, they could revive the presence of the old age architecture in the new Muara North and South Area, next to the existing town.There may be thoughts on reviving culture at Pulau Warisan (Heritage Island) and a definite success when the UNESCO recognised the old Kg Cina as a world heritage site, but where does that put the Malays?Tengganu kita?
Post a Comment